20 Disember 2012
IPOH - Seorang bapa menggesa supaya Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan Kementerian Kesihatan menyiasat segera punca kematian anak perempuannya yang dirawat di sebuah hospital swasta di Johor kira-kira setahun lalu.
Wong Hon Kai, 46, dari Kampung Timah, Tanjung Tualang dekat sini, mendakwa hospital terbabit cuai ketika melakukan pembedahan sehingga menyebabkan Wong Chee Peng yang baru berusia 18 tahun meninggal dunia.
Bapa kepada dua orang anak itu turut mendakwa doktor yang bertanggungjawab ke atas pembedahan tersebut memberi jaminan bahawa risiko yang bakal dihadapi anaknya tidak serius.

“Pada mulanya, anak saya hanya akan menjalani pembedahan kecil untuk membuang bayi dalam kandungannya namun ketika pembedahan dilakukan doktor terbabit mendapati anak saya mempunyai dua rahim dan terus bertindak membuang salah satu daripadanya.
“Pembedahan itu dijalankan pada 8 Disember 2011 namun pada keesokan harinya kira-kira jam 6.45 pagi anak saya dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital terbabit kerana dia mengalami pendarahan di mulut dan hidung.
“Beberapa hari selepas ditempatkan di ICU dalam keadaan koma, akhirnya anak saya meninggal dunia pada 14 Disember selepas beberapa organ dalamannya gagal berfungsi,” katanya ketika ditemui di Pejabat DAP Negeri, kelmarin.
Berikutan itu, Hon Kai menulis surat kepada MMC dan Kementerian Kesihatan untuk mendapatkan bantuan supaya kes tersebut dapat disiasat segera bagi mengenal pasti punca kematian sebenar anaknya.
Jurukimpal itu berharap satu inkuiri siasatan ditubuhkan agar kes berkaitan kematian anaknya dapat diselesaikan segera.
Sementara itu, Pengerusi Pasukan Perkhidmatan DAP Malim Nawar, Leong Cheok Keng berkata, pihaknya akan cuba membantu Hon Kai untuk menyelesaikan masalah berkenaan sudah berlarutan sejak setahun yang lalu.
“Kami akan mencari peguam terbaik yang boleh mengendalikan kes tersebut jika dia (Hon Kai) mahu membawa perkara tersebut ke muka pengadilan,” katanya