Showing posts with label bob lokman. Show all posts
Showing posts with label bob lokman. Show all posts

Monday, December 26, 2011

JAIP beri notis kepada Bob Lokman

KUANTAN 25 Dis. - Setelah ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana memberi ceramah tanpa tauliah di sebuah masjid di negeri itu 11 Oktober lalu, pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman atau Mohd. Hakim Lokman, 47, diberi pula notis oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) juga atas kesalahan yang sama.
Bob Lokman disyaki menyampaikan ceramah tanpa tauliah di hadapan jemaah Masjid Taman Sri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang dekat sini, selepas solat maghrib malam semalam.
Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz berkata, pihaknya akan menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah.
Beliau berkata, siasatan bukan sahaja melibatkan Bob Lokman tetapi turut merangkumi tindakan jawatankuasa masjid dan penganjur yang membenarkan individu tanpa tauliah menyampaikan ceramah di masjid.
"Kita nak tahu siapa yang menjemput, justeru, siasatan ini bukan ke atas Bob Lokman sahaja.
"Pada JAIP, kita mahu pihak yang diamanahkan untuk menjaga masjid menjaga tanggungjawab tersebut sebaik-baiknya. Kalau nak bawa orang luar sekalipun, minta permohonan JAIP dahulu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Di bawah Seksyen 161 enakmen tersebut, hukuman yang diperuntukkan ialah denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-dua sekali.
Mengenai dakwaan bahawa tindakan itu bermotifkan politik Ghazali berkata, tindakan JAIP tersebut tiada kena mengena dengan politik sebaliknya ia dibuat untuk menjaga keharmonian seluruh umat Islam.
Lagi pun, katanya, negeri ini sudah mempunyai ustaz, guru takmir dan penceramah agama yang mencukupi untuk menyampaikan kuliah agama di masjid atau surau.
Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri:

'via Blog this'

Sunday, December 25, 2011

Bob Lokman disiasat Jaip

Bob Lokman
KUANTAN – Bok Lokman, bekas pelakon, kini terkenal sebagai penceramah bebas dalam kalangan pembangkang, semalam diberi notis oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kerana disyaki menyampaikan ceramah tanpa tauliah.

Beliau disyaki menyampaikan ceramah di hadapan jemaah Masjid Taman Sri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang dekat sini, selepas solat Maghrib. Ceramah itu bermula jam 8 malam dan tamat lebih sejam kemudian.
Sebaik sahaja selesai, Bob Lokman, atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, didekati seorang kakitangan Jaip dan mereka dilihat berbincang di beranda masjid.

Mereka mengambil maklumat daripada Bob Lokman, sementara jemaah menunaikan solat Isyak.

Bob Lokman dan beberapa rakannya meninggalkan masjid beberapa minit kemudian.

Sumber Jaip mengesahkan Bob Lokman diberi notis kerana disyaki menyampaikan kuliah Maghrib tanpa tauliah dan kebenaran Jaip.

Sumber itu juga memberitahu, Jaip akan menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang menetapkan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-dua sekali.

“Kita akan siasat perkara ini di bawah Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bob Lokman pernah menerima waran tangkap Jabatan Agama Islam Selangor kerana tidak hadir beri keterangan berkaitan ceramah agama tanpa tauliah dua bulan lalu. Bob Lokman disiasat Jaip - Nasional - Sinar Harian:

'via Blog this'

Thursday, November 10, 2011

Bob Lokman beri keterangan


KUALA LUMPUR: Penulis lirik serta pelawak, Muhammad Hakim Lokman atau Bob Lokman, 47, akhirnya tampil memberi keterangan di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), di sini, semalam.
Bob Lokman yang menyampaikan ceramah tanpa tauliah di Hulu Langat, Oktober lalu, dikenakan perintah waran tangkap selepas gagal hadir memberi keterangan kepada JAIS.
Susulan keterangan itu, Bob yang tampil seorang diri di pejabat JAIS dijangka dihadapkan ke mahkamah berhubung kes berkenaan, Februari 2012.

Sumber JAIS ketika dihubungi mengesahkan mengenai perkara itu.


“Bob sudah tampil pagi tadi (semalam) untuk diambil keterangan,” katanya.

Pada 10 Oktober lalu, pelakon dan pengacara ini ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003 kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah di sebuah masjid di Sungai Lui, Hulu Langat.

Difahamkan, Bob tidak memiliki tauliah dan tidak pernah memohon daripada Jais untuk memberikan ceramah kepada umum.

Thursday, October 20, 2011

Apa salahnya saya jadi alat Islam - Bob Lokman



Apa salahnya saya jadi alat Islam - Bob Lokman:
Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 20 Okt: "Apa salahnya saya menjadi alat kepada Islam yang merupakan the way of life?" tanya bekas selebriti terkenal, Bob Lokman atau nama sebenarnya Muhamad Hakim Lokman.
Bob ketika ditemui di majlis ceramah anjuran PAS di Taman Melewar malam tadi berkata, tidak timbul soal beliau dipergunakan PAS dan diheret ke setiap ceramah parti itu.
Namun tegasnya, apa yang dilakukan kini adalah atas kerelaan dirinya sendiri yang berazam untuk terus berjuang di lapangan dakwah bersama PAS.
"Soal dipergunakan ini, kita kena tau apa ini dunia. Dunia ini satu lapangan. Lapangan perlukan alat untuk membuka pintu akhirat dan agama alat menuju akhirat.
"Jadi orang kena fahamlah apa itu the way of life. Kalau orang tak boleh faham the way of life, maka dia menyembah dunia.
"Kita menyembah Allah, Islam itu Allah beri kepada kita untuk bagaimana kita nak guna. Bagaimana nak pakai umur, nak pakai harta kita, Islam itulah caranya...dan saya tak salah diperalat Islam untuk buka pintu akhirat," jelasnya panjang lebar.
Selepas menyerahkan borang keahlian PAS Februari lalu, Bob terus aktif menyertai program PAS, kebanyakannya diundang menyampaikan tazkirah dan sesi perkongsian pengalaman bergelumang dalam dunia artis.
Pada 10 Oktober lalu, Bob ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengikut seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003 kerana didakwa menyampaikan ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat.
Ketawa apabila dituduh "degil" dan "tidak sopan" kerana nekad untuk tidak akan hadir ke pejabat Jais, beliau tetap dengan pendirian bahawa Jais bertindak atas arahan Umno.
"Sopan ini termasuk dalam bab akhlak. Akhlak ni kalau bab bersopan mesti dalam keadaan tertentu. Dalam kes (tangkapan Jais) ini, kita nampak Jais buat kerja kerana Umno.
"Jadi kalau saya duduk dalam PAS orang yang panggil saya itu orang Umno saya tak datanglah.
"Kalau dia bersifat neutral saya akan datang. Tapi ada kenyataan Jais menghina bahawa ahli PAS 85 peratus tak boleh baca Quran maka saya tau pendirian dia...maka saya pun kena nyatakan pendirian saya.
"Jadi kita kena tahu pendirian dan orang yang berjuang kena tahu prinsip," katanya bersahaja namun dalam nada tegas.
Cakap ada makna
Sambil mengakui kehidupan sekarang lebih bermakna berbanding ketika menjadi artis dahulu, beliau berkata apa yang dituturkan ini hanya untuk Islam.
"Hari ini pun macam dulu jugak banyak bercakap tapi sekarang cakap ada maknalah. Dari hati, cakap untuk mati," katanya.
Tambahnya, kehidupannya sekarang lebih kepada menguatkan jiwa untuk perjuangan Islam.
"Ini perjuangan yang menggunakan zahir dengan apa cara sekalipun tapi tujuannya ialah memperkukuhkan roh.
"Kalau dulu berlakon cari duit nak makan je. Sekarang bukan berlakon tapi cakap betul...tapi bukan cari duit nak makan. Kadang-kadang bukan dapat duit pun, bukan orang bayar pun," katanya berseloroh.


'via Blog this'