Wednesday, March 26, 2014

Ukraine pecat menteri pertahanan


Kehilangan Crimea kepada Russia, walaupun tidak diiktiraf oleh Barat, memberi tamparan hebat dari segi psikologi kepada ramai penduduk Ukraine yang sejak puluhan tahun lalu berdepan dengan kegiatan rasuah pemimpin mereka serta masalah ekonomi. 
Pemimpin tentera Ukraine di Crimea mengadu keliru dengan keputusan pegawai kanan tentera di Kiev sejak Presiden Russia Vladmir Putin mengumumkan hak untuk menggunakan kekerasan terhadap negara jirannya sebagai reaksi kepada kejatuhan rejim pro-Kremlin di Kiev bulan lalu.
Kira-kira 228 daripada 450 anggota Parlimen menyokong pemecatan Igor Tenyukh selepas pemangku menteri pertahanan itu mengemukakan peletakan jawatannya dalam ucapan penuh emosi yang disiarkan di seluruh negara menerusi televisyen. 
“Tindakan saya di Crimea telah menyebabkan beberapa pihak tidak berpuas hati. Saya tidak bercadang mempertahankan jawatan ini. Saya ada maruah,” kata Tenyukh dalam satu kenyataan. 
Anggota Parlimen kemudian mengundi melantik Leftenan Jeneral Mykhailo Koval selaku pemangku menteri pertahanan baru selepas namanya dicadangkan oleh presiden sementara Oleksandr Turchynov.
Foto
TENTERA Ukraine berkawal di sempadan dengan Crimea, semalam.
Koval menjadi tajuk berita awal bulan ini apabila diculik seketika oleh anggota militia pro-Kremlin berhampiran pangkalan tenteranya di Pelabuhan Yalta, Crimea. 
Sidang semalam turut memberi peluang kepada anggota Parlimen menyuarakan kekecewaan mereka mengenai cara anggota kerajaan sementara menjalankan tugas mereka sejak mula berkuasa.- AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/26

Berlumba cari kotak hitam



KRU HMAS Success menggunakan lampu limpah untuk mengesan serpihan dipercayai ada kaitan dengan pesawat MH370 di Lautan Hindi malam semalam.


CANBERRA, Australia - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kini kesuntukan masa untuk mencari kunci utama bagi menyelesaikan misteri tragedi pesawat MH370 terhempas di Lautan Hindi iaitu kotak hitam pesawat tersebut.
Dengan masa yang semakin suntuk, pasukan SAR kini bertungkus-lumus mencari kotak hitam pesawat sebelum kuasa baterinya menjadi semakin berkurangan selepas tempoh 30 hari.
Mengikut undang-undang yang ditetapkan, kotak hitam sesebuah pesawat perlu mempunyai keupayaan untuk menghantar isyarat selama 30 hari selepas ia diaktifkan.
Tetapi pakar berpendapat, mereka boleh terus menerima isyarat dari kotak hitam itu untuk tempoh 15 hari atau lebih, bergantung kepada kekuatan bateri pada masa kemalangan itu.
"Kami perlu mengharapkan tuah. Ia seperti satu perlumbaan untuk sampai ke lokasi dalam masa ditetapkan bagi mengesan isyarat daripada kotak hitam selagi ia masih berfungsi," kata John Goglia, seorang bekas anggota Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) Amerika Syarikat (AS).
Untuk mengesan isyarat tersebut, SAR akan menggunakan alat pendengaran berteknologi tinggi yang dipinjamkan oleh Tentera Laut AS iaitu Towed Pinger Locator.
Ia merupakan sebuah silinder mikrofon sepanjang 30 inci yang ditarik perlahan-lahan dalam paten grid di belakang kapal komersial.

TOWED Pinger Locator merupakan salah sebuah alat yang digunakan untuk mengesan kotak hitam MH370.


Ia dipasang bersama kabel sepanjang kira-kira 6,500 meter dan dikawal melalui alat pembawa berbentuk tiga segi dan berwarna kuning.
Ia kelihatan seperti ikan pari dan dilengkapi peralatan pengesanan akustik yang juga akan berfungsi mengesan isyarat ping.
Situasi ini sama seperti operasi mengesan bangkai pesawat Air France 447 yang terhempas di Lautan Atlantik pada tahun 2009 yang membabitkan kos lebih daripada AS$40 juta (kira-kira RM120 juta).
Misi mencari pesawat tersebut memakan masa hampir dua tahun sebelum pesawat dan kotak hitam pesawat itu ditemui.
Sementara itu di Kuala Lumpur, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan Towed Pinger Locator yang dibawa dari Amerika Syarikat dijangka tiba hari ini di Perth, Australia.
Beliau berkata, alat itu akan dipasang pada kapal milik tentera laut Australia, Ocean Shield yang akan berlabuh di Perth pada 28 Mac ini.
"Kapal Ocean Shield itu pula akan menuju ke kawasan pencarian dan dijangka tiba pada 5 April depan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0326&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2x1E716VP 
Hakcipta terpelihara 

Kekasih penumpang MH370 enggan terima berita kematian



BAJC dan kekasihnya, Woods.


NEW YORK - Seorang teman wanita seorang penumpang sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), Phillip Woods menyatakan dia enggan menerima berita kematian kekasihnya, lapor akhbar New York Daily News kelmarin.
"Saya hanya akan menerima realiti Woods sudah tiada apabila bangkai pesawat hilang ini ditemui," kata wanita berkenaan, Sarah Bajc.
"Saya memerlukan sesuatu yang konkrit untuk menutup episod sedih ini (kehilangan MH370)," tambah Bajc yang bekerja sebagai seorang guru perniagaan di China.
Menurut wanita tersebut, Woods menaiki penerbangan menuju ke Beijing itu pada 8 Mac lalu untuk membantunya berpindah.
"Malangnya, misi kami tidak kesampaian," kata Bajc.
"Kini keluarga Woods dan saya memerlukan masa untuk berkabung," tambahnya. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0326&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2x1DdaTzd 
Hakcipta terpelihara 

Inmarsat guna kaedah fizik kesan MH370


PEJABAT firma Inmarsat di London, England.


LONDON - Firma rangkaian satelit Britain, Inmarsat menggunakan fenomena gelombang yang ditemui pada kurun ke-19 untuk menganalisis tujuh bunyi denyut elektronik atau 'ping' yang diterima satelitnya dari sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) untuk menentukan destinasi akhir pesawat berkenaan di lokasi terpencil di selatan Lautan Hindi.
Penemuan baharu itu mendorong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk merumuskan kelmarin bahawa pesawat Boeing 777-200ER tersebut yang hilang sejak 8 Mac lalu terhempas di selatan Lautan Hindi dengan semua 227 penumpang dan 12 krunya terbunuh.
Kapal terbang itu dilengkapi sistem satelit Aero Klasik yang mengumpulkan maklumat seperti lokasi, ketinggian, arah dan kelajuan sebelum menghantar maklumat tersebut melalui rangkaian satelit Inmarsat ke pangkalan data firma berkenaan.
Sistem satelit itu dikenali sebagai Sistem Pelaporan dan Komunikasi Pesawat (ACARS).
Namun, ACARS pesawat MH370 itu dimatikan atau tergendala pada awal penerbangan yang menyebabkan tiada maklumat yang diterima untuk mengesan kapal terbang tersebut.
Pesawat itu didapati masih menghantar bunyi 'ping' pada setiap jam yang diterima satelit Inmarsat.
Sekurang-kurangnya 'ping' itu dihantar lima jam selepas ia meninggalkan ruang udara Malaysia.
Bunyi 'ping' yang dihantar selepas semua sistem telekomunikasi pesawat terhenti menunjukkan kapal terbang Boeing itu terus terbang selama beberapa jam selepas ia hilang selepas melencong dari laluan penerbangannya ketika ia perlu memberitahu menara kawalan Vietnam.

JURUTERA penerbangan, Pegawai Waran, Michael Makin (kanan) duduk di dek penerbangan pesawat AP-3C semasa mencari pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi semalam.


Pesawat dari Kuala Lumpur sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi pada 8 Mac lalu.
Namun, bunyi 'ping' tersebut tidak mengandungi sebarang data tetapi hanya masa dan frekuensinya terkandung petunjuk-petunjuk matematik yang tersembunyi.
Pakar-pakar Amerika Syarikat dan Australia menggunakan maklumat frekuensi itu untuk memutuskan bahawa pesawat itu hilang di Koridor Selatan iaitu di Lautan Hindi dan bukan di Koridor Utara di Asia Tengah.
Maklumat tersebut turut menunjukkan bahawa pesawat itu bergerak pada ketinggian tetap melebihi 9,000 meter.
"Ia seperti menembak di dalam kegelapan (misi mencari lokasi akhir MH370).
"Saya memuji pasukan saintis yang dapat melakukan pengiraan tersebut," kata Timbalan Presiden Kanan Hal Ehwal Luar Inmarsat, Chris McLaughlin dalam wawancara bersama Perbadanan Penyiaran British (BBC).
"Hanya satu 'ping' digunakan untuk menyatakan bahawa pesawat itu masih terbang. Kami kemudian membandingkan MH370 dengan penerbangan Boeing 777-200 lain untuk merumuskan bahawa ia menuju ke selatan Lautan Hindi," katanya.

GAMBAR yang dirakamkan dari pesawat AP-3C milik Tentera Udara Diraja Australia menunjukkan lokasi pencarian pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi kelmarin.


Menurut McLaughlin, berdasarkan masa yang diambil untuk isyarat 'ping' itu sampai ke satelit Inmarsat dan sudut penerbangan MH370, pihak Inmarsat kemudian memberikan dua laluan iaitu berpotensi MH370 iaitu Koridor Utara dan Koridor Selatan.
"Kami menggunakan kesan Doppler yang merupakan perubahan frekuensi disebabkan pergerakan sebuah satelit di orbit (untuk mengesan lokasi MH370)," tambahnya.
"Kami juga tidak mengetahui sama ada pesawat itu terbang pada kelajuan yang konsisten. Kami juga tidak mengetahui sama ada arahnya kemudian berubah," jelasnya.
Justeru, katanya, kami menggunakan kelajuan sistem pengesan penerbangan pandu automatik iaitu pada kira-kira 350 knot.
"Kami menggunakan apa yang kami tahu mengenai minyak dan jarak pesawat itu untuk dipadankan dengan maklumat 'ping' yang kita peroleh," tambahnya.
Saintis-saintis Inmarsat kemudian memeriksa isyarat 'ping' itu menggunakan teknik berdasarkan hukum fizik yang dikenali sebagai Efek Doppler yang ditemui pada kurun ke-19.
Efek Doppler pernah merungkaikan punca bunyi siren kereta polis berubah apabila ia menghampiri dan melintasi seseorang individu.
"Ia mengenai perubahan gelombang frekuensi MH370 dan kaitannya dengan satelit Inmarsat," kata seorang jurucakap firma berkenaan.
"Kami kemudian menganalisis data itu dan mendapati ia melalui laluan selatan," kata ketua komunikasi korporat Inmarsat, Jonathan Sinnatt. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0326&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2x1DMD36a 
Hakcipta terpelihara 

Operasi mencari MH370 ditangguh



DUA pesawat Ilyushin Il-76 milik Tentera Udara China yang digunakan dalam misi mencari MH370 berada di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Perth semalam.


CANBERRA - Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata, pencarian pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu ditangguhkan sementara waktu semalam disebabkan cuaca buruk di selatan Lautan Hindi.
Angin kencang dan hujan menyebabkan beberapa buah kapal terbang yang terlibat dalam misi mencari tidak boleh terbang dengan selamat.
Menurut AMSA, pihaknya telah melakukan satu penilaian mengenai risiko pencarian dalam keadaan cuaca buruk.
"Keadaan cuaca sekarang akan menyebabkan aktiviti pencarian udara dan laut berbahaya dan akan mendatangkan risiko kepada anak-anak kapal.
"Justeru, kami telah menangguhkan kesemua pencarian udara dan laut semalam kerana keadaan cuaca buruk," kata AMSA dalam satu kenyataan.
Pesawat berkenaan yang terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang pada 8 Mac lalu.
Ia membawa 239 orang manakala 153 orang merupakan warga China.
Misi mencari pesawat itu dilakukan di kawasan lebih 2,000 kilometer dari Perth, Australia.
Kelmarin, agensi berita Xinhua memetik seorang wartawan yang berada dalam pesawat jenis Ilyushin-76 melaporkan bahawa dua objek besar yang terapung bersama sejumlah objek lebih kecil dilihat bertaburan dalam lingkungan beberapa kilometer.
"Objek-objek tersebut berwarna putih dan berbentuk segi empat," lapor agensi berita Xinhua.
Namun, sebuah pesawat Tentera Laut Amerika Syarikat gagal mengesan objek tersebut. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0326&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2x1Cwxsyi 
Hakcipta terpelihara 

Presiden China hantar utusan khas


BEIJING - Presiden China, Xi Jinping akan menghantar seorang utusan khas ke Kuala Lumpur untuk berunding dengan kerajaan Malaysia berhubung kehilangan sebuah pesawat Penerbangan Malaysia, lapor agensi berita Xinhua semalam.
Jinping akan menghantar Timbalan Menteri Luar, Zhang Yesui bagi menguruskan isu berkaitan dengan pesawat tersebut.
Dalam satu kenyataan berasingan, Perdana Menteri China, Li Keqiang berkata, negaranya akan meminta Malaysia memberi maklumat lebih lanjut dan tepat berhubung kehilangan pesawat Boeing 777-200ER miliknya.
Menurut Keqiang, tugas paling penting pada masa ini adalah untuk mencari pesawat yang hilang itu.
Pada masa yang sama, beliau menyuarakan rasa simpati kepada waris para penumpang warga China yang berada di dalam pesawat tersebut.
Kerajaan China turut menuntut Malaysia menyerahkan data satelit yang digunakan untuk merumuskan bahawa penerbangan MH370 itu terhempas di selatan Lautan Hindi.
- Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0326&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2x1CiHRSF 
Hakcipta terpelihara 

Tuesday, March 25, 2014

Etnik Islam Tatar cari perlindungan

Etnik Islam Tatar cari perlindungan
Seorang penduduk Tatar memegang plakad 'Referendum tidak sah' ketika protes aman di Bakhchisaray, 14 Mac lalu.
25 Mac 2014 
LVIV - UKRAINE. Ratusan etnik Islam Tatar terpaksa mencari perlindungan di barat Ukraine selepas pencerobohan Rusia di Crimea, minggu lalu.

Mereka membuat keputusan itu kerana khuatir menjadi mangsa pengusiran etnik era pemerintahan Kesatuan Soviet pada 1940-an.

Penduduk Tatar yang kebanyakannya adalah wanita dan kanak-kanak terpaksa mengharungi perjalanan selama 30 jam menaiki kereta api sejauh 1,200 kilometer dari Ukraine ke Lviv.

Memetik laporan AFP, pihak berkuasa tempatan memaklumkan kira-kira 2,000 penduduk dari Crimea dan kawasan sekitarnya kini mendapatkan perlindungan sementara di Lviv yang turut digelar sebagai 'the little Paris of Ukraine'.

Difahamkan, seramai 300,000 masyarakat Islam Tatar turut memboikot referendum untuk menentukan sama ada Crimea akan menyertai Rusia pada 16 Mac lalu.

Kronologi kehilangan MH370


MISTERI kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 terjawab pada hari ke-16 operasi mencari dan menyelamat yang disertai pelbagai negara, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penerbangan itu berakhir di selatan Lautan Hindi.

8 MAC


* Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada
12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang
sama.


* Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan.


* Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerak pada 5.30 pagi membabitkan 15 pesawat TUDM, termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

* Kenyataan media Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan kehilangan pesawat itu dan kesemua keluarga penumpang dimaklumkan; pecahan kerakyatan penumpang MH370 iaitu 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1).

9 MAC

* Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan pencarian diperluas di Laut China Selatan dan Selat Melaka.

* Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya
dua penumpang yang menggunakan pasport palsu Itali dan Austria, menaiki pesawat
MH370.

10 MAC

* Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berikrar kerajaan akan melakukan yang terbaik dalam operasi mencari dan menyelamat MH370.

* APMM menerima keputusan ujian sampel tompokan minyak yang ditemui
di perairan Vietnam, yang negatif minyak pesawat dan disahkan sebagai minyak
bagi kapal kargo.


11 MAC

* Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti mereka iaitu warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29.

* Kedua-dua mereka disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas
dan dipercayai cuba berhijrah ke Eropah.


12 MAC

* Hishammuddin memperjelas beberapa isu termasuk ada sedikit kemungkinan MH370 melewati Selat Melaka, kerjasama dengan pakar penerbangan luar negara dan semua orang yang mendaftar dalam penerbangan MH370 menaiki pesawat.

* Empat penumpang tidak muncul semasa mendaftar. Mereka diganti dengan penumpang daripada senarai menunggu. Penumpang berkenaan menaiki pesawat.
Tiada bagasi yang tidak dimuatkan.

* Dua lelaki rakyat Iran, yang memasuki dan meninggalkan Malaysia menaiki
pesawat MH370, menggunakan pasport yang sama.

13 MAC

* Hishammuddin menafikan dakwaan bahawa pesawat itu mungkin terbang
kira-kira empat sejam selepas ia hilang dari skrin radar.

* China menyatakan bahawa tiada bukti objek terapung yang dikesan satelit di Laut China Selatan pada Ahad mempunyai hubung kait dengan pesawat MAS yang hilang. Pihak berkuasa China juga berkata berlaku kesilapan ketika mengeluarkan imej itu.

14 MAC

* Pencarian diperluas sehingga ke Lautan Hindi. Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat USS Kidd tiba di Selat Melaka untuk membantu pencarian.
* Pihak berkuasa mengkaji empat hingga lima kemungkinan bagaimana transponder pesawat ditutup.

15 MAC

* Perdana Menteri tidak dapat mengesahkan laporan kemungkinan pesawat dirampas.

* Najib berkata komunikasi terakhir pesawat dengan satelit dikesan di satu daripada dua koridor; koridor utara merentangi kawasan dari sempadan Kazakhstan
dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand atau koridor selatan yang merentangi
kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.

* Najib berkata operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan
ditamatkan.

16 MAC

* Hishammuddin berkata tiada sebarang tuntutan dibuat berhubung kehilangan pesawat.

* Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata insiden kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen 130(C) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003.

* Polis mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.

17 MAC

* Hishammuddin berkata operasi pencarian multinasional membabitkan 26 negara di koridor utara dan selatan bermula.

18 MAC

* Hishammuddin berkata tiga juta orang mungkin terbabit dalam usaha mencari pesawat itu dengan dibantu pengusaha satelit DigitalGlobe.

19 MAC

* Hishammuddin menafikan laporan bahawa pesawat itu dilihat terbang rendah di ruang udara Maldives.

20 MAC

* Perdana Menteri Australia Tony Abbot menghubungi Najib pada 10 pagi untuk memaklumkan bahawa objek yang dikesan satelit negara itu mungkin ada kaitan dengan pesawat yang hilang.

* Satelit Australian Maritime Safety Authority (AMSA) mengesan imej dua objek
di bahagian selatan Lautan Hindi terletak kira-kira 2,500 kilometer barat daya
Perth.

* Hishammuddin berkata operasi pencarian pesawat itu diteruskan dan objek yang
dikesan di Australia akan ditentukan sama ada sebahagian daripada MH370.

21 MAC

* Malaysia masih menunggu maklumat daripada pihak berkuasa Australia sama ada objek yang dikesan di selatan Lautan Hindi pada Khamis ada kaitan dengan MH370.

* Hishammuddin berkata agensi perisikan antarabangsa tidak menemui sebarang
keganjilan berdasarkan manifes penumpang pesawat itu.

* Hishammuddin berkata siasatan terhadap penumpang tunggal warga Ukraine yang
dijalankan oleh pihak berkuasa negara itu juga mengesahkan latar belakang
penumpang berkenaan bersih.

22 MAC

* Transkrip komunikasi yang didakwa antara pesawat MH370 dan pusat kawalan trafik udara pada malam pesawat dilapor hilang diklasifikasi sebagai tidak tepat dan tidak sah, kata DCA.

* Hishammuddin berkata satelit China mencerap imej objek terapung berukuran
22.5 meter x 13 meter.

* Hishammuddin berkata pihak berkuasa Australia tidak mengesan sebarang objek
dalam pencarian di kawasan berkedudukan kira-kira 2,500 km dari barat daya
Perth.

23 MAC

* Hishammuddin berkata Malaysia menyerahkan imej baharu yang dicerap oleh satelit pihak berkuasa Perancis kepada pusat koordinasi menyelamat Australia.

* Hishammuddin berkata setakat 2.30 petang waktu Malaysia, pihak Australia
memaklumkan mereka tidak menemui sebarang petunjuk baharu berhubung MH370.


24 MAC

* Hishammuddin berkata polis sudah mengambil keterangan lebih 100 orang termasuk keluarga juruterbang MH370.

* Pada 10 malam, Najib mengumumkan kedudukan terakhir penerbangan MH370
dikesan di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

* MAS meluahkan rasa duka penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/25

Jualan insurans kemalangan penerbangan naik mendadak


Kuala Lumpur: Insiden kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu menyebabkan lebih ramai pelancong di China cenderung untuk membeli insurans kemalangan.

Pelancong di negara itu membeli insurans kemalangan penerbangan selepas dikejutkan dengan kehilangan pesawat MAS itu yang membawa 239 penumpang dan anak kapal.


“Saya tidak terfikir untuk membeli insurans kemalangan penerbangan sebelum ini setiap kali menaiki pesawat, tetapi kes MAS membuatkan saya sedar akan risikonya.



“Saya perlu fikir bagaimana untuk melindungi keluarga sekiranya saya cedera atau maut dalam nahas pesawat,” kata Zhang Jin yang terbang empat hingga lima kali setahun.


Seorang profesor dalam bidang insurans berkata, insurans kemalangan penerbangan adalah atas kesedaran sendiri dan ia sangat digalakkan.


“Sebenarnya, sangat mudah membeli insurans itu melalui Internet tetapi saya sendiri tidak sedar kepentingannya. Saya mungkin tidak membeli insurans pelancongan tetapi insurans kemalangan penerbangan sangat diperlukan,” katanya.

Jualan insurans kemalangan penerbangan naik mendadak selepas pesawat MH370 hilang pada 8 Mac lalu. Dilaporkan, produk insurans kemalangan bagi perjalanan sehala ditawarkan China Pacific Insurance menerusi platform beli-belah atas talian, Taobao menunjukkan purata 43 transaksi sehari selepas kejadian pesawat hilang itu meningkat daripada 22 transaksi sebelumnya.


Katanya, produk insurans kemalangan penerbangan PICC Life yang menawarkan polisi selama setahun merekodkan 12 polisi terjual selepas itu meningkat daripada tiga polisi sebelumnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/25

Uighur terpinggir di bumi sendiri


Oleh Kamarudin Mohamed Salleh

Pada 1 Mac lalu, satu serangan besar-besaran di sebuah stesen kereta api di Kunming, barat daya China, meragut 29 nyawa dan mencederakan lebih 130 yang lain.

Beberapa hari kemudian, pihak berkuasa China mengesahkan 10 individu terbabit dalam kejadian itu dan mereka terdiri daripada lelaki dan wanita.


Kejadian itu digelar oleh sesetengah pemerhati sebagai 11 September China.



Kumpulan pemisah Islam Uighur dari Xinjiang, wilayah paling ramai penduduk beragama Islam di China, dipersalahkan.


Serangan berkenaan menyusuli serangan bom kereta di Dataran Tiananmen pada Oktober 2013 yang meragut lima nyawa.


Kedua-dua kejadian itu dan serangan yang berlaku di Xinjiang sendiri mencetuskan kebimbangan mengenai keganasan yang semakin meningkat di China - antara negara paling ramai penduduk di dunia - ketika ia berusaha meletakkan dirinya sebagai negara ekonomi terbesar dunia.

China mempunyai 55 kumpulan etnik minoriti dengan yang terbesar Uighur (10 juta), diikuti oleh Tibet (enam juta) dan Mongolia di Inner Mongolia di utara negara itu yang bersempadan dengan Mongolia.


Populasi etnik minoriti lain tidak besar dan sesetengahnya hampir pupus.

Etnik Han, penduduk paling ramai di China mewakili 94 peratus populasi negara itu yang seramai 1.3 bilion.


China mendakwa Xinjiang, seperti Tibet, dari segi sejarah adalah sebahagian wilayahnya walaupun dakwaan itu boleh dipersoalkan.


China juga mendakwa memerdekakan Xinjiang pada 1949.


Perlembagaan China menjanjikan autonomi kepada wilayah itu tetapi pada amalannya, mereka tidak mempunyai kelebihan berbanding etnik Han. Autonomi yang diberikan hanya membenarkan kebebasan untuk mengamalkan agama mereka, menggunakan bahasa ibunda dan mengekalkan budaya dan amalan tradisi selain memiliki lebih seorang anak.


Sementara itu, usaha pihak berkuasa China membawa pembangunan ke wilayah minoriti memang tidak dapat disangkal.


Bagaimanapun, kajian yang dijalankan menunjukkan, keuntungan yang diperoleh hasil daripada pembangunan itu hanya dinikmati oleh penduduk Han yang dibawa masuk secara beramai-ramai seiring dengan pembangunan yang dijalankan. Tidak hairanlah jika penduduk Uighur di Xinjiang berasakan mereka seperti orang asing di bumi sendiri sejak dikuasai secara rasmi oleh China pada 1949.


Beijing pada masa sama tidak pernah lupa untuk berusaha mengingatkan etnik Uighur bahawa mereka adalah di bawah penguasaan China.


Pada 1957, kira-kira 100 ulama dan cendekiawan Islam etnik itu dibunuh oleh kerajaan China tanpa alasan.


Tanam sifat takut Bagi Beijing, ia perlu dilakukan untuk menanam sifat takut di kalangan etnik berkenaan.


Pada 1993, abu mayat seorang jeneral tentera negara itu, Wang Zhen, ditaburkan dari puncak sebuah gunung di Banjaran Tien Shan, yang dianggap suci oleh masyarakat Cina.


Sungai yang mengalir dari gunung berkenaan menjadi sumber air utama bagi wilayah Xinjiang dan penduduk Islam Uighur sejak dulu lagi.


Sejak itu, penduduk Uighur berasakan mereka sudah dipaksa hidup dengan air yang dicemari oleh musuh mereka yang didakwa tidak akan dapat mereka tewaskan.


China juga sentiasa membesar-besarkan usaha mereka membangunkan Xinjiang sepanjang dekad lalu, termasuk menghebohkan peningkatan pendapatan penduduk dan penyediaan kemudahan asas.


Perubahan yang berlaku itu menyaksikan Xinjiang berada dalam senarai 10 wilayah paling cepat membangun di China.


Tetapi perkembangan ekonomi tidak dapat dinikmati oleh hampir semua etnik Uighur yang menjadi penduduk asal dan majoriti wilayah berkenaan.


Kerja terbaik dikuasai oleh masyarakat Han. Bagi etnik Uighur yang bernasib baik, mereka hanya berpeluang menjadi buruh seperti di lombong arang batu, kilang simen dan kawasan pembinaan.


Etnik Uighur yang berasal dari Turki itu selama ini adalah masyarakat Islam berfahaman sederhana. Sebelum ini, usaha untuk memerdekakan Xinjiang atau sekurang-kurangnya untuk mendapatkan kuasa autonomi dilakukan tanpa mengguna alasan agama. Tetapi keadaan itu berubah pada penghujung 1980-an apabila mereka mula menggunakan agama sebagai identiti perjuangan untuk menuntut kemerdekaan.


Usaha itu sekali gus membabitkan kumpulan jihad antarabangsa, khususnya al-Qaeda. Tahun lalu terdapat 13 kejadian, semuanya di Xinjiang, kecuali serangan berani mati yang dilakukan oleh tiga sekeluarga di Dataran Tiananmen. Tahun ini dua kejadian serangan membabitkan kumpulan pemisah wilayah itu. Sejak sekian lama pihak berkuasa China menganggap bantahan dan serangan yang dilakukan oleh etnik Uighur adalah hasil kerja sekumpulan kecil penduduk Xinjiang yang tidak berpuas hati. Beijing seolah-olah memandang ringan keinginan etnik itu untuk mendapatkan kemerdekaan atau kuasa autonomi mutlak.


Tetapi, hakikatnya, etnik itu kini sudah melihat pemisahan daripada China sebagai satu-satunya penyelesaian untuk membolehkan mereka keluar daripada keadaan tertindas.


Ramai dalam kalangan mereka sudah mula meninjau menjangkau sempadan negara itu, ke arah kumpulan pejuang Islam, untuk mendapatkan inspirasi.


Dan tidak hairanlah jika penindasan dan taktik ganas yang dikenakan oleh China ke atas mereka, etnik Uighur akan beralih kepada tindakan seperti kumpulan jihad lain, dan menjadikan Xinjiang Chechnya di bumi China.


Penulis Pengarang Global Harian Metro

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/25

Lagi pangkalan tentera Ukraine ditawan


KIEV 24 Mac - Tentera Rusia hari ini dilaporkan menawan satu lagi pangkalan tentera Ukraine di Crimea, selepas melancarkan serangan bom tangan pegun dan menahan askar marin Ukraine.
Jurucakap Kementerian Pertahanan Ukraine bagi Crimea, Vladislav Seleznyov berkata, pangkalan Tentera Laut Ukraine di Feodisia, timur Crimea diserang askar Rusia pada awal pagi menggunakan kenderaan berperisai.
"Pasukan separa tentera Rusia turut menggunakan empat buah helikopter," katanya dalam akaun laman web Facebook.
Beliau berkata, tiga kenderaan askar Rusia kemudian dilihat meninggalkan pangkalan tersebut bersama-sama anggota tentera marin Ukraine yang diikat tangan mereka.
Kepulan asap turut dapat dilihat di berek-berek pangkalan berkenaan.
Pangkalan tentera laut di Feodisia sebelum ini merupakan satu-satunya pangkalan tentera laut yang masih berada di bawah kawalan Ukraine.
Askar elit Rusia, semalam menawan pangkalan udara Belbek di Crimea selepas mengambil alih kawalan ke atas pangkalan lain.
Dalam pada itu, pemimpin Ukraine semalam melahirkan kebimbangan Rusia akan menjajah seluruh Ukraine ekoran jumlah besar tentera Moscow berada di sempadan di timur negara itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140325/lu_07/Lagi-pangkalan-tentera-Ukraine-ditawan#ixzz2wvSuuzFv
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Musuh saya akan hancur - Erdogan


ISTANBUL 24 Mac - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan memberi amaran, musuh politiknya akan 'musnah' kerana cuba memfitnah beliau dengan tuduhan rasuah.
Erdogan berkata demikian di hadapan beratus-ratus ribu penyokongnya di Istanbul, semalam, kurang seminggu sebelum pilihan raya pada 30 Mac ini yang bakal menentukan nasibnya dalam dunia politik.
Beliau mendakwa, pendakwah yang hidup dalam buangan di Amerika Syarikat, Fethullah Gulen yang mengetuai rangkaian Hizmet mendalangi siasatan polis ke atas perniagaan, pegawai kerajaan dan keluarganya.
"Tidak kira ugutan atau fitnah dilemparkan, musuh saya akan hancur akibat perbuatan yang tidak bermoral itu," kata Erdogan yang merujuk kepada kumpulan Hizmet, yang dilabel sebagai pertubuhan pengganas. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140325/lu_06/Musuh-saya-akan-hancur---Erdogan#ixzz2wvSdktn4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penyokong Mursi dihukum mati


KAHERAH 24 Mac - Mahkamah Mesir hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas 529 penyokong bekas Presiden, Mohammed Mursi selepas satu perbicaraan secara besar-besaran.
Keputusan tersebut diputuskan pada hari kedua perbicaraan di Minya, selatan ibu negara ini yang bermula kelmarin.
Daripada 529 defendan tersebut, hanya 153 orang telah ditahan manakala selebihnya masih bebas dan telah melarikan diri.
Selain itu, 17 defendan lagi didapati tidak bersalah dalam perbicaraan tersebut.
Mereka merupakan sebahagian daripada lebih 1,200 penyokong Mursi yang dibicarakan di Minya.
Kumpulan kedua defendan sebanyak 700 orang akan dibicarakan esok.
Mereka dituduh menyerang orang ramai dan memusnahkan harta awam di selatan Mesir pada Ogos lalu selepas pasukan keselamatan menggunakan tindakan kekerasan ketika menyuraikan dua kem demonstrasi iaitu Dataran an-Nahda dan Dataran Rabaa al-adawiya pada 14 Ogos lalu.
Penyokong pergerakan Ikhwanul Muslimin tersebut turut didakwa melakukan keganasan yang menyebabkan dua orang anggota polis maut di Minya.
Beratus-ratus orang dilaporkan terbunuh dalam kejadian di dua kem tersebut dan pertempuran lain pada tarikh sama.
Mursi yang merupakan Presiden pertama dilantik oleh rakyat, digulingkan oleh tentera pada 3 Julai lalu dalam tindakan yang mencetuskan keganasan di seluruh negara ini. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140325/lu_02/Penyokong-Mursi-dihukum-mati#ixzz2wvQhbpob
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, March 24, 2014

Pangkalan tentera Crimea digempur

Pangkalan tentera Crimea digempur
Tentera Rusia merempuh pintu masuk pangkalan di Belbek dekat Sevastopol.  
BELBEK - CRIMEA. Pangkalan tentera udara di Crimea digempur tentera Rusia dalam satu insiden rampasan dramatik selepas wilayah itu disahkan sebagai milik Moscow, Jumaat lalu.

Media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya seorang cedera ketika serangan di pangkalan tentera di Belbek berhampiran Sevastopol tersebut.

"Tentera Rusia turut melemparkan bom tangan dan melepaskan tembakan ke udara sejurus mereka merempuh pagar utama dengan kereta kebal," menurut laporan itu lagi.

Terdahulu, ratusan penunjuk perasaan tidak bersenjata dilaporkan berjaya menawan pangkalan tentera di Novofedorivka, barat Crimea.  

Dalam perkembangan lain, kapal perang Slavutych turut dirampas dalam insiden serangan yang dilancarkan unit pertahanan diri Crimea serta tentera Rusia di Sevastopol.

Sejak tiga minggu lalu, laporan dipetik dari AFP, Moscow telah menghantar tentera mereka untuk 'berkawal' di wilayah tersebut selepas bekas Presiden Viktor Yanukovych digulingkan dalam satu rampasan kuasa.

Sah! Dr Wan Azizah Adun baru Kajang

Wan Azizah bercakap kepada media selepas diumumkan Adun Kajang yang baharu.
KAJANG: Keputusan rasmi pengiraan undi menunjukkan calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang dengan majoriti 5,379 undi.
Dr Wan Azizah meraih 16,741 undi manakala calon BN memperolehi 11,362.
Proses penjumlahan undi berlangsung di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi, dekat sini.
Keputusan rasmi diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dun Kajang, Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman sebentar tadi.

Sejumlah 72 peratus pengundi keluar mengundi pada PRK kali ini, kurang 8 peratus daripada sasaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Peratus keluar mengundi pada PRU lalu adalah  87 peratus.
PKR juga meningkatkan penguasaan di dua kawasan majoriti Melayu - Sekamat dan Taman Delima.
-harakah

‘Wanita’ telefon kapten


Daily Mail melaporkan ia panggilan terakhir yang dibuat atau diterima Zaharie sebelum MH370 berlepas dari Kuala Lumpur pada 8 Mac.
Sehubungan itu, pihak berkuasa melihat ia berpotensi sebagai petunjuk penting kerana sesiapa saja yang membeli kad sim prabayar di negara ini perlu mengisi borang dengan memberi nombor kad pengenalan atau pasport.

Langkah itu diperkenalkan bagi memastikan setiap nombor telefon berdaftar dan boleh dijejaki.
Foto
WARIS penumpang MH370 yang kecewa tidak mendapat maklumat tepat mengenai nasib pesawat meluahkan perasaan kepada media di Beijing.

“Tetapi dalam kes ini, polis hanya mengesan kedai yang menjual kad sim itu di Kuala Lumpur. Mereka mendapati ia dibeli seseorang yang menggunakan nama wanita, tetapi dipercayai identiti palsu,” kata akhbar itu semalam.



metro
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/24

Objek ghaib lagi


Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussien berkata, selepas menerima makluman itu, kerajaan terus menghantar data berkenaan ke Pusat Koordinasi Menyelamat Australia untuk tindakan segera.
Katanya, setakat jam 2.30 petang waktu tempatan semalam, pihak berkuasa Australia memaklumkan tiada sebarang petunjuk ataupun penemuan objek baru di kawasan Koridor Selatan.

“Beberapa pesawat operasi yang dijadualkan berlepas ke Koridor Selatan terpaksa dibatalkan ekoran cuaca buruk selepas dilanda ribut tropika.
Foto
WARIS penumpang warga China hanya mampu memendam persoalan ketika bergerak keluar dari dewan taklimat mengenai MH370 di sebuah hotel di Beijing, semalam.

“Australia turut menghantar sebuah kapal pertahanan ‘Ocean Shield’ yang dilengkapi dengan kebolehan untuk mengesan sebarang objek dalam air,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/24

Terima imej satelit baharu


Pesawat Tentera Udara China, Ilyushin Il-76 bersiap sedia untuk menyertai pencarian MH370 di Lautan Hindi, di Pangkalan Pearce Tentera Udara Diraja Australia, Bullsbrook, Perth, Australia, semalam. - REUTERS
KUALA LUMPUR 23 Mac - Malaysia menerima imej-imej satelit baharu daripada pihak berkuasa Perancis yang menunjukkan kemungkinan terdapat objek di kawasan sekitar Koridor Selatan pagi ini.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Malaysia seterusnya menyalurkan imej-imej tersebut kepada pusat koordinasi menyelamat Australia.
Menurut beliau, setakat 2.30 petang ini, pegawai-pegawai Australia telah memaklumkan kepada Malaysia masih belum ada penemuan baharu yang boleh dikaitkan dengan pesawat Malaysia Airlines MH370.
"Australia, China dan Perancis telah menyalurkan imej-imej satelit menunjukkan objek-objek yang mungkin ada kaitan dengan pesawat MH370 di sekitar Koridor Selatan.
"Semua maklumat ini telah dipanjangkan kepada Australia sebagai negara yang mengetuai operasi di kawasan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, berhubung operasi mencari dan menyelamat (SAR), Hishammuddin memberitahu, dua pesawat Ilyushin IL-76 milik China telah tiba di Perth, Australia serta dijadualkan berlepas untuk operasi SAR antara pukul 5 dan 6 pagi esok.
Beliau menambah, dua pesawat P3 Orion milik Jepun juga telah berlepas ke Perth dari Subang hari ini.
"Pusat koordinasi menyelamat Australia akan menghantar empat pesawat tentera dan empat pesawat awam ke Koridor Selatan hari ini untuk menjalankan operasi pencarian secara visual," ujarnya.
Jelas Hishammuddin, kapal Ocean Shield milik tentera laut Australia yang dilengkapi dengan jentera kawalan jauh yang berupaya menyelam ke dasar laut sedang dalam perjalanan ke Koridor Selatan.
"Di samping itu, sebuah pesawat P8 Poseidon milik tentera laut India dan sebuah pesawat C130 milik tentera udara India berlepas dari Subang hari ini untuk menyertai operasi SAR di Koridor Selatan yang diketuai oleh Indonesia," katanya.
Beliau berkata, beberapa penerbangan dari Subang ke Koridor Selatan hari ini terpaksa dibatalkan ekoran cuaca buruk yang disebabkan ribut tropika Gillian.
Sementara itu, Hishammuddin memberitahu, transmisi Aircraft Communication Addressing and Reporting System (ACARS) MH370 yang dihantar kali terakhir pada pukul 1.07 pagi, 8 Mac lalu tidak menunjukkan sebarang aktiviti luar biasa.
"Transmisi tersebut menunjukkan laluan normal untuk perjalanan ke Beijing," ujarnya.
Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, pasukan Malaysia pada peringkat tertinggi telah mengadakan taklimat di Beijing pagi ini untuk ahli-ahli keluarga penumpang pesawat MH370.
"Taklimat itu berlangsung selama enam jam dan ini merupakan kali ketiga pertemuan dilakukan bagi memberi maklumat dan menjawab soalan daripada ahli keluarga," jelasnya.
Menurut beliau, kerajaan Malaysia ingin menyatakan komitmennya untuk terus berhubung dengan ahli-ahli keluarga anak kapal dan penumpang MH370.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140324/dn_01/Terima-imej-satelit-baharu#ixzz2wpeBfTW5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Cubaan usir askar Ukraine


Beberapa penduduk awam yang ketakutan, diiringi anggota tentera pro-Rusia ketika satu serbuan dilancarkan ke atas sebuah Pangkalan Tentera Udara Ukraine di bandar Belbek, Crimea, berhampiran Sevastopol, kelmarin. - REUTERS
SIMFEROPOL 23 Mac - Tentera Rusia menggunakan kende­raan berperisai, senjata automatik dan bom tangan ketika menawan sebuah pangkalan Tentera Udara Ukraine di Crimea, semalam, sehari selepas wilayah itu menjadi milik Moscow.
Askar Ukraine turut dilapor meninggalkan sebuah pangkalan tentera lautnya selepas diserang penunjuk perasaan pro-Rusia selain menyerahkan dua kapal perang kepada tentera Rusia.
Dalam kejadian di Pangkalan Tentera Udara Belbeck, Reuters melaporkan, tentera Rusia menggunakan kenderaan berperisai untuk memusnahkan tembok sebelum bunyi tembakan dan letupan bom tangan kedengaran.
Sebelum ini, tentera Rusia telah menawan lapangan terbang Belbeck dan pesawat perang ketika krisis di Crimea baru bermula.
Pangkalan tentera terbabit mempunyai berek, depot simpanan senjata dan sebuah pusat kawalan.
Kolonel Yuliy Mamchur yang merupakan komander pangkalan itu berkata, seorang askar Ukraine cedera dalam serangan mengejut tentera Rusia dan beliau dibawa ke lokasi rahsia untuk disoal siasat.
Jelasnya, pangkalan tersebut merupakan lokasi utama simpanan senjata oleh askar Ukraine.
Sementara itu, Pangkalan Tentera Laut Ukraine di Novofedorovka, dekat Sevastopol dikosongkan selepas penunjuk perasaan pro-Rusia cuba mengusir askar Ukraine yang ditempatkan di situ.
Jurucakap tentera Ukraine, Vladislav Seleznyov dalam kenya­taannya berkata, tentera Rusia turut menawan sebuah kapang perang, Slavutich, yang dihalang meninggalkan pelabuhan terbabit.
“Satu-satunya kapal selam Ukraine, Zaporizhya turut ditawan oleh tentera Rusia, kelmarin," jelas kenyataannya yang disiarkan melalui laman sosial Facebook.
- REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140324/lu_01/Cubaan-usir-askar-Ukraine#ixzz2wpGTQDQW
© Utusan Melayu (M) Bhd 

MH370: Satelit Perancis kesan objek di Lautan Hindi


KUALA LUMPUR 23 Mac - Satelit Perancis mengesan ‘objek’ yang berpotensi merupakan serpihan pesawat MH370 di selatan kawasan pencarian di Lautan Hindi, lapor pihak berkuasa Malaysia.
Kementerian Pengangkutan dalam kenyataannya berkata, maklumat tersebut diterima oleh pihak berkuasa Perancis awal pagi ini dan menghantar imej tersebut kepada pusat penyelarasan Australia yang terlibat dalam operasi di kawasan terbabit.
Bagaimanapun, kementerian itu tidak memberi butiran lanjut tentang imej satelit yang diperoleh. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140323/dn_36/MH370-Satelit-Perancis-kesan-objek-di-Lautan-Hindi#ixzz2wpC14kdd
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sunday, March 23, 2014

Pekida sanggup bermandi darah

WARTAWAN SINAR HARIAN
Pekida sanggup bermandi darah
Ahli Pekida mendengar amanat Jamaluddin di Lata Belatan, di sini. 
22 Mac 2014
JABI - Ahli Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) sanggup bermandi darah demi mempertahankan agama dan tanah air termasuk berkaitan kalimah ALLAH.

Presiden Pekida, Datuk Jamaluddin Yusof berkata, ahli di seluruh negara sentiasa menggembleng tenaga untuk menjaga dan berjuang di atas nama ALLAH SWT dalam menjaga agama, bangsa serta negara.

Menurutnya, ia sejajar dengan hasrat penubuhan Pekida bagi menegakkan agama Islam, selain menyatukan umat Islam agar tidak berpecah-belah disebabkan perbezaan ideologi.

“Oleh itu, ahli Pekida diingatkan agar menyertai pertubuhan ini bukan kerana ada maksud lain seperti untuk menghadapi kumpulan samseng, mendapat pengaruh dalam politik atau sebagainya,” katanya,

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama Pekida Besut di Lata Belatan, di sini. Hadir sama, wakil Adun Jabim, Ayahanda Pengerusi Pekida Terengganu, Kamaruzaman Idris dan Ayahanda Pekida Besut, Abdul Aziz Muda.

Dalam pada itu, Jamaluddin berharap ahli Pekida dapat bangun daripada lena dan bersemangat dalam perjuangan, selain sentiasa menjaga imej serta nama baik Pekida.

Menurut beliau, ahli juga perlu mengubah tanggapan sesetengah masyarakat bahawa Pekida merupakan sebuah pertubuhan samseng, sedangkan Pekida bukan seperti yang dimaksudkan.

“Kita perlu mengubah pandangan orang, daripada takut dan gerun kepada kita (Pekida), kepada hormat atau segan kepada kita dengan banyak melakukan kebajikan, membantu sesama ahli dan sebagainya,” katanya.

Russia mahu serang Ukraine?


Ketua Keselamatan dan Pertahanan Kebangsaan Ukraine semalam mendakwa tentera Russia akan melancarkan serangan terhadap negara itu bila-bila masa.

“Matlamat Putin (Vladimir, Presiden Russia) ialah menguasai seluruh Ukraine, bukan setakat Crimea.



Tenteranya sudah berhimpun di kawasan sempadan, bersedia untuk melancarkan serangan bila-bila masa.

“Mereka akan menyeberang sempadan.

Pada tanggapan Putin, Ukraine perlu menjadi sebahagian Russia,” kata Andriy Parubiy.

Di Brussels, panglima tertinggi tentera NATO berkata, Russia sudah mengumpulkan sejumlah besar tentera di sempadan timur Ukraine.

Jeneral Philip Breedlove dari Amerika Syarikat berkata, langkah itu mencetuskan ancaman terhadap Transdniestria, wilayah Moldova yang berjuang menuntut pemisahan.

Beliau memberi amaran itu sehari selepas tentera Russia, lengkap dengan kereta kebal, senjata automatik dan bom asap menawan kemudahan tentera terakhir Ukraine di Crimea, yang digabungkan menjadi sebahagian Russia Jumaat lalu.

“Jumlah tentera Russia di sempadan timur Ukraine amat besar dan seolah-olah sudah bersedia,” kata Breedlove dalam satu majlis di Brussel pada satu majlis di Brussels.

Penguasaan Russia terhadap Crimea yang mempunyai populasi Russia selepas penyingkiran Presiden Ukraine yang pronegara itu mencetuskan krisis paling buruk antara Timur dan Barat sejak Perang Dingin.

Amerika Syarikat yang sudahpun mengenakan sekatan dengan menyasarkan sekutu politik dan perniagaan Putin mengancam meluaskan sekatan itu jika tentera Russia menceroboh bahagian timur dan selatan Ukraine yang juga mempunyai ramai penduduk berbangsa Russia.

Breedlove berkata, NATO amat bimbang mengenai ancaman terhadap Transdniestria, wilayah yang mengisytiharkan kemedekaan dari Moldova pada 1990 tetapi tidak diiktiraf oleh mana-mana negara dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/23

MH370: Apa sudah jadi dengan radar Markoni - Anwar

KAJANG: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan kenapa sistem radar tidak dapat mengesan pesawat MH370 yang hilang 8 Mac lalu ketika melintasi ruang udara dan perairan negara.

Berucap di dalam Himpunan Reformasi 2.0 malam tadi, Anwar berkata radar yang canggih bernama Markoni itu telah dibeli kerajaan ketika beliau menjadi Menteri Kewangan sepatutnya berupaya mengesan penerbangan dari Laut China Selatan hingga Laut India.

"Tetapi tidak ada laporan. Saya tanya apa sudah jadi dengan radar itu? Tak akan ditutup?

"Dua hari kemudian pun masih belum nampak MH370. MH370 hilang, PM pun hilang sama pada masa itu. Dia jelma pada hari ke-9 dan buat kenyataan mengesahkan kapal terbang patah balik,"katanya yang terus diikuti sorakan gemuruh 10,000 hadirin yang hadir di Stadium Kajang malam tadi.

Katanya, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussien Onn digesa meletakkan jawatannya jika  gagal menjawab kegagalan radar tersebut berfungsi pada hari kejadian itu.

"Kalau Menteri Pertahanan tidak boleh jawab perkara itu, dia kena letak jawatan serta merta," katanya lagi.

Tambah Anwar lagi, perkara itu melibatkan keselamatan negara termasuklah insiden kapal terbang yang tidak dikenali melintasi ruang udara Malaysia.

Menurut Ketua Pembangkang lagi, pesawat tidak dikenali itu sehingga kini gagal dikenal pasti oleh Kementerian Pertahanan negara yang didakwa turut melintasi perairan negara.

"Ini ancaman keselamatan negara. Kerana apa? Sibuk cari duit, cari kesalahan orang, hina orang, zalim pada orang, fitnah orang negara jadi rosak," katanya.

Satelit China kesan objek terapung di koridor selatan - Hishammuddin

Foto
PEMANGKU Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menunjukkan nota dari Duta Besar China di Malaysia, Huang Huikang berkenaan petunjuk baharu objek terapung yang dikesan satelit China di koridor selatan Lautan Hindi ketika sidang media pesawat MH370 hilang di Hotel Sama-Sama, Sepang, hari ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah
 SEPANG: Satelit China kesan objek terapung sebesar 22.5x13 meter di koridor selatan Lautan Hindi, demikian diumumkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

China beri harapan baharu


INILAH imej objek terapung di selatan Lautan Hindi yang dirakam menerusi satelit pemerhatian Bumi beresolusi tinggi iaitu Gaofen-1 dan dipercayai ada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang.


PERTH – Usaha antarabangsa bagi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu kini mendapat nafas baharu apabila China menyiarkan satu imej satelit menunjukkan sebuah objek besar terapung di selatan Lautan Hindi dipercayai ada kaitan dengan pesawat berkenaan.
Imej yang menunjukkan objek berukuran panjang 22.5 meter dan lebar 13 meter itu dirakam pada 18 Mac lalu. Ia disiarkan oleh Pentadbiran Negara Teknologi, Sains dan Industri China semalam.
Imej objek tersebut terletak kira-kira 120 kilometer dari objek yang dikesan sebuah lagi satelit pada 16 Mac lalu yang didedahkan Australia. Ia terletak kira-kira 2,500 kilometer ke barat daya Perth.
Imej baharu itu dirakam menerusi satelit pemerhatian Bumi beresolusi tinggi iaitu Gaofen-1.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0323&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2wjBb48Wb 
Hakcipta terpelihara 

Transkrip komunikasi tidak sahih



HISHAMMUDDIN (tengah) pada sidang akhbar pesawat MH370 di Hotel Sama-Sama di Sepang semalam. Turut hadir Azharuddin (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya (kanan).


SEPANG - Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan transkrip komunikasi antara juruterbang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah dengan menara kawalan trafik udara Malaysia yang didedahkan The Telegraph adalah tidak tepat.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, laporan yang didedahkan portal dari United Kingdom itu adalah sesuatu yang tidak benar.
"Saya mengesahkan transkrip komunikasi yang dilaporkan di dalam The Telegraph adalah tidak sahih, tidak tepat," katanya pada sidang akhbar harian berhubung pesawat MH370 di Hotel Sama-Sama di sini semalam.
The Telegraph dalam satu pendedahan semalam mendakwa transkrip tersebut adalah laporan komunikasi pada 54 minit terakhir sebelum pesawat itu terputus hubungan dengan menara kawalan.
Menurut laporan itu, transkrip komunikasi juruterbang bersama menara kawalan itu bermula ketika pesawat MH370 terbabit berlepas dari landasan hingga ke kedudukannya di ketinggian yang mencecah puluhan ribu kaki di atas Laut China Selatan.
Transkrip yang didakwa bermula pada pukul 12.25 tengah malam memaparkan arahan daripada menara kawalan kepada juruterbang pesawat itu termasuk pertukaran dari satu lokasi.
Azharuddin ketika diminta untuk mendedahkan butir perbualan antara juruterbang dan menara kawalan trafik udara, beliau menjelaskan:
"Oleh kerana telah menjadi amalan standard dalam siasatan seperti ini, transkrip itu tidak boleh didedahkan kepada umum pada peringkat ini."


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0323&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2wjBIjvqg 
Hakcipta terpelihara