Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Kuala Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Kuala Terengganu. Show all posts

Monday, January 30, 2012

Satu Perkara yang patut difikirkan mengenai PAS dan UMNO

Satu Perkara yang patut difikirkan mengenai PAS dan UMNO

Oleh: yieMEGA

SATU PERKARA yang patut kita semua rakyat fikirkan mengenai PAS dan UMNO sengaja penulis menjadikanya tajuk untuk artikel penulis pada kali ini. Idea ini timbul apabila penulis terpandang satu Poster Ceramah Politik yang berbunyi "Anak Muda Tolak UMNO" kalau tak silap penulis lah.

Sebelum ini penulis juga pernah terpandang Poster Ceramah Politik yang bertajuk "Asal Bukan UMNO". Melihat kepada logo yang diletakkan di poster tersebut ternyata poster tersebut disediakan oleh PAS. Selain itu di satu masa yang lain penulis pernah melihat satu Poster Ceramah Politik yang bertajuk "Selamat Tinggal PAS" dan ianya disediakan oleh UMNO.

Jadi berdasarkan poster-poster di atas, penulis membuat kesimpulan bahawa PAS hanya bermusuh dengan UMNO dan UMNO hanya bermusuh dengan PAS. Sedangkan kedua-dua parti ini didominasi oleh orang Islam berbangsa Melayu.

Setakat ini, tak pernah penulis jumpa Poster Politik yang disediakan oleh PAS menyerang parti-parti komponen BN yang lain selain daripada UMNO. Sebaliknya kebanyakkan tajuk-tajuk yang dicipta adalah lebih kepada untuk menyerang UMNO, Adakah ini bermakna PAS memusuhi Orang Islam sendiri dan tidak memusuhi orang kafir?

Untuk berlaku adil, jarang juga penulis menjumpai risalah atau poster yang disediakan oleh UMNO yang menghentam parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat cuma bukan tiada langsung sepertimana PAS cuma ianya jarang dilakukkan UMNO tetapi tetap menumpukan serangan kepada PAS semata-mata.

Terlintas juga di pemikiran penulis, mengapa PAS lebih suka menyerang UMNO berbanding parti lain dalam Barisan Nasional begitu juga dengan UMNO mengapa mereka lebih suka menyerang PAS berbanding parti-parti lain di dalam Pakatan Rakyat.

Adakah ini bermakna PAS hanya memusuhi UMNO dan UMNO hanya memusuhi PAS. Mengapa ini semua harus berlaku? Orang Islam memusuhi orang Islam sendiri, sebaliknya yang bukan Islam dijadikan sahabat baik lagi suci.

Kalau begini jadinya bermakna rancangan musuh-musuh Islam yang ingin memecahbelahkan umat Islam di seantero dunia akan menyadi kenyataan dan dapat direalisasikan. Mereka melaga-lagakan sesama Islam, apabila umat Islam bertelingkah sesama Islam mereka bertepuk tangan dan akan terus mengatur strategi untuk menjadikan umat Islam sebagai hamba mereka.

Sampai bila 'peel perangai' kedua-dua parti ini nak berubah ataupun mereka tidak akan berubah sampai bila-bilapun. Setakat hari ini semua parti ini begitu 'keras kepala' PAS dengan cara PAS, UMNO pula dengan cara UMNO.

Baca Lagi!

Monday, November 8, 2010

Gelombang Merah Melanda Di Galas


Gelombang Merah Melanda Di Galas
Oleh: yieMEGA

TERLEBIH dahulu penulis ingin memohon maaf kerana sewaktu Pilihan Raya Kecil DUN Galas berlangsung penulis kurang memberi komen berkenaan dengan pilihan raya kecil tersebut. Penulis bukan sengaja tak mahu komen berkenaan PRK tersebut sewaktu ianya berlangsung sebelum ini tetapi apakan daya penulis terlalu banyak tugas lain yang perlu dibereskan dan tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog ini di waktu dan ketika itu.

Namun penulis merasakan masih belum terlambat untuk mengulas mengenai perjalanan PRK tersebut untuk tatapan kesemua pembaca setia blog Suara Generasi Muda Malaysia. Sepertimana kata pepatah Inggeris "Better late than never".

Daripada pemerhatian penulis sepanjang PRK ini berlangsung, penulis dapati 'strategi' BN kali ini lain daripada yang lain, dan mengikut maklumat yang penulis terima pada PRK DUN Galas ini BN kurang menggunakan pendekatan Rapat Umum ia lebih kepada pendekatan 'Face to Face' dan terbukti strategi ini benar-benar berkesan sehingga menyaksikan BN berjaya merampas balik kerusi DUN Galas daripada PAS.

Tahniah diucapkan kepada Pengarah Pilihan Raya BN DUN Galas YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah di atas kejayaan beliau 'mengatur strategi' untuk menawan kembali kerusi DUN Galas itu daripada cengkaman PAS.

Mungkin sudah tiba masanya bagi BN untuk menghadiahkan apa sahaja yang difikirkan perlu kepada Ku Li, yang ternyata beliau berkempen seolah-olah askar gurkha tanpa mengharapkan apa-apa balasan, namun adat orang berbudi kita berbahasa sudah menjadi pengangan umat Melayu dari zaman dulu kala, jadi sebagai membalas jasa beliau BN haruslah mempertimbangkan untuk memberikan beliau hadiah yang sesuai, walaupun penulis tahu Ku Li mengharapkan balasan, tetapi apa salahnya kalau kita membalas jasa Ku Li itu yang bekerja bagaikan Kuli kepada rakyat sewaktu kempen PRK DUN Galas baru-baru ini.

Kempen BN menjadi semakin berkesan apabila jentera-jentera BN menggunakan semangat Gelombang Merah sewaktu berkempen di PRK tersebut. Khabarnya hasil idea dari bekas MB Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh yang dahulunya terkenal dengan gerakan Gelombang Biru di Terengganu dan gerakan itu berjaya menumbangkan Kerajaan PAS Terengganu pimpinan Presiden PAS sekarang iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Semangat Gelombang Merah, benar-benar memberi semangat kepada petugas-petugas kempen BN, ditambah pula 'semangat The Red Warrior' yang berjaya membawa pulang Piala Malaysia ke kelantan baru-baru ini, menjadikan rakyat Kelantan begitu berminat dengan warna merah.

Sementara itu, Penulis terbaca satu laporan akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan beberapa hari lalu yang menjadi tajuk utama iaitu Tok Guru Ragu dengan keputusan PRK DUN Galas. Beliau membuat dakwaan BN telah menyogok wang kepada pengundi Galas.

Bagaimana pula dengan PAS yang juga menawarkan RM250 seorang untuk balik mengundi di Galas, dan pemberian wang ringgit sewaktu kempen oleh TGNA sendiri walau apa alasan yang diberikan beliau tetapi kenapa waktu PRK DUN Galas dipilih untuk memberi zakat, sudah tentu ada maksud tersirat.

Dengan kenyataan TGNA itu, terbuktilah bahawa PAS masih mengamalkan politik Walhalalku, Walharamu. TGNA perlu belajar menerima kenyataan bahawa rakyat di DUN Galas sudah muak dan jelak dengan perangai PAS tetapi bukan dengan PAS, perangai PAS dan PAS adalah perkara yang berbeza. Fikir-fikirkanlah....
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Wednesday, October 21, 2009

Rintihan Rakyat Marhaen

Rakyat Didahulukan: Kerajaan Perlu Bela Nasib Peniaga Kecil Taman Pelancongan Kuantan
Oleh: yieMEGA

KUANTAN merupakan satu bandar yang termaju di Pantai Timur kalau nak dibandingkan dengan bandar-bandar lain di Pantai Timur seperti Kota Bharu mahupun Kuala Terengganu. Jolokkan "Gerbang Pantai Timur" juga sudah serasi dengan sebuah bandar yang bernaung di bawah Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur itu.

Penulis mendapati bahawa kerajaan negeri Pahang kurang memberi perhatian kepada beberapa masalah rakyat marhaen, antaranya masalah yang dialami oleh peniaga Taman Pelancongan Kuantan seperti mana yang di dakwa oleh Sayuti Omar melalui blognya Merah Tinta MSO melalui artikel yang bertajuk "Ini Cerita: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan Di Kuantan!".

Antara rintihan rakyat Marhaen yang menyentuh hati penulis sebagai manusia biasa ialah mengenai keluhan seorang peniaga yang berkata bahawa mereka di arah pindah tetapi mereka tidak tahu ke mana hendak pindah. Benar-benar menyayat hati, apa yang menghairankan penulis kenapa Kerajaan Negeri Pahang mengarahkan pindah tetapi tiada tempat yang disediakan untuk menjadi tapak perniagaan baru bagi peniaga-peniaga TPK?

Ke mana perginya Adnan Yaakob? Adakah Adnan Yaakob lupa dengan ikrar "Rakyat Didahulukan" ataupun masalah rakyat marhaen ini tidak sampai ke pengetahuan Adnan Yaakob kerana laporan rakyat hanya sampai dekat orang tertentu sahaja dan orang tertentu itu memilih untuk berdiam diri, jawapanya hanya ada pada manusia bernama Adnan Yaakob.

Pada Perhimpunan Agung Khas UMNO baru-baru ini, ikrar sudah dibuat di mana semua ahli-ahli dan pembesar-pembesar UMNO mahu berubah, namun apa yang terjadi di Kuantan ini satu yang mendukacitakan, adakah UMNO Pahang tidak serius untuk berubah? ataupun ia sekadar sekali bah sekali pasir berubah.

Jangan biarkan rakyat Menghukum anda untuk kali kedua, kerana peluang kedua hanyalah sekali tiada tiga, tiada empat, ambil peduli nasib peniaga-peniaga TPK ini demi mengikut slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, September 14, 2009

Bagan Pinang Adakah Episod Kekalahan BN Akan Terus Berlaku?

Bagan Pinang Adakah Episod Kekalahan BN Akan Terus Berlaku?
Oleh: yieMEGA

11 Oktober 2009 dipilih menjadi tarikh untuk rakyat di Dewan Undangan Negeri N31 Bagan Pinang menyuarakan siapakah pemimpin yang mereka pilih untuk mereka, samaada calon daripada Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat.

Dengan Episod kekalahan yang dialami oleh BN Umumnya dan UMNO Khasnya di dalam Pilihan Raya Kecil sebelum ini adakah Episod tersebut akan terus berlaku. Penulis hanya mahu menjawab 'tidak mustahil' kerana dalam politik tiada perkara yang mustahil boleh berlaku.

Walaupun Kerusi Bagan Pinang sebelum ini dimiliki oleh BN sebelum ini, tidak mustahil kerusi itu akan terlepas kepada Pakatan Rakyat sepertimana yang berlaku pada Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu yang lepas apabila rakyat di sekitar Kuala Terengganu yang tidak berpuas hati dengan corak pentadbiran Menteri Besar Terengganu sekarang iaitu Datuk Ahmad Said menterjemahkanya dalam bentuk undi kepada Pakatan Rakyat.

Jadi kedudukan kerusi sebelum ini bukanlah boleh menjadi 'kayu ukur' yang baik. Politik Pembangunan pun belum tentu boleh menyelamatkan kedudukan BN di Bagan Pinang. Mungkin ada yang mendakwa undi pos akan berpihak kepada BN, namun kini sudah semakin ramai tentera mengalihkan 'arah' undian mereka. Jadi kedudukan BN di Bagan Pinang belum tentu selamat dan ada kemungkinan Episod Kekalahan BN akan disambung lagi.

Pada pandangan penulis bagi BN yang ingin memastikan tidak terlepas kerusi Bagan Pinang, adalah lebih baik mereka mengemukakan calon yang benar-benar layak, jangan pula terjadi seperti Permatang Pasir. Paling berkesan kalau BN menggunakan Strategi Manek Urai di mana mereka tidak banyak menyerang, sebaliknya banyak mempertahankan.

Jangan mereka lupa 'Pengajaran' Permatang Pasir, apabila di awal-awal lagi mereka menyerang Nik Aziz dan serangan yang bertubi-tubi kepada Nik Aziz dilancarkan dan akhirnya apa yang mereka dapat hanyalah kekalahan. Adalah lebih baik menggunakan pendekatan Politik Psikologi daripada Politik Serangan.

Calon yang dikemukakan hendaklah benar-benar layak, jangan nanti 'Rumah Siap, Pahat masih berbunyi'. Jangan pula apabila calon diumumkan ada pihak-pihak yang tidak berpuas hati mensabotaj calon tersebut, cukuplah dalam keadaan Episod-Episod kekalahan ini masih ada yang berani mengamalkan sabotaj ini. Jangan tanya apa parti beri pada kita, sebaliknya tanya apa yang kita dah beri kepada parti.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, January 18, 2009

Keputusan PRK P036 Kuala Terengganu Bukti Rakyat Terengganu Tolak Kepimpinan Ahmad Said

Coat of arms of TerengganuImage via Wikipedia
Sudah diketahui sudah keputusan Pilihan Raya Kecil bagi Parlimen P036 Kuala Terengganu, di mana pembangkang yakni PAS berjaya menawan Kerusi parlimen tersebut yang sebelum ini disandang oleh Barisan Nasional atau BN. Mungkin ramai tertanya-tanya kenapa BN boleh kalah di kerusi yang sudah hampir dua penggal dikuasai Barisan Nasional.

Memang benar kalah dan menang adat pertandingan, tetapi rasionalnya kekalahan Barisan Nasional ini sudah tentu ada sebab musabab yang munasabah dan rasional menjadikan Barisan Nasional sebagai parti di negeri Terengganu tewas. Jelas sekali ada beberapa perkara yang menyebabkan BN tewas di Parlimen P036 Kuala Terengganu dan menjadikan kekalahan kedua BN semasa PRK selepas PRK Permatang Pauh.

Penulis jangkakan bahawa ramai sudah mengetahui bahawa MB Terengganu sekarang ini yang juga Pengerusi BN Negeri iaitu Datuk Ahmad Said merupakan seorang pemimpin yang tidak disukai ramai lebih-lebih lagi rakyat di Kuala Terengganu yang masih mahu menyokong legasi Mantan MB Terengganu iaitu Datuk Idris Jusoh, tambahan pula terdapat beberapa peristiwa yang Ahmad Said lakukan menyebabkan rakyat di Kuala Terengganu hatinya terluka, antaranya adalah salah satu Perbarisan Hari Kemerdekaan tahun 2008 yang diadakan di Kemaman sedangkan Kuala Terengganu adalah ibu negeri bagi negeri Terengganu Darul Iman Tersebut walhal semasa era mantan MB Dulu tidak pula ia diadakan di Besut sebaliknya ia tetap diadakan di Kuala Terengganu.

Walaupun perkara sedemikian mungkin boleh dianggap remeh tetapi jelas terpancar bahawa perkara tersebut sedikit sebanyak menyumbang kepada kekalah UMNO/Barisan Nasional di Kuala Terengganu. Selain itu kenyataan berbaur ugutan Ahmad Said semasa kempen PRK P036 Kuala Terengganu baru-baru ini juga menjadi punca kepada kekalahan BN di Parlimen tersebut. Dari pemerhatian penulis jelas sekali rakyat Terengganu menolak kepimpinan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.

AHMAD SAID PERLU LETAK JAWATAN MB TERENGGANU DAN PENGERUSI BN NEGERI

Penulis sebagai rakyat Terengganu dengan ini mendesak agar Datuk Ahmad Said meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu dan juga Pengerusi BN Negeri, kerana jelas sekali rakyat Terengganu menolak kepimpinan Datuk Ahmad Said. Pada masa yang sama Ahmad Said Perlu bertanggung jawab terhadap kekalahan yang dialami oleh BN di kerusi yang sudah hampir dua penggal dimenangi oleh BN ini. Penulis yakin selagi Ahmad Said menerajui Terengganu dan BN Terengganu BN akan terus mengalami kekalahan demi kekalahan di Pilihan Raya-pilihan raya yang disertai BN dan juga kemungkinan besar Terengganu akan jatuh ke tangan pembangkang kembali.

Sebelum nasi menjadi bubur penulis mewakili rakyat Terengganu yang ahli UMNO Terengganu yang lain mendesak dengan sekeras-kerasnya Ahmad Said perlu letak jawatan sebelum Kerajaan BN Terengganu bakal ditumbangkan semasa era kepimpinan beliau.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, December 16, 2008

P036 Kuala Terengganu Milik Siapa?

Penulis jangkakan sudah ramai dari rakyat Malaysia yang mengetahui tentang apa yang akan berlaku pada awal Januari 2009 akan datang, kalau ada yang masih tidak mengetahui mungkin mereka tidak mengikut perkembangan masa ataupun tidak cukup masa untuk menonton berita-berita di saluran-saluran TV mungkin juga kerana mereka terlalu alpa dan leka menonton rancangan-rancangan hiburan yang bersepah disiarkan oleh stesen-stesen tv untuk melalaikan rakyat Malaysia, tetapi bukan ini perkara yang penulis ingin bincang pada hari ini, apa yang penulis maksudkan ialah Pilihan Raya Kecil (PRK) P036 Kuala Terengganu yang bakal dilangsungkan pada Awal Januari 2009 kelak.

Penulis percaya ramai juga di kalangan rakyat Malaysia yang sedang bermain teka-teki tentang siapa yang bakal menerajui P036 Kuala Terengganu tersebut selepas wakilnya sebelum ini kembali ke Rahmatullah dan diklasifikasikan sebagai 'kematian mengejut' . Pastinya rakyat Malaysia amnya dan Rakyat Terengganu khasnya ternanti-nanti P036 Kuala Terengganu ini akan menjadi milik siapa.

Barisan Nasional masih lagi menguasai Terengganu walaupun 'dikejutkan' dengan kehilangan beberapa buah negeri pada Pilihan Raya Umum 12 pada Mac yang lalu. Ramai yang berpendapat kejayaan Barisan Nasional terus memerintah Terengganu ialah disebabkan oleh kebijaksanaan Menteri Besar yang lalu yang juga Pengerusi BN Negeri yang lalu iaitu Datuk Seri Idris Jusoh. Ketokohan beliau menyebabkan rakyat Terengganu masih yakin untuk memilih Barisan Nasional memerintah Terengganu.

Pilihan Raya Kecil P036 Kuala Terengganu ini agak menarik memandangkan ia merupakan pilihan raya kecil pertama bagi Menteri Besar Terengganu yang baru iaitu Datuk Ahmad Said, pada masa ini kehebatan Datuk Ahmad Said bakal diuji pada PRK kali ini. Kalah dan Menang menjadi penentu adakah Datuk Ahmad Said diterima atau tidak oleh rakyat Terengganu sebagai MB Terengganu yang baru.

Setakat ini tiada lagi Pembaharuan atau sesuatu yang boleh membanggakan rakyat Terengganu yang dibuat oleh Datuk Ahmad Said, apa yang jelas kelihatan ialah daerah Kemaman sudah makin menonjol seolah-olah zaman pemerintahan Wan Mokhtar bakal berulang yang mana pada masa itu Kemaman lebih berbanding ibu negeri terengganu iaitu Kuala Terengganu, Adakah rakyat Terengganu khasnya di kawasan Kuala Terengganu mahu zaman Wan Mokhtar berulang? Terserah kepada mereka kita tunggu dan lihat sahaja.

Cabaran Penulis Terhadap Datuk Ahmad Said

Penulis pada hari ini ingin mencabar Datuk Ahmad Said sebagai MB Terengganu dan juga Pengerusi BN Negeri sekarang, sekiranya Barisan Nasional gagal mempertahankan P036 Kuala Terengganu, beliau hendaklah bertanggungjawab dan meletak semua jawatan yang disandangnya termasuklah Menteri Besar kerana beliau sememangnya perlu bertanggungjawab.

Cabaran ini dibuat oleh penulis adalah kerana untuk memastikan agar Datuk Ahmad Said dapat menguruskan Terengganu dengan lebih hebat berbanding Menteri Besar Terengganu yang sebelumnya, pada pengamatan penulis zaman beliau jauh lebih teruk berbanding zaman Menteri Besar sebelumnya, peningkatan kadar kemiskinan rakyat Terengganu juga agak membimbangkan di samping pertelingkahan Kerajaan Negeri dengan sebuah pasaraya terkemuka juga boleh memberi kesan negatif kepada negeri Terengganu dan juga Rakyat Terengganu khasnya.

Peluang 50-50

Penulis menjangkakan peluang untuk Barisan Nasional ataupun PAS untuk memenangi PRK kali ini ialah 50-50, ini adalah berdasarkan kepada di pihak Barisan Nasional ada mempunyai masalah dalaman, malah di pihak PAS juga mengalami masalah dalaman seperti mana yang kita tahu dua puak terbesar di dalam PAS memang tidak sehaluan iaitu Geng Ulama' dan Geng Professional.

Jadi dengan ini penulis menjangkakan kedua-dua belah pihak mempunyai peluang tipis untuk memenangi PRK kali ini, dan siapa yang berjaya menguasainya pun dengan majoriti yang agak tipis selagi kedua-dua belah pihak tidak menyelesaikan krisis dalaman mereka. Jadi nantikan PRK P036 Kuala Terengganu dengan penuh sabar.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin