Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label hari guru. Show all posts
Showing posts with label hari guru. Show all posts

Monday, May 17, 2010

Selamat Menyambut Hari Guru 2010

Selamat Menyambut Hari Guru 2010
Oleh: yieMEGA

TANGGAL 16 Mei setiap tahun merupakan hari yang bersejarah bagi mereka yang bergelar guru dan cikgu di seluruh Malaysia. Pada tarikh ini mereka yang bergelar Cikgu dan Guru diraikan oleh pelajar-pelajar mereka.

Insan bernama guru besar jasanya kepada kita, beliaulah ibu dan bapa kita di Sekolah. Tahun demi tahun, masa demi masa tugas sebagai seorang guru menjadi lebih mencabar, jika dahulu seorang guru senang mendidik anak-anak bangsa, selepas masa berlalu kini guru semakin sukar mendidik anak bangsa ditambah pula kehadiran ibu-bapa yang terlalu manjakan anak-anak mereka dari situ timbullah ibu-bapa yang suka menyaman guru. Begitulah beban seorang guru semakin hari semakin bertambah bebanya.

Kadang-kadang juga ibu-bapa yang berperangai kalau anak mereka tidak cermelang mereka akan menyalahkan guru, tetapi sekiranya anak mereka cermelang mereka sedikitpun tidak akan mengatakan sebab guru anak mereka menjadi cermelang.

Zaman sudah berubah, dunia sudah maju begitulah halangan dan bebanan yang terpaksa ditempuhi oleh seorang insan yang bergelar guru. Guru ibarat lilin yang membakar dirinya dan setelah lilin sudah hampir habis ianya dibuang begitu sahaja.

Di kesempatan ini penulis ingin berterima kasih kepada guru-guru yang telah mengajar dan banyak baktinya sehinggalah penulis mencapai kejayaan sekarang. Guru sememangnya Pembina Negara Bangsa.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Begitulah besarnya pengorbanan seorang Guru, Guru Pembina Negara Bangsa merupakan tema yang tepat untuk sambutan Hari Guru bagi tahun 2010. Kepada bekas-bekas muridku terima kasih di atas ucapan selamat hari guru yang dihantar menerusi sms kepada Cikgu.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, May 16, 2009

Guru Pembina Negara Bangsa



"Guru Pembina Negara Bangsa" itulah tema bagi sambutan hari guru pada tahun ini. Sebenarnya misi "Membina Negara Bangsa" ini terdapat di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

Jasa Guru memang tidak ternilai, mereka ibarat lilin membakar diri untuk menerangi dan kesenangan orang lain. Pada zaman penulis bersekolah dulu pelajar-pelajar sekolah memang menghormati guru dan tidak berani untuk melawan guru.

Namun, itu dulu, sekarang zaman sudah berubah dunia sudah maju. Kalau perhatikan pada hari ini berapa kerat sahaja pelajar-pelajar sekolah yang menghormati gurunya. Pada masa ini lebih ramai pelajar yang suka melawan guru. Kerjaya sebagai seorang guru memang mencabar dewasa ini.

Ditambah pula dengan banyak ibu-bapa yang "Educated" dan juga suka menyebelahi anak-anak mereka membuta tuli tanpa usul periksa. Pendek kata sekiranya guru membuat silap sedikit mereka akan berdepan dengan saman yang akan dikenakan oleh pihak ibu-bapa. Penulis memberi contoh jika dahulu kita dirotan ataupun apa sahaja di sekolah kita balik dan cerita kepada ibu-bapa kita, apa yang kita dapat ialah silap-silap mereka akan menambah rotan kat kita, namun itu dulu, sekarang ibu-bapa lebih mendengar anak daripada guru.

Cabaran sebagai seorang guru dewasa ini memang agak mencabar jika dibandingkan dengan dahulu. Penulis kecewa dengan kebanyakkan ibu bapa yang suka menyebelahi anak mereka, tak hairanlah bilangan Pelajar sekolah yang terlibat dengan jenayah semakin meningkat dari hari ke hari.

Pada masa ini undang-undang melibatkan guru lebih memihak kepada ibu-bapa, guru terlalu terikat dengan undang-undang yang langsung tidak memberi keuntungan kepada guru. Pihak kerajaan sepatutnya menggubal undang-undang yang lebih "pro" kepada guru agar misi membina negara bangsa dapat menjadi realiti.

Di kesempatan ini, penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru yang pernah mengajar penulis dari tadika hinggalah sekolah menengah. Jasamu sentiasa aku kenang sampai bila-bila, terima kasih di atas ilmumu.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin