Showing posts with label NFC. Show all posts
Showing posts with label NFC. Show all posts

Monday, January 7, 2013

NFC: Salleh mahu kes pecah amanah digugur



7 Januari 2013
Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail
Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail
KUALA LUMPUR - Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, yang menghadapi dua tuduhan pecah amanah berjumlah RM49.7 juta, hari ini memfailkan permohonan untuk menggugurkan pertuduhan tersebut.
Permohonan itu difailkan melalui peguamnya Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen S.M Komathy Suppiah di dalam kamar.
Mahkamah menetapkan 8 Februari ini untuk sebutan kes.
Ketika ditemui pemberita, Timbalan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Awang Mahmud memaklumkan pihak pembelaan telah memfailkan permohonan untuk menggugurkan dua pertuduhan pecah amanah yang dihadapi Mohamad Salleh.
Awang Armadajaya memberitahu pihaknya diberi tempoh tiga minggu untuk mengemukakan afidavit jawapan berhubung permohonan tersebut (pengguguran pertuduhan).
Kes itu dijadual dibicarakan pada 21 Januari ini, ditangguhkan sehingga kes permohonan tersebut didengar.
Pada 12 Mac tahun lepas, Mohamad Salleh, 64, selaku pengarah syarikat NFCorp, didakwa melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang RM9,758,140 melalui empat keping cek untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium 'One Menerung' di Parcel  BI-1 dan B1-2, Blok B di atas geran nombor 65152, lot no.56454 di Mukim Kuala Lumpur.
Kesalahan itu dilakukan antara 1 dan 4 Disember 2009 di CIMB Islamic Bank Bhd, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail.
Bagi pertuduhan kedua, di alamat dan bank sama, antara 6 Mei dan 16 Nov 2009, beliau didakwa melakukan kesalahan sama dengan memindahkan wang RM40 juta melalui satu cek ke dalam akaun syarikat National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd bagi kegunaan syarikat tersebut di mana beliau dan salah seorang anaknya adalah pemilik syarikat berkenaan.
Kedua-dua kesalahan didakwa mengikut Seksyen 409, Kanun Keseksaan dan jika disabitkan boleh dipenjara sekurang-kurangnya dua tahun dan maksimum 20 tahun dan sebat serta boleh didenda.
Sementara itu, Mohamad Salleh iaitu selaku Pengarah NFCorp didakwa tanpa kebenaran mesyuarat agung telah menggunakan harta syarikat untuk membiayai sebahagian daripada pembelian dua unit kondominium tersebut, mengikut Seksyen 132(2)(a) Akta Syarikat 1965 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda RM30,000. - Bernama

Tuesday, October 30, 2012

NFCorp berhutang dengan NS



Datuk Seri Mohamad Hasan
Datuk Seri Mohamad Hasan
SEREMBAN –  Syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) didakwa berhutang dengan Kerajaan Negeri Sembilan sehingga mencecah RM200,000 berikutan sewa pajakan tapak projek yang tertunggak, sejak setahun lalu.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang beroperasi di Gemas itu tertunggak bayaran sewa berikutan isu yang melanda syarikat berkenaan.
“Kita sudah tulis surat kepada NFCorp kerana sudah setahun tertunggak bayaran sewa tanah seluas 1,500 ekar yang dipajakkan.
“Sekiranya pihak NFCorp masih gagal membayar dalam tempoh ditetapkan, kita akan batalkan sewa pajakan projek berkenaan dan kadar bayaran akan dinaikkan dalam kontrak penjanjian baru,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri, dekat sini, hari ini.

Saturday, August 11, 2012

NFC: Suami Shahrizat tarik balik permohonan ganti wang jaminan

mahkamah -salleh
$entry.content.caption.value

KUALA LUMPUR - Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, yang menghadapi dua tuduhan pecah amanah berjumlah RM49.7 juta, menarik balik permohonannya untuk menggantikan wang jaminannya sebanyak RM500,000 kepada sebidang tanah anggaran nilai RM3.4 juta sebagai cagaran.

Peguam Y Sheelan Samuagam yang mewakili Mohamad Salleh, 64, menarik balik permohonan itu yang dibuat dalam kamar di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen S M Komathy Suppiah.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Azimul Azami Mohamad Nor memberitahu pemberita peguam itu menarik balik permohonannya selepas mahkamah mendapati tanah itu merupakan tanah rizab Melayu dan tidak boleh dicagarkan.

“Mahkamah tidak terima tanah rizab Melayu sebagai cagaran, jadi pihak peguam menarik balik permohonan dan anak kepada Mohamad Salleh iaitu Wan Shahinur Izmir kekal sebagai penjamin,” katanya.

Kelmarin, Mahkamah Sesyen mendengar permohonan Mohamad Salleh untuk menggantikan wang jaminan RM500,000 kepada sebidang tanah anggaran nilai RM3.4 juta sebagai cagaran milik Mohamad Salleh dan isterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Semalam, mahkamah buat keputusan permohonan itu. Pada 12 Mac, Mohamad Salleh didakwa menyeleweng RM9,758,140 dalam kapasitinya sebagai Pengarah NFCorp, bagi membiayai pembelian dua kondominium di One Menerung di Bangsar antara 1 dan 4 Disember 2009 di CIMB Islamic Bank Bhd di Taman Tun Dr Ismail. 

Tuduhan kedua melibatkan pemindahan RM40 juta ke dalam akaun National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd antara 6 Mei dan 16 November 2009, di mana Mohamad Salleh dan seorang daripada anaknya adalah pengarah.

Beliau hadapi kemungkinan penjara dua hingga 20 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 409 akta Syarikat 1965.
Mohamad Salleh juga didakwa di bawah Seksyen 132(2)(a) akta sama kerana menggunakan aset syarikat untuk membiayai sebahagian pembelian kondominium itu tanpa kelulusan syarikat.  Beliau boleh dipenjara hingga lima tahun atau denda RM30,000 jika sabit kesalahan. - Bernama

Monday, August 6, 2012

Shahrizat: Saya tidak tahu mengenai projek NFC...


Ketika memberi keterangan dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailnya terhadap dua pemimpin PKR, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata beliau tidak tahu yang suaminya membida untuk projek Pusat Fidlot Nasional.

Beliau menyaman Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berhubung pelbagai komen yang didakwa mengaitkannya dalam kemelut National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd.

Shahrizat memfailkan saman tersebut pada 19 Januari berhubung pendedahan Rafizi dan Zuraida mengenai NFC yang telah mengaitkan suaminya Datuk Seri Mohd Salleh Ismail.

Beliau memberitahu Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memegang apa-apa jawatan dalam NFC atau di Agroscience Industries Sdn Bhd.

Shahrizat mendakwa Rafizi dan Zuraida telah menggunakan isu itu sebagai sasaran utama dalam usaha untuk memburuk-burukkan dan memfitnahnya sebagai seorang menteri persekutuan.-mkini

Saturday, April 14, 2012

Pengerusi NFCorp dapat pasport



MOHAMAD SALLEH ditemani Shahrizat keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam selepas hadir mendengar permohonan mendapatkan semula pasportnya.


KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini semalam membenarkan permohonan Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail yang menghadapi tuduhan pecah amanah RM49.7 juta dan melanggar Akta Syarikat 1965, mendapatkan semula pasport antarabangsa bagi tugasan rasmi ke luar negara.
Hakim, S. M. Komathy Suppiah memutuskan demikian selepas dimaklumkan peguam Mohamad Salleh, 64, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah bahawa anak guamnya memerlukan pasport buat sementara waktu dan akan dikembalikan pada 16 Mei ini.
Timbalan Pendakwa Raya, Dzulkefli Ahmad dan Awang Armadajaya Awang Mahmud tidak membantah permohonan tersebut.
Komathy menetapkan 28 Mei untuk sebutan semula kes pecah amanah berkenaan.
Terdahulu, mahkamah diberitahu, tertuduh memfailkan notis permohonan pasport pada Selasa lalu.
Mohamad Salleh hadir ditemani isterinya, bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Tuesday, April 10, 2012

Rafizi: Aset NFCorp perlu dibeku



WARTAWAN SINAR HARIAN
10 April 2012
KUALA LUMPUR - Harta milik National Feedlot Corporation (NFCorp) harus dicagarkan kepada kerajaan sebagai jaminan peribadi timbal balik bayaran pinjaman dana rakyat bernilai RM250 juta.
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, tindakan ini perlu memandangkan operasi dan prestasi kewangan NFCorp tidak berkemampuan untuk membayar semula dana tersebut.

Katanya, pihak pengurusan terbabit bertindak menjual aset mereka untuk tujuan pelupusan.

“Kerajaan harus bertindak tegas dan mengambil tindakan terhadap NFCorp kerana mereka mempermainkan dana rakyat yang diamanahkan.

“Rakyat mahukan mereka menerima huku­man setimpal, jika tiada sebarang tindakan. Saya yakin rakyat akan kecewa,” katanya.

Mohd Rafizi berkata, sekiranya kerajaan gagal bertindak PKR akan membuat siri pendedahan harta dibeli NFCorp termasuk penyelewengan didakwa dilakukan.

Sebelum ini, PKR membuat pendedahan NFCorp menyelewengkan dana awam sebanyak RM250 juta yang sepatutnya digunakan dalam penternakan lembu kepada pelaburan dalam bidang hartanah.

Monday, April 9, 2012

Lembu NFC didakwa mati akibat keracunan



DAP hari ini mendesak Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar mengesahkan keselamatan daging lembu yang diusahakan National Feedlot Corporation ekoran dakwaan bahawa ternakan itu mengalami keracunan.

Setiausaha publisiti DAP, Tony Pua berkata demikian berdasarkan dokumen yang menunjukkan bahawa beberapa ekor lembu berkenaan mengalami keracunan kuprum yang teruk (severe copper poisoning).

"Menteri (Noh) juga perlu mengesahkan jika semua daging yang dikeluarkan oleh NFC adalah bebas daripada bahan kimia kuprum dan juga memaklumkan jika kementerian telah menjalankan pemeriksaan berikutan penemuan keracunan kuprum pada tahun lepas

"Apa yang rakyat perlu tahu ialah berapa banyak lembu yang telah mati ketika dibawah jagaan NFC, berapa angka yang terlibat dan adakah kesemua lembu ini dilupuskan dengan cara yang betul," katanya.

Pua berkata, ujian oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar itu dijalankan ke atas enam ekor lembu yang mati pada pertengahan Jun 2011.

Menurut Pua, ujian tersebut menunjukkan tahap kandungan kuprum melebihi julat normal untuk seekor lembu.

Jelasnya, hati lembu yang normal hanya mempunyai antara 25 hingga 100 bahagian per juta kuprum (ppm), sedangkan sampel yang diuji itu menunjukkan kandungan kumprum sebanya 172,98 bahagian per juta.

Ginjal lembu tersebut pula mengandungi 43.71 ppm kuprum, berbanding paras normal ialah 4-6 ppm," katanya lagi dalam satu kenyataan media.

Selain itu, Pua berkata, ujian lain yang dilakukan terhadap lembu tersebut menunjukkan terdapat 721.24 ppm kumprum.

"Perkara ini memerlukan perhatian serius kerana melibatkan produk daripada daging lembu yang berpenyakit dan mungkin telah dijual untuk kegunaan rakyat di Malaysia," katanya lagi.

Justeru, Pua mendesak supaya Noh mengesahkan ujian yang telah dijalankan ke atas lembu itu bagi memastikan keracunan itu tidak menjejaskan lembu lain.

Katanya, secara keseluruhan, lembu-lembu lain kemungkinan akan mengalami tahap kuprum yang berlebihan atau mungkin tidak akan mati semasa proses tersebut.

Friday, February 17, 2012

Najib Bimbang Sharizat Dedah Rahsia Rosmah?





Mohd Sayuti Omar


Isteri taukeh lembu gemuk (NFC), Sharizat Jalil tidak mudah mengaku kalah. Walaupun berbagai pihak meminta dia berundur demi Umno, tetapi tidak semudah itu untuk menteri wanita bermata cerah bercelak itu berbuat demikian. Umrahnya sebanyak tiga kali telah memberi kekuatan kepadanya.


Dari ketua bahagian membawa kepada ahli parlimen, timbalan menteri dan bekas perdana menteri semua nasihat supaya Sharizat mengangkat kain taula putih, mengaku kalah melepas jawatan. Mereka mengira isu lembu gemuk telah memberi penyakit besar kepada Umno dan akan menyulitkan Umno untuk berhadapan dengan rakyat dalam pilihan raya nanti. Projek itu akan menjadi lambang atau simbol kerakusan kerajaan UBN dalam menyangak wang rakyat.

Kenapa tidak, isu NFC itu bukan saja berlegar di Bangsar atau Lembah Pantai tetapi sudah sampai ke kampung-kampung. Ibu saya di kampung juga tahu kisah NFC entah siapa yang bercerita kepadanya. "Ti sungguhkah lembu la ni duduk di kondo?" begitulah tanya ibu saya suatu hari penuh kelurusan.

"Lembu mana pula?" tanya saya.
"Lembu Sharizat menteri wanita itu...lah," katanya.
"Siapa cerita ni, jangan duk percaya benda yang karut marut, mana ada lembu duduk di kondo," balas saya menguji pengetahuannya.
"Tak tahu orang duk cerita gitu, mek nak tanya sebab Ti dok Kuala Lumpur..," balasnya agak kecewa dengan bantahan saya. Ibu saya akan diam kalau saya bersikap begitu kerana dia kenal benar dengan perangai anak jantannya ini. Saya tidak suka kalau dia bercakap hal yang pelik dan ganjil berbau fitnah.

Moral of the story bahawa kisah laki Sharizat pelihara lembu dengan peruntukan kerajaan RM250 juta sudah sampai ke kampung-kampung. Kisah itu menyebabkan orang kampung merasakan bahawa mereka dianiaya dan diabaikan kerana untuk 'beli lembu' mereka hanya dibagi RM500 saja, (itu pun nak dapat kena tunggu dua tiga jam kena dengar tazkirah dari pemimpin Umno) sedanhgkan semurah-murah lembu kampung hari ini berharga di antara RM800 hingga RM1500.

Kerana meluasnya cerita itulah ia membimbangkan Umno. Umno mencari jalan menyelesaikan isu berkenan dan mencari formula agar rakyat melupainya. Sebab itu akhabr penjilat buntut gila-gila mencari isu dan mereka-reka apa saja isu untuk mengambuskan isu lembu gemuk. Kehadiran Hasan Akidah dalam jerumu Umno tidak juga dapat membetulkan 'akidah' rakyat tentang projek lembu gemuk itu malahan dia mengkelam kabutkan lagi keadaan.

Video seks membabitkan Anwar ditayang dimana saja ada majlis pemberian wang rakyat kepada rakyat sebanyak RM500. Guru-guru, tok imam, tukang kebun, makcik jual kantin dan hatta tok mudin pun dipaksa menontonnya. Terkulat-kulat dan tersengeh dan pandang memandang mereka yang menonton sesama sendiri. Cikgu muda yang tidak pernah menyaksikan gambar porno sepanjang hidupnya kemalu-maluan di tepi dinding... sambil diperhati oleh ketua cawangan Umno.

Umno buntu menghadapi Sharizat. Najib tidak berani berkokok... bila ada desas desus mengatakan Sharizat telah hantar surat meletakkan jawatan Najib cepat-cepat menafikan. Penafian Najib itu menunjukkan dia takut dengan Sharizat.

Saya tidak fikir Najib akan mengarahkan Sharizat meletak jawatan untuk mengatasi masalah yang timbul dari isu lembu gemuk seperti mana diharapkan oleh orang ramai. Kenapa? Sharizat pernah dilaporkan berkata, kalau dia kena letak jawatan kerana isu yang tidak membabit dengan beliau secara langsung itu, orang lain juga perlu berbuat demikian.

Apa maksud dan mesejnya. Ertinya bukan Sharizat sahaja yang terbelenggu dengan projek-projek mega tidak mengikut prosuder, memiliki kekayaan di luar kemampuan tetapi menteri lain juga. Balasan membela diri oleh Sharizat itu bolehlah dianggap bahawa semua menteri kabinet termasuk ketua bahagian yang tidak menjadi wakil rakyat dan menteri ada memiliki harta diluar kemampuan masing-masing.

Selepas Sharizat mengeluarkan kata-kata dan cabaran demikian maka tidak ada yang berani mendesak Sharizat. Sesetengah menteri Umno dan BN yang memegang kayu untuk menyocok punggung lembu laki Sharizat diletakkan semula.

Nah.. begitu juga dengan Najib. Najib juga tidak berani untuk bertindak ke atas Sharizat. Apa yang membimbangkan ialah takut Shariat juga akan terlatah mulut mendedahkan apa-apa yang dia tahu yang dilakukan oleh isterinya Rosmah Mansor. Khabarnya Sharizat ada maklumat hebat mengenai Rosmah Mansor yang belum terungkap. Maklumat dan rahsia inilah yang digenggam oleh Sharizat.

Apakah kerana bimbang rahsia Rosmah didedah Sharizat maka Najib jadi terpaksa kompromi dengan Sharizat? Dari sini fahamlah kita kenapa Najib sebagai ketua tidak boleh bertindak ke atas anak buahnya kerana dia sendiri juga ada masalah lebih besar dari ditanggung anak buah itu.

Bagaimana pun saya yakin nama Shariat tidak akan dicalonkan pada pilihan raya akan datang. Namanya di Lembah Pantai sudah pasti akan diganti dengan nama kawan Najib, Raja Nong Chik. Apa yang kita hendak tenguk selepas ini, apakah Shariat akan bertindak balas dengan mendedahkan apa yang dia tahu mengenai Rosmah kalau tidak dicalonkan? Apakah Sharizat seorang pendendam? Tunggulah... tidak akan lari gunung dikejar hilang kabus nampaklah ia.

Perkara ini sudah tentu difikirkan oleh Najib. Najib mungkin tahu manusia kalau sudah hilang sabar bukan saja setakat sanggup singsing lengan baju, tunjuk labu lengan gebu selak kain pun sanggup dilakukan. Apa yang paling Najib takutkan ialah kalau-kalau Sharizat menyelak kain isterinya sekali hingga terdedah kesemua yang sulit mulit.

Justeru saya mengira isu NFC melibatkan laki Sharizat akan diselesaikan secara politik. Sharizat tidak perlu mengembalikan wang kerajaan RM250 juta seperti Nazri sarankan, tetapi cukup untuk Sharizat meletakkan jari dibibirnya sambnil buat sssshhhhh.... dan tunjuk kepada Najib. Najib pun akan faham dan kes NFC akan lepas dan rakyat semua akan tersengih-sengih macam kerang busuk. Selepas ini SPRM akan buat pengistyharan bahawa tiada kes membabitkan rasuah dalam projek NFC. Sebaik saja pengistyharan itu dibuat parlimen pun akan dibubarkan. Oooiiii... Mat Maslan kenapa tong sampahkan buku Jingga?
at 2/17/2012 09:15:00 PM
Labels: Mohd Sayuti Omar

Najib Bimbang Sharizat Dedah Rahsia Rosmah? Mohd Sayuti Omar Isteri taukeh lembu gemuk (NFC), Sharizat Jalil tidak mudah mengaku kalah. Walaupun berbagai pihak meminta dia berundur demi Umno, tetapi tidak semudah itu untuk menteri wanita bermata cerah bercelak itu berbuat demikian. Umrahnya sebanyak tiga kali telah memberi kekuatan kepadanya. Dari ketua bahagian membawa kepada ahli parlimen, timbalan menteri dan bekas perdana menteri semua nasihat supaya Sharizat mengangkat kain taula putih, mengaku kalah melepas jawatan. Mereka mengira isu lembu gemuk telah memberi penyakit besar kepada Umno dan akan menyulitkan Umno untuk berhadapan dengan rakyat dalam pilihan raya nanti. Projek itu akan menjadi lambang atau simbol kerakusan kerajaan UBN dalam menyangak wang rakyat. Kenapa tidak, isu NFC itu bukan saja berlegar di Bangsar atau Lembah Pantai tetapi sudah sampai ke kampung-kampung. Ibu saya di kampung juga tahu kisah NFC entah siapa yang bercerita kepadanya. "Ti sungguhkah lembu la ni duduk di kondo?" begitulah tanya ibu saya suatu hari penuh kelurusan. "Lembu mana pula?" tanya saya. "Lembu Sharizat menteri wanita itu...lah," katanya. "Siapa cerita ni, jangan duk percaya benda yang karut marut, mana ada lembu duduk di kondo," balas saya menguji pengetahuannya. "Tak tahu orang duk cerita gitu, mek nak tanya sebab Ti dok Kuala Lumpur..," balasnya agak kecewa dengan bantahan saya. Ibu saya akan diam kalau saya bersikap begitu kerana dia kenal benar dengan perangai anak jantannya ini. Saya tidak suka kalau dia bercakap hal yang pelik dan ganjil berbau fitnah. Moral of the story bahawa kisah laki Sharizat pelihara lembu dengan peruntukan kerajaan RM250 juta sudah sampai ke kampung-kampung. Kisah itu menyebabkan orang kampung merasakan bahawa mereka dianiaya dan diabaikan kerana untuk 'beli lembu' mereka hanya dibagi RM500 saja, (itu pun nak dapat kena tunggu dua tiga jam kena dengar tazkirah dari pemimpin Umno) sedanhgkan semurah-murah lembu kampung hari ini berharga di antara RM800 hingga RM1500. Kerana meluasnya cerita itulah ia membimbangkan Umno. Umno mencari jalan menyelesaikan isu berkenan dan mencari formula agar rakyat melupainya. Sebab itu akhabr penjilat buntut gila-gila mencari isu dan mereka-reka apa saja isu untuk mengambuskan isu lembu gemuk. Kehadiran Hasan Akidah dalam jerumu Umno tidak juga dapat membetulkan 'akidah' rakyat tentang projek lembu gemuk itu malahan dia mengkelam kabutkan lagi keadaan. Video seks membabitkan Anwar ditayang dimana saja ada majlis pemberian wang rakyat kepada rakyat sebanyak RM500. Guru-guru, tok imam, tukang kebun, makcik jual kantin dan hatta tok mudin pun dipaksa menontonnya. Terkulat-kulat dan tersengeh dan pandang memandang mereka yang menonton sesama sendiri. Cikgu muda yang tidak pernah menyaksikan gambar porno sepanjang hidupnya kemalu-maluan di tepi dinding... sambil diperhati oleh ketua cawangan Umno. Umno buntu menghadapi Sharizat. Najib tidak berani berkokok... bila ada desas desus mengatakan Sharizat telah hantar surat meletakkan jawatan Najib cepat-cepat menafikan. Penafian Najib itu menunjukkan dia takut dengan Sharizat. Saya tidak fikir Najib akan mengarahkan Sharizat meletak jawatan untuk mengatasi masalah yang timbul dari isu lembu gemuk seperti mana diharapkan oleh orang ramai. Kenapa? Sharizat pernah dilaporkan berkata, kalau dia kena letak jawatan kerana isu yang tidak membabit dengan beliau secara langsung itu, orang lain juga perlu berbuat demikian. Apa maksud dan mesejnya. Ertinya bukan Sharizat sahaja yang terbelenggu dengan projek-projek mega tidak mengikut prosuder, memiliki kekayaan di luar kemampuan tetapi menteri lain juga. Balasan membela diri oleh Sharizat itu bolehlah dianggap bahawa semua menteri kabinet termasuk ketua bahagian yang tidak menjadi wakil rakyat dan menteri ada memiliki harta diluar kemampuan masing-masing. Selepas Sharizat mengeluarkan kata-kata dan cabaran demikian maka tidak ada yang berani mendesak Sharizat. Sesetengah menteri Umno dan BN yang memegang kayu untuk menyocok punggung lembu laki Sharizat diletakkan semula. Nah.. begitu juga dengan Najib. Najib juga tidak berani untuk bertindak ke atas Sharizat. Apa yang membimbangkan ialah takut Shariat juga akan terlatah mulut mendedahkan apa-apa yang dia tahu yang dilakukan oleh isterinya Rosmah Mansor. Khabarnya Sharizat ada maklumat hebat mengenai Rosmah Mansor yang belum terungkap. Maklumat dan rahsia inilah yang digenggam oleh Sharizat. Apakah kerana bimbang rahsia Rosmah didedah Sharizat maka Najib jadi terpaksa kompromi dengan Sharizat? Dari sini fahamlah kita kenapa Najib sebagai ketua tidak boleh bertindak ke atas anak buahnya kerana dia sendiri juga ada masalah lebih besar dari ditanggung anak buah itu. Bagaimana pun saya yakin nama Shariat tidak akan dicalonkan pada pilihan raya akan datang. Namanya di Lembah Pantai sudah pasti akan diganti dengan nama kawan Najib, Raja Nong Chik. Apa yang kita hendak tenguk selepas ini, apakah Shariat akan bertindak balas dengan mendedahkan apa yang dia tahu mengenai Rosmah kalau tidak dicalonkan? Apakah Sharizat seorang pendendam? Tunggulah... tidak akan lari gunung dikejar hilang kabus nampaklah ia. Perkara ini sudah tentu difikirkan oleh Najib. Najib mungkin tahu manusia kalau sudah hilang sabar bukan saja setakat sanggup singsing lengan baju, tunjuk labu lengan gebu selak kain pun sanggup dilakukan. Apa yang paling Najib takutkan ialah kalau-kalau Sharizat menyelak kain isterinya sekali hingga terdedah kesemua yang sulit mulit. Justeru saya mengira isu NFC melibatkan laki Sharizat akan diselesaikan secara politik. Sharizat tidak perlu mengembalikan wang kerajaan RM250 juta seperti Nazri sarankan, tetapi cukup untuk Sharizat meletakkan jari dibibirnya sambnil buat sssshhhhh.... dan tunjuk kepada Najib. Najib pun akan faham dan kes NFC akan lepas dan rakyat semua akan tersengih-sengih macam kerang busuk. Selepas ini SPRM akan buat pengistyharan bahawa tiada kes membabitkan rasuah dalam projek NFC. Sebaik saja pengistyharan itu dibuat parlimen pun akan dibubarkan. Oooiiii... Mat Maslan kenapa tong sampahkan buku Jingga? at 2/17/2012 09:15:00 PM Labels: Mohd Sayuti Omar
By: Zar Ali

Wednesday, February 15, 2012

NFCorp melanggar syarat pinjaman, kata Nazri

KUALA LUMPUR, 14 Feb — Datuk Seri Nazri Aziz hari ini berkata, National Feedlot Corporation (NFCorp) telah melanggar syarat perjanjian pinjaman dengan kerajaan persekutuan.
“Dalam kata lain, telah berlaku kes pecah amanah. Duit tersebut, yang seharusnya digunakan untuk tujuan penternakan lembu telah digunakan untuk tujuan lain.
“Dana berkenaan telah diserahkan berdasarkan projek yang diserahkan kepada NFCorp, yang mana mereka harus menternak lembu dan menjualnya dengan kadar yang lebih rendah,” jelas Nazri kepada pemberita di sini.
“Pinjaman itu diberikan hanya bagi tujuan itu. Sekiranya dana itu digunakan bagi tujuan lain, kita tidak perlukan peguam untuk mengetahui samada berlaku pecah amanah atau tidak, sangat mudah,” kata menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio undang-undang itu.
Malah, Nazri (gambar) turut menafikan laporan akhbar yang menyatakan bahawa beliau telah mengeluarkan kenyataan yang menyuruh rakan Kabinetnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memulangkan sejumlah RM250 juta yang dipinjam daripada kerajaan untuk Pusat Fidlot Nasional (NFC).
“Kerajaan berkuasa untuk menarik semula pinjaman berkenaan sekiranya berlaku aktiviti pecah amanah. Saya kata NFCorp perlu kembalikan duit itu semula, saya tidak menyebut beliau (Shahrizat), tidak ada kene mengena dengannya,” katanya.

Nazri menegaskan, itu merupakan pandangan beliau selaku menteri berkaitan undang-undang, dan kerajaan masih lagi sedang menyiasat pertuduhan terhadap dakwaan berlakunya penyalahgunaan dana kerajaan persekutuan itu.
Menteri itu berkata lagi, beliau mengambil berat terhadap perkara itu dan menyatakan isu itu “tidak mati” walaupun apa pun tindakan yang diambil kerajaan, kerana rakyat ingin tahu ke mana wang itu digunakan.
“Sekiranya penyiasatan SPRM membuktikan berlakunya pelanggaran akta, mereka akan didakwa.
“Kemudian keluarkan tender dan berikan pembida tertinggi terhadap projek itu,” tambah Ahli Parlimen Padang Rengas ini lagi.
Menurutnya, perletakan jawatan Shahrizat ketika ini tidak akan memberi “kesan” dan berkemungkinan akan lebih berkesan sekiranya dibuat lebih awal.
“Kita perlu tunggu sehingga siasatan selesai ... masyarakat kurang sabar, tiada petunjuk, dan tiada arah ke mana mereka hendak tuju,” tambah Nazri.
PKR telah membuat beberapa siri pendedahan terhadap penyalahgunaan dana termasuk RM62 juta untuk tanah, hartanah, dan perbelanjaan yang tidak berkaitan dengan projek penternakan lembu berkenaan.
Shahrizat telah mengambil cuti tiga minggu daripada jawatan sebagai menteri bulan lepas dan kini telah kembali bertugas.
Rabu lalu, beliau telah dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM di Putrajaya.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan akan melantik juru audit bagi menyemak semula laporan kewangan NFC namun enggan mewujudkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat NFC.

Saturday, January 28, 2012

Pengarah Eksekutif NFC nafi seleweng dana kerajaan

KERATAN Kosmo! 20 Januari 2012.

KUALA LUMPUR - Selepas dua bulan isu berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) yang didakwa berlaku penyelewengan terhadap dana kerajaan, semalam Pengarah Eksekutif syarikat itu menafikan dakwaan bahawa beliau dan anggota keluarganya terlibat dalam perkara itu.
Wan Shahinor Izmir Salleh berkata, tidak munasabah kalau keluarganya berfoya-foya menggunakan wang tersebut yang merupakan pinjaman yang wajib dibayar balik.
Menurut beliau, pinjaman yang diberikan kepada NFC adalah jutaan ringgit dan disebabkan itu komitmen untuk membayar balik pinjaman tersebut perlu dilakukan dengan cara yang betul.
"Saya dan anak-beranak akan hancur kalau tak boleh bayar pinjaman yang sebegini besar.
"Bermula tahun ini kita sudah kena membayar balik pinjaman yang telah diberikan termasuk kadar faedahnya sekali.
"Tidak mungkin ada penyelewengan berlaku dalam perkara ini kerana setiap sen yang dipinjam akan dibayar balik sepenuhnya," katanya.
Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

Tuesday, January 24, 2012

Isu NFC: Rafizi terkejut kenyataan Presiden Perkasa

Rafizi Ramli
SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyelar kenyataan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sambil menyifatkan beliau cuba ‘berlagak pandai’ dalam isu projek kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Beliau menegaskan, Ibrahim seolah-olah cuba mengugut Ketua Audit Negara dengan memaksa memberin kenyataan rasmi bahawa tidak wujud masalah dalam projek berkenaan.

“Saya terkejut dia (Ibrahim Ali) berani kata Ketua Audit tak buat kerja, buat laporan pun salah. Sedangkan dia tu siapa? Seorang yang tidak ada pengalaman langsung dalam bidang tu.

“Tekanan yang diberikannya adalah satu intimidasi yang serius kepada Ketua Audit, dia tak ada hak nak campur tangan sebab memang terbukti dia tiada kepakaran dan tidak tahu hujung pangkal siasatan. Dia tak ada hak nak tentukan apa yang patut Ketua Audit buat,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Kelmarin, Ibrahim berkata, "kami mendesak beliau membuat kenyataan rasmi mengenainya dan berlaku adil kepada semua pihak supaya seseorang itu dibela atau dihukum atas sebab yang sah faktanya, bukan kerana persepsi politik."

Ibrahim berkata demikian selepas bertemu dengan Pengerusi Eksekutif Fidlot Nasinal Corporation (NFCorp), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail.

Menurut Rafizi, tindakan presiden Perkasa itu perlu diambil perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana bimbang boleh mengganggu siasatan ke atas NFCorp.

Beliau berkata, penglibatan Perkasa dalam hal ini menampakkan kepada dimensi baru skandal yang mungkin cuba digunakan NFCorp melalui politik untuk membersihkan nama syarikatnya

“Tindakan ini memburukkan keadaan, sudah empat tahun kebelakangan ini, kedudukan Audit Negara dilihat sangat penting dalam membongkar kes rasuah, melalui siasatan mereka kita sebagai rakyat dapat siasat balik.

Sementara itu, Rafizi turut menempelak dakwaan Ibrahim yang mengatakan beliau membeli maklumat daripada bekas pekerja NFCorp atas tujuan untuk membantu pekerja terbabit untuk membalas dendam.

“Saya nafikan sekeras-kerasnya dakwaan dia kononnya saya membeli maklumat secara sulit. Apa tujuan dia nak cakap macam itu,” katanya. Isu NFC: Rafizi terkejut kenyataan Presiden Perkasa - Politik - Sinar Harian:

'via Blog this'

Monday, January 23, 2012

NFC didesak dedah belanja kad kredit RM593,500


KUALA LUMPUR, 23 Jan: Jingga 13 sekali lagi mencabar Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) dan pengarah eksekutifnya, Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh untuk tampil mendedahkan kesemua perbelanjaan kad kredit sejumlah RM593,500 oleh ahli keluarganya termasuk dakwaan beliau sendiri yang menggunakan RM122,402 pada tahun 2009.
“Pendedahan ini memberikan peluang kepada rakyat meneliti setiap sen berbelanjaan penggunaan kad kredit NFC,” kata ketua koordinatornya, Fariz Musa kepada Harakahdaily.
Katanya, seperti mana laporan polis yg dibuat oleh Jingga 13 agar siasatan secara terperinci terhadap penggunaan kad kredit oleh ahli keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil yang dibayar menggunakan wang rakyat melalui NFC yang sewajibnya melaksanakan projek Perbadanan Fidlot Kebangsaan agar benar-benar tidak diseleweng atau berlaku pecah amanah jenayah.
Menurutnya, andai benar digunakan ke Australia atau untuk aktiviti syarikat, Jingga 13 desak NFC buktikan kerana tiada penjelasan terhadap pembayaran kad kredit mereka oleh NFC yang menimbulkan pelbagai persoalan seperti mana tercatat dalam akaun NFC di CIMB Bank TTDI.
Contohnya, kata beliau pada tarikh 22 Januari 2009 sejumlah RM104,104.44 dibayar oleh NFC atas nama Izzana Salleh, Izran Salleh dan Datuk Salleh melalui kad kredit Maybank.
“Untuk perbelanjaan apa sehingga RM104,104.44 dibayar dengan menggunakan kad kredit dalam tempoh sebulan?” soalnya.
Katanya lagi, Jingga 13 yakin bahawa setiap penggunaan kad kredit terdapat rekod secara terperinci di bank dan di unit kewangan /akaun NFC yang boleh dibuktikan segala perbelanjaan penggunaan kad kredit sejumlah RM593,500 pada tahun 2009 sahaja oleh ahli keluarga Shahrizat termasuk perbelanjaan ke Australia untuk promosi.
Justeru, katanya tidak perlu dilengah-lengahkan lagi oleh kesemua ahli keluarga Sharizat untuk mendedahkan keseluruhan penggunaan RM593,500 tersebut bagi menghentikan segala spekulasi dan persepsi khususnya skandal NFC yang semakin memuncak.
“Jingga 13 yakin pendedahan tersebut akan menjelaskan pelbagai persoalan terhadap penggunaan kad kredit tersebut dan adakah benar digunakan untuk aktiviti syarikat dan bukan untuk kepentingan peribadi atau berpoya-poya oleh ahli keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil,” ujarnya.
Beliau menambah, Jingga 13 tidak menerima penjelasan tanpa dibuktikan dengan segala dokumen daripada Maybank dan CIMB Bank di mana kad kredit itu digunakan termasuk sokongan daripada dokumen syarikat berdasarkan tatakelola kewangan perniagaan kerana difahamkan bahawa ianya digunakan untuk perniagaan NFC.
Menurutnya, sudah pasti segala rekod dan dokumen terhadap segala perbelanjaan disimpan dan tidak mempunyai kesukaran untuk mendedahkannya kepada umum termasuk penyata oleh pihak Maybank dan CIMB Bank.
“Sebagai rakyat Malaysia maka adalah menjadi tanggungjawab dan berhak mempersoalkan setiap sen wang rakyat yang digunakan agar tidak wujud sebarang penyelewengan dan pecah amanah jenayah. Ibrahim Ali dan Perkasa tidak perlu campurtangan dan menjadi jurucakap kepada NFC,” katanya lagi.
Tambahnya, Jingga 13 meminta agar pihak polis bertindak adil dan profesional dalam mesyiasat secara terperinci penggunaan kad kredit ahli keluarga Seri Shahrizat tanpa dwi-standard.
Katanya, wang rakyat RM250 juta adalah amanah rakyat bagi memastikan projek Perbadanan Fidlot Kebangsaan benar-benar berjaya dan bukannya diseleweng dan berlaku pecah amanah jenayah.

NFCorp dakwa ada ‘petualang’, Perkasa mahu polis siasat

NFC
KUALA LUMPUR – National Feedlot Corporation (NFCorp) kesal dengan bekas kakitangannya yang sanggup menjadi ‘petualang’ untuk memburukkan imej syarikat dan pada masa yang sama membongkar rahsia kepada Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli sehingga ia dijadikan modal politik.
Pengerusinya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail berkata, bekas pekerjanya itu telah memberi ‘pendrive’ yang mempunyai dokumen syarikat kepada parti Pakatan Rakyat (PR), yang membawa kepada siri pendedahan.
“Pekerja itu pernah memegang jawatan sebagai eksekutif pemasaran di syarikat ini dan memperoleh pendapatan melebihi RM100,000 sebulan dengan hanya mengaut komisen daripada menjual daging ke pasar raya terkemuka.
“Kami terpaksa memecat orang ini kerana telah menyeleweng harta syarikat bernilai RM2.7 juta. Selepas tidak berpuas hati, dia telah melaporkan kepada polis mengenai perkara ini dan saya tidak pasti dalam laporannya ada menyebut mengenai wang itu,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Menurutnya, bekas pekerjanya itu pada masa yang sama telah ‘mencuri’ maklumat asas syarikat dengan menyimpannya di dalam ‘pendrive’.
Beliau berkata, bekas pekerjanya itu tidak mempunyai dokumen lengkap untuk menerangkan hala tuju wang yang dibelanjakan, termasuklah penggunaan kad kredit dengan menyerahkannya kepada orang tertentu.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mahu NFCorp membuat laporan polis supaya perkara ini disiasat dan mengambil tindakan ke atas ‘petualang’ yang menyalahgunakan wang syarikat dan mendedahkan kepada umum.
“Mereka perlu buat sesuatu supaya tindakan tertentu dapat diambil. Saya tidak menyokong mana-mana pihak, tetapi pihak yang melakukan kesalahan perlu dikenakan tindakan.
“Saya mahu pesalah (NFCorp atau bekas pekerja) perlu dihukum dan mereka yang menjadi mangsa penganiayaan perlu dibela,” katanya.
NFCorp dakwa ada ‘petualang’, Perkasa mahu polis siasat - Nasional - Sinar Harian:

'via Blog this'

Saturday, January 21, 2012

BN, Shahrizat urus skandal NFC dengan lemah, kata Soi Lek

January 21, 2012
KUALA LUMPUR, 21 Jan — Kerajaan Barisan Nasional (BN), menegaskan, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, menguruskan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) dengan lemah, dan menyebabkan masyarakat melihatnya sebagai “sangat teruk”, menurut Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Presiden MCA itu menjelaskan, Shahrizat telah “dinasihatkan dengan lemah” berhubung perkara itu selepas ia dibangkitkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 dan menambah, Shahrizat seharusnya mengambil tindakan awal apabila berhadapan dengan desakan untuk meletak jawatan.
“Mereka harus menangkap lembu menggunakan tanduknya. Tindakan pertama adalah mengaudit. Mendedahkan secara terbuka berkenaan skandal tersebut,” kata Dr Chua(gambar) kepada The Malaysian Insider dalam temubual eksklusif di ibu Pejabat MCA di sini.
Menurutnya, sejumlah RM250 juta dana kerajaan dalam NFC “mempunyai masalah”, yang kemudiannya dimanipulasi pembangkang di media.
“Berikutan mereka (pembangkang) mempunyai maklumat, mereka akan menggunakannya sebagai platform dan tindakan mereka itu memburukkan keadaan.
“Dan kerajaan BN bertindak sangat perlahan dan tidak telus sepenuhnya,” katanya.
Namun begitu, Dr Chua menyanggah dakwaan bahawa Datuk Seri Najib Razak membisu berhubung isu tersebut tidak bermakna beliau mempertahankan Shahrizat atau mana-mana menteri Kabinetnya.
Beliau menegaskan pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melakukan siasatan dan kerajaan juga telah mengumumkan perjumpaan dengan firma perakaunan untuk mengaudit akaun National Feedlot Corporation’s (NFCorp).
NFCorp diusahakan oleh suami Shahrizat dan anak-anaknya.
Tambah Dr Chua, sekiranya audit berkenaan mendedahkan kecelaruan dalam NFC, Shahrizat seharusnya tahu tindakan yang harus diambilnya..
“Beliau bukan ahli junior (dalam Kabinet), beliau sudah bertaraf senior.
“Firasat saya merasakan Shahrizat berkemungkinan tidak mendapat khidmat nasihat yang betul, dan juga mungkin menurutnya, jika Wanita Umno menerimanya, tiada masalah terhadap perkara itu,” tambahnya.
Shahrizat dilihat beroleh sokongan padu daripada perwakilan Umno ketika Mesyuarat Agung Umno baru-baru ini walaupun menerima kecaman hebat daripada masyarakat dalam pertuduhan skandal NFC.
Shahrizat juga memohon cuti selama tiga minggu daripada jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, supaya siasatan penuh dapat dijalankan. Malahan, beliau turut memfailkan saman fitnah sejumlah RM100 juta terhadap penuduhnya dalam PKR.
Projek penternakan lembu menjadi tajuk hangat selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 mengeluarkan terdapatnya kecelaruan dalam projek yang diurus tadbir oleh keluarga Shahrizat tersebut.
Sejak itu, PKR telah membuat beberapa siri pendedahan termasuk pembelian dua kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur, dan dituduh menggunakan dana kerajaan tersebut untuk perbelanjaan peribadi keluarganya.
Parti pembangkang itu itu turut menuduh keluarga Shahrizat menggunakan sejumlah RM600,000 daripada dana NFC bagi membiayai pembayaran bil kad kredit mereka pada 2009.
Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli mendakwa suami Wanita Umno, dan anak-anaknya yang menjadi lembaga pengarah NFC, menggunakan dana daripada RM250 juta untuk projek berkenaan bagi membayar bil kad kredit yang berjumlah melebihi RM10,000 sebulan sepanjang tahun tersebut.
Namun begitu, pentadbiran NFCorp menepis dakwaan tersebut dan menegaskan penggunaan kad kredit tersebut adalah untuk kegunaan perniagaan.
Mereka turut menafikan tuduhan dana RM250 juta itu telah dipindahkan ke akaun mereka sebelum perjanjian pinjaman tersebut dimeterai.

Thursday, January 19, 2012

Isu NFC: Shahrizat saman Zuraida, Rafizi RM100 juta

Menteri pembangunan wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengemukakan saman ke atas dua orang pemimpin PKR ekoran kenyataan oleh kedua-dua individu berkenaan berhubung skandal National Feedlot Corporation (NFC).

shahrizat wanita umno victory 250309 3Shahrizat dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendakwa ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin dan pengarah strategi parti itu, Rafizi Ramli telah memfitnah dan memburuk-buruk beliau.

Ketua wanita Umno itu, yang kini bercuti selama tiga minggu, menuntut RM50 juta untuk gantirugi umum dan RM50 juta untuk gantirugi teruk dan teladan.

Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berkata, saman itu dikemukakan dengan asas bahawa siasatan yang sedang berjalan itu diyakini akan membuktikan Shahrizat tidak bersalah.

[Baca berita penuh]

Sementara itu, Rafizi dalam satu kenyataan media petang tadi berkata saman itu adalah tindakan politik untuk menutup mulutnya dan Zuraida daripada terus membuat pendedahan.

“Jika pimpinan Umno seperti Datuk Seri Shahrizat Jalil beranggapan mereka boleh menutup mulut dan akal rakyat seperti saya dengan mengemukakan saman seperti ini, mereka tersilap besar.

NONE“Peluang di mahkamah kelak akan digunakan sepenuhnya untuk membongkar lebih banyak penyelewengan dan bakal diikuti oleh lebih ramai rakyat.

“Oleh itu, kami cukup bersedia dan teruja untuk berdepan dengan Datuk Seri Shahrizat Jalil dan peguam-peguam Umno di mahkamah kelak,” katanya.

Menurut Rafizi, beliau  yakin bahawa semua pendedahan yang dibuat setakat ini adalah benar belaka kerana ia berdasarkan maklumat kewangan dan operasi yang dibocorkan dari dalam NFC sendiri.

“Oleh yang demikian, saya dan Zuraida bersedia untuk berdepan dengan peguam-peguam Umno di mahkamah kelak.

“Peluang ini memang telah ditunggu-tunggu agar kami boleh menggunakan kuasa mahkamah untuk mencari kebenaran sejauh manakah berlakunya penyelewengan di dalam NFC, selain dari yang didedahkan setakat ini,” katanya.

Beliau juga mengingatkan Shahrizat bahawa Ketua Wanita Umno itu juga perlu berdepan dengan mahkamah rakyat yang “mual dengan pelbagai keborosan dan salahguna wang” yang didedahkan setakat ini.Malaysiakini