Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label zaid ibrahim. Show all posts
Showing posts with label zaid ibrahim. Show all posts

Tuesday, February 7, 2012

PEMBUBARAN PARTI KITA

PEMBUBARAN PARTI KITA
Oleh: yieMEGA

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) merupakan sebuah parti yang ditubuhkan oleh Zaid Ibrahim selepas keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Namun semacam ada masaalah sahaja dengan parti KITA ini sejak akhir-akhir ini apabila Presidenya Datuk Zaid Ibrahim membuat sidang media meluahkan perasaanya ingin membubarkan kita.

Jika benar KITA hendak dibubarkan ini bermakna perjalanan parti KITA hanya terhenti setakat ini sahaja. Sekaligus menjadikan parti KITA sebagai parti yang paling singkat wujudnya di Malaysia ini. Persoalan yang timbul yang timbul di benak fikiran penulis adalah kenapa KITA nak dibubarkan sekarang kenapa tidak beberapa tahun akan datang, sedangkan parti ini masih belum diuji keupayaanya semasa pilihan raya.

Bagi penulis perbuatan Zaid Ibrahim maaf cakap bukan maksud penulis untuk membuat beliau marah tetapi sekadar renungan dan kritikan membina untuk beliau, perbuatan beliau itu boleh diumpamakan sebagai "Berundur sebelum berperang" Ya lah Pilihan Raya tak masuk lagi tapi dah nak bubar parti.

Parti KITA bagi penulis perlu terus wujud kerana ia dapat menyeimbangkan diantara oposisi dengan kerajaan, dimana rakyat ada satu lagi pilihan iaitu bagi mereka-mereka yang berkecuali sudah tentu mereka boleh memilih KITA sekiranya mereka merasakan kedua-dua pihak iaitu oposisi dan kerajaan tidak menepati citarasa mereka.

Kadang-kadang terfikir juga penulis, mengapa dengan tiba-tiba sahaja Zaid Ibrahim ingin membubarkan KITA sedangkan beberapa pemimpin negeri KITA masih mahukan agar parti ini terus wujud. Mungkin Kenyataan Akhbar mengenai masa depan parti kita ini boleh membantu.

Nasihat penulis kepada Zaid Ibrahim, jangan cepat berputus asa teruskan perjuangan anda dengan KITA dan cuba lihat penerimaan rakyat pada PRU13 yang bakal mendatang, setidak-tidaknya prestasi sebenar KITA dapat dinilai dengan seadil-adilnya.

Baca Lagi!

Sunday, December 19, 2010

Yang Mana Satu? AKIM ATAU KITA?

Yang Mana Satu? AKIM ATAU KITA?
Oleh: yieMEGA

SEPERTIMANA yang sudah ramai mengetahui bahawa bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan yang juga calon timbalan Presiden PKR di dalam pemilihan PKR yang baru sahaja lepas kini sudah mengambil alih Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) dan kini beliau sudah bergelar Presiden AKIM yang baru, seraya berusaha untuk menukarkan nama AKIM kepada KITA.

Persoalan yang timbul di sini, Presiden AKIM yang menyerahkan AKIM kepada Zaid adalah presiden yang diragui mengenai status dan kedudukanya selaku Presiden tambahan pula Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengesahkan individu lain sebagai Presiden AKIM iaitu Hanafi Mamat.

Penulis pun hairan juga kenapa Zaid tidak selidik dulu latar belakang Presiden AKIM yang ingin menyerahkan AKIM kepada beliau, tindakan Zaid ini dikhuatiri akan menyebabkan berlakunya satu lagi perlantikan Presiden yang tidak sah di dalam AKIM iaitu perlantikkan Zaid sendiri.

Beliau sepatutnya menyelidik terlebih dahulu latar belakang Presiden AKIM untuk mengetahui adakah beliau adalah Presiden yang benar-benar sah barulah rundingan boleh dibuat. Dalam keadaan sekarang ini akan berlaku kerumitan apabila Presiden AKIM yang telah disahkan oleh ROS tidak mengiktiraf penukaran nama akronim AKIM kepada KITA dan juga tidak mengiktiraf Zaid sebagai Presiden AKIM atau KITA.

Besar kemungkinan ekoran daripada tindakan Zaid tersebut akan timbul pula kerumitan-kerumitan lain yang mungkin akan menyebabkan masalah baru yang akan menimpa AKIM. Cadangan penulis kepada Zaid adalah elok beliau mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden AKIM yang disahkan oleh ROS.

Beliau hendaklah mengadakan rundingan dengan Presiden sah tersebut dan berusaha agar memastikan rundingan tersebut akan mendatangkan kejayaan atau membuahkan hasil. Pandangan yang penulis lontarkan ini juga demi untuk keselamatan kedudukan Zaid di dalam AKIM.

Zaid perlu ingat, bahawa kedudukan jawatan yang disandang beliau di dalam AKIM masih berada di dalam kedudukan zon tidak selesa dan bila-bila masa sahaja beliau boleh kehilangan jawatan berkenaan.

Walaubagaimanapun Penulis ingin juga melihat agar Zaid kekal sebagai Presiden AKIM/KITA sebab nak tengok bagaimana beliau mengendalikan parti tersebut dan juga adakah beliau mampu menjadikan parti yang dipandang sebelah mata oleh rakyat itu menjadi parti yang progresif dan popular di kalangan rakyat.


Baca Lagi!

Saturday, November 20, 2010

Apabila Zaid Diibarat Tukang Berak oleh MSO

Zaid recumbent.Image by treviño via Flickr
Apabila Zaid Diibarat Tukang Berak oleh MSO
Oleh: yieMEGA

ISU ZAID IBRAHIM masih hangat diperkatakan kini ia termasuklah daripada penyokong tegar Anwar Ibrahim. Sepertimana yang sudah mengetahu bahawa Zaid Ibrahim telah mengesahkan bahawa beliau akan keluar PKR pada 16 Disember kelak. Seperti biasa kedatangan beliau di dalam PKR dahulu disambut dengan penuh puji-pujian, hari ini pemergian beliau dari PKR disambut dengan penuh kehinaan.

Begitulah rencah hidup bagi seorang politikus. Apabila ia mendatangkan keuntungan kepada pihak tertentu ia akan disambut dengan penuh puji-pujian. Apabila ianya memberikan kerugian kepada pihak tertentu ianya akan disambut dengan penuh penghinaan, sudah menjadi adat resam dalam politik begitulah suratanya.

Begitulah dengan Zaid semasa di awal kehadiranya di dalam PKR tidak lama dahulu mendapat pujian melambung daripada sekalian pihak yang menyokong Pakatan Rakyat dan juga PKR termasuklah blogger, tidak terkecuali blogger terkenal iaitu Mohd Sayuti Omar semasa di awal kemasukkan Zaid pujian yang melambung diberikan beliau terhadap Zaid, namun setelah Zaid menyuarakan niatnya hendak keluar PKR MSO mula mencaci Zaid. Zaid kena terima kerana ini sudah menjadi ketentuan Ilahi apa jua orang kata terhadapnya.

MSO di dalam posting terbaru blognya yang bertajuk "Bukan Susah Untuk Jadi Popular Di Negara ini". Meibaratkan Zaid sebagai tukang berak di dalam PKR dan selepas selesai berak terus keluar dari PKR.

Mengapa sampai begitu sekali MSO meibaratkan Zaid itu mungkin hanya MSO yang ada jawapanya. Namun, mungkin juga selama ini kalau diperhatikan tulisan-tulisan MSO kita boleh mengandaikan bahawa MSO adalah penyokong tegar Anwar Ibrahim kerana kebanyakkan tulisanya mengenai Anwar Ibrahim penuh dengan pujian melambung yang diberikan kepada Anwar oleh MSO, jadi kesimpulanya beliau adalah penyokong tegar Anwar Ibrahim.

Sebenarnya, diwaktu MSO memuji melambung Zaid Ibrahim semasa mula-mula menyertai PKR dahulu penulis telah jelaskan di sini bahawa kemasukkan Zaid akan memberi liabiliti kepada PKR dan penulis sendiri telah meibaratkan Zaid sebagai sampah yang dibuang UMNO dan cuba dikitar semula oleh PKR.

Sampai sekarang pun penulis berpegang kepada kenyataan itu, walaupun MSO 'bengang' dengan kebanyakkan media massa yang 'mempopularkan' Zaid dengan pujian demi pujian. Jangan cepat lupa MSO dulu pun MSO sendiri di dalam blog MSO memuji melangit Zaid Ibrahim, sekarang ini perkara sama yang cuba dilakukan oleh Media Arus Perdana, adakah tindakan tuan dianggap suci sekiranya tuan menganggap perangai media massa tempatan tidak suci?

MSO kena ingat, kini Politik Bela Diri sudah tidak sesuai, politik zaman sekarang memerlukan pemikiran yang lebih matang. Kalau orang lain buat tak boleh, kalau sendiri buat boleh itu tidak adil namanya, bukankah begitu?
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Saturday, July 31, 2010

Lepas Felda, Felcra Pula Menjadi Sasaran PR


Lepas Felda, Felcra Pula Menjadi Sasaran PR

BARU-BARU INI Malaysia dihangatkan dengan isu Felda apabila Pakatan Rakyat melalui salah sebuah lidah parti subahat mereka dengan melemparkan fitnah kononya Felda Bankrap, akhirnya isu itu memakan diri mereka sendiri.

Setelah gagal dengan misi mereka menjatuhkan Felda, kini mereka cuba untuk menjadikan Felcra pula sebagai sasaran mereka seterusnya. Khabarnya misi menjatuhkan Felcra ini diketuai oleh Zaid Ibrahim atau dengan kata lain Zaid Ibrahim adalah Panglima Perang untuk misi mereka yang terbaru ini.

Mungkin ini adalah cubaan Zaid Ibrahim untuk menonjolkan diri, bagi menunjukkan dia seorang pemimpin yang hebat walaupun dirinya sendiri tak terpimpin oleh dirinya sendiri.

Penulis merasa hairan adakah mereka tidak serik dengan insiden semasa mereka cuba 'menyerang' Felda baru-baru ini. Mungkin juga dengan mengadakan aktiviti 'serangan' itu mereka akan kelihatan sebagai hero oleh peserta-peserta Felcra, kalau yang tidak faham mereka tentu akan terpengaruh.

Peserta Felcra perlu faham apakah tujuan yang tersirat di sebalik kesungguhan mereka yang kononya ingin membantu warga Felcra. Serangan-serangan yang mereka cuba lakukan terhadap Felcra sedikit sebanyak akan menjejaskan pendapatan Felcra secara tidak langsung pendapatan peserta Felcra juga akan terjejas disebabkan tindakan PR yang diketuai Zaid Ibrahim itu.

Dengan kata lain, PR yang diketuai Zaid Ibrahim telah melempar pasir ke dalam periuk-periuk nasi peserta Felcra, walaupun pada zahirnya kelihatan seperti mereka seperti benar-benar menolong tetapi sebenarnya tidak.

Bagi mereka yang faham, izinkan penulis merangkan sedikit mengenainya:

Spekulasi mengikut hukum ekonomi boleh mempengaruhi kedudukan ekonomi, sebagai contoh sekiranya spekulasi dibuat terhadap Felcra secara tidak langsung ia akan menjejaskan kedudukan ekonomi Felcra atau dengan kata lain ia akan menjejaskan pendapatan felda dan secara tidak langsung dividen kepada peserta akan berkurangan.

Apa yang cuba dilakukan oleh Pakatan Rakyat sekarang ini ia disebutkan sebagai spekulasi, jadi secara tidak langsung peserta yang terpengaruh dengan kempen mereka ini telah ditipu mentah-mentah oleh mereka.

Sementara itu, pengerusi Felcra dilaporkan telah memberi amaran awal yang boleh diikuti di sini.

Nasihat penulis kepada peserta-peserta Felcra janganlah terpengaruh dengan kempen mereka kelak peserta sendiri yang rugi. Fikir-fikirkanlah.

Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Monday, April 26, 2010

Hulu Selangor Milik BN

Hulu Selangor Milik BN
Oleh: yieMEGA

KEPUTUSAN Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor telah diketahui dengan rasminya semalam. Ternyata kerusi yang dahulunya milik PKR sudah bertukar tangan kepada Barisan Nasional selepas P. Kamalanathan berjaya menewaskan Zaid Ibrahim. BN berjaya melalui P. Kamalanathan berjaya mendapat 24, 997 undi manakala PKR menerusi Zaid Ibrahim berjaya mendapat 23,272 undi dan ini menjadikan BN menang dengan majoriti 1, 725 undi.

Penulis mengucapkan tahniah kepada BN dan Juga P. Kamalanathan kepada Zaid Ibrahim dan PKR jangan kecewa dengan kekalahan ini kerana kalah dan menang adat pertandingan. Mungkin hari ini mereka kalah siapa tahu akan datang mereka pula menang.

Kepada BN jangan cepat berpuas hati dengan kemenangan yang mereka perolehi ini. YB Kamal juga hendaklah jangan mensia-siakan kemenangan ini, jadikan kemenangan ini untuk memberi khidmat yang terbaik untuk rakyat Hulu Selangor.

BN pula dinasihatkan agar tidak 'mabuk' dengan kemenangan ini. Mungkin para pembaca masih ingat sebelum Pilihan Raya Umum Ke 12 BN menang di kebanyakkan Pilihan Raya Kecil sebelum PRU12 tapi oleh kerana BN 'mabuk' dengan kemenangan itu akhirnya dihukum melalui 'tsunami politik' yang melanda tanah air pada PRU12 apabila banyak Kerajaan Negeri yang dikuasai oleh Barisan Nasional tumbang.

Walaupun BN memenangi Pilihan Raya Kecil ini, penulis mencadangkan agar mereka membuat satu 'Post Mortem' mencari sebab mereka menang dan juga mencari sebab kenapa mereka tewas di peti undi yang terdapat ramai kaum cina dan sebab dan musababnya diperolehi cuba perbaikinya mungkin ianya dapat mengekalkan kerusi ini kepada BN dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

YB Kamal juga perlu berpindah ke Hulu Selangor untuk memberikan kemudahan kepada rakyat untuk mendapatkan khidmat dari beliau. Pastikan juga beliau kerap berada di Pusat Khidmat tersebut bagi memastikan rakyat sentiasa mendapat khidmat dan pembelaan daripada beliau. Ingatlah kemenangan YB Kamal adalah hasil dari undian rakyat, jadi jangan sia-siakan amanah rakyat ini kerana rakyat berkuasa menghukum YB pada pilihan raya yang akan datang.

BN juga perlu menunaikan semua janji-janji yang dibuat semasa Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor berlangsung, jangan janji tinggal janji atau sekadar bertanam tebu di pinggir bibir. Ingatlah kerana janji BN menang kerana Janji juga BN boleh kalah.

Dalam masa yang sama, sebelum ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin mensasarkan BN akan menang dengan majoriti yang melebihi 6,000 undi tetapi hasilnya tidak sampai separuh daripada sasaran yang ditetapkan, mungkin TS Muhyidin terlupa pengalaman BN di Bagan Pinang, pada masa itu TS Najib Tun Razak hanya mensasarkan 1 undi pun sudah dikira menang hasilnya BN menang dengan majoriti yang agak besar. Kalau pengalaman ini digunapakai pasti BN dapat majoriti lebih besar kerana biasanya pengundi tidak suka dengan parti yang suka terlalu yakin atau 'over confident'.

Penulis mengakhiri artikel penulis pada kali ini dengan pantun yang berbunyi:

PRK Hulu Selangor Sudah Selesai
Calon yang menang sudah diketahui
yang kalah janganlah memusuhi
Marilah kita bersama bersatu hati

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, April 21, 2010

Kalau BN Parti Projek, Pakatan Rakyat Parti Apa, Serangan Peribadi Siapa yang mula?

Kalau BN Parti Projek, Pakatan Rakyat Parti Apa, Serangan Peribadi Siapa yang mula?
Oleh: yieMEGA
Gambar: AgendaDaily



KALAU dahulu Barisan Nasional sering dilabelkan sebagai 'Parti Projek' oleh Pakatan Rakyat semasa mereka berkempen. Namun, apabila Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor semakin hampir jelas sekali menampakkan mereka juga 2X5 dengan BN apabila satu projek mee segera di kesan di Hulu Yam Lama iaitu menurap jalan yang sudah lama rosak dan dibiarkan dan kebetulan Pilihan Raya Kecil berlangsung dengan ini projek-projek 'mee segera' ini semakin banyak diusahakan.

Teringat dulu, semasa penulis menghadiri beberapa ceramah Pakatan Rakyat penceramah itu berkata "Kenapa Kerajaan BN akan membuat papan tanda Projek Kerajaan Barisan Nasional di setiap projek yang dia bangunkan, sedangkan mereka bangunkan guna duit rakyat".

Bagaimana pulak sekarang? Bukankah wang yang digunakan untuk membuat projek tersebut yang dilabelkan sebagai "Projek Pakatan Rakyat" bukankah ianya juga dibuat hasil daripada duit rakyat. Janganlah jadi ketam yang nak mengajar anaknya berjalan lurus. Dulu kalau BN buat kutuk habis-habisan, tapi sekarang mereka sendiri yang buat. Janganlah mengata dulang, paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Serangan Peribadi Siapa yang mula?

HARI ini kita dengar suara-suara dari parti-parti komponen atau penulis lebih suka menggunakan istilah Parti-Parti Subahat Pakatan Rakyat yang tidak senang dengan kaedah serangan peribadi.

Ada juga pembesar mereka yang mendakwa bahawa BN telah terdesak sebab itulah mereka menggunakan kaedah serangan peribadi calon. Penulis rasa nak tergelak mendegar kenyataan pembesar Pakatan Rakyat itu.

Adakah mereka lupa apa yang mereka lakukan terhadap Rohaizat tak berapa lama dahulu? Mereka sanggup mendedahkan Rohaizat berbini dua, demi mendapatkan kemenangan. Adakah tindakan mereka ini tidak boleh dikira sebagai "Terdesak"? Fikir-fikirkanlah.

Penulis akhiri artikel penulis pada kali ini dengan pantun yang berbunyi:

Tangkap Ikan di sungai
Manusia dicemuh disebabkan perangai
Janganlah marah apabila perangai dirungkai
Siapa yang mulu dulu tidak dilupai

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, April 20, 2010

Arak, Judi, Lina Joy dan Gambar Zaid Ibrahim

Arak, Judi, Lina Joy dan Gambar Zaid Ibrahim
Oleh: yieMEGA

PADA penulisan artikel penulis pada kali ini penulis akan membuat ulasan mengenai beberapa isu yang timbul di Hulu Selangor yang melibatkan calon PKR Zaid Ibrahim. Antaranya isu arak, isu judi dan gambar Zaid Ibrahim memegang botol arak.

Terlebih dahulu penulis ingin mengulas mengenai isu gambar Zaid Ibrahim memegang botol arak. MSO pemilik blog Merah Tinta MSO mendakwa bahawa gambar yang dikeluarkan oleh blogger Gerakkan Anti-PKR atau GAP adalah gambar palsu. Sila Baca Di Sini. Menyifatkan GAP cuma menfitnah Zaid Ibrahim. Kita baca pula penjelasan Zaid Ibrahim Di Sini.

MSO mendakwa GAP cuba membuat Fitnah, tetapi kalau diteliti penjelasan Zaid Ibrahim. Secara psikologi dia memang pernah minum arak, jadi kenapa pula ia jadi fitnah sedangkan Zaid sendiri yang mengakuinya.

Namun, ia tidak bermakna penulis bersetuju dengan kaedah serangan peribadi calon, mungkin sebelum ini taktik serangan peribadi yang dilakukan oleh pihak pembangkang dan akhirnya kini taktik sama cuba digunakan untuk menjatuhkan pembangkang. Penulis sememangnya tidak bersetuju dengan kaedah serangan peribadi.

Berkenaan dengan isu Zaid Ibrahim Kaki Judi yang didedahkan oleh Husin Lempoyang di dalam artikel blognya yang bertajuk Taubat atau Tau Buat?. Pada penulis mungkin ada betulnya dan mungkin ada salahnya. Pertama sekali, kenapa berkata mungkin ada betulnya ialah kerana memang Zaid berminat dengan Lumba Kuda dan penulis juga berkata mungkin ada salahnya kerana mungkin Zaid Ibrahim di dalam itu adalah Zaid Ibrahim yang lain yang secara kebetulan sama namanya dengan Zaid Ibrahim calon PKR. Melainkan ada bukti seperti lain seperti nombor kad pengenalan mungkin ia akan menjadikan tuduhan ini menjadi berasas kukuh.

Satu lagi berkenaan tindakan Zaid Ibrahim yang satu ketika dahulu membela Lina Joy untuk murtad dalam erti kata lain ialah bersubahat di dalam memurtadkan Lina Joy. Layakkah orang Islam seperti ini untuk diangkat menjadi pemimpin.

Penulis tidak faham kenapa beria-ria sangat Anwar Ibrahim untuk meletakkan Zaid Ibrahim sebagai calon di Hulu Selangor, adakah kerana namanya ayahnya serupa atau ada udang di sebalik batu? Mungkin jawapan itu hanya Allah tuhan seru sekian alam sahaja yang mengetahuinya.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Friday, April 16, 2010

Pertandingan Dua Orang Luar...

Pertandingan Dua Orang Luar...
Oleh: yieMEGA

SEPERTI yang dijanjikan oleh penulis semalam kerana tidak sempat mengulas Calon BN untuk Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor kerana perlu menyelesaikan beberapa tugas penting. Jadi, penulis memilih hari ini untuk meneruskan kesinambungan artikel semalam.

Penulis percaya umum dah mengetahui bahawa PKR akan mempertaruhkan orang Kota Bharu, Kelantan sebagai calon untuk Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor iaitu. Begitu juga dengan calon yang menjadi pilihan BN iaitu P. Kamalanathan yang berasal dari Rawang Selangor. Ini bermakna kedua-dua calon tersebut bukan orang tempatan Hulu Selangor.

Di pihak BN berlaku sedikit kekalutan ekoran daripada tindakan 'banyak songeh' daripada Presiden MIC seumur hidup Datuk S Samy Vellu. Presiden MIC yang ini memang banyak menyusahkan BN, namun hasil daripada kesepakatan akhirnya nama P. Kamalanathan diumumkan sebagai calon BN untuk PRK P94 Hulu Selangor.

Walaupun kedua-duanya bukan orang tempatan di Hulu Selangor, tetapi P. Kamalanathan adalah orang Selangor, sebuah negeri yang menaungi Hulu Selangor sedangkan Zaid Ibrahim adalah orang Kelantan, dan orang Kelantan sendiri sudah tidak mahukanya. tak tahu pula Kalau orang Hulu Selangor masih mahu dengan 'sampah' yang dibuang dari Kelantan ini.

Di Kalangan PKR, ada yang menyifatkan beliau sebagai calon Heavy Weight, manakala di pihak BN pula menyifatkan beliau sebagai calon Feather Weight. Bagi penulis tak kisah calon apa weight sekalipun asalkan mereka boleh menawarkan khidmat terbaik kepada rakyat.

Terfikir juga di hati penulis adakah masyarakat di Hulu Selangor yang beragama Islam dapat menerima pemimpin yang pernah menyaman Kerajaan Negeri Kelantan kerana ingin melaksanakan hudud atau kita boleh ertikatakan ia sebagai Penentang Hudud menjadi pemimpin mereka. Fikir-fikirkanlah....

Menurut Tepak Bersulam.com Zaid Ibrahim seorang Drunken Master. Sila Baca Di sini. Manakala menurut Parpukari pula Zaid Ibrahim menjalankan perniagaan Loteri untuk meningkatkan dana sukan. Sila Baca Di Sini.

Teringat pesan Ustaz penulis bahawa kalau kita nak buat sesuatu pilihlah yang paling kurang mudarat. Maknanya kalau dibandingkan Zaid Ibrahim dengan P. Kamalanathan, walaupun P. Kamalanathan bukan beragama Islam tetapi nampaknya memilih P. Kamalanathan lebih kurang mudarat berbanding memilih Zaid Ibrahim yang Islamnya hanya pada nama.

Walau apa pun pendapat penulis, penulis percaya orang Hulu Selangor mempunyai formula sendiri untuk memilih siapakah yang bakal menjadi pemimpin baru mereka.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, April 14, 2010

Palanivel atau V Mugilan atau P Kamalanathan?

Flag of Barisan Nasional.Image via Wikipedia

Palanivel atau V Mugilan atau P Kamalanathan?
Oleh: yieMEGA

Nampaknya Zaid Ibrahim telah disahkan sebagai calon PKR untuk Pilihan Raya Kecil P94 Parlimen Hulu Selangor. Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Anwar Ibrahim. BN hanya akan mengumukan siapa calonya pada 15 April ini.

Paling menarik Anwar Ibrahim cuba menjadi pengisytiharan Zaid Ibrahim sebagai Calon PKR menjadi 'Gempak' dengan mendakwa kononya UMNO Hulu Selangor telah mengadakan Mesyuarat tergempar setelah mengetahui Zaid Ibrahim menjadi calon PKR.

Menurut AgendaDaily Anwar di dapati cuba membohongi rakyat dengan mengatakan sedemikian. Artikel AgendaDaily tersebut boleh di baca di sini. Penulis juga sempat membaca blog MSO yang juga mendakwa perkara yang sama diperkatakan oleh Anwar Ibrahim. Artikel blognya yang bertajuk "Zaid Telah Distiharkan Sebagai Calon".

Menurut maklumat yang penulis terima UMNO Hulu Selangor tidak mengadakan sebarang mesyuarat tergempar. Adakah Anwar Ibrahim cuba menipu atau pun beliau menerima maklumat yang salah? Jika Anwar Ibrahim menipu untuk apa tujuanya menipu? Penulis yakin pasti dia menerima maklumat yang salah.

Dalam pada itu, khabarnya ramai juga Ahli PKR dari kalangan "orang tempatan" kurang senang dengan pengumuman Zaid Ibrahim sebagai calon PKR untuk PRK Hulu Selangor. Ada juga kemungkinan ahli-ahli PKR yang akan membuat undi protes semasa pengundian berlangsung nanti.

Nama calon untuk BN masih menjadi rahsia dan tanda-tanya setakat ini, namun ada beberapa nama yang disebut-sebut mungkin bakal dipertaruhkan BN iaitu G Palanivel, V Mugilan dan Kamalanathan.

Selain itu, ada juga yang meramalkan Subramaniam juga mungkin akan dicalonkan. Menurut 'hint' yang diberikan oleh pucuk pimpinan BN, calon tersebut adalah orang tempatan makanya sudah tentu G Palanivel terkeluar senarai.

Di samping itu, ada juga suara-suara yang mencadangkan Ustaz Farid Ravi Abdullah sebagai calon kerana ia dikatakan dapat memuaskan hati kedua-dua pihak iaitu UMNO dan juga MIC. Penulis meramalkan antara dua iaitu Subramaniam ataupun Ustaz Farid Ravi Abdullah.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, April 11, 2010

PKR Pertaruhkan Orang Luar dan Penentang Hudud


PKR Pertaruhkan Orang Luar dan Penentang Hudud
Oleh: yieMEGA

BAHANG kepanasan Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor. Tambahan pula, PKR semakin pasti menurunkan 'orang luar' yang sudah orang Kelantan terutamanya Kota Bharu reject. Entah macam mana orang yang sudah kena reject ini dapat menarik minat PKR untuk recyle balik orang ini sedangkan ianya sudah berstatus sampah tidak boleh dikitar semula lagi.

Mungkin terlalu awal untuk kita meramalkanya, siapa tahu sebusuk-busuk sampah pun kadang-kadang berguna juga. Mungkin dia menjadi pilihan "Boss Besar" PKR kerana kelebihan-kelebihan tertentu mahupun kekurangan tertentu.

Mungkinkah 'orang luar' menjadi pilihan penduduk di Parlimen P94 Hulu Selangor? Adakah mereka bersedia untuk menghadapi kemungkinan 'orang luar' itu lebih banyak berada di Kelantan daripada berada di Hulu Selangor.

Kalau nak tahu prestasi Zaid Ibrahim yang pernah memegang jawatan Ahli Parlimen Kota Bharu, cubalah tanya sendiri dengan orang Kota Bharu mungkin jawapan mereka adalah lebih tepat berbanding penulis.

Tetapi sekiranya pembaca nak tahu juga penilaian penulis terhadap Zaid Ibrahim semasa beliau menjadi Ahli Parlimen Kota Bharu, penulis akan memberikan "F" kepada Zaid Ibrahim kerana banyak juga penulis mendengar rungutan bahawa penduduk Kota Bharu sukar mendapatkan Zaid Ibrahim.

Satu lagi, Zaid Ibrahim ini pernah menyaman Kerajaan Kelantan kerana Kerajaan Kelantan pada waktu itu ingin melaksanakan Hukum Hudud. Ini jelas bermakna Zaid Ibrahim seorang anti-Hudud, walaupun apa pun alasan yang diberikan kita tidak boleh terima, cuba fikir dalam-dalam adakah "Penentang Hudud" kita nak angkat jadi pemimpin? Fikir-fikirkanlah.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, April 6, 2010

Siapa Calon BN PRK P94 Hulu Selangor?

Flag of Barisan Nasional.Image via Wikipedia

Siapa Calon BN PRK P94 Hulu Selangor?
Oleh: yieMEGA

BIARPUN tarikh pengumuman calon Barisan Nasional untuk Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor pada 15 April 2010 ini, tetapi nampaknya polemik mengenai siapa calon, calon dari parti komponen mana terus menjadi polemik dan buah mulut rakyat negara kita. Penulis sempat membaca blog Merah Tinta MSO yang dimiliki oleh Penulis Politik terkenal Mohd Sayuti Omar atau lebih dikenali dengan nama MSO. Menurut ramalan MSO, calon BN berkemungkinan dari MIC. Seperti mana artikelnya yang bertajuk "Hulu Selangor 2".

Sepertimana yang kita sedia maklum ada juga desakkan daripada UMNO agar calon untuk Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor hendaklah datang daripada UMNO. Menurut MSO lagi, calon itu berkemungkinan besar ialah Ketua Penerangan MIC. Namun, bagi penulis ini masih kekal sebagai ramalan dan 15 April 2010 adalah penentu segala-galanya.

Berkenaan parti mana yang wajar diberi kepercayaan untuk menjadi calon di dalam pilihan raya kecil tersebut, jalan yang terbaik ialah melihat dulu siapakah calon daripada PKR, sekiranya ia adalah Zaid Ibrahim atau orang yang sebangsa denganya adalah lebih baik calonya daripada UMNO. Sekiranya calon PKR daripada orang yang berbangsa India mungkin calon yang sesuai adalah dari MIC.

Sebenarnya, bagi penulis tidak penting pun parti komponen mana sekalipun yang diberi kepercayaan menjadi calon untuk pilihan raya kecil ini, apa yang penting adalah kerjasama. Tak kiralah siapa pun menjadi calon asalkan mereka bekerjasama pasti Pilihan Raya itu akan memihak kepada Barisan Nasional.

Berkenaan dengan artikel MSO itu, anggaplah ia adalah salah satu strategi untuk melemahkan semangat dan memecahbelahkan perpaduan di dalam Barisan Nasional. Kerjasama dan perpaduan merupakan kunci kepada kejayaan di sini.

Siapa pun yang menjadi calon, sekiranya menang jangalah jadi seperti kacang lupakan kulit, masa mahukan undian kita pergi cari rakyat, namun selepas undian mereka lupakan rakyat dan lari daripada rakyat. Ingatlah 1 Rakyat 1 Undi.

Akhir kalam, moga Presiden BN akan membuat keputusan yang terbaik untuk menentukan siapakah calon untuk Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor. Apa yang beliau rasa terbaik mungkin itulah yang terbaik.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, January 28, 2010

Kenapa Zaid Ibrahim Begitu Bersungguh-Sungguh Menyerang Zulkefli Noordin

Kenapa Zaid Ibrahim Begitu Bersungguh-Sungguh Menyerang Zulkefli Noordin
Oleh: yieMEGA

ZAID IBRAHIM nampaknya begitu bersungguh-sungguh menyerang Zulkefli Nordin (Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru) sehinggakan mendesak Zulkefli Nordin dikenakan tindakan tegas oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Penulis begitu hairan kenapa beliau dilihat telah menyerang Zulkefli Nordin dengan ulasan-ulasan media yang sudah melampaui batas. Macam-macam cadangan berbaur emosi yang dikeluarkan oleh Zaid Ibrahim terhadap YB Zulkefli Noordin.

Kadang-kadang penulis juga merasa hairan juga dengan tindakan Zaid Ibrahim itu, kerana perbuatanya itu memperlihatkan beliau begitu bersungguh-sungguh mahukan Zulkefli Nordin dipecat PKR, pada masa yang sama Zulkefli Nordin merupakan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, adakah Zaid Ibrahim berminat dengan kerusi parlimen tersebut? Kemungkinan itu ada tetapi tidak tahulah penulis adakah benar-benar Zaid Ibrahim mahukan kerusi tersebut kerana itu Allah tuhan Seru sekian Alam sahaja yang tahu.

Zaid Ibrahim, seorang bekas Menteri yang meletakkan jawatanya dan menyertai PKR tak sampai pun setahun lagi, kelihatan cuba menjadi jaguh dalam pertelingkahan Khalid Samad dengan Zulkefli Nordin.

Dengan gesaan-gesaan yang ditimbulkan oleh Zaid Ibrahim, ia seolah-oleh menampakkan seperti beliau cuba menjadikan PKR seperti parti miliknya seorang. Orang macam inilah yang merugikan PKR, inilah jadinya kalau sampah yang memang tidak boleh guna dikitar semula.

Dalam masa yang sama, Mohd Sayuti Omar (MSO) seakan-akan senada dengan Zaid Ibrahim sepertimana artikel blognya yang bertajuk "PKR Perlu Tegas Dengan Zulkefli Nordin". Tak tahulah penulis adakah MSO ini tukang kempen bagi Zaid Ibrahim, atau artikel tersebut merupakan pendapat peribadi beliau sendiri, bagi penulis hanya MSO dan Allah tuhan seru sekian alam sahaja yang mengetahuinya.

Pada pandangan penulis, tindakan Zaid Ibrahim itu langsung tidak akan membantu menyelesaikan masalah malah dia akan merumitkan masalah, seperti kita cuba memadamkan api dengan menggunakan api.

Jalan terbaik bagi PKR ialah, di samping mengenakan tindakan terhadap Zulkefli Nordin PKR juga perlu mengambil tindakan tegas terhadap Zaid Ibrahim kerana beliau telah menghuru-harakan keadaan, ini masalahnya kalau kita terlalu bergantung kepada pemimpin yang bertaraf 'Recycle' Ni.

Teringat penulis dengan kata-kata seorang forumer di dalam forum MyKMU.net semasa Zaid Ibrahim menyertai PKR "Baguslah sampah Di dalam UMNO, dikutip oleh PKR". Jadi keputusan membawa masuk Zaid Ibrahim ke dalam PKR merupakan satu tindakan yang silap.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, July 26, 2009

Virus Sindrom Gagal Keluar Masuk Dapat Mula Menyerang MIC...

VIRUS SINDROM GAGAL KELUAR MASUK DAPAT MULA MENYERANG MIC
Oleh: yieMEGA

VIRUS Sindrom gagal keluar masuk dapat mula menyerang MIC sebuah parti yang mewakili suara kaum india di Malaysia apabila bekas Naib Presiden MIC SS Subramaniam telah mengumumkan keluar dari MIC dan menyertai PKR.

Sebelum ini virus ini pernah menyerang UMNO dengan akhirnya Zaid Ibrahim telah bertindak keluar dari UMNO dan menyertai PKR dan mendapat 'layanan istimewa' di PKR seolah-olah anak emas Anwar Ibrahim sehinggakan diberi peluang untuk membarisi kepimpinan tertinggi parti tersebut. Ramai tidak mengetahui Zaid Ibrahim ini tidak disukai oleh ahli UMNO akar umbi.

Kemudian virus itu menyerang pula MCA apabila Chua Jui Meng bertindak nekad mengumumkan keluar dari MCA dan menyertai PKR, dan khabarnya beliau juga akan diberikan tempat untuk membarisi kepimpinan tertinggi PKR. Mungkinkah ada tawar-menawar berlaku bagi memikat Chua Jui Meng dan Juga Zaid Ibrahim.

Virus itu cuba juga disuntik kepada Tengku Razaleigh oleh Zaid Ibrahim, namun mungkin kerana keimunan Ku Li amat tinggi terhadap virus tersebut menyebabkan virus itu gagal menjangkiti Ku Li seorang pemimpin berdarah Raja berjiwa Rakyat itu.

Kini virus itu menyerang pula MIC apabila bekas naib Presiden MIC SS Subramaniam mengumumkan untuk keluar parti MIC dan menyertai Parti PKR. Beliau awal-awal lagi membuat kenyataan hanya mahu menjadi ahli biasa tidak sebagai barisan kepimpinan PKR. Penulis percaya SS Subramaniam akan tetap membarisi kepimpinan PKR soal penafian itu perkara biasa tambahan pula dia memang terkenal dengan cakap yang berbelit-belit atau dengan kata lain 'putar alam'.

Selepas ini virus ini pasti akan terus menyerang dan membaham mangsa dengan rakusnya lebih pantas dari virus H5N1 atau Selsema Babi yang mula menyerang negara kita. Parti-parti yang belum terkena virus ini adalah lebih baik memberikan 'vaksin' secepat mungkin kepada ahli-ahli mereka tertutamanya di peringkat kepimpinan tertinggi.

Dengan kejayaan Virus ini telah membuktikan bahawa PKR merupakan tempat yang sesuai bagi Pemimpin Kena Reject (PKR) ekoran kebanyakkan yang menyertai PKR adalah sampah-sarap yang sememangnya telah memberi liabiliti kepada parti terdahulu, oleh kerana ketua umumnya secara kebetulan adalah Pemimpin Kena Reject jadi secara tidak langsung PKR adalah Reject Shop.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, July 23, 2009

Sindrom Gagal Keluar Masuk Lain Dapat...

Sindrom Gagal Keluar Masuk Lain Dapat
oleh: yieMEGA

SINDROM gagal keluar masuk lain dapat ini bukanlah menujukan kepada Syndrom Down tetapi ianya istilah baru untuk arena politik tanah air. Sindrom ini seolah-olah menjadi 'penyakit' baru untuk arena politik tanah air. Ramai yang telah terkena sindrom ini, namun ia bukan sindrom yang baru pernah berlaku satu masa dulu.

Apa yang dimaksudkan dengan "Sindrom Gagal Keluar Masuk Lain Dapat"? Sebenarnya sindrom ini menujukan kepada seseorang ahli politik yang gagal mendapat jawatan lantas keluar parti dan menyertai parti lain dan dengan mudahnya mendapat jawatan di parti lain seolah-olah ada tawar-menawar sebelum ini.

Penulis memberi contoh Zaid Ibrahim dan Chua Jui Meng. Zaid Ibrahim yang gagal dalam pemilihan UMNO memilih untuk keluar parti dan masuk pula parti PKR berselindung di sebalik perjuangan nasional parti itu. Selang beberapa hari aje dah diberi jawatan barisan kepimpinan parti tertinggi tersebut. Wah memang pantas mendapat jawatan atau dengan perkara lain jawatan mi segera, pemimpin pun mi segera.

Chua Jui Meng pula yang beberapa hari lalu membuat peristiharan keluar MCA dan menyertai PKR juga khabarnya akan diberikan jawatan penting di dalam parti yang berkaronim PKR itu. Sekaligus membuatkan satu lagi pemimpin Mi Segera dilahirkan oleh PKR. Untuk rekod Chua Jui Meng juga gagal di pemilihan MCA ini bermakna beliau juga terkena virus Sindrom Gagal Keluar Masuk Lain Dapat.

Mudah betul nak dapat jawatan dalam PKR ini, tetapi tidak untuk ahli yang sudah lama bersama PKR walaupun mereka antara di barisan hadapan semasa demonstrasi-demonstrasi yang dianjurkan PKR (sebuah parti yang sudah sinonim dengan demonstrasi) tetapi mereka dinafikan hak sebaliknya 'bekas musuh' pula diberi layanan istimewa.

Bercakap berkenaan dengan 'bekas musuh' Ezam Mohd Noor yang telah keluar PKR dan menyertai semula UMNO beberapa bulan yang lalu tidak pula mudah untuk mendapatkan jawatan di dalam UMNO, malah beliau terpaksa melalui jalan-jalan yang berliku sekiranya mahu mendapatkan jawatan di dalam UMNO. Sudah pasti ia membezakan UMNO dengan PKR. Mungkin sesuai dengan akronimnya PKR = Parti Kuasa Rasuah.

Selepas ini penulis percaya sekiranya ada pemimpin-pemimpin BN yang menyertai PKR pasti akan diberikan tempat untuk membarisi kepimpinan tertinggi parti tersebut. Baru-baru ini Zaid Ibrahim juga telah cuba untuk 'menyuntik' virus Sindrom Gagal Keluar Masuk Lain Dapat pada YBM Tengku Razaleigh Hamzah namun oleh kerana Ku Li mempunyai keimunan yang tinggi terhadap virus tersebut menyebabkan virus tersebut gagal menjangkiti Ku Li apabila beliau menolak pelawaan Zaid Ibrahim (seorang pemimpin yang sentiasa mahu publisiti).

Penulis pasti Zaid Ibrahim ataupun PKR akan cuba sedaya upaya mereka untuk 'menyuntik' virus berkenaan kepada peminpin-pemimpin yang berada dalam BN bagi merealisasikan impian Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

Akhir kalam penulis akhiri dengan kata-kata mutiara "Jika Berada Di Atas Kita Hanya Nampak yang berada di bawah, Jika Kita Berada Di Bawah kita Nampak yang berada di atas di bawah, walaupun kita berada di atas sesekali kita kena juga berada di bawah" Fahamilah dan fikir-fikirkanlah....
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, July 22, 2009

Apabila Penentang Hudud Cuba Menyesatkan Ku Li..

Tengku Razaleigh HamzahImage via Wikipedia

Apabila Penentang Hudud Cuba Menyesatkan Ku Li
Oleh: yieMEGA

Beberapa bulan yang lalu Zaid Ibrahim Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan juga Bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu telah mengisytiharkan menyertai Parti Keadilan Rakyat dan secara automotisnya dia terus dilantik ke jawatan barisan kepimpinan tertinggi parti tersebut dan disebut sebagai pemimpin masa depan kononya. Wah senang benar dapat jawatan di dalam PKR ini, orang yang sudah 'bertumas (sudah lama mengikut loghat kelantan)' di dalam PKR tidak pula diberi peluang sebaliknya orang yang baru masuk tiba-tiba sahaja dapat masuk kepimpinan tertinggi. Terbaru pula Chua Jui Meng yang turut membuat kenyataan menyertai PKR juga khabarnya akan diberi jawatan tertinggi di dalam PKR. Bagi penulis sudah tentu ada tidak kena dengan keadaan ini.

Apa yang tidak kenanya dengan keadaan itu? Ya seolah sebelum berlaku rundingan tawar-menawar yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim untuk kedua-dua mereka itu, yang berjuang atas dasar kuasa semata-mata. Kecewa tak dapat kuasa terus mengambil langkah alternatif dengan sertai PKR. Kedua-dua mereka adalah sama walaupun berlainan agama tetapi kedua-dua mereka juga minum benda yang sama (faham-faham ajalah).

Sebelum penulis terus melalut kepada penulisan yang panjang-panjang dan lari dari tajuk, khabarnya si penentang Hudud (Zaid Ibrahim) ini telah membuat jemputan kepada Calon Presiden UMNO dalam pemilihan lepas iaitu YBM Tengku Razaleigh Hamzah untuk menyertai PKR, pada pandangan penulis jemputan itu sekadar untuk merendah-rendahkan kewibawaan Tengku Razaleigh merupakan pemegang rekod tidak pernah kalah di Gua Musang tersebut.

Undangan tersebut dibuat menerusi blog Zaid Ibrahim itu sendiri dengan harapan agar Tengku Razaleigh yang terkenal dengan nama 'Ku Li' itu menyertai PKR sebagai langkah persediaan jika Anwar Ibrahim menjalani hukuman penjara sekali lagi sekiranya di dapati bersalah. Mungkin sudah banyak Zaid Ibrahim hantar 'rombongan meminang' kepada Ku Li namun kesemua pinangan itu ditolak oleh Ku Li kerana penulis tahu prinsip yang ada pada diri Ku Li seorang pemimpin berdarah raja berjiwa rakyat itu.

Berita yang baru penulis terima ialah Ku Li telah membuat kenyataan menolak jemputan si penentang hudud tersebut. Jadi benarlah bahawa Ku Li seorang yang berprinsip tidak mudah termakan dengan pujukan pangkat dan kedudukan, harta atau kekayaan sepertimana yang diimpikan Zaid Ibrahim.

Bagi penulis Zaid Ibrahim akan terus berusaha sedaya upaya untuk 'menyesatkan' Ku Li dengan harapan ianya akan membuka jalan yang cerah kepadanya untuk berkuasa ye lah pemimpin masa depan lah katakan.

Cukuplah Zaid Ibrahim sudah mempermainkan-mainkan hukum hudud dulu, kini nak jadi hero menyesatkan orang pula. Sudah banyak ajaran sesat di Malaysia, mungkin Zaid Ibrahim perlu Ayah Pin Kot di Sky Government cara-cara untuk menyesatkan orang. Celakalah ke atas penentang hudud....

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, June 14, 2009

Pakatan Rakyat Menerima Liabiliti Baru...

ANWAR IBRAHIMImage by KamalSell via Flickr


Penulis percaya bahawa umum telah mengetahui bahawa bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah mengesahkan bahawa beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebuah parti komponen Pakatan Rakyat. Kemasukkan beliau terus diberi kepercayaan oleh PKR mengikut Anwar Ibrahim, Zaid Ibrahim akan dilantik Ahli MPT PKR.

Wah untungnya Zaid Ibrahim baru masuk sudah boleh berada di kalangan pemimpin tertinggi Parti yang dahulunya memperjuangkan Keadilan untuk Anwar dan merealisasikan impian Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri bukanya hendak membela rakyat. Orang yang bertahun-tahun duduk menyemak di dalam PKR dan berjasa pada PKR pun susah untuk menganggotai MPT PKR, ini apabila si katak ini baru sahaja melompat ke PKR dah dapat pegang 'tongkat kuasa' apa kelebihan yang ada pada Zaid Ibrahim ini? Adakah kerana nama bapanya sama dengan nama bapa Anwar Ibrahim.

Kemasukkan Zaid Ibrahim ke dalam PKR mungkin akan membuatkan penyokong PAS 'terlompat-lompat gembira' kerana mereka merasakan bahawa kemasukan beliau akan menjadi aset yang berharga buat PAS dan kebetulan PAS akan 'berperang' di Manik Urai dalam masa yang sama akan cuba mempergunakan dan memperkudakan Zaid Ibrahim.

Pada pandangan penulis kemasukkan Zaid Ibrahim ke dalam PKR itu akan memberi 'liabiliti' kepada PAS sepertimana kalau pembaca masih ingat Zahid Ibrahim antara orang yang 'berteriak di sana-sini' sebelum ini untuk menghalang pelaksanaan Hukuman Hudud di Kelantan dan Terengganu hinggakan berlaku saman menyaman terhadap kedua-dua kerajaan negeri yang pada masa itu bawah naungan rejim PAS. Jelas sekali Zaid Ibrahim orang yang Anti Islam, Adakah PAS nak memberi laluan kepada orang yang anti Islam.

Zaid Ibrahim juga menulis sebuah buku yang bertajuk "Saya Pun Melayu" bagi menerangkan apa yang dia mahu perjuangkan adalah 'kesamarataan' dan 'multiracial' kononya. Sebagai orang yang 'dekat' dengan undang-undang beliau juga tentu faham mengenai Perlembagaan Malaysia mengenai Melayu:

Mengikut Perlembagaan Malaysia Seorang Melayu Mestilah:
  • Beragama Islam
  • Bertutur dalam Bahasa Melayu
  • Mengamalkan Istiadat Melayu
Sebelum ini Blogger Sang Kelembai telah menyatakan bahawa Zaid Ibrahim merupakan seorang 'kaki botol' dan sering membasahi tekaknya dengan minuman yang berjenama 'Carlsberg' dan sering 'open tabble' kepada pengikut-pengikutnya yang sealiran denganya.

Perlu diingat juga beliau merupakan bekas peguam dan peguam adalah seorang yang sebelah kakinya sudah berada di Neraka. Penyertaan Zaid Ibrahim akan membolehkan Anwar Ibrahim mempergunakan beliau untuk menyaman orang yang membuat sebarang dakwaan terhadapnya untuknya kerana duit adalah segala-galanya bagi Anwar Ibrahim kalau tak nak berjoget macamana kalau tak ada duit.

Ingat tentu ada sebab mengapa Zaid Ibrahim memilih PKR dan bukanya PAS. Kalau Zaid Ibrahim menyertai PAS terpaksalah beliau minum 'sorok-sorok' minuman yang diharamkan Islam itu tetapi kalau dia menyertai PKR tak payahlah sorok-sorok dan tak payah pakai 'semutar' dan boleh hidup enjoy mengusung GRO di sana-sini.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, September 13, 2008

Zaid Ibrahim Tidak Layak Jadi Ketua Bahagian UMNO KB

Zaid desak Muhyiddin dipecat

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar meletakkan jawatan sebagai Menteri Kabinet jika beliau tidak berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, jika Muhyiddin enggan berbuat demikian, Abdullah pula mempunyai kuasa untuk memecat beliau.

''Perkara ini cukup mudah, jika Muhyiddin tak puas hati dan tidak yakin dengan Abdullah, beliau harus meletakkan jawatan sebagai menteri,'' katanya.

Zaid bercakap kepada pemberita selepas merasmikan pameran bertajuk Wallscapes: Catan Merdeka oleh Wang Lan, Wang Xu dan Shen Jiawei dan Dunia Ketiga oleh Shen Jiawei di Galeri Petronas di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Naib Presiden UMNO itu yang mempersoalkan tarikh peralihan kuasa pucuk pimpinan tertinggi negara yang telah dipersetujui akan diadakan pada 2010.

Kelmarin, Muhyiddin dilaporkan menggesa Abdullah supaya memikirkan semula tarikh peralihan kuasa yang dijadualkan pada 2010 kerana tempoh tersebut terlalu lama.

Muhyiddin mendakwa, pelan peralihan yang telah diumumkan dua bulan lalu itu kini telah 'tenggelam' dan rakyat tidak lagi memikirkan mengenainya.

Zaid menegaskan Abdullah tidak wajar memiliki menteri seperti Muhyiddin yang cuba mempertikaikan kepimpinannya.

''Jika saya tidak berpuas hati dengan Abdullah tindakan yang akan saya ambil adalah meletakkan jawatan,'' katanya.

Sementara itu Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menyelar mana-mana pemimpin tertinggi UMNO yang mempersoalkan kepimpinan Perdana Menteri.

Kata beliau, perbuatan itu tidak bertanggungjawab dan amat mendukacitakan seolah-olah satu sokongan yang membawa rebah.

''Saya amat sakit hati, dukacita dan kecewa kerana orang yang dipercayai oleh Abdullah semakin hari semakin menuding jari kepada Perdana Menteri,'' katanya.{http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0913&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm}

KOMEN SGMM

Terlebih dahulu penulis ingin soalkan apakah hak Zaid Ibrahim yang meminta Tan Sri Muhyidin Yasin dipecat. Adakah beliau sedar sebagai seorang Menteri yang dilantik melalui 'pintu belakang' meminta 'seorang menteri kabinet yang sememangnya layak' untuk dipecat.

Tidak sedarkah beliau bahawa tindakan beliau bakal membuat ahli akar umbi UMNO Kota Bharu 'tersentak' dan boleh tawar hati denganya sebagai calon Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu. Sebelum ini, ahli akar umbi UMNO Kota Bharu begitu simpati dengan Zaid Ibrahim ini kerana dikenakan tindakan oleh Presiden AAB, tetapi hari ini dia tampil dengan pembela Presiden AAB pula.

Dalam beberapa artikel penulis sebelum ini penulis telah beberapa kali mengulangi kenyataan bahawa sebagai ahli politik sepatutnya beliau (Zaid Ibrahim) berfikir sebelum bercakap bukanya bercakap sebelum berfikir. Ingat kata-kata orang politik kadang-kadang membawa kepada kejayaan dan kadang-kadang ia membawa kepada kegagalan.

Bercakap mengenai UMNO Kota Bharu, penulis sempat bertanyakan beberapa orang ahli UMNO mengenai kenyataan yang dinyatakan oleh Zaid Ibrahim ini. Boleh dikatakan 99% yang penulis temui melahirkan rasa kesal di atas perbuatan Zaid Ibrahim ini.

Mereka juga menuntut agar Zaid Ibrahim membuat permohonan maaf secara terbuka di atas kenyataan yang boleh dimaksudkan dengan berunsur 'ugutan' ini. Mereka juga berharap di masa-masa akan datang Zaid perlu rasional di dalam membuat kenyataan.

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin