Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label dun galas. Show all posts
Showing posts with label dun galas. Show all posts

Thursday, October 28, 2010

Ku Li Dengan Caranya Yang Tersendiri

Ku Li Dengan Caranya Yang Tersendiri
Oleh: yieMEGA

SETELAH sekian lama penulis merehatkan diri dari menulis sebarang artikel hari ini penulis tampil dengan artikel terbaru yang bertajuk "Ku Li Dengan Caranya Yang Tersendiri". Sebenarnya artikel ini lebih merujuk kepada suasana kempen parti-parti yang bertanding di PRK DUN Galas. Bagi PRK Parlimen Batu Sapi penulis akan mengulasnya di dalam artikel yang berasingan.

Sesuai dengan tajuk artikel ini iaitu "Ku Li Dengan Caranya Yang Tersendiri" hari ini penulis ingin mengulas beberapa perkara yang cuba diekploitasikan oleh PAS untuk dijadikan isu bagi memenangi PRK tersebut. Ketiadaan Ku Li di tempat penamaan calon telah dipolitikkan PAS dengan menyebarkan dakwaan bahawa 'Ku Li merajuk' sebab itu Ku Li tidak ada di tempat penamaan calon.

Itulah PAS, sudah terbiasa dengan taktik kotor dari dulu sampai sekarang. Mungkin bagi mereka 'matlamat menghalalkan cara' jadi mereka boleh adakan apa sahaja untuk memenangi PRK di kerusi yang disandangnya sebelum ini itu.

Ku Li menjawab berkenaan dakwaan itu di satu sidang media. Daripada penjelasan Ku Li dari sidang media tersebut, penulis ingin mengambarkan bahawa Ku Li selaku Pengarah Pilihan Raya BN DUN Galas bekerja dengan caranya yang tersendiri atau dengan kata lain cara Ku Li adalah cara yang lain daripada yang lain.

Apa yang penulis dapat lihat dari cara Ku Li yang lain daripada lain itu adalah satu cara yang amat istimewa dan mungkin pendekatan ini boleh digunapakai oleh BN dalam PRK mahupun PRU yang bakal mendatang.

Cara Ku Li itu lebih bersifat 'hamba kepada rakyat' atau dan bersesuaian dengan nama Ku Li yang sanggup menjadi Kuli kepada rakyat. Jarang benar kita nak dapat lihat pemimpin yang menggunakan pendekatan Ku Li ini. Tabik spring penulis berikan kepada Ku Li.

Beralih pula kita kepada peluang BN untuk memenangi PRK DUN Galas, setakat ini apa yang penulis lihat peluang BN untuk memenangi PRK DUN Galas adalah cerah, namun sekiranya jentera-jentera BN tidak bekerja dengan keras pastinya PRK ini menyaksikan kemenangan PAS dan kejayaan PAS mempertahankan kerusi DUN Galas.

Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Wednesday, September 29, 2010

PAS Mula Pasang 'Jerat' di Galas

Official Logo of Pan-Malaysian Islamic Party (...Image via WikipediaPAS Mula Pasang 'Jerat' di Galas
Oleh: yieMEGA

PENULIS pada awalnya tak mahu lagi mengulas mengenai Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Galas, Gua Musang, Kelantan. Namun sejak perbualan mengenai PRK ini 'semakin rancak' sejak kelmarin menyebabkan penulis merasa terpanggil untuk turut sama mengambil bahagian di dalam perbincangan ini.

PAS mula 'menghangatkan' PRK kali ini dengan cadangan yang dikeluarkan oleh Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Taqiyuddin Hassan yang mencadangkan agar UMNO tidak letak calon di Galas demi perpaduan Melayu. Penulis melihat ini adalah satu 'jerat' yang dipasang oleh pihak PAS dan mungkin juga sebagai satu strategi perang saraf daripada PAS.

Hal ini kerana sebelum ini PAS tidak berminat dengan perpaduan Melayu, alih-alih tiba sahaja saat mereka nak menghadapi PRK DUN Galas, angin mereka berubah secara tiba-tiba. Ini agak pelik, penulis sendiri menjadi keliru adakah PAS benar-benar ikhlas demi perpaduan Melayu ataupun sekadar 'taktik' mereka untuk menjerat UMNO yang sejak akhir-akhir ini sering bercakap mengenai Perpaduan Melayu.

Untuk rekod, sebelum ini PAS sepertinya kurang berminat dengan Perpaduan Melayu ini terbukti apabila Mursyidul Am PAS sendiri yang membuat kenyataan yang boleh ditafsirkan sebagai tidak berminat dengan perpaduan Melayu.

Nasihat penulis kepada UMNO, hati-hati dengan 'jerat' yang dipasang oleh PAS ini, pemimpin-pemimpin UMNO haruslah bijak memainkan peranan terutamanya dari segi mengeluarkan kenyataan agar kenyataan mereka tidak dimanipulasikan PAS untuk memenangi PRK tersebut.

Walaubagaimanapun bukanlah niat penulis untuk berprasangka buruk terhadap PAS, tetapi apa yang penulis dapat lihat keikhlasan PAS di dalam perpaduan Melayu secara tiba-tiba ini benar-benar membuatkan penulis meragui tentang keihklasanya.

Apa yang penulis dapat lihat di sini, PAS berubah-ubah mengikut kawasan pilihan raya sepertimana sesumpah yang berubah-ubah warnanya mengikut kawasan yang didekatinya. Dalam erti kata lain, PAS saling tak ubah seperti sesumpah.

Timbul persoalan di sini, adakah kenyataan yang dikeluarkan oleh Penolong Setiausaha Agung PAS itu benar-benar ikhlas atau ada udang disebalik mi. Penulis tidak menentang cadangan itu sekiranya mereka benar-benar ikhlas demi perpaduan Melayu. Namun, sekiranya mereka ada 'niat tersembunyi' perkara ini memang tidak boleh dimaafkan lagi.

Kalau PAS benar-benar ikhlas, bergabunglah dengan semua parti-parti politik yang didominasi oleh Melayu, dengan ini keikhlasan PAS tidak akan diragui lagi. Lagipun kita tidak sepatutnya membiarkan divide & rules Version 2.0 terus bermahajarela di bumi Malaysia ini.
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin