Wednesday, June 29, 2011
Belanja RM750j PLKN tidak masuk akal
Pecahan perbelanjaan meliputi RM21,328,00.00 bagi kos emolument, RM723,893,530.00 untuk perkhidmatan dan perbekalan, RM6,220,000.00 bagi aset dan RM1,480,470.00 untuk pembayaran dan kenaan bayar tetap termasuk ganjaran kepada kakitangan awam.
Jumlah itu, dikemukakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi menjawab persoalan Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook yang memintanya menyatakan jumlah perbelanjaan untuk program itu bagi tahun ini.
Ahmad Zahid berkata, buat masa ini, kerajaan tidak bercadang mengkaji semula pelaksanaan PLKN kerana program itu terbukti berjaya dalam mencapai misi dan visi penubuhannya.
Bagaimanapun, Siew Fook berkata, timbul pelbagai persoalan mengenai kos itu dikatakan tidak masuk akal dan timbul kebimbangan sama ada jumlah itu boleh dikekalkan atau semakin meningkat serta menggalakkan pembaziran wang rakyat.
“Ketika ia mula dilaksanakan pada 2004, semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Pertahanan, beliau mengumumkan kerajaan menetapkan satu had perbelanjaan maksimum, RM500 juta setahun.
“Apa yang berlaku sekarang sebaliknya, belum sampai 10 tahun, ia meningkat 50 peratus kepada RM750 juta,” katanya.
Beliau turut mempersoalkan jaminan tiada sebarang peningkatan perbelanjaan PLKN sekiranya tempoh PLKN pelajar dilanjutkan lebih tiga bulan sebagaimana dicadangkan Ahmad Zahid sebelum ini.
“Saya rasa tidak mustahil belanja PLKN sahaja cecah RM1 bilion memandangkan tahun ini baru ada tujuh bulan, belanja hampir cecah RM750 juta dalam tempoh setahun.
“Apa yang kita persoalkan, banyak mana dibelanjakan untuk pakaian seragam, pembekal makanan? Jadi, kerajaan patut kaji pelaksanaan ini kerana kita khuatir matlamatnya tidak tercapai,” katanya.
Berikutan itu, beliau mencadangkan supaya modul PLKN diterapkan ketika pelajar di sekolah menengah bagi menjimatkan perbelanjaan.
“Memandangkan ia tidak telus, saya menyeru Ketua Audit Negara supaya mengaudit perbelanjaan PLKN, kita manu tahu berapa jumlah belanja diperuntukkan untuk setiap peserta,” katanya.SH
: "kerajaan masih belum belajar dari kejatuhan kerajaan-kerajaan di Timur Tengah" - TGNA
Klip video libatkan Datuk Johari pula muncul
Wakil rakyat itu didakwa meminta 'ganjaran' RM1 juta ($408,575) daripada trio 'Datuk T', beberapa hari selepas beliau mempertahankan Datuk Seri Anwar bukan pelaku dalam rakaman video seks didedahkan Mac lalu.
Trio 'Datuk T' iaitu ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah; mantan Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; dan mantan bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Shuaib Lazim.
Sebelum ini, Datuk Johari telah mendedahkan beliau menonton video itu bersama mereka di sebuah hotel di sini.
Wakil rakyat itu berulang kali menafikan bahawa beliau bersetuju lelaki dalam video seks itu ialah Datuk Seri Anwar.
Bagaimanapun, satu video hampir dua minit yang disiarkan oleh blogger pro-Umno blogger 'Papagomo' semalam mendakwa sebaliknya.
Blog itu turut memetik Datuk Shazryl sebagai mendakwa Datuk Johari yakin Datuk Seri Anwar adalah lelaki dalam klip video itu.
Menurut Datuk Shazryl, Datuk Johari turut minta RM1 juta bagi diri beliau dan RM1 juta bagi setiap lima Ahli Parlimen yang bersedia meninggalkan PKR selepas menonton video berkenaan, lapor laman berita The Malaysian Insider.Cyberita Online Luar NegaraPernikahan di Pakistan sah
pengarang"utusan.com.my
KUALA LUMPUR 28 Jun - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini mengesahkan pernikahan antara penuntut tempatan, Yani Yuhana Mohd. Zambri yang mendakwa dirinya disihir oleh lelaki warga Pakistan, Muhammad Kamran Babar Nazir Khan adalah sah mengikut hukum syarak.
Menurut Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan, Yani Yuhana selaku defendan telah gagal memanggil saksi bagi membuktikan dakwaan tersebut walaupun wanita itu mengemukakan laporan polis dan surat dari Pusat Pengubatan Islam Darussyifa kepada mahkamah.
Beliau berpendapat Yani Yuhana, 25, berada dalam keadaan sedar dan waras ketika majlis pernikahan berlangsung di Sadiqadad Raw, Pakistan, pada 2 April 2009 kerana defendan didapati ceria seperti dilihat dalam album gambar kahwin.
Ujar beliau lagi, Yani Yuhana juga didapati waras kerana sebelum tarikh majlis pernikahan, dia yang ketika itu menuntut di United Kingdom telah berlepas dengan menaiki kapal terbang secara berseorangan menuju ke Pakistan.
Abdul Walid turut menjawab mengenai isu yang dibangkitkan oleh peguam syarie Othman Mohd. Noor yang mewakili Yani Yuhana mengenai perbezaan rukun nikah mengikut Syafie dan Hanafi.
‘‘Walaupun rukun nikah menurut Syafie adalah wali, sighah, suami, isteri serta dua saksi, manakala Hanafi hanya mempunyai dua rukun sahaja iaitu ijab dan qabul, tetapi hukum syarak merangkumi semua mazhab.
‘‘Oleh demikian, permohonan pengesahan pernikahan tersebut yang difailkan oleh Muhammad Kamran selaku plaintif, tahun lalu adalah sah kerana proses perkahwinan itu berlaku disaksikan oleh pendaftar perkahwinan dan dua saksi lelaki,’’ kata hakim tersebut.
Beliau menambah, Kementerian Luar Negeri Pakistan dan Kedutaan Pakistan di Malaysia juga mengesahkan kesahihan sijil pernikahan Yani Yuhana dan Muhammad Kamran.
Abdul Walid mengakhiri kertas penghakiman setebal 50 muka surat yang dibacakan dalam masa sejam dengan menegur ahli keluarga kerana sering menganggu prosiding seperti menghina mahkamah.
Sejurus itu, Othman bangun dan memberitahu bahawa anak guamnya, Yani Yuhana ingin mengemukakan permohonan khuluk (tebus talak) namun pihaknya akan melakukannya di Mahkamah Rendah Syariah selepas Abdul Walid mencadangkan ia didaftarkan terlebih dahulu.
Selepas prosiding selesai, Yani Yuhana dilihat menyerahkan wang tunai RM350 kepada Muhammad Kamran, 49, sebagai salah satu proses khuluk, namun lelaki itu yang diwakili peguam syarie Muhamad Burok enggan menerimanya kerana tidak bersetuju untuk bercerai dengan penuntut tersebut.
Prosiding pada hari ini berlangsung dalam keadaan aman dengan dikawal oleh 10 anggota polis walaupun pada beberapa perbicaraan lalu suasana menjadi kecoh dan bising.
85 penyokong Bersih ditahan
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 28 Jun – Seorang Senator dan dua warga asing antara 85 individu yang ditahan kerana didapati menjalankan aktiviti mempromosi perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2 di seluruh negara sejak Jumaat lalu.
Kesemua 56 lelaki dan 29 wanita itu ditahan di Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur menerusi Ops Padam 4.
Mereka berusia lingkungan 18 hingga 64 tahun manakala seorang remaja berusia 16 tahun dibebaskan serta-merta kerana masih di bawah umur.
Sumber memberitahu, seramai 82 orang yang ditahan telah dilepaskan selepas direkodkan keterangan manakala tiga daripadanya masih ditahan.
Menurutnya, individu yang masih dalam tahanan polis ialah seorang senator lelaki dan dua wanita termasuk seorang warga Korea Selatan.
“Kesemua mereka ditahan kerana menghasut masyarakat menghadiri perhimpunan haram Bersih 2 dengan mengedar risalah hasutan, menjual, memiliki dan memakai baju T kuning yang mempunyai logo Bersih 2 bagi tujuan promosi.
“Selain itu, ada juga yang ditahan kerana mengadakan perhimpunan haram, melakukan hasutan dan bertindak mencetak risalah mengenai Bersih 2,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tambah sumber itu, jumlah tangkapan berkenaan termasuk sekumpulan 31 penyokong Bersih yang ditahan di Pulau Pinang kerana cuba menghidupkan fahaman komunis.
Katanya, wanita warga Korea Selatan iaitu Min Young Song, 24, pada mulanya ditahan di Johor, Sabtu lalu, namun selepas dibebaskan dia sekali lagi ditahan di ibu negara semalam.
Bersih: Suasana tegang apabila dua kumpulan bertembung
KEPALA BATAS 28 Jun - Suasana di luar pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) malam ini tegang apabila lebih 200 penduduk setempat berarak dan bertembung dengan sekumpulan penyokong Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang berkampung di kawasan itu sejak semalam.
Tinjauan mendapati, satu-satunya laluan menuju bangunan tersebut yang biasanya senyap sunyi bertukar hingar-bingar dengan jeritan bantahan penduduk yang berarak dari Dewan Milennium, dekat sini bermula pukul 9 malam.
Difahamkan, beberapa aduan dibuat kepada polis mengenai tindakan kira-kira 50 penyokong parti tersebut yang berkumpul di kawasan itu sejak petang semalam sehingga menimbulkan rasa kurang senang penduduk selepas parti itu dikaitkan dengan perhimpunan haram 9 Julai ini.
Kumpulan penduduk itu turut disertai ahli Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas serta anggota beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Gerakan Belia 4B sekitar daerah ini.
Tinjauan juga mendapati, polis mengambil langkah berjaga-jaga dengan menempatkan kira-kira 20 anggota Unit Pencegah Rusuhan (PORU) di kawasan tersebut bagi mengelakkan pertempuran antara dua kumpulan itu.
Perarakan yang mulanya berlangsung aman bertukar tegang apabila kumpulan penduduk menghampiri bangunan IPD dengan laungan 'Allahuakbar' serta jeritan seperti 'negara kita ada undang-undang', 'jangan rosakkan keamanan negara' dan 'ini bukan negara komunis'.
Pada satu ketika, keadaan seperti tidak dapat dikawal apabila kedudukan dua kumpulan itu semakin hampir sehingga memaksa polis berada di tengah-tengah laluan bagi mengelak berlakunya pertempuran.Utusan Malaysia Online - Berita UtamaAishwarya ‘cuti’ berlakon demi kandungan
MUMBAI: Bintang Bollywood dan bekas Ratu Dunia, Aishwarya Rai, menggantung seketika semua aktiviti perfilemannya kerana hamil, kata penerbitnya semalam.
Kenyataan syarikat produksi UTV Motion Pictures menegaskan, ketika ini tiada yang lebih penting daripada kesihatan Aishwarya.
“Dalam konteks ini, kami mencapai persetujuan langkah terbaik ialah berhenti menjalani penggambaran untuk sementara berbanding meneruskan jadual ketat selama beberapa bulan akan datang,” kata kenyataan itu.
Berita kehamilan Aishwarya, 37, diumum bapa mentuanya, Amitabh Bachan, minggu lalu melalui Twitter dan blognya.
Aishwarya memenangi gelaran Ratu Dunia pada 1994 dan berkahwin dengan Abhishek, 35, pada 2007.
Penyamun alam siber
MAHIR...Zul dan Madi pernah aktif menggodam.
Modus operandinya mudah - penggodam yang sudah memperoleh nombor telefon atau nombor akaun bank yang dipaparkan, akan mencari dan mengumpulkan maklumat peribadi mangsa di Internet sebelum membuat permohonan bagi mendapatkan kad kredit menerusi Internet.
Apabila menerima kad kredit itu, penggodam akan mencari laman web menjual pelbagai produk melalui urus niaga Internet yang lemah sistem keselamatannya dengan menggunakan teknik dan kod tertentu.
Seterusnya, mereka akan menggunakan kad kredit yang belum diaktifkan untuk membeli pelbagai produk yang dikehendaki.
Taktik digunakan penggodam yang dikenali ‘Black Hat Hacker’ atau ‘Cracker’ itu didedahkan kepada Harian Metro oleh dua sahabat yang hanya mahu dikenali Zul dan Madi.
Mereka yang berusia 30-an pernah aktif menjadi penggodam sedikit masa lalu untuk mendapat keuntungan dengan cara mudah.myMetro | Penyamun alam siber
Pernikahan sah, tiada unsur sihir
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam memutuskan perkahwinan warga Pakistan dengan wanita tempatan yang mendakwa disihir supaya berkahwin dengan lelaki itu di Pakistan, dua tahun lalu sah di sisi hukum syarak.
Hakim Abdul Walid Abu Hassan membuat keputusan itu selepas berpuashati Yani Yuhana Mohd Zambri, 24,(defendan) gagal membuktikan kewujudan elemen sihir seperti yang didakwa dilakukan Muhammad Kamran Babar Nazir Khan, 46 (plaintif).
Nakhoda 'lanyak' isteri pengikut
JOHOR BAHRU: Bukan setakat menyamakan laungan azan umpama anjing menyalak bukit, pengikut ajaran sesat Kumpulan Layar Bahtera diwajibkan membayar ‘zakat’ setiap bulan daripada sebahagian pendapatan bulanan kepada ketua mereka yang digelar Nakhoda.
Pada masa sama, pengikut ajaran sesat terbabit turut mempercayai merokok adalah solat, manakala nikah adalah haram, isteri masing-masing pula boleh digomol dan diperlakukan sesuka hati oleh Nakhoda, manakala suami hanya berperanan sebagai penjaga isteri masing-masing saja.
Bagaimanapun, Nakhoda yang berusia 40-an meletakkan syarat hanya dia saja yang boleh melakukan perkara terbabit terhadap isteri dan anak gadis pengikutnya, tetapi isteri dan anak gadisnya yang dikatakan menggiurkan tidak boleh disentuh sesiapa.
Pendedahan itu dibuat seorang bekas ahli kumpulan berkenaan dikenali sebagai Mail, 22, yang bertaubat selepas menyedari ajaran itu jauh menyimpang.
“Saya menyertai ajaran berkenaan kira-kira setahun lalu selepas mengetahuinya melalui kenalan.
Gomol isteri, anak pengikut
JOHOR BAHRU: Bukan setakat menyamakan laungan azan umpama anjing menyalak bukit, pengikut ajaran sesat Kumpulan Layar Bahtera diwajibkan membayar ‘zakat’ setiap bulan daripada sebahagian pendapatan bulanan kepada ketua mereka yang digelar Nakhoda.
Pada masa sama, pengikut ajaran sesat terbabit turut mempercayai merokok adalah solat, manakala nikah adalah haram, isteri masing-masing pula boleh digomol dan diperlakukan sesuka hati oleh Nakhoda, manakala suami hanya berperanan sebagai penjaga isteri masing-masing saja.
Bagaimanapun, Nakhoda yang berusia 40-an meletakkan syarat hanya dia saja yang boleh melakukan perkara terbabit terhadap isteri dan anak gadis pengikutnya, tetapi isteri dan anak gadisnya yang dikatakan menggiurkan tidak boleh disentuh sesiapa.
Pendedahan itu dibuat seorang bekas ahli kumpulan berkenaan dikenali sebagai Mail, 22, yang bertaubat selepas menyedari ajaran itu jauh menyimpang.
“Saya menyertai ajaran berkenaan kira-kira setahun lalu selepas mengetahuinya melalui kenalan.
Zahrah buat Jimmy bahagia
KUALA LUMPUR: “Biarpun gagal menjadi suami yang baik, saya berjanji untuk menjadi ayah yang bertanggungjawab,” kata pengacara dan pelakon, Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 31, yang ceria selepas kelahiran anak sulungnya, Jumaat lalu.
Menurut Jimmy, hidupnya kini lebih bermakna dengan kelahiran permata sulungnya itu, Zahrah Shanley, di Pusat Perubatan Putra (PMC), Sungai Buloh kira-kira jam 6 petang.
“Saya sangat gembira dengan kelahiran bayi pertama ini dan berjanji mahu memberikan fokus yang lebih pada anak sulung ini supaya dia menjadi manusia berguna.
“Biarpun saya tidak pernah memegang perut isteri, Norsuhaila Ilyani Suhaimy, 25 sepanjang sembilan bulan dia mengandung, luka lama yang terpendam terubat kembali sejurus memegang anak kandung saya,” katanya.
Kata Jimmy, dia sudah mendaftarkan anaknya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya, semalam dan kini akan tinggal bersama mentuanya di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh untuk menjaga anak dan isterinya yang berpantang.
“Saya tidak tahu sama ada isteri membenarkan saya menjaganya selama dia berpantang...Bagaimanapun, saya terima jika dia tidak mahu saya menjaganya kerana yang utama harus bersama anak kandung saya,” katanya.
Menurut Jimmy, dia gembira didatangi rakan dan sanak saudaranya ke PMC untuk menziarahi isteri dan menatap wajah anaknya.
“Saya akui saya memang menangis sewaktu kali pertama memegang Zahrah kerana begitu rindukan dia sewaktu di dalam kandungan ibunya.
Berdosa isytihar diri mati
KUALA LUMPUR: Lari daripada tanggungjawab dan sanggup menipu dengan mengisytiharkan diri yang masih hidup sebagai mati, bukan langkah bijak, malah ia adalah satu dosa.
Penceramah bebas, Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz berkata, perlakuan sebegitu bukan saja menyusahkan orang lain terutamanya keluarga terdekat tetapi juga diri individu itu sendiri apabila tidak dapat melakukan aktiviti harian dengan sempurna seperti sebelum ini.
“Individu itu menanggung dosa kerana dia menipu orang ramai apabila menyatakan dirinya meninggal dunia sedangkan dia mempunyai pilihan lain seperti melaporkan masalah dihadapi kepada pihak berkuasa agar keselamatan diri dan keluarga terjamin.
“Negara kita ada undang-undang dan jangan cepat mengambil jalan mudah seperti ini. Selain itu, sampai bila dia boleh menyorok dan menghilangkan diri jika timbulnya urusan penting seperti anaknya mahu melangsungkan perkahwinan atau sebagainya,” katanya.
Justeru itu, beliau menasihatkan, sebelum bertindak melakukan sesuatu perkara setiap individu harus memikirkan kesan positif dan negatif yang dihadapi di kemudian hari.
Hassan merujuk muka depan Harian Metro semalam mengenai seorang peniaga wanita berusia 59 tahun, dikenali sebagai Halimah yang berpakat dengan keluarga mengisytiharkan kononnya dirinya mati semata-mata mengelak daripada gangguan ceti haram atau along.
Wanita itu berkata, dia mengisytiharkan kematian palsu apabila keluarganya tidak tahan diancam along termasuk menerima ugutan menerusi SMS yang menyatakan rumahnya dipecah masuk dan semua barangan akan diambil.
Katanya, masalah bermula apabila dia membuat pinjaman RM10,000 daripada seorang along untuk menampung kos perniagaannya dan membayar gaji pekerja serta kos lain September tahun lalu.
Setakat ini, dia membuat bayaran RM140,000 kepada 14 along, namun jumlah itu belum mencukupi menyebabkan dia diganggu dan keselamatan keluarganya diancam hingga memaksa wanita itu menyembunyikan diri di tempat lain.
Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Wan Azreena Wan Jaafar berkata, tindakan memalsukan kematian kebiasaannya kerana didorong keadaan terdesak serta mengalami tekanan emosi melampau.
Israel anggap kempen berjaya kecilkan flotila
JERUSALEM: Menteri Luar Israel, Avigdor Leiberman berkata semalam, usaha diplomatik dan politik untuk mengurang jumlah kapal misi kemanusiaan ke Gaza sebagai berjaya.
Bercakap di radio menerusi telefon dari Zagreb, menteri rejim Zionis itu berkata, hanya 10 kapal akan belayar dari Greece untuk menyertai misi berkenaan hujung minggu ini.
“Duta dan diplomat kami mengadakan beratus-ratus perbincangan dan akhirnya, jumlah kapal dan penumpang adalah kurang daripada yang dijangka,” kata Lieberman.
Peniaga keliru pengguna Muslim boleh dihukum
KUALA LUMPUR: Restoran yang sengaja meletakkan tulisan jawi atau ayat al-Quran bagi mengelirukan orang Islam boleh dikenakan tindakan mahkamah mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 yang bakal dikuatkuasakan 1 Januari depan.Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tindakan pemilik restoran itu dianggap cubaan mengelirukan pengguna sehingga wujud anggapan restoran itu halal.“Akta ini membolehkan pengguna membuat aduan kewujudan restoran sebegini dan kita boleh mengambil tindakan,” katanya ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Akta Perihal Dagangan 2011.
Beliau berkata, logo halal juga akan diseragamkan kerana ketika ini, tujuh syarikat swasta mengeluarkan sijil halal selain daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Negeri.
“Selepas ini, hanya satu sijil halal dikeluarkan supaya tidak wujud kekeliruan. Akta ini juga memberi kuasa kepada Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menghalang kemasukan barangan import tidak mempunyai perakuan halal yang diiktiraf JAKIM,” katanya.
Terdahulu, Ismail Sabri berkata, hukuman dan denda yang lebih berat juga akan dikenakan kepada peniaga yang menjual barangan tiruan.
“Peniaga terbabit boleh didenda sehingga RM15,000 bagi setiap satu barang yang disita jika akta ini diluluskan kelak,” katanya.
Katanya, pasukan penguat kuasa kementerian juga akan mempunyai kuasa mengambil tindakan ke atas perniagaan yang mengeliru atau menipu pengguna atau sebarang salah laku amalan perdagangan.
“Akta ini bagi melindungi pengguna ketika berdepan perihal dagangan palsu, pernyataan palsu dan harga barangan mengelirukan, menyekat kegiatan penipuan menerusi peraduan atau permainan seperti konsep gores dan menang.
“Selain itu, akta ini juga berkaitan pelanggaran cap dagangan, kaedah seliaan, penguatkuasaan serta hukuman,” katanya. Berita Harian Online | Peniaga keliru pengguna Muslim boleh dihukum
Filipina, Singapura bebas dipantau seludup manusia
Laporan tahunan Jabatan Negara mengenai Pemerdagangan Manusia meletakkan Filipina, Singapura dan Laos dalam kategori Tier 2, bermakna negara itu tidak memenuhi standard terhadap pemerdagangan manusia tetapi sedang berusaha melakukannya.Indonesia dan Kemboja juga berada dalam Tier 2, tetapi Brunei, Malaysia, Thailand dan Vietnam masih dalam senarai pemantau. Negara Asia dalam Tier 1 adalah Korea Selatan dan Taiwan.Setiausaha Negara Hillary Clinton yang mendedahkan laporan berkata seramai 27 juta lelaki, wanita dan kanak-kanak terbabit dalam pemerdagangan di seluruh dunia bagi eksploitasi seks atau buruh paksa.
“Malangnya disebabkan kemudahan pengangkutan dan komunikasi global yang boleh memasuki perkampungan dengan janji dan gambaran kehidupan yang lebih baik, kita kini melihat lebih banyak manusia dieksploit berbanding sebelum ini,” kata Clinton.
Singapura tahun lalu dikritik kerana diletakkan dalam senarai pemantauan dan menggesa Amerika Syarikat memeriksa rekod sendiri termasuk layanan kepada berjuta penduduk haramnya. – AFP Berita Harian Online | Filipina, Singapura bebas dipantau seludup manusia
Perpecahan dijangka selepas pilihan raya
Menjelang undian 3 Julai yang disifatkan amat penting kepada masa depan negara Asia Tenggara itu, tidak ramai pemantau menjangka pemenang akan mampu berkuasa untuk satu penggal selama empat tahun dan berhadapan dengan pembangkang dalam Parlimen.Pilihan raya terbabit adalah pertarungan besar di antara parti pemerintah Demokrat diketuai Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva dan pembangkang, Puea Thai, yang menyokong kuat bekas perdana menteri dalam buangan, Thaksin Shinawatra.Lima tahun selepas rampasan kuasa yang menyingkirkan Thaksin dan mencetuskan krisis politik berdarah selama beberapa tahun, jutawan terbabit masih lagi menjadi tokoh yang diperdebatkan di Thailand.
Dua pergerakan politik utama dibentuk di sekeliling personalitinya: anti-Thaksin, penyokong Baju Kuning yang menyokong kelompok elit negara itu dan kumpulan kelas pekerja dan luar bandar, Baju Merah yang menjadi penyokong setia beliau.
Beberapa tahun sejak Thaksin disingkirkan daripada berkuasa menyebabkan berlakunya perhimpunan jalanan besar-besaran oleh kedua-dua pergerakan terbabit.
Tahun lalu kumpulan Baju Merah melumpuhkan Bangkok selama hampir dua bulan dengan demonstrasi yang menarik sejumlah 100,000 penduduk dan berakhir dengan satu operasi oleh tentera yang menyebabkan lebih 90 orang maut.
Kebanyakan pemantau bimbang demonstrasi jalanan akan berulang dalam masa beberapa bulan. – AFP Berita Harian Online | Perpecahan dijangka selepas pilihan raya
Myanmar senarai hitam Yeoh
YANGON: Bintang Hollywood, Michelle Yeoh yang bakal memegang watak sebagai ikon prodemokrasi, Aung San Suu Kyi dalam sebuah filem terbaru dilaporkan dihantar pulang oleh kerajaan Myanmar dan disenaraihitamkan, kata seorang pegawai semalam.“Beliau tidak akan mempunyai peluang memasuki Myanmar semula. Beliau dihantar pulang terus dengan penerbangan pertama selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon,” kata seorang pegawai Myanmar, yang enggan dinamakan kepada AFP.“Beliau kini dalam senarai hitam,” kata pegawai yang lain yang juga enggan mengulas mengapa.
Sementara itu agensi berita Associated Press melaporkan Yeoh tiba di Yangon pada 22 Jun lalu dan dihantar pulang pada hari sama.
Bekas gadis Bond kelahiran Malaysia itu pernah menemui pemenang Hadiah Nobel Keamanan di kediaman Suu Kyi di Yangon pada Disember selepas penggambaran filem bersama pengarah Luc Besson di Thailand bagi produksi terbabit, yang dirahsiakan.
Filem terbabit dijangka disiarkan pada akhir tahun ini.
Suu Kyi dibebaskan pada November selepas tujuh tahun dikenakan tahanan kediaman, kurang seminggu selepas satu pilihan raya yang disifatkan pengkritik sebagai bertujuan untuk mengekalkan pemerintahan tentera di belakang pentadbiran awam di Myanmar.
Suu Kyi yang memasuki usia 66 tahun bulan ini mendapat perhatian antarabangsa berikutan tentangan aman beliau dalam berhadapan dengan penindasan.
Pada 1990 beliau mengetuai parti Liga Kebangsaan bagi Demokrasi yang mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya tetapi tidak pernah diiktiraf kerajaan pemerintah tentera Myanmar. Beliau turut memboikot pilihan raya tahun lalu dengan menyifatkan pemerintah sebagai tidak adil.
Yeoh, 48, adalah bekas Ratu Malaysia, yang mula mendapat perhatian antarabangsa apabila turut bergandingan dengan Pierce Brosnan dalam filem James Bond 1997, Tomorrow Never Dies sebagai seorang pengintip China yang bukan saja tegas tetapi cantik.
Beliau kemudian berlakon dalam filem Crouching Tiger, Hidden Dragon sebuah filem epik seni pertahanan diri yang mendapat sambutan antarabangsa dan juga filem Memoir of a Geisha berdasarkan novel terlaris oleh Arthur Golden. – AFP/AP Berita Harian Online | Myanmar senarai hitam Yeoh
Lempar wang RM350 tebus talak
Tindakan Yani Yuhana Mohd. Zamri, 24, itu menimbulkan sedikit kekecohan ketika sidang mahkamah berhenti seketika malah suaminya, Muhammad Kamran Babar Nazir Khan, 46, selaku plaintif terpinga-pinga dengan apa yang berlaku.
Yani yang bertindak sebagai responden dalam kes itu sempat berkata: ‘Nah, ambil ni!,’ kepada Muhammad Kamran sambil berlalu pergi dari mahkamah dengan ditemani ibu bapa dan ahli keluarga.Kosmo! Online - Negara