Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Teacher. Show all posts
Showing posts with label Teacher. Show all posts

Saturday, May 16, 2009

Guru Pembina Negara Bangsa



"Guru Pembina Negara Bangsa" itulah tema bagi sambutan hari guru pada tahun ini. Sebenarnya misi "Membina Negara Bangsa" ini terdapat di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

Jasa Guru memang tidak ternilai, mereka ibarat lilin membakar diri untuk menerangi dan kesenangan orang lain. Pada zaman penulis bersekolah dulu pelajar-pelajar sekolah memang menghormati guru dan tidak berani untuk melawan guru.

Namun, itu dulu, sekarang zaman sudah berubah dunia sudah maju. Kalau perhatikan pada hari ini berapa kerat sahaja pelajar-pelajar sekolah yang menghormati gurunya. Pada masa ini lebih ramai pelajar yang suka melawan guru. Kerjaya sebagai seorang guru memang mencabar dewasa ini.

Ditambah pula dengan banyak ibu-bapa yang "Educated" dan juga suka menyebelahi anak-anak mereka membuta tuli tanpa usul periksa. Pendek kata sekiranya guru membuat silap sedikit mereka akan berdepan dengan saman yang akan dikenakan oleh pihak ibu-bapa. Penulis memberi contoh jika dahulu kita dirotan ataupun apa sahaja di sekolah kita balik dan cerita kepada ibu-bapa kita, apa yang kita dapat ialah silap-silap mereka akan menambah rotan kat kita, namun itu dulu, sekarang ibu-bapa lebih mendengar anak daripada guru.

Cabaran sebagai seorang guru dewasa ini memang agak mencabar jika dibandingkan dengan dahulu. Penulis kecewa dengan kebanyakkan ibu bapa yang suka menyebelahi anak mereka, tak hairanlah bilangan Pelajar sekolah yang terlibat dengan jenayah semakin meningkat dari hari ke hari.

Pada masa ini undang-undang melibatkan guru lebih memihak kepada ibu-bapa, guru terlalu terikat dengan undang-undang yang langsung tidak memberi keuntungan kepada guru. Pihak kerajaan sepatutnya menggubal undang-undang yang lebih "pro" kepada guru agar misi membina negara bangsa dapat menjadi realiti.

Di kesempatan ini, penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru yang pernah mengajar penulis dari tadika hinggalah sekolah menengah. Jasamu sentiasa aku kenang sampai bila-bila, terima kasih di atas ilmumu.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin