Showing posts with label JPJ. Show all posts
Showing posts with label JPJ. Show all posts

Friday, June 8, 2012

JPJ diberi 48 jam perjelas isu WWW 15


JPJ diberi 48 jam perjelas isu WWW 15
Keh Yew (tengah ) bersama ahli cawangan menunjukkan surat rasmi yang 
dihantar kepada JPJ Wilayah Persekutuan, semalam.
KUALA LUMPUR – DAP Cawangan Taman Segambut mendesak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan memberikan maklum balas berhubung nombor pendaftaran WWW 15 milik Menteri Kesihatan, Datuk Seri Leow Tiong Lai yang didakwa diberikan secara percuma.

Pengerusi Cawanganya, Hoo Keh Yew berkata, menteri itu melalui kenyataan di sebuah akhbar pernah mendakwa bahawa nombor pendaftaran itu diberikan secara percuma kepadanya. “Banyak kekeliruan timbul, tapi bila kami datang sendiri ke Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan hari ini (semalam), jelas pada papan tanda besar itu terdapat nama menteri itu bersama nilai deposit tender yang dibayar,” katanya pada sidang media semalam.

Menurut Keh Yew, menteri itu sebelum dilihat memberi kenyataan tidak konsisten di media berhubung pembelian nombor pendaftaran WWW 15 bernilai RM24,200 untuk kenderaan rasminya. “Jika benar nombor itu percuma, siapa  yang mohon harga tender RM24,200 itu dikecualikan dan sekiranya dibayar siapakah yang telah membayar deposit,” katanya.

Katanya lagi, satu surat rasmi diberikan kepada JPJ Wilayah Persekutuan semalam dan diberi tempoh selama 48 jam untuk menjawab soalan yang dikemukakan dan jika gagal laporan akan dibuat ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sunday, January 9, 2011

Bidang Kuasa JPJ Diperluas Ke Semua Jenis Jalan

TV3 Stesyen TV Portal Pertama - Bidang Kuasa JPJ Diperluas Ke Semua Jenis Jalan: "
09/01/2011 16:36:44


Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ kini mempunyai kuasa lebih luas untuk mengambil tindakan terhadap pengguna yang melakukan kesalahan lalu lintas di semua jenis jalan.

Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahad berkata sebelum ini, tumpuan JPJ hanya di lebuh raya, jalan persekutuan dan jalan perbandaran.

Namun kini mereka yang menggunakan jalan seperti di ladang, kebun, kampung serta kawasan perumahan juga tidak akan terlepas, sekiranya melakukan kesalahan.

Tambahnya, semua jenis kawasan letak kereta dan bahu jalan boleh diambil tindakan jika pemandu kenderaan terbabit melakukan kesalahan.

Penguatkuasaan undang-undang meliputi semua jenis jalan itu terkandung dalam pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang diluluskan Dewan Negara 22 Disember lalu.

Menurutnya, sekarang ini cuma menunggu diwartakan dan ia dijangka dikuatkuasakan tidak lama lagi, dalam tahun ini juga."