Tuesday, June 11, 2013

7 pemisah cuba serang ibu pejabat NATO


Kabul: Sekurang-kurangnya tujuh pemisah Taliban bersenjata berat melancarkan serangan awal pagi berhampiran lapangan terbang utama Afghanistan semalam, menyasarkan ibu pejabat NATO bersebelahan dengan menggunakan bom, senapang dan sebutir bom besar.

Dua orang awam dilaporkan cedera dan semua penyerang terbunuh selepas pertempuran selama beberapa jam.
Serangan ketiga
“Tiada kerosakan pada landasan. Beberapa bahan tajam jatuh berhampiran tetapi ia sudah dibersihkan” Yaqub Rassuli, Ketua Lapangan Terbang Kabul

Ia adalah kali ketiga dalam tempoh sebulan pemisah melancarkan serangan besar di ibu negara Afghanistan, cuba mencari sasaran berprofil tinggi bagi menjejaskan keyakinan rakyat apabila pasukan keselamatan Afghanistan bakal mengambil alih tanggungjawab melindungi negara selepas pengunduran tentera asing tahun depan.

“Lapangan terbang itu sendiri tidak rosak dan dibuka semula sebaik saja selepas pertempuran berakhir.

“Tiada kerosakan pada landasan. Beberapa bahan tajam jatuh berhampiran tetapi kami sudah membersihkannya,” kata Ketua Lapangan Terbang Kabul, Yaqub Rassuli.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Sediq Sediqi, berkata dua penduduk awam Afghanistan cedera tetapi tiada kematian di kalangan pasukan keselamatan atau penduduk awam.
Jurucakap Taliban, Zabiullah Mujahid mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan, dan berkata pemisah mensasarkan ibu pejabat NATO bersebelahan lapangan terbang awam. Tentera bersekutu antarabangsa berkata, mereka masih menilai situasi dan tiada laporan mengenai sebarang kematian atau kerosakan.

Serangan bermula dengan letupan kuat ketika penduduk Kabul selesai solat subuh kira-kira jam 4.30 pagi.

Jaket penuh bahan letupan

Polis berkata penyerang memakai jaket dipenuhi bahan letupan mendiami satu daripada dua bangunan yang masih dalam pembinaan di barat lapangan terbang dan melepaskan tembakan ke arah kemudahan tentera, yang tidak jauh.

Ia tidak diketahui sama ada bedilan turut mengenai bahagian dalam kemudahan NATO. - AP

Qaradawi: Hezbollah 'parti syaitan'



DOHA 10 Jun - Ulama terkemuka dari Qatar, Sheikh Yusuf al-Qaradawi menyifatkan pergerakan Hezbollah di Lebanon sebagai 'parti Syaitan' yang berusaha 'mencetuskan perbalahan' antara penganut Islam.
Beliau yang juga Presiden Persatuan Cendekiawan Islam Antarabangsa turut menyuarakan kekesalan kerana sebelum ini pernah mempertahankan pergerakan itu dan Iran ketika kebanyakan ulama Islam terutamanya di Arab Saudi menyuarakan keraguan berhubung komplot kumpulan tersebut di rantau ini.
"Ketika Hezbollah bertempur menentang Israel, saya mempertahankannya dan saya menentang cendekiawan Arab Saudi yang memberi amaran tentang rancangan Hezbollah yang mahu memecah belahkan umat Islam.
"Mereka yang berjuang menentang rakyat Syria dan menggelar diri mereka sebagai Hezbollah adalah parti syaitan," katanya dalam satu temu bual dengan al-Arabiya yang disiarkan, semalam. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130611/lu_07/Qaradawi-Hezbollah-parti-syaitan#ixzz2VuLIPj00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Asrama tempatkan 100 pekerja Nepal terbakar


MUAR 11 Jun - Sebuah blok asrama menempatkan lebih 100 warga negara Nepal yang bekerja di kilang perabot Lii Hen Group musnah dalam kebakaran di Kawasan Perindustrian Bukit Pasir, Sungai Terap di sini hari ini.
Bagaimanapun kejadian pukul 8.20 pagi itu tidak melibatkan kemalangan jiwa kerana hampir semua penghuni asrama berkenaan keluar bekerja di kilang tersebut yang jaraknya kira-kira setengah kilometer dari situ.
Kebakaran itu menyebabkan semua penghuni asrama berkenaan berlari pulang ke kawasan asrama untuk menyelamatkan barang berharga dan dokumen masing-masing namun gagal kerana asap tebal memenuhi blok itu.
Salah seorang penghuni, Bidyalal Mandeel, 23, yang sudah tiga tahun bekerja di situ tidak sempat menyelamatkan apa-apa kerana sejurus tiba di asrama api sedang marak.
"Asap sangat tebal menyukarkan kami masuk ke dalam. Semua barang termasuk barangan elektrik dan wang tunai tidak dapat diselamatkan," katanya.
Pengawal keselamatan di asrama berkenaan, Mohd. Kamal Sidek berkata, terdapat hampir 700 pekerja kilang terdiri daripada warga Nepal, Indonesia, Myanmar, Vietnam dan Bangladesh tinggal di kawasan tersebut.
"Kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas kerana semasa awal kebakaran kelihatan kepulan asap di bahagian wayar. Terdapat empat blok utama di asrama ini yang dilengkapkan dengan dapur untuk memasak di bahagian luar," katanya. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130611/je_05/Asrama-tempatkan-100-pekerja-Nepal-terbakar#ixzz2VuU1uW3z
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Asrama tempatkan 100 pekerja Nepal terbakar


MUAR 11 Jun - Sebuah blok asrama menempatkan lebih 100 warga negara Nepal yang bekerja di kilang perabot Lii Hen Group musnah dalam kebakaran di Kawasan Perindustrian Bukit Pasir, Sungai Terap di sini hari ini.
Bagaimanapun kejadian pukul 8.20 pagi itu tidak melibatkan kemalangan jiwa kerana hampir semua penghuni asrama berkenaan keluar bekerja di kilang tersebut yang jaraknya kira-kira setengah kilometer dari situ.
Kebakaran itu menyebabkan semua penghuni asrama berkenaan berlari pulang ke kawasan asrama untuk menyelamatkan barang berharga dan dokumen masing-masing namun gagal kerana asap tebal memenuhi blok itu.
Salah seorang penghuni, Bidyalal Mandeel, 23, yang sudah tiga tahun bekerja di situ tidak sempat menyelamatkan apa-apa kerana sejurus tiba di asrama api sedang marak.
"Asap sangat tebal menyukarkan kami masuk ke dalam. Semua barang termasuk barangan elektrik dan wang tunai tidak dapat diselamatkan," katanya.
Pengawal keselamatan di asrama berkenaan, Mohd. Kamal Sidek berkata, terdapat hampir 700 pekerja kilang terdiri daripada warga Nepal, Indonesia, Myanmar, Vietnam dan Bangladesh tinggal di kawasan tersebut.
"Kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas kerana semasa awal kebakaran kelihatan kepulan asap di bahagian wayar. Terdapat empat blok utama di asrama ini yang dilengkapkan dengan dapur untuk memasak di bahagian luar," katanya. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130611/je_05/Asrama-tempatkan-100-pekerja-Nepal-terbakar#ixzz2VuU1uW3z
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Warga Pakistan maut rumah dilempar bom ikan


SEMPORNA 11 Jun - Seorang lelaki rakyat Pakistan ditemui mati terapung di bahagian bawah rumah yang didudukinya di Kampung Air Semporna, awal pagi ini.
Pihak Bomba menerima panggilan kecemasan mengatakan rumah mangsa meletup pada pukul 5.03 pagi dan jentera tiba di lokasi kejadian kira-kira tujuh minit selepas itu.
Kes letupan itu kini diambil oleh Pasukan Forensik (Skuad Bom) Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna.
Difahamkan rumah mangsa telah dilempar bom ikan oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai bermotifkan dendam. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130611/je_03/Warga-Pakistan-maut-rumah-dilempar-bom-ikan#ixzz2VuT9JaQE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dua rakan temui ajal bersama


Dua rakan temui ajal bersama
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat
Dua rakan temui ajal bersama
Wan Hassan melihat mayat mangsa di Hospital Dungun, semalam.
DUNGUN - “Sebaik sampai di tempat kejadian, saya lihat dua mayat terbujur kaku, salah seorangnya mungkin adik saya tetapi saya tak sampai hati nak tengok kerana keadaannya amat menyayat hati."
Itu luahan Ahmad Syahir Abdul Razak, 32, abang kepada seorang mangsa nahas, Abdul Hadi, 18.
Abdul Hadi ialah bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Mas maut di tempat kejadian akibat cedera parah selepas motosikal ditunggang dipercayai bertembung dengan motosikal rakannya, Fahmi Nizamuddin Yazid, 18, yang turut menemui ajal di tempat kejadian, malam semalam.
Ketika kejadian, Abdul Hadi difahamkan baru pulang dari sebuah warung berdekatan untuk menghantar nasi ayam dibelikannya ke rumah tetapi keluar semula sebelum dia kemalangan, kira-kira jam 9.50 malam di Jalan Sultan Zainal Abidin 2, dekat sini.
Menurut Ahmad Syahir, adik lelakinya itu baru tamat tingkatan lima dan kini sedang menunggu jawapan untuk menyambung pelajaran ke politeknik.

Mahu sambung pelajaran

Katanya, arwah amat meminati kerjaya sebagai juruukur dan menaruh harapan tinggi agar permohonannya untuk menyambung pelajaran diterima.
"Sebelum kejadian, saya sempat bertemu arwah buat kali terakhir di rumah keluarga, kira-kira jam 2.30 petang dan tiada sebarang perubahan pelik sebagai petanda ditunjukkannya.
"Ketika berada di rumah di Cheneh, saya menerima panggilan telefon daripada seorang rakan memaklumkan adik yang juga anak bongsu daripada lapan beradik kemalangan.

“Tak sangka pula dia menemui ajal sebab baru petang tadi (semalam) kami berjumpa,” katanya.
Hubungan amat rapat
Rakan arwah Abdul Hadi, Taqiyuddin Che Soh, 22, pula berkata, arwah seorang remaja yang aktif dan dia mengikuti kelas Silat Cekak pada setiap Rabu di Institut Kemahiran Ranako, Kemaman.

“Kali terakhir saya jumpa arwah adalah malam Rabu lalu sewaktu mengikuti sesi latihan.

"Ketika itu tak nampak sebarang perubahan pada dirinya, memang terkejut apabila saya terima panggilan telefon kata dia meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan," katanya.

Mangsa kedua, Fahmi Nizamuddin pula dimaklumkan bapanya, Yazid Harun, 50, adalah teman akrab kepada Abdul Hadi dan hubungan mereka dikatakan amat rapat sejak akhir-akhir ini.

Yazid yang masih kelihatan sugul dengan pemergian anak lelakinya itu berkata, arwah bakal mendaftar masuk dalam jurusan asasi kejuruteraan di Kolej TATIUC, Kemaman pada 30 Jun nanti.

Katanya, kedua-dua mangsa berhasrat untuk tidak menyambung pelajaran di tingkatan enam, sebaliknya ingin meneruskan pengajian di kolej.

"Dia nak masuk belajar hujung bulan nanti, malangnya hasrat arwah tidak kesampaian.

"Apa pun saya reda dengan pemergiannya,” kata Yazid yang bertugas sebagai pembantu pertanian di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Dungun untuk pemeriksaan lanjut bagi mengesahkan punca kematian.

Jenazah dua remaja terbabit kemudiannya dibawa pulang ke kampung mereka di Al Mukthtafi Billah Shah, awal pagi semalam.

Hadir sama menziarahi jenazah, Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kejadian berkenaan dan kes masih dalam siasatan pihak polis.

MAJLIS PERKAHWINAN GAY DI PERANCIS!

PERKAHWINAN GAY PERTAMA DI PERANCIS | Ia lebih daripada sekadar satu majlis perkahwinan. Vincent Autin et Bruno Boileau merupakan Pasangan Gay Pertama Berkahwin secara Sah di Perancis sejak kontroversi rang Undang-Undang Perkahwinan Sama Jantina atau same-sex marriage baru-baru ini akhirnya diluluskan di Perancis. Perancis kini negara ke-14 untuk menghalalkan Perkahwinan Gay selepas New Zealand.

Gambar Aksi Pasangan Gay Berpelukan

Gambar Pasangan Gay Berpelukan di Majlis Perkahwinan Sejenis 
Vincent Autin et Bruno Boileau disahkan Menjadi suami isteri

Pandangan dan Komen Tetamu di Majlis Perkahwinan Gay Pertama

Perkahwinan Kontroversi paling Hebat, majlis diadakan dikawasan terbuka dengan sambutan penuh gilang gemilang di Perancis.

Apa Pandangan dan Komen Tetamu yang hadir di Majlis Perkahwinan Gay pertama di Perancis ini.

Kepada semua orang-orang yang telah berjuang selama bertahun-tahun untuk membawa Perancis ke dalam dunia moden, ia adalah perjuangan yang telah menang.

Ia adalah satu perjuangan yang sebenar-benar perjuanga.  

Jika mereka membuat keputusan untuk mempunyai seorang kanak-kanak, maka kanak-kanak ini akan menjadi sangat gembira untuk hidup dengan dua bapa yang hebat.

Mereka membuat pasangan yang secocok, mereka pasti berhubungan baik.

Mereka akan menjadi ibu bapa yang baik kerana mereka adalah orang berfikiran bijak.

Perkahwinan Paling Hebat dan Kontroversi

Majlis Perkahwinan Paling Hebat dan kontroversi di Perancis diraikan dengan penuh gilang gemilang. 

Keluarga dan rakan-rakan pasangan gay, Vincent Autin et Bruno Boileau, telah disertai oleh gerombolan wartawan dan jurugambar.

Majlis itu jugatelah disiarkan secara langsung di TV Perancis.

Tinjauan pendapat menunjukkan sehingga 60% daripada orang Perancis menyokong Perkahwinan Gay, tetapi hanya kira-kira 50% meluluskan penggunaan gay.

Bukan setakat orang Melayu Islam mahukan kepimpinan ulama

Jin sekarang sudah semakin canggih



“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku.” (Az-Zariyat: 56)

Jin sekarang sudah semakin canggih. Bukan setakat tahu menggunakan komputer, kamera juga mereka pandai guna. Apa komen anda?

subhanallah

WARNA AIR KENCING



Semalam, saya ajak sohabat semua minum air kosong banyak banyak...dah minum k? Hari ni cuba tengok warna air kencing kita warna apa....Sama x dgn table dibawah...

Sekurang kurangnya kita menjaga baik mesin ginjal kita...klau dah kena kerosakan ginjal, bukannya senang dan murah untuk baik pulih..kos dialisis sgt mahal kini..

Rakyat untung atau ditipu?

Obses mahu cantik?


Obses mahu cantik?
Majoriti penduduk Korea menganggap prosedur kosmetik sebagai tambahan usaha meningkatkan keyakinan diri termasuk golongan selebriti.
Obses mahu cantik?
Justin Jedlica, 32, anak kelahiran AS, sanggup menghabiskan RM300,00 semata-mata mahu digelar patung Ken pasangan kepada Barbie.
Obses mahu cantik?
Lebih 15 juta orang jalani pembedahan plastik.
PERCAYAKAH anda, masyarakat Asia khasnya Korea Selatan paling ramai menjalani pembedahan plastik ke atas wajah dan anggota badan mereka?

Rekod dikeluarkan Pertubuhan Pakar Bedah Plastik Estetik Antarabangsa (ISAPS) pada 2011 menunjukkan, 15 juta penduduk dunia menjalani pembedahan plastik bertujuan menambah daya tarikan pada diri mereka.

Berbalik kepada Korea Selatan, ISAPS melaporkan, setiap seorang daripada 77 orang melakukan pembedahan mengubah bentuk wajah, kulit, fizikal dan lain-lain.

Tahun lalu, 20 peratus wanita berumur 19 tahun hingga 49 tahun di Seoul mengaku pernah menjalani pembedahan plastik.

Salah satu pembedahan paling popular adalah prosedur membesarkan kelopak mata supaya raut mata dapat dilihat lebih bundar.

Kebangkitan industri muzik K-Pop seluruh negara turut menyumbang kepada ledakan jumlah obsesi yang sanggup mengubah wajah dan badan mereka mirip artis yang digilai.

Penyanyi Gangnam Style, PSY mengaku digesa oleh populariti bagi mendapatkan pembedahan plastik. Sementara itu, Ratu Cantik Korea 2012, Kim Yu-Mi, tidak menafikan kecantikannya kini adalah sebahagian besar daripada sumbangan pembedahan plastik.

Memeranjatkan, apabila tiga negara Asia didahului China, Jepun dan Korea Selatan berada pada senarai lima teratas paling banyak menjalani prosedur pembedahan hidung (rhinoplasty).

Manakala, Amerika Syarikat (AS) diikuti Brazil, Mexico, Itali dan China adalah negara menyumbang peningkatan prosedur pembedahan mengubah bentuk payudara.

AS dan Brazil juga direkodkan sebagai negara teratas membabitkan pembedahan membesarkan mata dan membuang lemak di perut, selain hanya 60,000 memilih untuk mengimplan dagu dan 47,000 lagi melakukan pembedahan menegangkan peha.

Di AS juga, lesen pembedan kosmetik direkodkan lebih 1 juta membabitkan pembesaran payudara dan lebih 2 juta bukan pembedahan seperti suntikan Botox.

Lebih 15 juta orang jalani pembedahan plastik
 
Sindrom di Korea Selatan Dalam 2011, Kementerian Pendidikan Korea Selatan mengeluarkan buku mengenai sindrom pembedahan plastik.

Buku yang diedarkan di seluruh negara itu memaparkan kesan dan akibat yang berlaku kepada selebriti tersohor dunia, Michael Jackson dan beberapa wanita tempatan yang memiliki wajah hodoh selepas melakukan pembedahan plastik.

Namun, majoriti penduduk Korea Selatan tetap memekakkan telinga.

Seorang wanita Seoul, Seonghee Yang, 25, berkata, majoriti penduduk Korea menganggap prosedur kosmetik sebagai tambahan dalam usaha meningkatkan keyakinan diri termasuk golongan selebriti.

“Secara jujurnya, ia amat membimbangkan kerana boleh mengundang kesan negatif terhadap anggota badan, tetapi jika diberi khidmat nasihat saya rasa ia tidak menjadi kesalahan,” katanya.

Jangan terkejut jika 90 peratus wanita Korea Selatan pernah menjalani pembedahan plastik minor seperti menutup pori jerawat.

Dalam pertandingan Ratu Cantik Korea 2013 baru-baru ini, pihak juri berhadapan kesukaran apabila 20 finalis dikatakan memiliki raut wajah serupa.

Jurucakap penganjur mengakui, majoriti peserta pernah menjalani pembedahan bagi mencantikkan wajah dan tubuh mereka.

Ubah wajah kerana patung Ken Justin Jedlica, 32, anak kelahiran AS, sanggup menghabiskan kira-kira AS$100,000 (RM300,000) melakukan pembedahan plastik ke atas lebih 90 peratus anggota badannya semata-mata mahu digelar patung Ken iaitu pasangan kepada Barbie.

“Saya melalui beberapa prosedur pembedahan untuk membaiki wajah saya sejak berumur 18 tahun lagi. Malah, dengan perubahan ini, saya berasa semakin kreatif,” katanya dalam temu bual rancangan televisyen The Doctors.

Antara pembedahan pernah dilalui Justin adalah rhinoplasty, pembentukan semula tulang kening dan pipi, bibir, punggung serta dagu.

Malah, buah dadanya pula dimasukkan silikon bagi menghasilkan bentuk badan seperti patung Ken.
Justin berkata, pembedahan dilaluinya adalah sebahagian rawatan untuk pembentukan semula dirinya selain dilabelkan sebagai hasil seni.

“Apa saja yang kita buat di dunia ini, pasti ada risiko jika tersilap, itu adalah normal. “Saya pula bersedia dengan risiko ini tetapi pada masa yang sama ia memberi manfaat dalam kehidupan saya. Malah, saya tidak perlu lagi meminta pelukis terkenal melukis wajah kreatif saya ini di atas kertas, hanya perlu memandang cermin sahaja,” katanya.

Isteri pertama mahu pembelaan

Isteri pertama mahu pembelaanShara bersama anak-anaknya terkilan tidak sempat berjumpa dengan suaminya.
GEORGETOWN - "Bukan simpati diharapkan, namun pembelaan yang sewajarnya diberikan kepada semua isteri dan anak-anak arwah."

Itu diminta isteri pertama mangsa runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang, Shara Ismail, 44, selepas kejadian malang menimpa suaminya, Tajudin Zainal Abidin, 45, 6 Jun lalu.

Dia yang ditemui semalam terkilan apabila dia dan dua anaknya seolah-olah dipinggirkan daripada menerima pembelaan yang sewajarnya selepas kehilangan suami tercinta.

Menurutnya, dia berkahwin dengan Tajudin pada 1997 dan dikurniakan dua anak iaitu Nur Izzati Syahirah, 12, dan Nur Izzati Syafiqah, 8.

"Selepas suami berkahwin dengan isteri kedua, Sharifah Ramli pada 2001, saya ambil keputusan tinggal di kampung, di Kampung Sanglang, Ayer Itam, Kedah," katanya, semalam.

Shara yang hanya bekerja sebagai operator kilang berkata, kini dia dan anaknya merasakan kehilangan dan terpaksa menempuh kehidupan baru tanpa suami dan ayah.

“Saya hanya bekerja sebagai operator kilang dengan berpendapatan RM700 sahaja. kehilangan suami amat terasa dan kini saya terpaksa menanggung sendirian perbelanjaan harian anak-anak.

“Saya berharap pihak berkenaan tidak abaikan saya dan dua anak arwah di sini selain isteri keduanya dan dua lagi anaknya,” katanya.

Shara berkata, kejadian malang menimpa keluarganya memberi kesan kepada kedua-dua anaknya apabila mereka hilang tempat bergantung dan bermanja ditambah pula anak sulungnya bakal menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi.

Katanya, kali terakhir dia bertemu dengan arwah suaminya pada dua minggu yang lalu dan hanya mengetahui kejadian malang itu daripada madunya pada jam 8.45 malam Jumaat lalu.

“Arwah berjanji akan pulang tidak lama lagi namun ajal terlebih dahulu menjemputnya dan kami semua tidak sempat bertemu dengannya. Itu yang membuat saya dan anak-anak terkilan.

“Memang dia banyak habiskan masa di rumah isteri kedua, namun saya tidak ada masalah mengenai hal itu dan kami hanya berhubung melalui telefon sahaja sepanjang arwah di sana,” katanya.

Shara berkata, arwah suaminya juga tidak menunjukkan perubahan semasa kali terakhir bertemu dengannya.

Dia yang reda dengan kejadian yang menimpa suaminya berharap kebajikannya dan anak-anak arwah diberi perhatian sewajarnya selain berharap kejadian sama tidak akan berulang lagi.

Sementara itu, Shara berkata, wakil Jambatan Kedua Sdn Bhd ada bertemu dengannya semalam dan mengambil semua dokumen dan butiran mengenai dia dan anaknya.

“Sehingga kini kami tidak terima apa-apa bantuan daripada mana-mana pihak dan atas nasihat keluarga, kami akan dapatkan khidmat peguam,” katanya.

Sanggup suntik minyak masak ke muka untuk cantik


Sanggup suntik minyak masak
Hang Mioku, 48, bekas moedel Korea, dilaporkan cacat kekal berikutan tindakannya melakukan rawatan sendiri,
Sanggup suntik minyak masak
Janet Hardt dari Illinois, Amerika Syarikat, meninggal dunia akibat jangkitan bakteria yang terhasil daripada suntikan lemak lembu ke bibir dan dagunya.
Sanggup suntik minyak masak
Sumber: Kumpulan Pakar Pembedahan Plastik Astetik Antarabangsa
GARA-gara ingin cantik, seorang wanita sanggup menyuntik minyak masak ke atas kulit mukanya apabila doktor enggan melakukan prosedur botok.

Hang Mioku, 48, yang juga bekas model Korea, dilaporkan menjadi cacat kekal berikutan tindakannya melakukan rawatan sendiri.

Menurut Hang, beliau terpaksa menyuntik minyak masak ke serata wajahnya selepas suntikan cecair silikon yang dibeli daripada pasaran gelap tidak membuahkan hasil.

Akibatnya, keseluruhan kulit muka Hang, membengkak sekali gus mengubah wajah wanita itu hingga menjadi hodoh.

Nasib Hang akhirnya mendapat perhatian masyarakat selepas kisahnya disiarkan oleh televisyen tempatan.

Hasil kutipan derma, Hang berjaya menjalani 10 pembedahan membuang 60 gram cecair silikon, minyak masak dan bendasing yang disuntik ke dalam kulit wajahnya.

Sebanyak 200 gram bendasing berbentuk cecair turut dikeluarkan daripada lehernya.

Walaupun pakar berjaya menyingkirkan cecair itu, wajah Hang tetap kekal cacat dengan kesan parut akibat suntikan terdahulunya.

Pada September 2011, seorang warga emas, Janet Hardt dari Illinois, Amerika Syarikat, meninggal dunia akibat jangkitan bakteria yang terhasil daripada suntikan lemak lembu ke bibir dan dagunya.

Pihak berkuasa Illinois mengesahkan, kematian Hardt berpunca daripada lemak lembu berkenaan.


Mengikut pandangan Islam 

Pembedahan plastik wajib dilakukan apabila pembedahan tersebut bertujuan menutup luka, memperbaiki bekas luka parah, menampal kulit kesan terbakar yang sangat parah terutama membabitkan wajah dan bahagian yang biasanya dapat dilihat.

Antara contoh yang dibolehkan untuk melakukan pembedahan adalah seperti menghilangkan bentuk yang berbeza dari bentuk kejadian asli seperti jari keenam, lebihan daging dan sebagainya.

Sementara itu, prosedur dikatakan haram adalah perbuatan mengubah ciptaan ALLAH SWT seperti mengubah alat kelamin, warna kulit, bentuk wajah dan lain-lain.

Firman ALLAH SWT: "Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana," "Janganlah kita mengubah ciptaan ALLAH SWT kerana sesungguhnya syaitan sentiasa suka menghasut kita agar mengubah ciptaan ALLAH SWT dan menyesatkan anak Adam,"

"Dan aku (syaitan) akan sesatkan mereka, aku akan janjikan angan-angan kosong kepada mereka dan sungguh aku mahu menguasai mereka. Aku akan menyuruh mereka memotong telinga binatang ternakan dan mengubah ciptaan ALLAH SWT (mengada-adakan upacara ibadat).´

Dan sesiapa menjadikan syaitan sebagai pelindung selain daripada ALLAH SWT, sesungguhnya rugilah dia, kerugian yang nyata sekali," Surah Al-Imran dan An-Nisa'.

7 pemisah cuba serang ibu pejabat NATO


Kabul: Sekurang-kurangnya tujuh pemisah Taliban bersenjata berat melancarkan serangan awal pagi berhampiran lapangan terbang utama Afghanistan semalam, menyasarkan ibu pejabat NATO bersebelahan dengan menggunakan bom, senapang dan sebutir bom besar.

Dua orang awam dilaporkan cedera dan semua penyerang terbunuh selepas pertempuran selama beberapa jam.
Serangan ketiga
“Tiada kerosakan pada landasan. Beberapa bahan tajam jatuh berhampiran tetapi ia sudah dibersihkan” Yaqub Rassuli, Ketua Lapangan Terbang Kabul

Ia adalah kali ketiga dalam tempoh sebulan pemisah melancarkan serangan besar di ibu negara Afghanistan, cuba mencari sasaran berprofil tinggi bagi menjejaskan keyakinan rakyat apabila pasukan keselamatan Afghanistan bakal mengambil alih tanggungjawab melindungi negara selepas pengunduran tentera asing tahun depan.

“Lapangan terbang itu sendiri tidak rosak dan dibuka semula sebaik saja selepas pertempuran berakhir.

“Tiada kerosakan pada landasan. Beberapa bahan tajam jatuh berhampiran tetapi kami sudah membersihkannya,” kata Ketua Lapangan Terbang Kabul, Yaqub Rassuli.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Sediq Sediqi, berkata dua penduduk awam Afghanistan cedera tetapi tiada kematian di kalangan pasukan keselamatan atau penduduk awam.
Jurucakap Taliban, Zabiullah Mujahid mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan, dan berkata pemisah mensasarkan ibu pejabat NATO bersebelahan lapangan terbang awam. Tentera bersekutu antarabangsa berkata, mereka masih menilai situasi dan tiada laporan mengenai sebarang kematian atau kerosakan.

Serangan bermula dengan letupan kuat ketika penduduk Kabul selesai solat subuh kira-kira jam 4.30 pagi.

Jaket penuh bahan letupan

Polis berkata penyerang memakai jaket dipenuhi bahan letupan mendiami satu daripada dua bangunan yang masih dalam pembinaan di barat lapangan terbang dan melepaskan tembakan ke arah kemudahan tentera, yang tidak jauh.

Ia tidak diketahui sama ada bedilan turut mengenai bahagian dalam kemudahan NATO. - AP

Penulis hina Nabi perlu dikenakan tindakan berat


SEBAHAGIAN daripada gabungan 15 NGO Melayu Islam menunjukkan salinan laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook yang menghina Nabi Muhammad SAW di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Perbuatan menghina Nabi Muhammad SAW terutamanya melalui media sosial adalah perbuatan biadap dan individu terbabit perlu dikenakan tindakan sewajarnya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, perbuatan itu perlu segera dibendung kerana ia boleh mencetuskan kemarahan umat Islam selain boleh menggugat keharmonian antara agama.
Menurut beliau, para penulis media sosial baharu perlu bertanggungjawab atas setiap apa yang ditulis apabila ia menimbulkan ketegangan serta menyinggung agama yang dianuti masyarakat dalam negara.
"Penulis media sosial yang sewenang-wenangnya menggunakan medium itu untuk tidak menghormati agama lain perlu menerima risiko tindakan undang-undang yang bakal dikenakan," katanya selepas merasmikan Karnival Sukan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2013 di Wangsa Walk di sini semalam.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Zainal Abidin Jaffar.
Jamil Khir berkata demikian sebagai mengulas isu dua akaun laman sosial Facebook yang menggunakan nama Calvin Gani dan Rakyat Anarki mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini apabila memaparkan kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0611&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2Vqzso9b5 
Hakcipta terpelihara 

Bekas ejen CIA dedah rahsia AS intip e-mel


GAMBAR fail 29 Januari 2010 menunjukkan ibu pejabat Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat di Fort Meade, Maryland.- AFP


WASHINGTON - Seorang bekas petugas Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang bekerja sebagai kontraktor di Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) mendedahkan dalam satu wawancara yang disiarkan kelmarin bahawa dia yang membocorkan rahsia satu program pemantauan sulit AS ekoran timbul kesedaran untuk melindungi kebebasan asas penduduk di seluruh dunia.
Berlindung di sebuah bilik hotel di Hong Kong, kontraktor tersebut, Edward Snowden memberitahu, dia berfikir panjang sebelum memutuskan untuk mendedahkan program sulit NSA tersebut yang diberi nama PRISM.
Namun, lelaki berusia 29 tahun itu berkata, dia terpaksa belot terhadap majikannya kerana berasa Amerika Syarikat (AS) telah membina program mesin pengintip yang boleh mengintip maklumat setiap warga AS.
"Saya tidak mahu tinggal dalam masyarakat yang melakukan perkara keji ini, saya tidak mahu tinggal dalam dunia yang mana perbuatan dan percakapan saya dirakamkan. Saya tidak boleh menyokong program seperti ini," katanya dalam wawancara bersama akhbar Guardian.
Temu bual itu diisiarkan di laman web akhbar berkenaan.
"NSA membina infrastruktur yang membolehkannya memintas hampir apa sahaja," jelas Snowden.
"Keupayaan itu membolehkan NSA mengintip apa sahaja komunikasi manusia. Jika saya mahu melihat kandungan e-mel anda atau mendengar panggilan telefon isteri anda, saya hanya perlu memintasnya dengan PRISM. Saya boleh mengintip e-mel, kata laluan, rekod panggilan telefon dan maklumat kad kredit anda," tambahnya.
Dalam temu bual tersebut, Snowden memberitahu, dia berpindah ke Hong Kong tiga minggu lalu sekali gus meninggalkan kehidupan selesa di Hawaii, gaji AS$200,000 (RM618,700), seorang teman wanita, kerjaya yang stabil dan keluarga yang menyayanginya.
"Saya rela berkorban semuanya kerana saya tidak boleh hidup tanpa rasa bersalah apabila mengetahui saya membenarkan kerajaan AS memusnahkan privasi, kebebasan internet dan kebebasan asas penduduk di seluruh dunia," kata Snowden.
Lelaki tersebut terlibat dalam kes pelanggaran keselamatan negara yang antara terbesar dalam sejarah AS. Dia setara dengan pembocor maklumat Pentagon, Daniel Ellsberg dan Bradley Manning yang mendedahkan kabel diplomatik AS kepada laman web WikiLeaks.
"Saya tidak berniat untuk bersembunyi kerana saya tahu saya tidak membuat salah," katanya.
"Saya juga tidak takut kerana ini merupakan pilihan saya sendiri," tambah Snowden.
Setakat ini, pihak berkuasa AS mengklasifikasikan pembocoran maklumat itu sebagai kes jenayah.
"Saya kini berada di jalan buntu," jelas bekas ejen CIA itu.
Menurutnya, dia mungkin akan diekstradisi ke AS atau disoal siasat pihak berkuasa China ataupun berdepan tindakan balas CIA.
"Ya, CIA mungkin menghantar ejen-ejennya untuk memburu saya. Mereka juga boleh menghantar anggota perisikan pihak ketiga. CIA bekerjasama rapat dengan sejumlah negara. Agensi itu juga boleh mengupah kongsi gelap bagi tujuan tersebut," ujarnya.
Hong Kong yang mempunyai kuasa pentadbiran sendiri menandatangani perjanjian ekstradisi dengan AS.
Snowden membesar di Bandar Elizabeth, Carolina Utara sebelum berpindah ke Maryland dekat ibu pejabat NSA di Fort Meade.
Dia belajar komputer di kolej komuniti Maryland tetapi gagal menamatkan pengajian untuk mendapatkan diploma.
Snowden mula menyertai NSA sebagai pengawal keselamatan di sebuah fasiliti rahsia di Universiti Maryland. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0611&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2Vqv1Xvrs 
Hakcipta terpelihara