Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Malay language. Show all posts
Showing posts with label Malay language. Show all posts

Saturday, October 17, 2009

Respon Kepada Kepada Anonymous....

Respon Kepada Kepada Anonymous....
Oleh: yieMEGA

KOMEN Anonymous kalau di blog-blog lain biasanya komen jenis ini akan di tong sampahkan terus bukan sahaja tidak dipedulikan dan tidak dibincangkan oleh pemilik blog, kalau tak percaya selidik sendiri beberapa blog popular seperti Merah Tinta MSO, The Scribe A Kadir Jasin dan macam-macam lagi, tapi penulis lain pulak caranya, penulis tetap memberi ruang kepada Anonymous bukan setakat menyiarkan komenya malah turut membincangkan komenya.

Sepertimana biasa hari ini penulis mengambil langkah untuk respons kepada satu lagi Komen Anonymous, penulis pun kadang-kadang hairan kenapa banyak orang tidak suka mendedahkan dirinya apabila memberikan komen, mungkin bak kata Datuk Ishak "Takde Telur" kot. Tak mengapa Malaysia kan negara demokrasi jadi itu hak mereka nak guna nama apa pun.

Menjawab Kepada Saudara Tak Bernama yang berbunyi
"demo ni tok sohor la
tok napok pun ore bui komen
post post demo....
bakpo jadi lagu tu?"

Pertama sekali izinkan penulis menjawab dalam Bahasa Melayu untuk memudahkan pembaca yang bukan berasal dari Kelantan memahami artikel ini dan penulis akan turut menjawab dalam loghat Kelantan di akhir artikel ini, mohon diizinkan.

Terlebih dahulu penulis akan cuba menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan soalan komen Saudara Tak Bernama itu. Soalanya bermaksud "Dia berkata Saya ni tidak Masyhur (tak famous) tak nampak pun pembaca memberikan komen untuk posting blog sayaini, Kenapa jadi begitu? itulah sebenarnya maksud soalan tersebut.

Terima kasih kepada Saudara Tanpa Nama kerana sudi komen blog saya dan memang saya akui jarang sangat pembaca blog saya memberikan komen terhadap posting blog saya walaupun hits blog ini terus meningkat dari hari ke hari, namun saya nak buat macamana itu hak mereka untuk komen atau tidak, saya tak boleh paksa mereka, terpulang kepada mereka lah.

Saudara Tanpa Nama,

Saya bukan seorang penulis yang ingin mengejar kemasyhuran, dan berlumba-lumba untuk jadi yang blogawan hebat di kalangan yang terhebat, saya lebih kepada untuk memberi pendapat saya berdasarkan isu-isu tertentu, dan bukan kemasyhuran dikejar oleh saya, jadi saya bersyukur dengan apa yang apa yang ada walupun kurang orang memberikan komen tapi sekurang-kurangya ada juga pembaca, apa akan jadi kalau blog tanpa pembaca? Bukan kan sia-sia blog itu kan, jadi syukurlah blog saya ada pembaca, lagi sekali kemasyhuran bukan apa yang saya cari.

Sebenarnya kalau nak kata tak ada langsung orang yang memberikan komen jawapan itu silap, sebab ada juga yang memberikan komen termasuklah saudara tanpa nama, adalah beberapa posting yang mempunyai komen, tapi kalau saudara tanpa nama nak bezakan bilangan komen blog ini dengan blog MSO Melayu mahupun The Scribe A Kadir Jasin memanglah jauh panggang dari api, sebab saya tidak sehebat mereka, saya ni hanya semut kecil, sedangkan mereka seekor gajah, saya cuma mampu buat sekadar yang termampu oleh saya.

Respons Dalam Loghat Kelantan:

Kawe memang tak sohor, kawe tulis blog bukan nak jadi sohor, kawe hanyo beri pandange kawe jah ikut isu semaso, kawe ngaku meme tak ramai hok komen post post blog kawe walaupun org hok bace blog kawe tamboh sokmo , tapi kawe nak wat rano sebab tu hok dio, kawe dok leh pakso dio.

Kawe puah hati doh setakat ni, blog kawe ado ni walaupun kure org bui komen tapi kure-kure blog kawe ada jugok baco, syukurlah, kalu tuhe beri blog kawe ni tak dok ore baco lagumana? tak dok mananya buat blog kalu tak dok ore baco betul dok? Jadi kawe puah hati doh denga gapo hok kawe ado.

Tapi kalu nok kato tak dok oghe lasung hok komen blog kawe dok jugok rasonya, sebab sblm ni ramai doh hok komen termasuk demo lah, tapi kalu demo nak banding kawe dengan blog MSO Melayu nga The Scribe A Kadir Jasin meme lah supo langit nga bumi, kawe ni semut kecik jah, dua oghe tuh sek hebat belakow, kawe hanyo mampu wat apo hok kawe buleh buat jah pade denga diri kawe lah.

Kawe jugok nak tanya demo bakpo demo tanyo gitu, mesti blog demo sohor, ada berjuta oghe komen blog demo betul dok?
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, March 8, 2009

Cara Betul Menjadi Pejuang Bahasa

Artikel penulis hari ini adalah berkenaan dengan pejuang bahasa sesuai dengan isu semasa pada hari ini yang hangat diperkatakan iaitu Gerakan Mansuhkan PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris). Sepertimana yang kita tahu manusia-manusia yang menggelarkan diri mereka sebagai pejuang bahasa telah membuat perarakan ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandom memansuhkan PPSMI.

Berhubung dengan perlaksanaan PPSMI, pada dasarnya penulis tidak bersetuju dengan perlaksanaanya namun tidak pula penulis menyokong pejuang-pejuang bahasa ini. Bahasa adalah jiwa bangsa, bagi penulis bahasa ibunda kita perlu dipertahankan namun tidak guna hanya menjadi pejuang bahasa yang terpekik-terlolong di jalanan walhal pada masa yang sama tidak berusaha untuk memperbanyakkan terjemahan-terjemahan buku-buku rujukan yang kebanyakkan dalam Bahasa Inggeris.

Pejuang Bahasa tidak boleh retorik dan hipokrit, tak puas hati terpekik-terlolong di sini umpama kera kena belacan, tindakan itu langsung tidak melambangkan mereka seorang yang profesional tetapi tidak keterlaluan jika penulis samakan mereka dengan binatang yang baru terlepas daripada zoo.

Paling malang sekali apabila pejuang-pejuang politik turut mengambil kesempatan untuk meraih populariti murahan atau dengan lain publisiti murahan dengan menjadikan isu ini menjadi terus parah dan membesar seperti barah yang bakal merobek nyawa manusia.

Nasihat penulis bagi pejuang-pejuang bahasa ialah agar mereka lebih profesional di dalam perjuangan bahasa mereka, untuk mempertahankan bahasa, pejuang-pejuang bahasa perlulah memperkasakan bahasa terlebih dahulu agar ia tidak dapat diibaratkan sebagai dahan yang rapuh.

Penyediaan lebih banyak buku-buku rujukan dalam Bahasa Inggeris dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu perlu diperbanyakkan kerana kalau kita lihat hari ini buku-buku rujukan dalam Bahasa Melayu di pasaran Malaysia masih belum mencukupi dan sekiranya pejuang bahasa yang asli, mereka sepatutnya berjuang memperbanyakkan lagi bilangan buku-buku rujukan dalam Bahasa Melayu.

Ahli-ahli politik pula jangan menambahkan lagi kecelaruan isu ini, apa yang penulis nampak mereka tidak habis-habis berpolitik untuk kepentingan diri berselindung di sebalik perjuangan bahasa walhal ada di antara mereka tidak menggunakkan Bahasa Melayu tetapi sebaliknya menggunakan Bahasa Campuran Arab Melayu.

Apa yang penulis dapat lihat pada hari ini ialah kebanyakkan ahli politik yang berselindung di sebalik kononya perjuangan bahasa ini lebih kepada usaha-usaha untuk 'menangguk di air yang keruh" dan juga "mengeruhkan air yang sudah keruh".

Sudah tiba masanya kita memikirkan perkara ini secara rasional dan bukan emosional kerana jika kita bertindak secara emosional, kita juga yang rugi nanti "yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran"


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin