Showing posts with label payu dara. Show all posts
Showing posts with label payu dara. Show all posts

Wednesday, January 19, 2011

TV3 pertahan bincang topik payu dara


KERATAN Kosmo! semalam.


KUALA LUMPUR - Stesen televisyen TV3 mempertahankan rasional program terbitannya, Wanita Hari Ini (WHI) menyiarkan perbincangan mengenai topik payu dara kelmarin. Alasan yang diberikan adalah perbincangan secara terbuka itu sesuai dengan peredaran masa.
Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata, pihak TV3 tidak mempunyai niat lain selain menggalakkan diskusi terbuka dan berkongsi pengalaman berhubung topik tersebut.
"Isu itu ada unsur pengajaran ataupun input tambahan yang bersesuaian dengan peredaran masa seperti topik yang dibincangkan dalam WHI tersebut," katanya dalam satu kenyataan kepada Kosmo! semalam.
Kosmo! dalam laporan muka depan semalam melaporkan segmen bual bicara WHI itu mencetuskan rasa kurang senang penonton kerana ia secara terbuka membincangkan isu pembedahan membesarkan payu dara.
Siaran itu mengundang teguran pelbagai pihak termasuk tokoh-tokoh agama yang berpendirian topik itu tidak sesuai dibincangkan secara terbuka kerana ia adalah rahsia wanita.
Ada pula yang berpendapat ketiadaan pakar agama yang dijemput bagi mengulas isu tersebut menjadikan program itu seakan-akan tidak sesuai dengan budaya masyarakat Islam.
Ahmad Izham menjelaskan, ahli-ahli panel jemputan turut membicarakan impak baik dan buruk isu tersebut serta menjemput seorang doktor pakar untuk mengemukakan pendapat beliau.
"Pada masa yang sama, kami peka terhadap pandangan masyarakat di luar sana dan menghargai maklum balas penonton dan orang ramai," katanya.

Saturday, November 20, 2010

Kumpulan dedah payu dara jadi popular di Ukraine




GAMBAR fail menunjukkan seorang anggota polis menangkap seorang anggota pertubuhan wanita Femen yang mendedahkan payu dara di depan sebuah ibu pejabat polis di Kiev, Ukarine pada 9 November lalu.


KIEV, Ukraine - Bagaimanakah cara untuk memprotes keganasan domestik, rasuah dan lawatan Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin ke Ukraine?
Jawapannya ialah tanggalkan coli anda.
Sekumpulan aktivis muda termasuk wanita semakin menjadi popular kerana mereka melancarkan protes dengan tidak memakai baju.
Wanita-wanita yang mendedahkan payu dara itu turut bergelut dengan anggota-anggota polis yang menangkap mereka.
"Jika seksualiti digunakan untuk menjual kereta dan biskut, kenapakah tidak menggunakannya untuk tujuan sosial dan projek politik," kata seorang pemimpin kumpulan aktivis itu, Anna Hutsul, 26.
Dia yang menjadi anggota pertubuhan Femen berkata: "Kadangkala anda perlu menunjukkan payu dara anda untuk tujuan ideologi."
Kumpulan itu yang ditubuhkan dua tahun lalu kini menjadi pergerakan yang popular sehingga mendapat liputan berita, program bual bicara dan blog gosip.
Anggota-anggota kumpulan itu menjadi amat popular sehinggakan Hutsul merancang untuk melancarkan parti politik bagi bertanding mendapatkan kerusi di Parlimen. - AP
sumber kosmo