Showing posts with label taufan. Show all posts
Showing posts with label taufan. Show all posts

Monday, September 5, 2011

20 korban Taufan Talas di Jepun



TOKYO 4 Sept. - Angka korban akibat Taufan Talas di Jepun yang membawa hujan lebat dan mengakibatkan kejadian tanah runtuh meningkat kepada sekurang-kurangnya 20 orang ketika ribut itu bergerak ke arah utara merentasi negara ini, hari ini.
Menurut media tempatan, sekurang-kurangnya sebanyak 43 orang lagi cedera dan 50 lagi dilaporkan hilang akibat bencana alam itu.
Arahan dan nasihat pemindahan telah dikeluarkan kepada 460,000 orang penduduk di barat dan tengah Jepun, lapor agensi berita Kyodo.
Rakaman NHK TV memaparkan sebuah jambatan dihanyutkan air selepas hujan lebat menyebabkan air sungai bertukar menjadi warna coklat.
Agensi Meteorologi Jepun melaporkan, Talas bergerak peralahan ke arah utara merentasi Lautan Jepun dan akan melalui selatan pulau Shikoku serta tengah pulau Honshu tengah malam ini.
Ekoran pergerakannya yang perlahan, agensi itu memberi amaran hujan lebat dan tanah runtuh mungkin berlaku.
Menurut polis, tiga rumah dilaporkan tertimbus akibat kejadian tanah runtuh di wilayah Wakayama dan seorang gadis berusia 14 tahun berjaya diselamatkan daripada insiden itu. - Agensi

Saturday, September 3, 2011

Taufan Talas Landa Jepun

TOKYO: Taufan Talas yang membawa hujan lebat dan angin kencang melanda barat Jepun pada Sabtu sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya seorang terkorban dan tiga orang hilang.
Agensi Metereologi negara tersebut melaporkan, angin bertiup kencang selaju 108 kilometer sejam ke arah pantai Pasifik di pulau Shikoku, kira-kira 10 pagi.
Satu mayat wanita dipercayai dalam lingkungan umur 30-an ditemui di sebatang sungai di Tokushima, sebuah bandar besar di Shikoku, menurut pihak berkuasa.
Polis menyatakan 17 orang cedera manakala enam lagi cedera parah ekoran malapetaka itu.
Laporan agensi turut menyebut lebih 300 buah rumah ditenggelami air bah dan beberapa insiden tanah runtuh dilaporkan.
Di pergunungan Nara, kira-kira 400 kilometer ke arah barat Tokyo, lebih 110 cm atau 43 inci air hujan direkodkan sejak Selasa lalu. - AP, MSTAR

Monday, August 29, 2011

Gambar Taufan Irene Melanda New York






VIVAnews --Taufan Irene mengamuk di kawasan pantai timur Amerika Syarikat. Topan dengan kecepatan sekitar 128 km/jam itu melanda Kota New York.

Taufan ini menyebabkan air laut bergolak. Gelombang besar dan kuat menghentam rumah-rumah penduduk di Fairhaven, Massachusetts,   28 Ogos  2011. Bahkan, gelombang besar juga menghancurkan jalan-jalan. Sejumlah rumah hancur berantakan. Pohon-pohon   tumbang , sejumlah di antaranya menimpa atap rumah dan kenderaan  para penduduk.

Hujan bercurah sekitar 356 milimeter menghunjam deras, menyebabkan banjir di mana-mana. Sekurang-kurang nya, 21 orang terbunuh akibat bencana ini. Selain itu, 370 ribu penduduk dipindahkan dari New York. Ribuan penerbangan juga dibatalkan.

Badai Irene menyebabkan kota New York dikepung banjir. Sekitar 4.5 juta rumah terendam. Pusat bisnes di kota metropolitan itu juga lumpuh.      .   . Hujan lebat akibat badai ini juga menyebabkan banjir dari Carolina Utara hingga Delaware,    (28/8). (Foto: AP Photo)