Sunday, July 31, 2011

Rosmah: Dakwaan beli cincin RM24 juta fitnah



Setelah dua minggu khabar angin bertiup kencang tentang pembelian cincin bernilai RM24 juta, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akhirnya bersuara dan menyifatkannya sebagai satu fitnah dan tidak ada masa mahu melayannya.

NONE“Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh).

“Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah.... apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah).

“Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting,” katanya Pokok Sena, Kedah, semalam dan dipetik Berita Harian Online hari ini.

samm police report on rosmah diamond ring 130711 badrul hisham shaharin14 Julai lalu, pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin oleh Rosmah.
Bantu rakyat

Menurutnya berdasarkan maklumat yang diterima SAMM, berlian yang dikenali sebagai“Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke negara ini.

Badrul Hisham berkata beliau juga mempunyai salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga RM24.4 juta itu bebas daripada dikenakan cukai import.

NONERosmah yang berada di Kedah mengiringi Datuk Seri Najib Razak dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri itu semalam diminta mengulas dakwaan pembelian cincin bertatahkan berlian itu.

Katanya, sebagai isteri Perdana Menteri yang mempunyai kelulusan dan kelayakan lebih wajar baginya untuk menyumbang kepada usaha membantu rakyat termasuk usaha memantapkan pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar.

“Saya lebih senang dengan apa yang saya lakukan sekarang bagi membantu rakyat terutama dalam hal memperkasa pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar kerana bagi saya ilmu adalah harta paling bernilai untuk masa depan mereka,” kata Rosmah.

Malaysiakini baru-baru ini ada menghubungi Airoceanic Express Sdn Bhd - yang didakwa agen bagi urusniaga tersebut. Bagaimanapun syarikat berkenaan enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

Sarasvathy: Saya mungkin boleh mati dalam tahanan

Sebaik sahaja timbalan presiden PSM M Sarasvathy dibebaskan daripada tahanan di bawah Ordinan Darurat, dia teramat gembira sekali kerana dia tahu dia mungkin boleh mati akibat serangan jantung sewaktu dalam tahanan selama 28 hari.

psm eo6 release pc 290711 sarasvathy"Saya diserang sakit teruk di dada kiri saya yang saya syaki adalah serangan sakit jantung. Saya fikir saya akan mati ketika itu," katanya.

"Kesakitan yang teruk sehingga saya tidak boleh bernafas. Ini
adalah pengalaman pertama saya seperti itu," katanya tersenyum pahit apabila ditemuramah oleh Malaysiakini beberapa jam selepas pembebasannya.

Sarasbathy mempunyai alasan untuk merasa takut sedemikian, ekoran rekod serangan jantung dalam keluarganya.

"Ibu saya dan kedua-dua adik saya mengalami serangan sakit jantung. Saya merasa teramat sakit di dada ketika di dalam lokap," dakwa Sarasvathy, 58.
Bilik kurungan 'berhantu'

psm eo6 release 290711 group photoSarasvathy berkata, dia mengadu sakit dada dan dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpul sebanyak dua kali - pada 15 Julai dan hari berikutnya.

Sarasvathy juga berkata, kali pertama mengadu sakit dada, dia dihantar ke hospital untuk rawatan perubatan.

Dalam perjalanan pulang, katanya, seorang pegawai memberitahunya yang bilik kurungannya 'berhantu'.

"Ianya antara pukul 1 pagi hingga 2 pagi. Pegawai itu kata ada hantu lelaki yang suka melawat tahanan wanita," katanya.

[Baca berita penuh]
http://www.malaysiakini

Tahanan EO: SB gagal 'brainwash' saya


Walaupun disoalsiasat berjam-jam setiap hari, namun pegawai Cawangan Khas (SB) gagal mempengaruhi tahanan EO yang baru dibebaskan, Choo Chon Kai, supaya meninggalkan perjuangannya.

NONESebaliknya, dalam banyak sesi tersebut sepanjang sebulan 
ditahan, ahli jawatankuasa PSM yang berusia 33 tahun itu - yang dibebaskan Jumaat lalu - lebih komited kepada perjuangan untuk Malaysia yang adil dan demokratik.

"Tidak ada (penderaan) fizikal... hanya kaedah 'brainwash' untuk melumpuhkan semangat saya. Mereka menyentuh butiran terperinci mengenai kehidupan saya," kata Choo, ketika ditemuramahMalaysiakini selepas dia dibebaskan.

Katanya, pegawai polis cuba meyakinkannya supaya meninggalkan perjuangannya, tetapi ia membuat dirinya semakin kuat dalam mempercayainya dirinya.

Menurut Choo, mereka bertanya maklumat ketika dia bersama pertubuhan hak asasi manusia - Suaram - beberapa tahun lalu, dan juga selepas dia menyertai PSM pada tahun 2005.

Choo bersama-sama dengan lima lagi rakannya dari PSM ditahan ketika kempen 'Udahlah BN, Bersaralah' di Pulau Pinang pada 25 Jun.

Seminggu kemudian, keenam-enam mereka ditahan di bawah Ordinan Darurat, yang membenarkan tahanan tanpa bicara.

Kesemua mereka dibebaskan Jumaat lalu, selepas ditahan selama 28 hari.

Menurut Choo, polis juga menyoalsiasat mengenai kunjungnnya ke Bangkok.

[Baca berita penuh]

Ibu tunggal rayu bantuan

SUNGAI PETANI: Seorang ibu tunggal yang menanggung lima orang anak dan empat anak saudara serta seorang ibu yang uzur merayu simpati orang ramai untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan bebannya. 
Rohani Abu Hassan, 41, dari Kampung Tepi Sungai, Kota Kuala Muda di sini, berkata dia yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah sekolah rendah berdekatan amat memerlukan bantuan terutama untuk belanja persekolahan semua anak dan anak saudaranya itu yang juga yatim piatu.

"Saya sudah berpisah dengan suami setahun yang lalu tetapi suami tak pernah bagi nafkah untuk anak-anak, kemudian selepas adik perempuan saya meninggal dunia tiga bulan lalu, empat anak lelakinya berada di bawah jagaan saya," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.
Selain menjaga lima anak sendiri dan empat anak saudaranya yang berumur lima hingga 16 tahun, Rohani turut menjaga ibunya Salasiah Said, 70, yang juga seorang ibu tunggal.

Rohani berkata, dia berasa sangat sedih kerana tidak mampu menyediakan wang yuran sekolah anak-anaknya dan anak saudaranya itu kerana pendapatannya RM400 sebulan hanya dapat menampung perbelanjaan harian keluarga.

"Seorang sahaja anak sudah bayar yuran, yang lainnya yuran tak dapat bayar lagi, saya tidak cukup wang, pihak sekolah bagi penangguhan untuk bayar secara ansuran.

"Dulu ibu saya ini buat kerja kampung boleh juga tampung sikit-sikit keperluan keluarga, tetapi sejak lima bulan lalu dia sudah tidak bekerja lagi sebab sakit lutut," katanya.
Rohani berkata, dia tidak pernah mendapat bantuan daripada mana-mana pihak dan sangat berharap agar ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarganya.

"Budak-budak ini saya bekalkan makanan ke sekolah, kadang-kadang ada juga masa mereka tidak makan di sekolah, balik rumah baru makan, itu pun makan secara ala kadar sahaja sebab kena jimat," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun Tabung Haji atas nama anak perempuan Rohani, Nur Izaitul Intan Syazliana Zamani, bernombor 040202-0000-14477 atau menghubunginya di talian 012-4819528.
- BERNAMA
http://www.bharian.com.my

KDN usir dua individu punyai kaitan dengan LTTE


KLUANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghantar pulang dua individu yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas, Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LLTE), ke Sri Lanka baru-baru ini. 


Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang mengumumkan perkara itu hari ini, berkata butiran lanjut pengusiran dua yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa itu akan didedahkan esok.
"Dua orang yang mempunyai kaitan dengan LTTE dan ditahan di bawah ISA dan kita sudah usir balik ke Sri Lanka," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada masjid dan surau di kawasan Parlimen Sembrong di Nyior hari ini.
Beliau juga berkata, KDN sedang menimbangkan sama ada akan membebaskan atau tidak tujuh anggota Jabatan Imigresen yang sedang ditahan di bawah ISA kerana terbabit dalam aktiviti pemerdagangan manusia. 

Ketujuh-tujuh anggota Jabatan Imigresen itu ditahan polis tahun lalu. 

"Saya sedang timbang (untuk membebaskan mereka), mungkin sudah bertaubat dan mahu bersama keluarga sempena Ramadan, tetapi (sama ada) lepas atau tidak ia berdasarkan maklumat polis," katanya. 

Isu terbabit, katanya, adalah berdasarkan kepada keselamatan dan ketenteraman awam, dan sebarang keputusan mengenainya dibuat mengikut pertimbangan keselamatan dan ketenteraman awam. 
Katanya, sindiket pemerdagangan manusia mengaut keuntungan daripada aktiviti haram itu. 

"Jikalau 500,000 warga Bangladesh yang berada secara haram di negara ini membayar RM10,000 setiap seorang kepada sindiket, maka jumlah keseluruhan mencecah RM5 bilion," katanya. 

Mengenai pembebasan enam anggota parti Parti Sosialis Malaysia (PSM) daripada tahanan di bawah Ordinan Darurat, Hishammuddin berkata, walaupun sudah bebas tetapi polis masih menjalankan siasatan mengenainya. 

"Polis masih menjalankan siasatan (terhadap enam anggota PSM). Perdana Menteri sudah menyatakan apa juga tindakan adalah mengikut Jabatan Peguam Negara. Jika Peguam Negara sudah buat keputusan, saya sendiri terpaksa akur," katanya. - BERNAMA 
http://www.bharian.com.my/bharian

Jenazah Syed Ahmad selamat dikebumikan



DATIN Hamidah Mohd Noor balu kepada Allahyarham Datuk Syed Ahmad Syed Jamal, 82, menyiram air mawar ke pusara suaminya selepas dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, hari ini. - Foto BERNAMA
DATIN Hamidah Mohd Noor balu kepada Allahyarham Datuk Syed Ahmad Syed Jamal, 82, menyiram air mawar ke pusara suaminya selepas dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jenazah Seniman Negara, Datuk Syed Ahmad Syed Jamal, 82, yang meninggal dunia malam tadi, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, di sini, pada 11.30 pagi tadi. 

Syed Ahmad yang menerima anugerah Hadiah Seni Negara pada 1995 dan pelbagai hadiah lain sepanjang pembabitan beliau dalam seni visual, meninggal dunia di kediamannya di Gombak kira-kira 10 malam.

Beliau meninggalkan isteri Datin Halimah Mohd Noor, 69, dan dua anak lelaki iaitu Syed Nurlhaq, 35, dan Syed Nabil, 39.
Ketika ditemui pemberita, Halimah berharap usaha Allahyarham suaminya untuk menaikkan martabat seni negara dapat diteruskan pelbagai pihak.

"Arwah sudah mengutarakan banyak cadangan kepada kerajaan serta pihak lain dalam usaha ikhlas arwah naikkan martabat seni negara... harap cadangan ini dapat dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata, seni yang dihasilkan Allahyarham sepanjang hidupnya juga diharap menjadi pemangkin bagi generasi muda di negara ini untuk terus berkarya demi membawa seni ke tahap tertinggi.

Anak bongsu Allahyarham, Syed Nurlhaq pula berkata bapanya meninggal dunia akibat sakit tua.
Sementara itu, Ketua Pengarah Balai Seni Lukis Negara, Datuk Mohd Yusof Ahmad, yang turut menziarahi jenazah Allahyarham berkata pemergian Syed Ahmad adalah satu kehilangan besar dalam bidang seni lukis di negara ini.

"Arwah adalah seorang seniman prolifik dalam seni lukis di negara ini, beliau pergi meninggalkan satu legasi dan hasil karya beliau amat diminati dan dicari-cari pegumpul seni lukis di dalam dan luar negara," katanya.

Beliau berkata, kali terakhir Allahyarham bekerjasama dengan Balai Seni Lukis Negara ialah dua tahun lalu untuk menjayakan pameran retrospektif yang mempamerkan lukisan dengan susunan perjalanan seni beliau.

Mohd Yusof berkata, Balai Seni Lukis Negara amat berbangga menyimpan karya Syed Ahmad dan menganggapnya satu amanah bagi memastikan karya Allahyarham dapat dinikmati generasi akan datang.

Pensyarah UiTM, Profesor Madya Jailani Hassan, pula berkata Allahyarham adalah "bapa" kepada semua penggiat seni lukis muda di negara ini.

"Arwah amat mengambil berat mengenai generasi kami... arwah ini penyambung antara penggiat seni lukis generasi terdahulu dengan generasi kita sekarang, arwah adalah mentor saya dan mentor generasi sekarang," katanya yang bertemu Syed Ahmad buat kali terakhir pada tiga hari lalu.

Rakan karib Allahyarham, Raja Ahmad Aminullah, berkata kali terakhir mereka berjumpa ialah pada minggu lalu dan seperti biasa, beliau dan Syed Ahmad berbincang isu mengenai seni budaya di negara ini.

"Arwah adalah seorang yang begitu ghairah dalam hal berkaitan seni di negara ini, arwah selalu memberi pandangan yang mampu memberi manafaat kepada masyarakat, arwah juga seorang yang sanggup bersama susah dan senang dengan kawannya," katanya yang juga Pengarah Galeri RA Fine Arts. - BERNAMA
http://www.bharian.com.my

Fahaman UMNO lebih bahaya daripada Wahabi?



Keghairahan UMNO melalui agensi Majis Keselamatan Negara (MKN) membuat tuduhan mengaitkan Wahabi dengan pengganas bukanlah sesuatu yang baik untuk negara.

Wahabi yang diasaskan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab mempunyai perbezaan dalam perkara furu', bukan soal penafian prinsip Islam.

Kerana itu, ia diterima dan dianuti oleh kerajaan Arab Saudi dan beberapa negara lain. Arab Saudi, sekurang-kurangnya telah melaksanakan hukum hudud, Qisas dan Takzir, akan tetapi Malaysia masih terkial-kial mencari formula mengatasi masalah jenayah dalam negara.
UMNO dalam sejarahnya pernah mengeluarkan kenyataan yang menghina hukum syarak, memperlekehkan sunnah nabi, menganggap negara akan mundur kalau melaksanakan Islam, bahkan lebih teruk dari itu, ada sebilangan pemimpin UMNO pernah menanggap politik suku agama suku.

Fahaman sekular yang dianuti oleh sebahagian pimpinan tertinggi menyebabkan Islam hanya ditadbir sebagai satu jabatan, bukan sebagai satu sistem kehidupan manusia.
Bukankah ini bukti fahaman UMNO yang berdasar sistem pragmatisme sebenarnya jauh lebih bahaya dari Wahabi?
Tuduhan mengaitkan beberapa tokoh agama dengan pengganas bukanlah perkara baru, bahkan ianya selaras dengan anggapan Amerika Syarikat terhadap gerakan Islam. Cuma yang agak menghairankan bilamana ulamak Muda UMNO juga tergolong senarai pengganas.

Apakah Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengenakan mereka di bawah Ordinan darurat, sebagaimana nasib enam aktivitis PSM yang sehingga kini rakyat tidak tahu apa jenis ancaman yang mereka bawa kerana menyokong Bersih 2.0? Kerana kalau benar ulama muda Umno ini ada kaitan dengan pengganas, bukankah ia sudah pasti menjadi ancaman kepada keselamatan negara?
Sehubungan itu, saya bersetuju dengan pandangan bekas mufti, Dr Asri Zainul Abidin agar 40 ulama muda UMNO ini menyemak kembali penyertaan mereka dalam UMNO.

Tidak terfikirkah bahawa apabila ulamak UMNO pun dicop sebagai pengganas, bukankah ini bermaksud pemimpin mereka lebih hebat lagi?.

Tapi, apa yang hairannya, inilah Umno. Bagi mereka, kerja lanun merompak wang negara dengan membunuh karear politik musuh dalaman atau luaran mereka adalah satu kerja yang halal dan wajib dilaksanakan asalkan kuasa politik mereka terjaga.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan Pas Pusat 

Bot sarat pencari suaka dipintas, akan dihantar ke Malaysia



MELBOURNE – Sebuah bot yang sarat dengan pencari suaka telah dipintas di barat laut Australia hari ini dan penumpangnya akan menjadi kumpulan pertama orang asing yang akan dihantar ke Malaysia di bawah perjanjian pertukaran pendatang antara kedua-dua negara.
Dalam kenyataan hari ini, kerajaan Australia berkata, bot berkenaan yang membawa 54 pencari suaka dan dua anak kapal dipintas HMAS Ararat di barat laut Scott Reef di Laut Timor.
Perjanjian yang dimeterai kerajaan kedua-dua negara Isnin lepas memperuntukkan bahawa Malaysia akan mengambil 800 pencari suaka, manakala Australia pula akan mengambil 4,000 orang pelarian tulen dalam tempoh empat tahun.
Menteri Imigresen, Chris Bowen memberitahu Sky News, pencari suaka itu akan dibawa ke Pulau Krismas sebelum diterbangkan ke Malaysia tiga hari kemudian setelah semua urusan mengenainya selesai dilaksanakan.
Bowen bagaimanapun tidak menyatakan sama ada kanak-kanak, khususnya yang tidak diiringi waris, yang menjadi penumpang bot itu, akan turut dihantar ke Malaysia. – Bernama

Dikebumi sebagai lelaki


PILU... Mak Yah reda dengan pemergian anaknya ketika menunggu jenazah anaknya luar bilik mayat Hospital Sultanah Nur  Zahirah.
PILU... Mak Yah reda dengan pemergian anaknya ketika menunggu jenazah anaknya luar bilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah
ASHRAF... meninggal dunia
ASHRAF... meninggal dunia



KUALA TERENGGANU: “Sejak kebelakangan ini arwah sering menyebut perkataan ‘tak sempat.’ Namun apabila saya bertanya apa yang tak sempat, arwah tidak menjawab.
“Melihat arwah enggan menjelaskan maksud di sebalik kata-kata itu, saya tidak bertanya lanjut kerana tidak mahu menambah tekanannya,” kata ibu kepada Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 26, yang permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana ditolak Mahkamah Tinggi, di sini, 18 Julai lalu.
Menurut wanita berusia 50 tahun itu yang hanya ingin dikenali sebagai Mak Yah, arwah sebelum ini menyebut dia tidak sempat menyambut hari raya walaupun sudah menyiapkan sepasang baju kurung Pahang berwarna merah hati.
Ketika itu saya tidak mengesyaki apa-apa kerana arwah dalam keadaan sihat.
Malah, dua minggu sebelum ini arwah turut meminta sepupunya menjahit segera baju rayanya. Akur dengan permintaan arwah, sepupu arwah menyiapkan baju berkenaan dalam masa satu hari saja.

Sebagai ibu, kehilangan arwah sangat dirasai dan dirindui kami sekeluarga. Arwah bukan saja anak yang baik tetapi rapat dengan ahli keluarga,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam.Sementara itu, bapa Mohd Ashraf Hafiz, Abdul Aziz Ahmad, 60, berkata arwah bertanya mengenai adik-beradiknya ketika dirawat di Unit Rawatan Jantung (CCU) HSNZ petang semalam (kelmarin) sebelum dia menghubungi anaknya, termasuk abang dan kakak arwah di Kuala Lumpur dan Kedah.
“Ketika di hospital, arwah tidak banyak bercakap tetapi sempat bertanya mengenai adik-beradiknya sebelum meminta dibiuskan berikutan sukar bernafas.
Namun, hasrat arwah untuk bertemu abang dan kakaknya tidak kesampaian. Mujur kami sekeluarga ada di sampingnya ketika arwah menghembuskan nafas terakhir,” katanya sambil memaklumkan arwah sememangnya mengalami penyakit tekanan darah rendah.
Menurut bekas anggota tentera itu, mereka sekeluarga reda dengan apa yang berlaku sambil memaklumkan segala pengurusan jenazah dijalankan berdasarkan identiti arwah sebagai Mohd Ashraf Hafiz.Ketika ditanya mengenai keputusan mahkamah sebelum ini, Mak Yah berkata, dia dan keluarganya menerima keputusan itu seadanya selain memaklumkan keputusan sebenar atau terbaik untuk arwah anaknya terletak pada Allah SWT.Jenazah Mohd Ashraf Hafiz selamat dikebumikan mengikut jantina asalnya sebagai lelaki di Tanah Perkuburan Islam Seberang Takir, di sini, jam 5 petang semalam selepas solat Asar.Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 4.50 pagi semalam di CCU HSNZ, di sini, kerana mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.Allahyarham dimasukkan ke HSNZ jam 3 pagi kelmarin selepas mengalami muntah teruk dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan doktor mengalami serangan jantung tidak stabil atau ‘unstable angina with cardiogenic shock’, dipercayai akibat kemurungan selepas permohonan untuk menukar kepada nama wanita yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, ditolak.Pada 18 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen setelah mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin ketika pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman.Allahyarham yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon menukar nama di dalam Mykadnya kepada Aleesya Farhana Abdul Aziz setelah melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand, dua tahun lalu.Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai wanita.
;http://www.hmetro.com.my

Obama makin tak popular


WASHINGTON: Populariti Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama merosot ke paras terendah semalam.
Hanya 40 peratus rakyat Amerika berkata, mereka menerima pencapaian Obama selaku Presiden. Ia merosot sebanyak tiga peratus berbanding Khamis lalu.

Kaji selidik harian Gallup menunjukkan, 50 peratus rakyat Amerika menolak pencapaian Obama.

Populariti Obama merosot ketika perdebatan semakin hangat berhubung usaha meningkatkan paras hutang di negara itu. Bagaimanapun, tahap populariti Obama itu lebih tinggi berbanding pemimpin Kongres lain. - AP

Saturday, July 30, 2011

Wartawan dijel lebih lama


BEIJING: Aktivis hak asasi manusia semalam mendakwa pihak berkuasa China melanjutkan hukuman penjara ke atas seorang wartawan yang dijel pada 2007 selepas dia melaporkan kes rasuah.
Qi Chonghuai, wartawan veteran yang sebelum ini bekerja dengan akhbar China Work Safety Production News sepatutnya dibebaskan tahun ini.

Hukuman ke atasnya bagaimanapun dilanjutkan selama lapan tahun lagi selepas dia berikrar untuk meneruskan kempen antirasuahnya. - AP
http://www.hmetro.com.my

Suami isteri tak dibenar bercerai ketika Ramadan


QATIF: Jabatan Pembiayaan dan Harta di bandar raya ini memutuskan untuk tidak meluluskan perceraian ketika bulan suci Ramadan, lapor akhbar harian berbahasa Arab, Al-Riyadh, semalam.
Jabatan itu dilaporkan mengadakan mesyuarat yang dihadiri semua pegawai tadbir perkahwinan di negara ini dan memutuskan supaya tidak membenar sebarang perceraian ketika bulan puasa.

“Tindakan itu dapat memberi peluang kepada pasangan yang bermasalah berbaik semula sebelum mereka membuat keputusan akhir untuk bercerai,” kata hakim di jabatan itu, Sheikh Muhammad Al-Jirani.
http://www.hmetro.com.my

Deraian air mata Norman, Memey


LEGA...Norman dan Memey bergenang air mata selepas menerima keputusan mahkamah, semalam.
LEGA...Norman dan Memey bergenang air mata selepas menerima keputusan mahkamah, semalam.

KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah, saya bersyukur dengan keputusan ini. Ia juga hadiah perkahwinan paling bermakna bagi kami,” kata pelakon, Memey di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, semalam.
Reaksi spontan itu diberikannya sejurus Hakim Salehan Yatim memutuskan dia dan pasangannya yang juga pelakon dan pengarah filem, Norman Hakim dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan berkhalwat, tiga tahun lalu.
Salehan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan yang diwakili pendakwa syarie Siti Fatimah Maulana gagal membuktikan kes prima facie terhadap tuduhan itu.


Sebelum ini, pasangan artis yang sudah bertunang itu mengumumkan akan melangsungkan perkahwinan pada September depan dan majlis resepsi perkahwinan mereka mendapat tajaan lebih RM12 juta.




Keputusan kes tuduhan berkhalwat mereka semalam menjadi kegembiraan ‘berganda’ kepada mereka dan disambut dengan tangisan syukur Memey atau nama sebenarnya, Suhaizah Suhaimi, 23, serta bakal suaminya yang menyifatkan ia berkat doa dan kesabaran mereka.
http://www.hmetro.com.my

Mati terperosok bawah kereta bapa


SEBAK...Che Pauzi menenangkan isterinya ketika menunggu bedah siasat selesai  di bilik mayat di HRPZ   II. Gambar kecil, Nuramni Athirah.
SEBAK...Che Pauzi menenangkan isterinya ketika menunggu bedah siasat selesai di bilik mayat di HRPZ II. Gambar kecil, Nuramni Athirah.

BACHOK: “Sebelum kejadian, anak saya menunjukkan sikap pelik apabila beberapa kali keluar bilik mencium pipi saya sebelum tidur. Tak sangka ia ciuman terakhir,” kata Che Pauzi Mamat, 44, bapa kepada Nuramni Athirah, berusia setahun sembilan bulan yang maut dilanggar Perodua Alza dipandu Che Pauzi ketika mengundurkan kenderaan berkenaan keluar dari garaj rumah mereka di Kampung Tok Jawa, Tawang, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Kedai Lalat, di sini, sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Demit, Kubang Kerian, petang semalam.

Menceritakan kejadian itu, Che Pauzi berkata, ketika kejadian dia sedang bersiap ke pasar bersama isteri, Noraini Othman, 38 dan anaknya itu untuk membeli barangan persiapan Ramadan dan ketika mengundurkan kenderaannya, dia terdengar jeritan jiran dan pada masa sama berasa seperti terlanggar sesuatu.

“Saya keluar dari kenderaan dan melihat Nuramni Athirah terperosok di bahagian kiri tayar depan MPV saya. Saya segera memanggil isteri untuk membantu mengeluarkannya.

“Ketika itu Nuramni Athirah dalam keadaan lemah dan masih bernyawa. Saya berusaha memberikan bantuan pernafasan dan mengurut dadanya sebelum membawanya ke Klinik Kesihatan Kedai Lalat. Bagaimanapun, anak saya sudah meninggal dunia dan dibawa ke (HRPZ II),” katanya sebak.


Menurut Che Pauzi, kebiasaannya dia mendukung anaknya itu jika hendak keluar bersama, tetapi semalam dia menyangka anaknya bersama isteri di dalam rumah.


“Dugaan ini memang berat untuk dihadapi, apatah lagi ketika Ramadan semakin hampir,” katanya yang bertugas di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Kubang Keranji, Kota Bharu. Che Pauzi berkata, Nuramni Athirah amat disayanginya kerana dilahirkan selepas 15 tahun dia tidak mempunyai anak.
Katanya, arwah anak tunggalnya menerusi perkahwinannya bersama Noraini tiga tahun lalu, manakala perkahwinannya yang terdahulu tidak memperoleh cahaya mata.

Dalam pada itu, usaha menemu bual ibu mangsa gagal kerana bersedih dengan kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Yahya Salleh ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

http://www.hmetro.com.my

Ibu teringin jumpa anak lelaki









KEMAHANG TIGA - Seorang warga emas di sini, amat berharap dapat bertemu dengan anak lelakinya yang dibawa bekas suami selepas mereka bercerai.

Ramlah Mat Salleh, 61, sudah 30 tahun terpisah dengan Syahrul Azwan Alias, anak keempatnya daripada lima beradik dengan suami pertama dahulu.

Ramlah kini hilang punca untuk mencari Syahrul sejak dia dan suami pertamanya,

Alias Hasan, 61, bercerai pada awal 1980-an.

“Apabila bercerai, suami membawa Syahrul bersama dan berkahwin lain.

“Sejak dari itu, saya tidak lagi bertemu dengan mereka,” katanya.

Ramlah berkata, kali terakhir bertemu adalah ketika Syahrul berumur enam tahun apabila bekas suaminya datang menziarahinya.

“Selepas itu, saya tidak lagi berjumpa dengan dia kerana bekas suami dikatakan berpindah ke Pengkalan Hulu, Perak.

“Untuk mencarinya, memang sukar kerana kami tidak lagi berhubung kerana tiada alamat dan nombor telefon yang dapat dihubungi, malah saudara mara sebelah suami juga sudah tidak berhubung.

“Saya sangat rindu untuk berjumpa dengan Syahrul kerana sudah 30 tahun terpisah dan umurnya kini sudah pun 32 tahun.

“Setelah bercerai, bekas suami hanya membawanya seorang manakala empat lagi anak tinggal bersama saya,” katanya.

Menurutnya, keadaan kesihatannya juga semakin hari semakin meruncing dan rasa ingin berjumpa dengan Syahrul amat kuat.

“Hospital ibarat rumah kedua kerana saya terpaksa berulang alik untuk memeriksa kesihatan.

“Saya sudah 20 tahun menghidap pelbagai penyakit seperti asma, jantung dan buah pinggang, namun 10 tahun kebelakangan ini penyakit bertambah teruk,” katanya.

Ramlah berkata, dia terpaksa mengharapkan anak bongsu, Nuratikah Yaacob, 18, iaitu anak dengan suami kedua, menemaninya di rumah kerana anak yang lain sudah berumah tangga dan tinggal berdekatan

Katanya, usaha mencari memang ada namun kerana tiada sebarang petunjuk ia menjadi sukar.

“Saya berharap dapat berjumpa dengan Syahrul kerana sudah lama tidak bersua muka, ibu dan anak walau selama mana terpisah perasaan sayang dan rindu tetap ada,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my

Enam tahanan PSM bebas

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj, 56, bersama lima ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan hampir sebulan mengikut Ordinan Darurat, dibebaskan semalam.

Yang lain adalah Timbalan Pengerusi PSM, M Sarasvathy, 58; Setiausaha Bahagian PSM Sungai Siput, AP Letchumanan, 49; Choo Chon Kai, 33; M Sukumaran 50, dan R Sarat Babu, 25. Mereka dipercayai dibebaskan tanpa syarat jam 5.30 petang di Balai Polis Jinjang. Mereka dibebaskan secara serentak selepas selesai pemeriksaan doktor.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam kenyataan medianya berkata, tindakan selanjutnya akan ditentukan Jabatan Peguam Negara.

Mereka ditahan pada 2 Julai di Seberang Prai Utara, Pulau Pinang, di bawah Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah).

Mengikut Seksyen terbabit, polis boleh menahan suspek sehingga 60 hari tanpa perbicaraan.

Mereka ditahan bersama 24 yang lain dalam bas persiaran di Plaza Tol Sungai Dua, Kepala Batas pada 25 Jun lalu dan didakwa di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana cuba melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Namun, jawapan balas permohonan afidavit habeas corpus berhubung pembebasan tersebut, polis mendakwa mereka sebagai penggerak utama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0.

Permohonan habeaus corpus itu ditangguhkan kepada 5 Ogos depan.

Uthman El-Muhammady kecewa rahsia perjumpaan MKN bocor

KUALA LUMPUR - Felo Institut Pemikiran dan Peradaban Islam Antarabangsa (Istac), Profesor Emeritus Dr Muhammad Uthman El-Muhammady kecewa dengan sikap tidak amanah individu yang mendedahkan maklumat perjumpaan tertutup mufti dan wakil majlis agama Islam negeri bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN), baru-baru ini. 

Muhammad Uthman berkata, sikap seperti itu bukan sahaja mendatangkan kesan terhadap dirinya malah mendedahkan negara kepada bahaya.

“Apa yang saya lakukan mengikut panduan al-Quran, iaitu menggalakkan perbincangan oleh pakar-pakar sebelum didedahkan kepada umum atau menjadi rahsia negara. Mereka yang hadir di perjumpaan itu tidak sepatutnya buat sebarang pendedahan kerana memegang amanah bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman negara,” katanya.

Menyifatkan perbuatan berkenaan sebagai tindakan pengkhianat, Muhammad Uthman berkata, mereka juga tidak beradab kerana tergamak mendedahkan perkara tertutup selain tidak berfikir akan kesan buruk yang boleh menjejaskan diri sendiri.

“Tindakan tidak amanah seperti itu boleh menyebabkan mu`suh ambil peluang untuk melaga-laga-kan umat Islam,” katanya.

Beliau dikaitkan dengan kenyataan kononnya menuduh bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan 40 ulama muda UMNO sebagai berfahaman Wahabi dalam perjumpaan itu.

Menurutnya, matlamat musuh adalah untuk melihat negara kucar-kacir dan Islam tidak lagi dihormati.

“Adakah mereka akan gembira jika ini yang berlaku?.

“Itulah yang menyebabkan saya hairan. Mengapa mereka ini yang kesemuanya golongan ilmuwan sanggup mendedahkan sesuatu yang masih dalam peringkat perbincangan?” katanya.

Menurutnya, sesuatu perkara jika berkait dengan kepentingan umum, akan didedahkan juga apabila tiba masanya dan tiada siapa yang perlu tergopoh-gapah untuk menyampaikan sesuatu yang belum jelas.

“Mereka sepatutnya sayangkan negara. Kenapa perlu buat kacau seperti itu,” katanya.

Muhammad Uthman mengingatkan “Jika ada musuh di dalam negara kita, musuh itu adalah orang Islam sendiri.”

“Saya harap hal yang seperti ini tidak akan berlaku lagi kerana perbuatan seperti itu hanya akan menyebabkan malapetaka kepada semua orang yang tidak bersalah. Jangan kerana dasar liberal, bercakap sesuka hati atau kebebasan untuk semua yang dilaung-laungkan kini, menyebabkan kita tidak boleh menjadi manusia yang beradab,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan beliau menuduh Mohd Asri serta 40 ulama muda UMNO yang dinafikan mereka sendiri, Muhammad Uthman enggan membuat sebarang kenyataan bagi mengelakkan ia disalah tafsir.

Terdahulu, Setiausaha MKN, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab turut menafikan melabelkan mana-mana ulama dalam taklimat berhubung isu fahaman Wahabi.

Abby Abadi Sahkan Enggan Hadir Pernikahan Norman, Memey



PETALING JAYA: Pelakon Abby Abadi sudah mengesahkan tidak akan hadir ke majlis resepsi persandingan bekas suaminya, Norman Hakim dan Memey Suhaiza pada 28 September depan di sebuah hotel walaupun menerima kad undangan daripada mereka.
Norman dan Memey di jadual bernikah pada 24 September depan di Felda Tenggaroh, Mersing Johor iaitu rumah pengantin perempuan.
Ujar Abby, dia berbuat demikian kerana enggan merosakkan hari bahagia mereka yang digelar sebagai “wedding of the year” itu berikutan menerima tajaan bernilai RM12 juta.
“Jujurnya saya tidak akan hadir pada majlis itu. Saya tidak mahu merosakkan hari bahagia mereka,” katanya kepada mStar Online di sini, Jumaat.
Mengenai keputusan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Jumaat yang melepas dan membebaskan Norman dan Memey atas tuduhan berkhalwat kira-kira tiga tahun lalu, Abby enggan mengulas berhubung perkara itu.
Menurut Abby, dia tiada hak untuk memberi komen mengenai kes tersebut memandangkan bekas suaminya itu tiada kena mengena lagi dengannya.
"Itu adalah keputusan mahkamah. Jika mereka (Norman dan Memey) disabitkan bersalah, maka salahlah mereka dan jika keputusan berpihak pada mereka, maka mereka berada di pihak yang betul.
"Pada pendapat saya, sama ada saya beri komen atau tidak, Norman dan Memey tidak ada kena mengena pun dengan saya," katanya.
Tambah ibu tunggal kepada tiga orang anak ini, walau apa pun keputusan mahkamah, ia tetap tidak akan mengubah apa-apa aktiviti mengenai kehidupan sehariannya.
Ditanya adakah Abby sudah berbaik dengan Norman setelah isu tuntutan wang hantaran berjumlah RM11,111.11 terhadap Norman diperkatakan sebelum ini, menurut Abby mereka sekadar bertegur sapa mengenai perihal anak sahaja.
"Jujurnya, apabila timbul pertikaian mengenai isu tersebut (hantaran), ia sedikit sebanyak menjejaskan karier lakonan saya. Dan ia dilihat seperti saya yang mahu memanaskan keadaan.
"Oleh itu, saya letak tanggungjawab tersebut kepada peguam saya yang rasanya lebih tahu tentang perkara ini.
"Saya belajar daripada pengalaman apabila kita cakap sesuatu yang benar, ia akan terkena kepada kita. Jadi cakap pun tak guna dan biarlah orang yang lebih arif sahaja yang uruskan," ujarnya.
Dalam pada itu, mengenai hubungannya dengan pelakon Zul Arifin, mereka belum merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat walaupun masing-masing pernah berbincang mengenai hal tersebut.
Abby dan Norman pernah berkahwin pada 8 Januari 2002 dan dikurniakan seramai tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim,8, Marissa Dania Hakim,6, dan Maria Danisha Hakim,3. Bagaimanapun mereka bercerai pada 18 Disember 2008.

Shuhardi Nafi Larikan Diri, Bersembunyi



KUALA LUMPURL: Shuhardi Md. Isa, lelaki yang didakwa berlakon sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan haram di ibu negara pada 9 Julai lalu, menafikan dirinya bersembunyi, melarikan diri dan enggan bekerjasama dengan polis.
Shuhardi yang ditemui pada satu sidang akhbar di sini, sebaliknya berkata beliau tidak pernah menerima sebarang surat rasmi memintanya menghadirkan diri bagi membantu siasatan dari mana-mana balai polis.
"Bukankah polis lebih profesional dan tahu segala prosuder jika mahu seseorang itu memberi keterangan berhubung apa-apa kes? Saya tidak bersembunyi, datanglah ke rumah saya dengan tertib. Saya akan bekerjasama dengan mereka (polis)," katanya di sini, Sabtu.
Shuhardi yang juga Setiausaha Agung Persatuan Usahawan Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (Uruskop) menjelaskan, beliau terpaksa tampil memberi penjelasan berhubung kekeliruan kematian Allahyarham Baharudin kerana ia jelas menjatuhkan maruah dirinya.
"Saya masih hidup... yang meninggal Allahyarham Baharudin. Saya ingat perkara ini dah selesai dan saya tidak perlu tampil beri keterangan kerana ada blogger-blogger yang mengeluarkan gambar saya dengan mengatakan saya adalah Allahyarham Baharudin, telah meminta maaf kepada saya.
"Tapi semalam bila saya lihat komen Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang berkata saya dipercayai menyembunyikan diri, saya terpaksa mendedahkan perkara ini," katanya.
Beliau berkata polis sepatutnya menyiasat mereka yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan mengenai dirinya daripada menumpukan siasatan ke atas dirnya sendiri.
"Saya yakin pihak polis mampu membuat siasatan berdasarkan maklumat dalam internet tanpa perlu melibatkan saya. Malah saya rasa polis sepatutnya siasat mereka yang keluarkan kenyataan keliru mengenai mereka. Saya rasa sepatutnya saya yang menyaman mereka (blogger) yang salah dengan mengaitkan nama saya itu," katanya.
"Tetapi kerana kenyataan maaf dan pembetulan fakta yang dibuat seawal 10 Julai, maka saya menganggap perkara ini tidak perlu diperpanjangkan, malangnya kira-kira seminggu selepas peristiwa Bersih itu, pihak polis dan media masih mengaitkan nama saya," katanya.
Beliau berkata kekeliruan tersebut terlebih dahulu telah dijelaskan oleh anaknya menerusi "facebook" dengan menjelaskan bahawa gambar yang disiarkan bukanlah gambar Shuhardi yang pengsan dalam perhimpunan tersebut.
Bapa kepada dua isteri dan 10 anak ini mendakwa tidak berkomplot dengan mana-mana pihak tertentu untuk berlakon dalam apa jua "aksi" kematian serta tidak mengenali Allahyarham Baharudin sendiri.
"Saya juga tidak kenal dengan mana-mana wartawan atau jurugambar yang datang buat liputan. Saya bukanlah "desperate" untuk dapatkan sogokan yang tidak bermaruah kerana Alhamdulillah saya hidup mewah," katanya.
Suhardi berkata beliau bersedia memberikan kerjasama dengan pihak polis dan bolehdihubungi di talian 012-3900740. BERNAMA

Friday, July 29, 2011

Shuhardi dicari bantu siasatan





GENTING HIGHLANDS 28 Julai – Polis menasihatkan Shuhardi Md. Isa (gambar), individu yang dikatakan berlakon sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan haram di ibu negara pada 9 Julai lalu, supaya tampil dan bekerjasama membantu siasatan pihak berkuasa.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, setakat ini, Shuhardi masih belum dijumpai dan dipercayai menyembunyikan diri.

“Saya nasihat dia tampil ke hadapan membantu polis dalam siasatan ini, kenapa pula dia perlu bersembunyi tanpa sebab.

“Kita ingin tahu sebab dan siapa yang menyuruh dia (Shuhardi) melakukan perkara itu, malah jika dia beri alasan munasabah kelakuannya itu, kita tetap akan menerimanya,” katanya kepada pemberita selepas menutup Bengkel Pembangunan Aplikasi Siasatan Trafik di sini, hari ini.

Khalid memberitahu, setakat ini, pihak polis tidak menerima sebarang rakaman video atau gambar daripada orang awam berhubung perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu.

Utusan Malaysia Online - Jenayah

Siasatan kes Mat Sabu dakwa dilanggar selesai


GENTING HIGHLANDS 28 Julai - Polis telah melengkapkan siasatan kes Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mendakwa dilanggar oleh sebuah kereta Proton Waja milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika perhimpunan haram di ibu negara, 9 Julai lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, kertas laporan berkenaan telah siap dan dihantar ke pejabat Peguam Negara (AG), baru-baru ini.

"Saya tidak ingin mengulas lanjut, namun kertas siasatan telah siap dan dihantar kepada AG," katanya ketika ditemui pemberita selepas menutup Bengkel Pembangunan Aplikasi Siasatan Trafik di sini, hari ini.

Khalid turut memberitahu, beberapa kertas siasatan lain berkaitan penganjuran perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) juga telah dihantar kepada AG.

"Ada kertas siasatan telah dihantar kepada AG, malah ada juga yang dipulangkan semula kepada pihak polis dan kita akan hantar kembali dalam masa terdekat.

"Setakat ini apa yang boleh saya beritahu adalah siasatan kini pada peringkat akhir," jelasnya.

Ditanya tentang tarikh pendakwaan terhadap beberapa individu yang terlibat secara langsung dengan Bersih, Khalid menjelaskan, ia bergantung kepada keputusan AG.

"Terpulang kepada AG dan kita masih menunggu keputusan itu, setelah pihak mereka menilai kertas siasatan yang dilakukan polis," katanya.

Utusan Malaysia Online - Jenayah

Korea: Tentera bantu operasi pembersihan


SEOUL 28 Julai - Berpuluh-puluh ribu tentera Korea Selatan menyertai operasi pembersihan besar-besaran hari ini selepas banjir melanda negara ini dan menyebabkan sekurang-kurangnya 39 orang terbunuh.

Menurut Kementerian Pertahanan, kira-kira 40,000 tentera dengan peralatan berat menyertai lebih 4,000 polis dalam usaha pemulihan.

"Oleh kerana bencana ini adalah yang terburuk, kami akan menempatkan seramai mungkin anggota selagi ia tidak menjejaskan operasi harian tentera," kata jurucakap Kementerian Pertahanan kepada AFP.

Menurut Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan (NEMA), seramai 16 orang terbunuh di selatan Seoul selepas tanah runtuh dari Gunung Umyeon menimbus kawasan kediaman.

Seramai 13 orang lagi termasuk 10 pelajar terkorban di kawasan Chuncheon, 100 kilometer ke timur Seoul awal semalam juga akibat kejadian tanah runtuh.

Tanah runtuh dan sungai deras turut meragut nyawa 10 orang di wilayah Gyeonggi dan tiga lagi dilaporkan masih hilang di ibu negara ini serta wilayah berhampiran.

Laporan berita meletakkan angka mangsa yang hilang lebih 10 orang.

Kira-kira 1,300 kediaman dan 1,593 ekar kawasan tanaman pula ditenggelami air, memaksa lebih 4,200 penduduk meninggalkan kediaman mereka dan lebih 1,000 daripada mereka terpaksa tinggal di sekolah dan gereja.

Jalan utama di Seoul, semalam turut ditenggelami air dengan kenderaan bertaburan ditinggalkan pemiliknya yang lari menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, kebanyakan jalan dibuka semula hari ini selepas hujan lebat bertukar menjadi hujan rintik-rintik, tetapi 32 jalan dan jambatan di ibu negara ini dan kawasan sekitarnya masih ditutup. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Permata perlu peruntukan lebih - Rosmah



ROSMAH Mansor bersalaman dengan petugas dan kanak-kanak Pusat Anak Permata Negara Parlimen Pokok Sena, semalam.


POKOK SENA 28 Julai - Program Permata Negara (PPN) memerlukan peruntukan yang lebih bagi memperluaskan pembangunan pusat berkenaan di kawasan yang memerlukan terutama di luar bandar.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Permata Negara berkata, penubuhan pusat itu di luar bandar akan memastikan kanak-kanak terutama di bawah usia empat tahun, dapat mengikuti proses pembelajaran terbaik, lebih sistematik dan saintifik.

"Saya sangat berharap supaya kerajaan dapat menambah peruntukan untuk program Permata ini kerana ia mendapat permintaan yang ramai daripada ibu bapa dan sekarang setiap pusat hanya dapat menampung lebih kurang 50 pelajar," katanya hari ini.

Beliau yang ditemui pemberita selepas melawat Pusat Anak Permata Negara (PAPN) Parlimen Pokok Sena di sini, berkata, setakat ini Kedah hanya mempunyai dua PAPN, manakala 41 tabika Kemas, tiga tabika Perpaduan dan satu pusat jagaan di tempat kerja menggunakan sukatan pelajaran PPN.

"Saya berpuas hati dengan perkembangan pusat Permata di Pokok Sena ini dan telah adakan perbualan serta penerangan kepada ibu bapa yang mana anak mereka hadir ke pusat ini," katanya.

Rosmah berkata, satu lagi PAPN bakal ditubuhkan di negeri ini iaitu di Guar Chempedak di Yan dan dijangka beroperasi awal 2012.

PAPN itu antara 28 PAPN yang ditubuhkan di bawah Rancangan Malaysia ke-10, katanya.

Mengenai tenaga pengajar di PAPN, beliau berkata, setakat ini ia mencukupi kerana mendapat permohonan terus daripada graduan yang baru menamatkan pengajian sama ada di peringkat diploma atau ijazah.

"Tenaga pengajar tiada masalah sebab kita dapat banyak permohonan terutama daripada mahasiswi yang baru tamat pengajian dalam bidang Early Childhood Education dan mereka diberi kursus khas sebelum mula mengajar," katanya.

Sementara itu ketika berucap, beliau berkata, PPN tidak mempunyai kepentingan politik, sebaliknya penubuhan pusat itu adalah demi masa depan kanak-kanak dalam memastikan mereka mendapat pendidikan yang baik, efektif serta berkualiti tanpa memerlukan belanja yang besar. — BERNAMA

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Daftar kes farak

KUALA LANGAT: “Pihak kami mengeluarkan surat pengesahan kepada Ros dan mengarahkannya pergi ke mahkamah bagi membuat permohonan mendaftarkan kes farak bubar perkahwinan,” kata Pegawai Tadbir Agama Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat, Md Razali Hassanusi.

Beliau mengulas mengenai sepasang suami isteri dikenali sebagai Ros dan Malek disiarkan Harian Metro semalam berhubung status perkahwinan mereka.


Menurutnya, perkara itu berdasarkan nombor siri yang terdapat pada sijil nikah mereka palsu.

Pada 13 April lalu, Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat mengeluarkan surat pengesahan perkahwinan mengatakan status perkahwinan pasangan terbabit diragui. “Perkara ini, berdasarkan nombor siri yang terdapat pada sijil nikah mereka. Pasangan itu dipercayai bernikah secara sindiket,” katanya.


Menurutnya, pejabat pihaknya sudah mengeluarkan surat pengesahan kepada Ros dan mengarahkannya pergi ke mahkamah bagi membuat permohonan mendaftarkan kes farak perkahwinan.


“Tuntutan farak perkahwinan ini bertujuan memisahkan mereka buat seketika sementara pihak mahkamah meneliti masalah yang dihadapi sekali gus menentukan status sebenar pasangan itu,” katanya.

Menurut Md Razali, Ros perlu membawa perkara ini ke mahkamah segera supaya masalahnya dapat diselesaikan secepat mungkin. Muka depan Harian Metro semalam melaporkan niat baik seorang wanita tempatan dikenali sebagai Ros, 45, menumpangkan wanita lain, warga Indonesia dikenali Yati, 30, bertukar malang apabila Yati mengurat suaminya.

Ros berkata, selama Yati tinggal bersama di rumahnya, dia sedikitpun tidak curiga terhadap Yati dan tidak menduga wanita itu menjalin hubungan dengan suaminya. “Selama lebih setahun Yati menumpang di rumah saya iaitu sehingga Ogos tahun lalu selepas dia dihalau gara-gara mengurat suami majikannya.

“Bukan saja dia rampas suami saya, malah saya juga disihirnya kerana awal tahun ini saya diserang penyakit misteri hingga separuh lumpuh hampir enam bulan sehingga tidak mampu melakukan sebarang kerja,” kata Ros yang tidak mempunyai anak biarpun selepas 22 tahun berkahwin dengan suaminya yang dikenali sebagai Malek, 55. Ros dipetik berkata, dia kini hidup kesusahan dan terpaksa bekerja sebagai buruh kasar untuk menyara hidup selepas suaminya langsung tidak memberi nafkah selepas meninggalkannya sejak Ogos tahun lalu mengikut Yati.

myMetro | Daftar kes farak

Isteri ‘histeria’ kejar pencuri

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki terpaksa memeluk sambil menahan isterinya daripada berlari keluar rumah selepas menyangka pasangannya dirasuk.

Zaludin Ibrahim, 41, dari Kampung Serukam, dekat sini, pada mulanya terkejut melihat isterinya, Roshana Jaafar, 44, menjerit tiba-tiba sambil berlari mengejar sesuatu kira-kira jam 2 pagi semalam.

Dia yang sedang nyenyak tidur terbangun serta-merta apabila mendengar jeritan kuat Roshana sebelum melihat isterinya seperti ‘hilang akal’ sambil menunjuk ke dapur.

“Saya cemas kerana jeritan isteri seperti dirasuk menyebabkan dua anak saya, Muhammad Zulhelmi, 11, dan Nurul Nadia, 9, turut terkejut dan menangis.


“Selepas bergelut dengannya kira-kira 10 minit, baru saya sedar rumah kami sebenarnya dimasuki pencuri menyebabkan isteri seperti terkena histeria,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

myMetro | Isteri ‘histeria’ kejar pencuri

Dr Awang Adek menang tuntutan saman fitnah RM10j

SHAH ALAM: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berjaya dalam kes tuntutan saman fitnah menuntut ganti rugi RM10 juta dikemukakannya terhadap The Edge Communications Sdn Bhd dan tiga pihak lagi berhubung isu pengeluaran lesen judi bola sepak.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zaleha Yusof yang membenarkan permohonannya untuk mendapatkan penghakiman terus saman berkenaan yang diputuskan dalam kamar beliau di sini, kelmarin.


Mahkamah turut memerintahkan defendan membayar kos RM8,000 kepada plaintif. Bagaimanapun jumlah ganti rugi akan ditaksirkan kemudian.

Peguam Ashmadi Othman yang mewakili Awang Adek ketika dihubungi memberitahu, Zaleha dalam keputusannya berkata, beliau menyifatkan tindakan defendan sebagai cuai dan membawa fitnah kepada plaintif kerana isu judi adalah sensitif di kalangan masyarakat Islam di negara ini.


Beliau berkata, defendan sendiri mengakui kesilapan mereka melalui surat permohonan maaf bertarikh 9 Julai tahun lalu berhubung artikel berkenaan.


Awang Adek memfailkan saman fitnah itu pada 18 Ogos tahun lalu dengan menamakan The Edge Communications Sdn Bhd iaitu syarikat penerbit kepada penerbitan The Edge Financial Daily; Ketua Editor, Dorothy Teoh, penulis, Chan Kok Leong dan syarikat pencetak penerbitan iaitu KHL Printing Co Sdn Bhd.

Dalam pernyataan tuntutannya, Awang Adek berkata, pada muka surat 14 penerbitan The Edge Financial Daily bertarikh 8 Julai tahun lalu, keempat-empat defendan menulis, menerbit, mencetak dan menyiarkan gambarnya berserta dengan pernyataan fitnah terhadapnya dalam bahasa Inggeris.

myMetro | Dr Awang Adek menang tuntutan saman fitnah RM10j

Badan putus dua

PARIT BUNTAR: Tosai menjadi makanan terakhir dijamu A Yogeswara Rao, 25, sejam sebelum badannya terputus dua apabila treler dipandunya terbabit dalam kemalangan ngeri dengan sebuah bas ekspres dalam kejadian awal pagi semalam.

Yogeswara yang baru lima bulan mendirikan rumah tangga dan rakan sekerjanya, K Supramaniam, 30, berhenti makan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Gantang.


Rakan setugas mangsa, R Elangowan, 29, berkata, Supramaniam sempat berseloroh dan bergurau ketika ditemuinya di R&R itu sekitar jam 11 malam kelmarin.

Menurutnya, Yogeswara dan Supramaniam dalam perjalanan pulang ke kilang syarikat di Butterworth, Pulau Pinang selepas ditugaskan menghantar bekalan gula di Kuala Lumpur dan Ipoh.


“Ketika bertemu mereka, kedua-dua rakan saya itu rancak berbual dan memberitahu tidak sabar pulang ke rumah bertemu isteri dan keluarga masing-masing.


“Mereka sempat membelanja saya makan tosai sebelum meneruskan perjalanan ke Butterworth. Saya hanya mengetahui kejadian itu selepas dihubungi seorang rakan kira-kira jam 2 pagi semalam,” katanya.

Sementara itu, bapa mentua Yogeswara yang hanya mahu dikenali Shanmugan, sebak ketika dimaklumkan seorang rakannya mengenai kemalangan itu kira-kira jam 6 pagi semalam.

“Pada mulanya saya tidak percaya kemalangan itu meragut nyawa menantu saya yang baru lima bulan mendirikan rumah tangga dengan anak perempuan saya, Navitha, 26. “Navitha tidak dapat datang dari Kulim kerana terlalu sedih dengan kejadian ini,” katanya.

Sementara itu, Supramaniam meninggalkan seorang isteri dikenali Letchumy dan tiga anak masing-masing berusia lima tahun, tiga tahun dan lapan bulan.

myMetro | Badan putus dua

Konstabel, anak terpelanting

KERIAN: Seorang anggota polis dan anak kecilnya yang tidur lena di ribanya maut apabila terpelanting keluar dari bas ekspres selepas kenderaan itu dirempuh treler yang ‘terbang’ dalam satu kemalangan ngeri jam 12.25 tengah malam kelmarin di Kilometer 201.5, arah selatan, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), berhampiran susur Bukit Merah, di sini.

Pelanggaran itu mengakibatkan dinding bas ekspres berkenaan terkopak menyebabkan mangsa, isteri dan anak lelakinya yang berusia setahun lapan bulan tercampak keluar kira-kira 10 meter ke bahu jalan.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, kemalangan berlaku apabila treler membawa muatan peket gula yang dalam perjalanan menuju ke Pulau Pinang bertembung dengan bas ekspres dari arah utara.

“Berdasarkan maklumat, treler yang dipandu lelaki bernama A Yogeswara Roa, 25, sambil ditemani kelindan, K Supramaniam, 30, hilang kawalan sebelum terbabas ke kanan jalan dan merempuh pembahagi besi di tengah lebuh raya.


“Treler yang dipandu laju itu kemudian memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar bas ekspres yang ketika itu membawa 32 penumpang. Pelanggaran kuat itu menyebabkan lori berkenaan putus dua manakala bahagian depan dan sisi kanan bas itu remuk,” katanya.

myMetro | Konstabel, anak terpelanting

Lambaian terakhir anak

KUALA NERANG: “Arwah bersama anak dan isterinya sempat melambai kepada saya serta isteri sebelum mereka menaiki kereta abang iparnya untuk ke Terminal Bas Shahab Perdana di Alor Setar, kira-kira jam 9 malam tadi (kelmarin).

“Dia tidak banyak bercakap, manakala cucu saya, Muhammad Fariz Abd Shahreer, 18 bulan, pula manja dengan saya seolah-olah tidak mahu berpisah dengan kami,” kata Abu Hasan Ibrahim, bapa Abd Shahreer Abu Hasan, 23, yang maut bersama anaknya apabila bas dinaiki dirempuh sebuah treler di Kilometer 201.5, arah selatan, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), berhampiran susur keluar Bukit Merah, Perak, kira-kira jam 12.25 tengah malam kelmarin.


Abu Hasan, 55, berkata dia tidak menyangka panggilan telefon diterimanya kira-kira jam 7 pagi semalam membawa berita buruk mengenai kehilangan anak lelaki keempat daripada enam beradik dan cucu kesayangan buat selama-lamanya.

Sebelum kejadian, mangsa yang lebih mesra dengan panggilan Aril pulang bercuti di rumah keluarga mentuanya di Kampung Padang Setol, Mukim Pedu, dekat sini, selama tiga hari sejak Selasa lalu. Bagaimanapun, mereka singgah di rumah Abu Hasan di Lorong Telok Belanga, di sini, untuk menziarahi ibu bapanya sebelum bertolak pulang ke Johor.


Arwah yang sudah bertugas empat tahun sebagai anggota polis menetap di Kuarters Batalion 5, Pasukan Gerakan Am (PGA) di Johor Bahru.


“Biasanya, rumah ini akan riuh jika Aril pulang, tapi semalam (kelmarin) dia tidak bercakap banyak hinggakan saya terasa perubahan pada dirinya, namun tak sangka dia pergi buat selama-lamanya.

“Saya dapat tahu mengenai kemalangan ini daripada keluarga besan dan pada mulanya hanya diberitahu bas yang dinaiki Aril terbabit kemalangan dan tak sampai 15 minit kemudian, saya dimaklumkan dia dan anaknya meninggal dunia.


“Luluh hati saya mendengar berita menyedihkan itu apatah lagi ketika saat menjelang Ramadan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

myMetro | Lambaian terakhir anak

Lihat bayi berdarah

KERIAN: “Mengalir air mata saya melihat bayi itu terbaring berlumuran darah di celah rumput tepi parit bersama ibunya. Tidak jauh dari situ, terbaring mayat bapanya yang turut tercampak dari bas,” kata saksi kejadian, Umar Khairi, 20.

Umar, seorang daripada 32 penumpang bas ekspres SNS International yang dirempuh sebuah treler membawa gula berkata, lututnya menggeletar melihat keadaan menyayat hati itu.


Katanya, ketika kejadian dia tidur sebelum dikejutkan dentuman kuat diikuti gegaran luar biasa. “Sebaik membuka mata, saya melihat kedua-dua tangan saya luka. Ketika itu kelam-kabut berikutan ramai penumpang terutama kanak-kanak menjerit ketakutan dan cuba keluar dari bas untuk menyelamatkan diri.

“Kami keluar melalui tingkap bas sebelah kanan yang pecah. Ketika itu saya melihat bayi terbabit (Muhammad Fariz Abd Shahreer, 18 bulan) terbaring sebelum didukung seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah,” katanya.


Menurutnya, ibu bayi itu tidak sedarkan diri dan bapanya pula terbaring tidak bernyawa.


Umar berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Johor Bahru selepas mengunjungi rumah kenalan lamanya di Kangar, Perlis.

Sementara itu, seorang lagi penumpang, Mohd Nasir Evin, 28, bersyukur kerana anak perempuannya, Noratikah Nabila, 3, hanya tercampak ke bahagian pemandu bas tanpa cedera serius.

“Saya, isteri dan anak dalam perjalanan pulang ke Segamat, Johor, selepas bercuti di rumah keluarga isteri di Alor Setar, Kedah. Kami tidur apabila dikejutkan dengan dentuman dan saya mendapati Noratikah tiada di tempat duduk sebelum menemuinya tercampak kira-kira lima meter di ruang hadapan bas berhampiran tempat duduk pemandu.

“Saya mendapatkan Noratikah yang menangis ketakutan sebelum memimpin tangan isteri keluar dari bas melalui tingkap yang pecah. Apapun, saya bersyukur kerana kandungan isteri yang hamil lima bulan selamat selepas diperiksa di Hospital Taiping, tadi (semalam),” katanya.

myMetro | Lihat bayi berdarah

Kempen memandu tanpa telefon

KUALA LUMPUR: “Saya hampir mengalami kemalangan akibat memandu sambil menggunakan telefon dan selepas kejadian itu saya tidak lagi menggunakannya ketika memandu,” kata Joyling Lee, 22.

Dia antara pelajar Help University College of Arts & Technology yang terbabit kempen ‘Jangan Menggunakan Telefon Bimbit Ketika Memandu’ anjuran Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) bersama kolej berkenaan.


Lee berkata, kebanyakan pemandu mengambil sikap tidak endah dengan larangan pihak berkuasa tanpa memikirkan risiko.

Menurutnya, selepas berlaku kejadian yang tidak diingini baru seseorang itu insaf dan tidak lagi menggunakan telefon bimbit ketika memandu.


“Lepas kejadian itu, saya tidak lagi berani menggunakan telefon bimbit sama ada bercakap ataupun menghantar SMS kerana mengetahui bahaya yang bakal dihadapi,” katanya.


Pelancaran kempen itu diadakan di kolej berkenaan disempurnakan Ketua Pengarah JKJR, Gerald Leslie Leon. Turut hadir Presiden kolej, Datuk Dr Paul Chan.

myMetro | Kempen memandu tanpa telefon