Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label CDM. Show all posts
Showing posts with label CDM. Show all posts

Thursday, June 1, 2017

Kalau Tak Sabar Baik Tak Payah Puasa

Kalau Tak Sabar Baik Tak Payah Puasa
Oleh: yieMEGA

HARI ini merupakan 6 Ramadhan menandakah bahawa sudah masuk hari keenam umat Islam menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan Al-mubarak ini. Penulis percaya pada masa ini pengunjung-pengunjung rumah Allah untuk menunaikan Solat Sunat Terawikh masih ramai. Diharap bilangan itu terus kekal hingga penghujung bulan yang penuh keberkatan ini. 

Hari ini penulis ingin berkongsi sedikit cerita mengenai pengalaman penulis beberapa hari yang lalu, perkara ini sememangnya berlaku di dalam bulan seribu makna ini iaitu pada waktu siang hari, di mana semua umat Islam berpuasa. Sebenarnya puasa sepatutnya mendidik kita untuk bersabar tetapi berdasarkan pengalaman penulis lalui ini ternyata ada juga hamba Allah yang sukar bersabar walhal dia sebenarnya berpuasa.

Kisahnya bermula begini, baru-baru ini penulis ke bandar untuk mengeluarkan wang untuk perbelanjaan penulis di sebuah bank yang penulis rasa tidak disebutkan nama bank tersebut. Hendak dijadikan cerita, sewaktu penulis ke bank tersebut kebetulan pula petugas-petugas bank sedang membuat kerja-kerja servis mesin pengeluaran wang automatik dan juga mesin deposit wang. Penulis bersabar menunggu hingga kerja-kerja mereka selesai. 

Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya tugas-tugas petugas bank tersebut selesai dan Pengawal Keselamatan bank tersebut mula membuka kunci pintu untuk masuk ke bahagian mesin-mesin tersebut. Penulis pun masuk untuk mengeluarkan wang, setelah selesai belumpun sempat penulis keluar daripada ruangan tersebut terjadilah satu peristiwa yang penulis rasakan tidak patut berlaku di bulan Ramadhan Al-mubarak ini. 

Baca Lagi!

Tuesday, October 4, 2011

ATM DAN MESIN DEPOSIT TUNAI DI BANK

ATM DAN MESIN DEPOSIT TUNAI DI BANK
Oleh: yieMEGA

PENULIS percaya kebanyakkan daripada rakyat Malaysia sudah menggunakan Mesin ATM (Automatic Teller Machine) dan Mesin Deposit Tunai yang disediakan oleh kebanyakkan bank-bank di seluruh Malaysia. Hari ini artikel penulis adalah berkaitan dengan kedua-dua mesin tersebut.

Hari ini mesin-mesin yang penulis sebutkan tadi digunakan secara meluas di seluruh negara. Satu perkara yang mengecewakan mengenai mesin-mesin berkenaan adalah ada sebilangan bank yang ternama telah menetapkan nilai not untuk pengeluaran di ATM adalah RM50 dalam ertikata lain mesin ATM mereka tidak akan mengeluarkan not RM10 perkara ini menyusahkan kerana sekiranya seseorang individu itu mahu menggunakan hanya RM20 mereka terpaksa mengeluarkan RM50 di mesin ATM milik bank tersebut.

Begitu juga bagi mereka yang mahu membuat deposit tunai di mesin deposit tunai yang mana sebilangan bank telah menetapkan mesin deposit tunai mereka supaya hanya menerima not RM10, RM50 dan RM100 sahaja. Wang Kertas RM5 tidak diterima oleh kebanyakkan mesin deposit tunai bank bukankah ini akan menyusahkan rakyat.

Penulis merasakan adalah wajar Bank Negara Malaysia (BNM) supaya menetapkan syarat agar semua bank di Malaysia agar menetapkan pengeluaran di ATM boleh dibuat sekiranya bawah RM50 dan juga mesin deposit tunai mereka boleh menerima not RM5.

Perkara sedemikian walaupun kita lihat ia isu sesuatu yang remeh namun ia tetap menjadi pertimbangan oleh rakyat marhaen untuk memilih kerajaan pada masa-masa akan datang, oleh yang demikian kerajaan perlu mengambil berat berhubung isu ini.

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin