Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label raja petra kamaruddin. Show all posts
Showing posts with label raja petra kamaruddin. Show all posts

Wednesday, May 20, 2009

Anak Raja Petra Kamaruddin Mengaku Salah Mencuri !

Malaysia's most prominent blogger Raja Petra K...Image by AFP/Getty Images via Daylife

Anak kedua penulis blog dan juga pengendali blog Malaysia Today iaitu Raja Petra Raja Kamaruddin mengaku salah di Mahkamah Majistret Shah Alam semalam terhadap empat pertuduhan termasuk tiga tuduhan mencuri.

Nampaknya penulis blog Malaysia Today iaitu Raja Petra Kamaruddin tidak pandai menjaga anak kerana sibuk "mengutuk" dan mengadakan cerita-cerita untuk menjatuhkan orang tertentu. Mungkin ini adalah balasan yang diberikan Allah tuhan seru sekian alam ke atasnya kerana membuat cerita-cerita yang berorientasikan fitnah semata-mata untuk mencapai cita-cita politik.

Teringat Penulis dengan satu pepatah melayu yang berbunyi "Gajah depan mata tak nampak, tapi kuman di seberang lautan nampak" pepatah ini mungkin boleh dihubungkaitkan dengan Raja Petra Kamaruddin.

Sesungguhnya Allah melindungi orang yang dizalimi dan doa orang yang di zalimi makbul. Tindakan cerita bukan-bukan tentang seorang boleh diertikan sebagai tindakan menzalimi seseorang itu.

Mungkin juga beliau terlalu sibuk dengan blog Malaysia Today beliau sehinggakan tak ada masa untuk menguruskan anak-anak dan keluarga dan membuatkan anak beliau terbiar kerana baginya politik lebih penting daripada anaknya dan keluarga.

Penulis berharap selepas ini Raja Petra Kamaruddin akan insaf dengan perbuatanya dan kembali ke pangkal jalan dan tidak lagi mengada-adakan cerita yang bukan-bukan tentang seseorang di blognya.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, September 14, 2008

Ikut Suka Abdullah (ISA)

ISA, kebelakangan ini kita selalu mendengar mengenai tiga perkataan yang mungkin keramat bagi ahli politik ini. Tambahan pula, beberapa hari yang lalu ada beberapa orang yang ditahan dibawah akta ISA. Penulis Blog Malaysia Today iaitu Raja Petra Kamaruddin, Wartawan Sin Chew Daily, Exco Kerajaan Negeri Selangor dari DAP iaitu Teresa Kok. Kesemua mereka adalah di antara mereka-mereka yang ditangkap di bawah akta ISA.

Cakap-cakap ISA kini sudah menjadi tajuk perbualan hangat bukan sahaja di kalangan rakyat Malaysia, ahli-ahli politik tetapi turut memenuhi media-media tanah air tidak kira Media Arus Perdana ataupun Media Alternatif. Ada yang menuntut ISA yang diibaratkan sesetengah pihak sebagai 'undang-undang rimba' ini perlu dimansuhkan dan ada setengah pihak yang menuntut ISA yang diibaratkan sebagai 'penyelamat keadaan' bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Akhir kalam, penulis ingin jelaskan bahawa pandangan ini adalah pandangan peribadi penulis terpulanglah kepada pembaca hendak bersetuju atau tidak kerana penulis tidak minta pembaca untuk bersetuju dengan penulis kerana penulis faham perselihan pendapat adalah lumrah dunia. Jadi fikir-fikirkanlah.

ISA atau penulis lebih suka menggunakan istilah Ikut Suka Abdullah ini terus menjadi perdebatan hangat, malah paling menarik sekali ialah pandangan seorang Menteri yang bertanggungjawab di dalam hal ehwal undang-undang yang berdiam diri berhubung isu Forum Memeluk Islam Majlis Peguam tetapi mula 'bingkas bangun' mengenai apa yang dikatakan ISA yang katanya ianya tidak adil dan sanggup melepaskan jawatanya sekiranya pendapat beliau tidak disukai oleh para 'pak menteri dan pak Perdana Menteri' berhubung isu tersebut.

Mungkin ada yang menganggap tindakan yang diambil oleh YB Zaid Ibrahim ini sebagai tindakan 'berani' untuk mempertahankan kebenaran. Namun, penulis lebih suka melihatnya dari konteks yang berlainan. Adakah rakyat sudah lupa mengenai janji yang dibuatnya sebelum ini mengenai 'kebebasan media' sehingga beliau sanggup mengeluarkan kenyataan bahawa sanggup melepaskan jawatan sekiranya 'kebebasan media' tidak dijalankan. Sampai hari ini, penulis belum nampak 'apa yang dikatakan kebebasan media' tetapi beliau tetap memegang jawatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Memang benar kata orang tua penulis, "janji orang politik tidak boleh dipercayai"

Bagi penulis, tindakan Zaid Ibrahim adalah lebih kepada tindakan untuk mempopularkan dirinya agar ianya dilihat sebagai ahli politik yang berjiwa rakyat, di dalam masa yang sama beliau juga cuba mempromosikan dirinya untuk diangkat menjadi 'ahli politik yang disukai ramai' walaupun ianya adalah sekadar 'gimik politik'.

Mengenai ISA, penulis berpendapat ia wajar diteruskan namun penggunaanya harus diminimumkan dan kalau boleh ISA hanya dilakukan secara 'last resort' bukanya Ikut Suka Abdullah sahaja. Namun, penulis tidak menghalang jika ISA hendak dihapuskan dan lihatlah apa yang kesanya kepada negara dan berilah tempoh percubaan tanpa ISA dan saksikanlah apa kesanya kepada negara dan rakyat dan sekiranya ia memberi kesan negatif mungkin ia akan membuatkan rakyat 'bermuhasabah diri balik' kerana rata-rata rakyat Malaysia ni sudah terhantuk baru nak tergadah, jadi biarkanlah dia terhantuk dulu.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, September 11, 2008

Sekatan Terhadap Blog Di tarik balik!

Laporan Utusan Online:

Kerajaan tarik balik sekatan ke atas blog

11/09/2008 4:11pm

PUTRAJAYA 11 Sept. - Kerajaan tidak lagi mengenakan sekatan terhadap mana-mana laman web atau blog di negara ini.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, keputusan itu dicapai pada mesyuarat kabinet semalam.

“Arahan sekatan yang dikenakan terhadap mana-mana laman web atau blog sebelum ini, termasuk portal berita 'Malaysia Today' ditarik balik berkuat kuasa serta-merta,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - Utusan {http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0911&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_12.htm}


Komen SGMM

Penulis menyambut baik terhadap keputusan penarikan balik sekatan terhadap blog-blog yang dibuat oleh Suruhanjaya Komunikasi termasuklah sekatan yang dibuat terhadap blog yang dikendalikan oleh Raja Petra Kamaruddin (RPK) iaitu Malaysia Today.

Namun, bagi penulis tindakan menarik balik sekatan terhadap blog ini yang sebelumnya disekat seolah-olah mengambarkan Kerajaan Pimpinan Abdullah sekali lagi membuat keputusan yang berubah-berubah atau dengan kata lain "Flip Flop".

Walabagaimanapun penulis bersetuju dengan penarikan balik sekatan-sekatan yang dikenakan ke atas blog-blog yang disekat kerana blog merupakan satu medium yang membolehkan rakyat menyampaikan pendapatnya, kritikanya dan apa sahaja yang boleh menjadi rujukan kepada kerajaan untuk menjadi kerajaan yang gemilang.

Di dalam merealisasikan kenyataan Presiden AAB atau PM ABDULLAH yang kononya ingin mewujudkan kerajaan yang terbuka dan telus hendaklah tiada sekatan yang dikenakan ke atas blog kerana dengan ini keadilan boleh dibentuk sebagaimana yang kita tahu Media Arus Perdana yang memainkan peranan bukan sahaja ke arah membela kerajaan tetapi juga membela PM Abdullah yang masih sedar dirinya sudah tidak diperlukan tetapi tetap nak teruskan jua bagi meranapkan sebuah parti keramat bangsa Melayu yang bernama UMNO demi kepentingan dirinya sendiri.

Sepanjang penulis berada di dalam dunia blogger ini, penulis mendapati blogger lebih pantas mengutarakan isu-isu yang timbul di kalangan rakyat berbanding peranan yang dimainkan oleh Media Arus Perdana terutamanya stesyen tv swasta yang pada ketika ini terlalu melampau membodek Kerajaan Keluarga Abdullah melebihi peranan dimainkan oleh stesyen tv kerajaan seperti RTM1 dan RTM2.

Akhir kalam, sekatan terhadap blog sebagai media alternatif tanah air tidak sepatutnya dilakukan kerana ianya jelas satu cubaan menyekat suara rakyat yang sudah sedia disekat oleh media-media arus perdana.

Baca Lagi!

Sunday, August 31, 2008

Kebebasan Media di Zaman Keterbukaan Pak Lah

Baru-baru ini Suruhanjaya Komunikasi telah menyekat akses ke laman blog milik Raja Petra Kamaruddin atau lebih dikenali dengan RPK laman blog yang diberi nama Malaysia Today yang pernah menerbitkan beberapa cerita kontroversi telah disekat dan secara tidak langsung ia telah menidakkan Keterbukaan dan Ketelusan yang kononya cuba diketengahkan oleh PM bernama Abdullah Haji Ahmad.

Jujur penulis katakan walaupun penulis banyak tidak bersetuju dengan tulisan Raja Petra di Malaysia Today, namun bukanlah bermakna penulis mahukan laman blog itu disekat, mungkin hari ini RPK menerima nasib sebegitu namun tidak mustahil pada masa-masa akan datang blog-blog lain juga akan menjadi mangsa.

Di mana janji-janji Pak Lah yang ingin mengetegahkan Pemerintahan yang terbuka dan Telus. Penulis juga merasa hairan lah juga pantas pula Suruhanjaya Komunikasi bertindak dalam hal yang melibatkan Malaysia Today ini padahal banyak laporan yang dibuat sebagai contoh mengenai prestasi Pengendali Internet Utama Negara kepada SKM tetapi anehnya tiada tindakan yang dibuat mungkin laporan yang bertimbun-timbun itu ditong sampahkan begitu sahaja.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad pun melahirkan rasa kecewa beliau di dalam blog milik dia iaitu Che Det berhubung sekatan yang dibuat ke atas blog Malaysia Today. Selain itu, beliau juga kecewa dengan media arus perdana kerana hanya memutarkan kenyataan-kenyataanya yang setuju dengan tindakan kerajaan sekarang sedangkan banyak perkara yang beliau tidak setuju tidak diputarkan oleh Media Arus Perdana yang penulis lebih gemar menggunakan istilah Media Arus Abdullah.

Sepatutnya laman blog Malaysia Today tidak patut disekat, biarkan rakyat Malaysia yang menilai sendiri kesahihan berita blog tersebut kerana jika apa yang dikatakan blog tersebut adalah fitnah maka lama kelamaan rakyat akan jelak dan muak dengan fitnah blog tersebut tidak akan membaca blog itu lagi.

Tindakan menyekat blog tersebut boleh diibaratkan menjolok sarang tebuan atau dengan kata lain bermain dengan api. Sekatan ke atas blog tersebut bukan menambah kesukaan terhadap kerajaan tetapi menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap Kerajaan Barisan Nasional. Jangan terus menipu rakyat dengan kononya ingin memberi kebebasan media.

Kepada pembaca jangan salah faham dengan artikel penulis kali ini, bukanlah penulis bermaksud untuk menyokong blog yang memaparkan fitnah tetapi mereka sememangnya ada hak untuk bersuara. Sepertimana penulis katakan dalam artikel penulis sebelum ini, yang penulis ingin menjadi penulis yang berpaksikan rakyat jadi penulis bertanggungjawab untuk ketengahkan artikel ini.

Pada kesempatan ini juga penulis menyeru SKM bertindak ke atas pengendali internet utama negara kerana kegagalanya memberi khidmat yang memuaskan kepada rakyat Malaysia yang laporanya sudah begitu banyak dibuat demi kesejahteraan rakyat yang kini sebahagianya sudah menjadi pengguna internet daripada menyekat akses ke blog-blog tertentu.


Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin