QUETTA - Seramai 18 orang terbunuh apabila sekumpulan lelaki bersenjata yang menunggang motosikal melepaskan tembakan ke arah bas di stesen minyak, Khudzar, wilayah Baluchistan, barat daya, Pakistan.
Pegawai Penguatkuasa Tempatan, Abdul Mansoor Kakar berkata, kejadian itu menyebabkan letupan kuat hingga membunuh berpuluh orang awam di tempat kejadian.
“Semua 16 penumpang di dalam bas rentung termasuk lapan wanita dan tiga kanak-kanak maut,” katanya.
Menurutnya, bas berkenaan bersama dua lagi kenderaan lain di parkir bersebelahan bahan simpanan minyak di stesen minyak itu.
“Pemandu kereta antara yang maut akibat letupan tersebut,” katanya.
Beliau berkata, setakat ini tiada siapa mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.
Motif serangan juga belum dikenal pasti, insiden berkenaan masih dalam siasatan dan tiada sebarang tangkapan dibuat," katanya. - AFP