Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label rpk. Show all posts
Showing posts with label rpk. Show all posts

Sunday, August 31, 2008

Kebebasan Media di Zaman Keterbukaan Pak Lah

Baru-baru ini Suruhanjaya Komunikasi telah menyekat akses ke laman blog milik Raja Petra Kamaruddin atau lebih dikenali dengan RPK laman blog yang diberi nama Malaysia Today yang pernah menerbitkan beberapa cerita kontroversi telah disekat dan secara tidak langsung ia telah menidakkan Keterbukaan dan Ketelusan yang kononya cuba diketengahkan oleh PM bernama Abdullah Haji Ahmad.

Jujur penulis katakan walaupun penulis banyak tidak bersetuju dengan tulisan Raja Petra di Malaysia Today, namun bukanlah bermakna penulis mahukan laman blog itu disekat, mungkin hari ini RPK menerima nasib sebegitu namun tidak mustahil pada masa-masa akan datang blog-blog lain juga akan menjadi mangsa.

Di mana janji-janji Pak Lah yang ingin mengetegahkan Pemerintahan yang terbuka dan Telus. Penulis juga merasa hairan lah juga pantas pula Suruhanjaya Komunikasi bertindak dalam hal yang melibatkan Malaysia Today ini padahal banyak laporan yang dibuat sebagai contoh mengenai prestasi Pengendali Internet Utama Negara kepada SKM tetapi anehnya tiada tindakan yang dibuat mungkin laporan yang bertimbun-timbun itu ditong sampahkan begitu sahaja.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad pun melahirkan rasa kecewa beliau di dalam blog milik dia iaitu Che Det berhubung sekatan yang dibuat ke atas blog Malaysia Today. Selain itu, beliau juga kecewa dengan media arus perdana kerana hanya memutarkan kenyataan-kenyataanya yang setuju dengan tindakan kerajaan sekarang sedangkan banyak perkara yang beliau tidak setuju tidak diputarkan oleh Media Arus Perdana yang penulis lebih gemar menggunakan istilah Media Arus Abdullah.

Sepatutnya laman blog Malaysia Today tidak patut disekat, biarkan rakyat Malaysia yang menilai sendiri kesahihan berita blog tersebut kerana jika apa yang dikatakan blog tersebut adalah fitnah maka lama kelamaan rakyat akan jelak dan muak dengan fitnah blog tersebut tidak akan membaca blog itu lagi.

Tindakan menyekat blog tersebut boleh diibaratkan menjolok sarang tebuan atau dengan kata lain bermain dengan api. Sekatan ke atas blog tersebut bukan menambah kesukaan terhadap kerajaan tetapi menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap Kerajaan Barisan Nasional. Jangan terus menipu rakyat dengan kononya ingin memberi kebebasan media.

Kepada pembaca jangan salah faham dengan artikel penulis kali ini, bukanlah penulis bermaksud untuk menyokong blog yang memaparkan fitnah tetapi mereka sememangnya ada hak untuk bersuara. Sepertimana penulis katakan dalam artikel penulis sebelum ini, yang penulis ingin menjadi penulis yang berpaksikan rakyat jadi penulis bertanggungjawab untuk ketengahkan artikel ini.

Pada kesempatan ini juga penulis menyeru SKM bertindak ke atas pengendali internet utama negara kerana kegagalanya memberi khidmat yang memuaskan kepada rakyat Malaysia yang laporanya sudah begitu banyak dibuat demi kesejahteraan rakyat yang kini sebahagianya sudah menjadi pengguna internet daripada menyekat akses ke blog-blog tertentu.


Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin