Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Prime minister. Show all posts
Showing posts with label Prime minister. Show all posts

Friday, April 15, 2016

Jangan Tunggu Lama-Lama Zahid Hamidi

Jangan Tunggu Lama-Lama Zahid Hamidi
Oleh: yieMEGA

"JANGAN tunggu lama-lama nanti lama-lama ia diambil orang" itulah bait-bait lagu yang dinyanyikan oleh Papa Rock Malaysia iaitu Ramly Sarip. Lagu ini memberi mesej yang berguna bukan sahaja bagi mereka yang sedang bercinta malah ia juga turut berguna bagi seorang ahli politik. Sepertimana ada perempuan yang kita minati tetapi kita lambat bertindak akhirnya ianya telah dikebas orang.

Sebagai Ahli Politik kita cepat di dalam membuat tindakan. Jangan merasa selesa dengan kedudukan kita sekarang kerana kedudukan kita sekarang belum menjamin kita akan menduduki hierarki tertinggi di dalam parti dan kerajaan di masa hadapan. Penulis berharap ianya tidak terjadi pada manusia yang bernama Zahid Hamidi. 

Zahid Hamidi perlu mengerakkan jenteranya mulai sekarang menuntut Najib Razak berundur daripada jawatanya sekarang bagi membolehkan jawatan itu di ambil alih oleh beliau. Penulis percaya kalau Zahid Hamidi lambat bertindak mungkin jawatan PM bukan lagi milikya di masa depan, malah dia sendiri akan kehilangan jawatan TPM serta akan tersisih daripada kepimpinan UMNO kerana mungkin akan ada orang yang akan cuba 'memintas' kedudukan beliau. 

Zahid Hamidi tak boleh menjadi Pak Turut dan sekadar mengikut apa sahaja arahan Najib Razak, kerana pada ini Zahid Hamidi diangkat menjadi TPM adalah kerana Zahid Hamidi lebih mudah dipergunakan kerana beliau seorang TPM "Saya menurut Perintah", mungkin juga sekiranya Najib Razak mengarahkan Zahid Hamidi untuk membasuh beraknya penulis percaya Zahid Hamidi akan sanggup membasuh berak Najib Razak. Zahid Hamidi dilantik menjadi TPM kerana Najib Razak percaya bahawa Zahid Hamidi ini boleh dicucuk hidung sepertimana lembu yang dicucuk hidungnya mengikut arahan tuanya. 

Zahid Hamidi tak boleh menunggu lama lagi kerana masa sudah begitu suntuk, beliau perlu merangka strategi berkesan bagi memastikan kerusi yang diduki PM Najib Razak sekarang tidak terlepas ke tangan orang lain. Beliau perlu mendesak Najib sekarang, penulis percaya sekiranya Zahid Hamidi lambat bertindak pasti akan ada orang yang akan cuba menjatuhkanya sebelum sempat beliau menjadi PM.

Baca Lagi!

Saturday, August 14, 2010

Ramalan Anwar Berkenaan Bakun

Ramalan Anwar Berkenaan Bakun
Oleh: yieMEGA

PENULIS sebenarnya ingin mengelak berbicara hal politik pada bulan yang penuh kemuliaan ini tetapi membaca satu ulasan Facebook Saudara Mohd Sayuti Omar atau dikenali dengan nama MSO, hati penulis terdetik untuk turut mengulas mengenainya.

Sila Ke Facebook Sayuti Omar di alamat http://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=1693525944

Sekiranya imej yang penulis pamerkan kurang jelas pembaca boleh membacanya di Facebook Sayuti Omar atau baca di bawah ini:

Anwar membayangkan Najib akan menggunakan wang KWSP dan KWAP untuk membayar sebahagian hutang projek Bakun bernilai RM5.75 billion. Kebimbangan Anwar itu ada asasnya. Dalam keadaan wang negara semakin susut di mana Najib nak gagar untuk membayar hutang berkenaan. Kalau ini benar berlaku betapa kejamnya Najib bin Razak? Salam MSO.

Mohd Sayuti Omar

Berdasarkan kenyataan tersebut sudah jelas di Bulan Ramadhan ini bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan pun Anwar telah cuba bersangka buruk terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak. Penulis melihat ini adalah satu tindakan yang tidak bermoral dan mencemarkan kesucian bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.

Penulis hairan dengan sikap Anwar Ibrahim ini, kenapa dia nak membayangkan perkara yang belum tentu kesahihanya. Apa yang penulis dapat lihat daripada kenyataan Anwar ini ialah dia cuba untuk menampakkan dirinya lebih bijak daripada Najib, oleh yang demikian tanpa mengira kesucian bulan Ramadhan beliau telah membuat andaian buruk terhadap Najib.

Ada juga kemungkinan, ianya adalah salah strategi Pakatan Rakyat untuk memancing undi untuk pilihan raya yang akan datang. Mereka sudah terlalu yakin mereka bakal menjadi Kerajaan Baru di Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Projek Hidro Elektrik Bakun merupakan satu projek untuk kepentingan rakyat. Walaubagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu membuat penjelasan segera berhubung dakwaan Anwar Ibrahim ini kerana kuatir ianya akan diekploitasi oleh Pakatan Rakyat untuk kepentingan politik mereka.

Sekiranya benar bagai didakwa Anwar, penulis turut menentang perbuatan itu, sekiranya tidak benar dakwaan itu, penulis akan menentang Anwar Ibrahim secara habis-habisan. Marilah bersama-sama kita berdoa memohon petunjuk Adakah Anwar Ibrahim benar atau sebaliknya.

Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Monday, May 17, 2010

Kekalahan Yang Sudah Diduga

Flag of Barisan Nasional.Image via Wikipedia

Kekalahan Yang Sudah Diduga
Oleh: yieMEGA

PILIHAN RAYA KECIL P212 Sibu telah melabuhkan tirainya. Nampaknya kerusi Parlimen tersebut telah telepas ke tangan DAP. Kalau pembaca masih ingat dalam artikel penulis sebelum ini telah menyatakan bahawa BN akan melalui jalan-jalan yang sukar di Sibu.

Nampaknya trend di Hulu Selangor telah berjangkit ke Sibu, seperti yang diketahui umum Sibu majoriti pengundinya adalah Kaum Cina. Cuma berbezanya ialah peratusan kaum cina yang tidak menyokong BN sedikit kurang berbanding Hulu Selangor.

Penulis merasakan sudah tiba masanya, BN membuat risikan yang lebih teliti dan mendalam mencari sebab kenapa kaum Cina menolak BN dan apa yang mereka mahu sebenarnya. Mungkin juga calon salah satu faktornya.

"Budaya Kerja Pilihan Raya" juga perlu diubah, mungkin ini adalah salah satu sebab kekalahan Barisan Nasional di Sibu. BN sibu mulai pada hari ini perlu terus bekerja keras dan bersungguh-sungguh menyelesaikan setiap permasaalahan yang dialami rakyat. Perlantikkan seorang Juara Rakyat untuk menyelesaikan permasalahan-permasalahan rakyat juga mungkin boleh digunakan.

Calon BN Parlimen Sibu boleh dilantik sebagai Juara Rakyat untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dialami oleh rakyat. Jika tugas sebagai Juara Rakyat ini dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh oleh Robert mungkin pada Pilihan Raya Umum yang akan datang Sibu akan kembali ke tangan Barisan Nasional.

Di kesempatan ini penulis ingin mengucapkan sekalung Tahniah kepada Calon DAP untuk PRK P212 Sibu yang kini telah bergelar Yang Berhormat kerana telah memenangi Pilihan Raya Kecil tersebut semoga beliau dapat menjalankan tugas-tugas sebagai Wakil Rakyat dengan penuh tanggungjawab.

Tahniah juga kepada DAP kerana telah berjaya mengubat kekecewaan Pakatan Rakyat di Hulu Selangor dan menjadikan PRK P212 Sibu sebagai tempat untuk mengubat kekecewaan yang mereka alami di Hulu Selangor.

Kepada Barisan Nasional walaupun mereka kalah tetapi ia bukanya sebagai alasan untuk mereka untuk tidak bekerja kuat selepas ini, sebaliknya mereka perlu melipatgandakan usaha untuk memberikan khidmat yang terbaik untuk rakyat di Sibu.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, August 31, 2009

Didahulukan Manek Urai, Disambung Permatang Pasir dan Mungkin Disambung lagi di Kota Seputeh

Didahulukan Manek Urai, Disambung Permatang Pasir dan Mungkin Disambung lagi di Kota Seputeh

Oleh: yieMEGA

PASCA Pilihan Raya Umum Ke 12 baru-baru ini begitu banyak pilihan raya kecil diadakan ada yang baru aje selesai Pilihan Raya Kecil sudah pula ada pilihan raya kecil yang kedua nak diadakan, sebelum ini yang terakhir ialah Permatang Pasir dan terbaru berkemungkinan besar pilihan raya kecil Kota Seputeh juga mungkin di adakan.

Mohd Sayuti Omar ataupun nama glamour MSO telah memberi kata dua kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di dalam blognya. Berhubung SPR yang akan bermesyuarat esok dan akan memutuskan samaada akan berlaku pilihan raya kecil di Kota Seputeh. MSO mendakwa sekiranya SPR membuat keputusan tidak perlu pilihan raya kecil di Kota Seputeh dan kerusi tersebut tidak akan kosong maka keputusan ini dikatakan memihak kepada BN.

Saya tidak pasti sama ada MSO mengetahui atau tidak fakta sebenar tentang isu tidak kehadiran ADUN Kota Seputeh tersebut, namun berdasarkan artikelnya penulis mengandaikan beliau tidak mengetahui faktanya itu kerana tidak dinyatakan sebenarnya ketidak hadiran ADUN tersebut sudah dimaklumkan kepada speaker beserta Sijil Cuti Sakit yang diberikan namun mungkin MSO terlalu ghairah kerana parti yang disokongnya sudah banyak kali menang pilihan raya membuatkan beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

Penulis yakin seandainya perkara yang seumpama ini berlaku ke atas ADUN Pakatan Rakyat sudah tentu mereka akan mengamuk sakan lebih-lebih lagi jika SPR memutuskan kerusi ADUN Pakatan Rakyat patut dikosongkan makin ramai lah 'pak pandir-pak pandir' akan tidur di atas jalan kerana tidur di atas tilam tak berapa selesa agaknya dan mungkin juga akan berlaku bantahan di sana sini, tetapi sekiranya perkara ini terjadi kepada BN mereka menuntut supaya ia dikosongkan.

Mungkin agak susah bagi SPR untuk membuat keputusan seperti mana kata pepatah melayu 'diluah mati mak, ditelan mati bapak' untuk keputusan bagi memuaskan hati semua pihak. Umum mengetahui bahawa fitrah manusia yang tidak berpuas hati dengan apa mereka ada, jadi memang betul-betul susah buat SPR untuk membuat keputusan. Penulis berharap SPR dapat membuat keputusan yang seadil yang mungkin.

Seadainya ditakdirkan mengumumkan kerusi Kota Seputeh dikosongkan adalah diharap BN tidak mengulangi kesilapan yang sama semasa memilih calon untuk Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir baru-baru ini. Proses pemilihan calon hendaklah yang benar-benar disukai rakyat bukan hanya disukai oleh pemimpin-pemimpin tertentu.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, July 29, 2009

PM Dijadual Lawat Kelantan 1 Ogos 2009

PM Dijadual Lawat Kelantan Pada 1 Ogos 2009
Oleh: yieMEGA

PERDANA Menteri Malaysia yang keenam iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan akan melawat Kelantan pada 1 Ogos 2009 ini (hari Jumaat). Lawatan itu merupakan Lawatan kedua Najib selepas bergelar Perdana Menteri. Untuk Rekod, lawatan pertama beliau di Kelantan ialah di Manek Urai, Kelantan.

Lawatan ini mungkin akan memberi kesempatan kepada rakyat Kelantan untuk bertemu dengan lebih dekat dengan Perdana Menteri yang melaungkan konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Mengikut beberapa ahli UMNO Kelantan, mereka berharap agar lawatan PM Najib Tun Razak itu akan memberikan 'nafas baru' kepada UMNO Kelantan, tambahan pula prestasi UMNO Kelantan yang meningkat pada Pilihan Raya Kecil Manek Urai baru-baru ini.

Manakala, rakyat Kelantan pula menyambut baik kedatangan Najib ke Kelantan terutamanya peniaga-peniaga kecil yang teringin sangat bertemu dengan Perdana Menteri. Mereka juga berharap Najib akan melawat tempat-tempat penjaja seperti Medan Selera Buluh Kubu dan juga Pasar Malam Wakaf Che Yeh untuk memudahkan mereka menyampaikan permasalahan yang di alami mereka.

Harapan penjaja kecil ialah supaya mereka juga akan dilawat Najib sepertimana Najib melawat penjaja kecil di Lembah Klang baru-baru ini kerana dengan lawatan Najib itu mereka lebih mudah untuk menyampaikan apa yang mereka mahukan.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, July 28, 2009

Perginya Seorang Tokoh 1Malaysia...

Perginya Seorang Tokoh 1Malaysia
Oleh: yieMEGA

BEBERAPA hari yang lalu kita dikejutkan dengan pemergian Pengarah Filem yang terkenal iaituJustify Full Yasmin Ahmad. Pengarah filem yang pernah mengarah beberapa filem Melayu berkonsepkan 1Malaysia seperti Sepet dan bermacam-macam lagi. Tidak keterlaluan jika penulis katakan beliau seorang tokoh 1Malaysia berdasarkan filem-filem yang diarahkanya.

Pemergian beliau memberi kehilangan besar di dalam industri perfileman Malaysia kerana karya beliau mempunyai mesej yang tersendiri walaupun kadang-kadang dilanda kontroversi. Penulis mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhama Yasmin Ahmad. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Selepas ini mungkin sukar kita hendak mencari pengarah filem yang sanggup menerbit dan mengarahkan filem bersesuaian dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang Keenam iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Semoga selepas ini Pengarah seperti Allahyarham Yasmin Ahmad dapat dilahirkan di Malaysia bagi meneruskan perjuangan seni Allahyarham. Kata orang 'Patah tumbuh Hilang Berganti' namun ia tidak sama dengan apa yang diberikan oleh Allahyarham Yasmin Ahmad sebelum ini.

Dalam merealisasikan impian 1Malaysia semoga selepas ini banyak pengarah seperti Yasmin Ahmad dengan menghasilkan filem-filem yang menitik beratkan perpaduan kaum di Malaysia sebagai sebuah negara multi-bangsa.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, July 11, 2009

100 Hari Najib Menjana perubahan...

100 Hari Najib Menjana Perubahan
Oleh: yieMEGA

Hari ini genaplah 100 hari Perdana Menteri Malaysia yang Keenam iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak membawa perubahan kepada Malaysia. 100 Hari dikatakan tempoh eddah bagi seseorang ahli politik ataupun dengan kata lain ia merupakan tempoh 'Percubaan" sebagai Perdana Menteri.

Biasanya insan politik akan, berusaha-usaha bersungguh-sungguh dalam eddah yang dinyatakan ini bagi memastikan kepimpinan beliau diterima oleh rakyat dari setiap genap lapisan masyarakat yang bertaraf 'MultiCultural' di Malaysia ini. DS Najib perlu berusaha untuk memuaskan hati semua pihak di dalam tempoh ini dan juga tempoh selepas ini.

Kalau kita lihat 100 hari DS Najib sebagai Perdana Menteri banyak juga perubahan yang beliau telah lakukan yang bersifat serampang dua mata iaitu memberi kesenangan kepada rakyat dan dalam masa yang sama memperkukuhkan semula kedudukan Barisan Nasional sebagai parti pemerintah di Malaysia.

Antara perkara-perkara baru yang diperkenalkan beliau adalah konsep 1Malaysia di mana menyeru ke arah masyarakat berbilang bangsa di Malaysia menghormati antara satu sama lain dan bernaung di bawah payung bernama Malaysia. Ia adalah usaha ke arah perpaduan nasional. Namun, adat manusia sukar berpuas hati dengan pendekatan orang lain jadi ada juga yang mendakwa bahawa konsep 1Malaysia ini hanyalah retorik semata-mata.

DS Najib juga telah memperkenalkan Biasiswa Nasional yang diberikan secara merit yang membawa maksud hanya yang betul-betul layak sahaja dapat. Biasiswa ini telah sedikit sebanyak mendatangkan kemarahan sesetengah pihak, penulis sendiri pernah mengkritik penubuhan biasiswa ini kerana penulis rasakan ia seolah-olah terlalu gelojoh untuk mengembalikan kepercayaan bangsa lain terhadap BN, namun setelah penulis mengkaji semula ada baiknya juga penubuhan Biasiswa Nasional ini.

Dalam masa yang sama, 100 hari sebelum ini DS Najib telah melaksanakan beberapa 'revolusi ekonomi' dengan meliberalkan ekonomi dalam usaha memulihkan ekonomi Malaysia hasil daripada kelembapan ekonomi dunia.

Selain itu, beliau juga dikatakan berusaha sedaya upaya untuk menghapuskan 'identiti' bangsawan yang berada di dalam susuk tubuhnya itu, ini jelas apabila beliau 'turun padang' kepada banyak kawasan yang menjadi permasalahan rakyat seperti LRT, tempat penjaja dan bermacam-macam lagi.

Setakat ini, maaf cakap penulis boleh memberikan Najib 98% markah di atas kesungguhan beliau untuk melakukan perubahan di Malaysia, markah ini penulis berikan berdasarkan apa yang telah dilakukan oleh beliau 100 hari sebelum ini, permakahan seterusnya akan menyusul selepas 100 hari akan datang.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, July 8, 2009

Perlawanan Persahabatan Di Manek Urai...


Perlawanan Persahabatan Di Manek Urai
Oleh: yieMEGA

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu melihat Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai sebagai satu Perlawanan Persahabatan antara BN/UMNO dengan PAS/Pakatan Rakyat. Hari ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin juga mengharapkan hal yang sama berlaku di Manek Urai.

PAS juga nampaknya ingin menjadikan Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai sebagai perlawanan persabahatan antara UMNO-PAS, jadi Alhamdullilah walaupun 'unity government' telah ditalkinkan namun usaha-usaha seperti ini wajar disokong semua, tak perlu 'unity government' kalau nak perpaduan, cara ini pun boleh dikira satu cara perpaduan.

Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai dilihat pilihan raya kecil paling aman setakat ini, menandakan satu revolusi baru dalam suasana pilihan raya tanah air, pada pilihan raya kecil kali ini juga penulis melihat 'kurangya' berlaku 'propa' serang menyerang, dan juga budaya saling menyalahkan sudah pun kurang, mungkin semua petugas-petugas kempen sudah bersedia untuk berkempen secara berhemah dan penuh berbudi bahasa.

Suasana beginilah yang penulis ingin lihat, penulis percaya pembaca atau pelayar yang lain juga ingin melihat perkara yang sama. Satu perubahan 'mendadak' dalam arena politik tanah air ini adalah wajar diterima semua pihak tidak kiralah mereka bernaung di bawah bendera berlambang apa sekalipun.

Penulis berharap status 'pilihan raya paling aman' akan terus berkekalan di Manek Urai jangan nanti menjelang hari pengundian sesuatu diingini berlaku. Penulis sudah penat melihat 'pilihan raya' yang penuh dengan 'ejek mengejek', 'caci mencaci', 'cerca mencerca' dan macam-macam lagi.

Sudah tiba masanya kita perlu menerima corak baru kempen untuk arena politik tanah air kita. Cara yang lebih selamat, mesra dan tidak mendatangkan musibah ataupun akibat buruk kepada rakyat kita. Tahniah penulis ucapkan kepada 'jurukempen' parti-parti politik di Manek Urai kerana telah memberikan 'suatu yang luar biasa baik' setakat ini. Terima kasih banyak-banyak atas sumbangan mereka.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Friday, July 3, 2009

Khutbah Jumaat(3.7.2009): Pelihara Solat Anda..

Alhamdulillah hari ini penulis bersyukur ke hadrat Ilahi kerana tetap memberi kekuatan kepada penulis untuk mengerjakan solat jumaat, walaupun cuaca di Kota Bharu, Pada waktu tengahari tadi agak panas, rasanya macam kulit penulis sudah masak seolah-olah dipanggang di atas bara api, tapi tak mengapa penulis tetap bertahan itu baru panas dunia belum lagi panas di hari pembalasan tambahan pula kiamat sudah dekat!.

Hari ini penulis menunaikan solat Jumaat di Masjid Muhammadi Kota Bharu, Tajuk Khutbah hari ini penulis simpulkan dengan "Pelihara Solat Anda", khutbah jumaat hari ini agak bagus untuk penulis bermuhasabah diri dan menambah apa yang kurang di dalam diri penulis yang juga insan biasa yang tidak 'maksum' daripada melakukan kesilapan.

Penulis merasakan tidak salah jika penulis berkongsi dengan pembaca blog ini tentang apa yang penulis fahami daripada khutbah yang disampaikan oleh Khatib Masjid Muhammadi ini, tetapi penulis memohon maaf tidak dapat tahu siapakah gerangan Khatib pada kali ini.

Apa yang lebih penting ialah intisari khutbahnya agar dapat diterima oleh hati sanubari muslimin dan muslimat di seluruh Malaysia dan mengaplikasinya ke dalam kehidupan seharian. Penulis berharap jika 'apa yang penulis faham' tentang khutbah hari ini tidak kena atau ada berunsur kesalahan janganlah segan untuk menegur penulis dengan cara yang hikmah bukanya cara yang emosional.

SOLAT merupakan komponen terpenting di dalam agama kita yakni Islam ini diyakinkan lagi dengan ungkapan "Solat Tiang Agama" yang seringkali telinga kita dengari sejak dari kecil hinggalah kita dewasa. Apa pula yang dimaksudkan oleh 'tiang'? Tiang ialah bahagian yang menyokong pembinaan sebuah-buah rumah dalam konteks pembinaan rumah, secara jujurnya jika 'tiang' sesebuah rumah itu tidak kukuh, rumah akan roboh menyembah bumi.

Begitu jugalah dengan 'solat', tanpa solat 'kekukuhan' kita terhadap agama Islam juga bakal 'tergugat', senario hari ini kita dapati sudah ramai umat Islam yang bukan sahaja melalaikan 'solat' malah ada yang 'mengabaikan' terus solat mereka mungkin ada beberapa faktor penyebab yang menjadikan semakin ramai Umat Islam yang mengabaikan Solat di Bumi Malaysia ini.

Penulis mengambil kesempatan ini untuk menggesa Perdana Menteri Malaysia yang memegang slogan "Rakyat Di dahulukan, Pencapaian Diutamakan" iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak supaya 'memperhebatkan' usaha-usaha untuk 'memberikan kesedaran' kepada 'umat Islam di Malaysia dengan 'kepentingan solat' ia bukan sahaja melalui medium-medium seperti ceramah agama ataupun Forum Perdana yang beronrientasikan agama. Adalah lebih molek dan elok jika Kerajaan merangka satu peruntukkan bagi membolehkan "Solat" dijadikan satu mata pelajaran di sekolah-sekolah bawah seliaan Kementerian Pelajaran. Solat juga perlu dijadikan subjek wajib untuk 'lulus peperiksaan awam' dengan cara ini ia secara tidak langsung membantu menyedarkan rakyat tentang kepentingan Solat.

Hari ini kalau kita lihat semakin ramai anak-anak muda yang sudah tidak lagi bersolat lima waktu dan Islam mereka hanya sekadar nama. Berdasarkan pengalaman penulis sebagai seorang Kaunselor penulis mendapati kebanyakkan pelajar sekolah yang tidak bersolat dan juga bermasalah disiplin ialah ibu dan bapa mereka turut mengabaikan solat mungkin kerana mereka ingat pekerjaan mereka lebih penting daripada 'Solat', ternyata perkiraan mereka silap sebenarnya perbuatan mereka telah menjadi salah satu sebab kenapa Umat Islam ketinggalan jauh ke belakang.

Para ibu-bapa sepatutnya mencontohkan perkara yang baik buat anak mereka kerana anak mereka menganggap mereka sebagai 'role model' lagipun tak kanlah ketam nak mengajar anaknya berjalan lurus walhal dia sendiri berjalan tak betul. Sikap ibu-bapa yang terlalu mendewakan 'pencarian rezeki' menyebabkan mereka 'mengabaikan' solat dan keputusanya anak mereka menjadi 'rosak'. Itulah hakikat yang mereka terima.

Penulis ingin berpesan kepada semua muslimin-muslimat di Seluruh Malaysia supaya jangan mengabaikan solat, kerana tanpa solat 'kekuatan kita' untuk melawan 'godaan syaitan' untuk mendorong kita melakukan perkara-perkara yang mungkar menjadi lemah, jadilah jagalah solat anda dan anak anda sebaik mungkin. Penulis juga turut berpesan pada diri penulis sendiri agar tidak 'alpa' di dalam menjaga 'Solat Penulis'.

Akhir kalam penyudah bicara penulis akhiri dengan ungkapan kata-kata mutiara yang berbunyi " Jika anda memperoleh ilmu jangan takut untuk berkongsinya kerana jika salah orang yang lebih tinggi ilmunya akan memperbetulkanya dan berpesan-pesanlah kamu ke arah kebenaran".
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, June 29, 2009

Biasiswa Nasional - Kerajaan Jangan Terlalu Gelojoh...

Artikel penulis kali ini ingin bercakap mengenai Biasiswa Nasional atau akronimnya BN, eh kebetulan akronimnya sama dengan Barisan Nasional. Dalam merealisasikan hasrat 1Malaysia memanglah Biasiswa Nasional selaras dengan 1Malaysia tetapi kerajaan tidak boleh 'terlalu gelojoh' untuk melaksanakanya.

Petang tadi penulis seperti biasa Selepas Solat Asar di Masjid penulis akan singgah di kedai untuk berbual-bual dengan rakan-rakan penulis. Topik yang dibincangkan hari ini ialah mengenai Biasiswa Nasional, rata-rata rakan penulis yang berbangsa Melayu 'bimbang' dengan "Biasiswa Nasional".

Kebimbangan mereka pasti ada sebabnya dan penulis juga terikut sama rasa bimbang dengan senario ini. Ya mereka tidak menentang nak melaksanakan dasar 1Malaysia mereka menyokongnya atas dasar 'perpaduan nasional', namun sebelum melakukan sesuatu perubahan janganlah terlalu gelojoh kerana ia bakalan membuat rakyat tergamam dan 'terkejut beruk'.

Memang benar ini adalah di antara 'hadiah' kerana kegagalan orang Melayu yang juga beragama Islam bersatu. Pihak yang lain menuntut macam-macam kadang-kadang perkara yang tidak masuk akal ini juga adalah rentetan daripada 'Ketuanan Rakyat' yang dijaja Anwar Ibrahim menyebabkan mereka itu menuntut macam-macam.

Penulis menggesa kerajaan agar tidak terlalu gelojoh di dalam melaksanakan Biasiswa Nasional ini, penulis yakin dengan isu Biasiswa Nasional ini 'peluang BN di Manek Urai kembali gelab' kerana pihak pembangkang akan memanipulasikan isu ini.

Penulis bersetuju sekiranya kerajaan hendak melaksanakan dasar 1Malaysia tetapi janganlah menampakkah kegelojohan yang melampau. Benar, mereka juga rakyat Malaysia tetapi apabila meritrokrasi dijalankan penulis percaya ramai anak-anak bangsa kita yang ketinggalan jauh ke belakang.

Sekiranya kerajaan hendak meneruskan juga Biasiswa Nasional pastikan perkara itu dikaji dengan betul-betul jangan nanti 'rumah dah siap pahat masih berbunyi', sebelum perlaksanaan kalau boleh perjelaskan kepada rakyat apa itu Biasiswa Nasional dan berikan sekali apa kelemahan dan kebaikanya sebelum ia dijadikan realiti.


Akhir Kalam seperti biasa penulis akhiri dengan mutiara kata. Kali ini Mutiara Katanya berbunyi bergini "Perpaduan Nasional Tidak Semestinya Kita Perlu Berikan Semuanya, pemberian biarlah berpada jangan nanti diharapkan emas akhirnya dapat besi buruk" Jadi Fikir-fikirkanlah....


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, June 27, 2009

Ada ADUN PAS Berjoli di Thailand?

should I?Image by garycycles2 via Flickr

Pada sebelah petang tadi seperti kelaziman selepas solat asar di Masjid penulis akan minum petang di gerai bersama-sama rakan-rakan penulis banyak juga perkara yang dibualkan termasuklah politik tanah air tercinta.

Apa yang mengejutkan penulis apabila rakan penulis ini memberitahu bahawa tadi dia ada berjumpa dan berborak dengan beberapa ahli PAS pada waktu tengahari tadi selepas waktu Zuhur di berdekatan dengan sebuah masjid berdekatan dengan Jalan Pekeliling dan ahli PAS itu mendedahkan bahawa ada seorang ADUN PAS yang gemar berjoli di Thailand.

Siapakah ADUN yang dimaksudkan itu tak perlu lah penulis cakap nanti mengaibkan dia pulak kerana penulis bertujuan untuk menjatuhkan sesiapa tetapi penulis hanyalah mahu mendapatkan kebenaran adakah benar berita yang diceritakan oleh ahli PAS tersebut kepada rakan penulis itu.

ADUN itu dikatakan 'berjoli di Thailand' sambil menikmati "Air Kencing Syaitan" dan lain-lain perkara yang tidak bermoral di Thailand. Ahli PAS itu mendakwa bahawa 'maklumat' itu beliau perolehi daripada waris beliau yang berada di Thailand.

Selain itu, beliau juga mendakwa bahawa ADUN Tersebut mempunyai Ladang Babi di Thailand. Sejauh manakah kebenaran dakwaan Ahli PAS ini tidak dapat dipastikan jadi penulis berharap sesiapa yang ada maklumat untuk menafikan ataupun mengesahkan berita ini sila komen di ruangan komen kerjasama anda amat dihargai bagi memastikan ADUN tersebut tidak menjadi mangsa fitnah.

Sekiranya benar dakwaan ini maka secara tidak langsung ia akan mencemarkan imej Parti PAS yang memperjuangkan Islam itu. Penulis berharap sekiranya dakwaan ini benar pihak PAS perlu mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membuang sampah ini secepat mungkin. Inilah yang baru boleh dikatakan sampah kepada PAS.

Akhir kalam seperti biasa penulis akhiri dengan mutiara kata. Mutiara kata kali ini berbunyi "Apabila orang bertanya kita menjawab, Apabila Benar katakan Benar, Apabila Salah Katakan salah kerana kalau asalnya beruk tak akan jadi kera walau dikerat ekor" Jadi Fikir-fikirkanlah...




Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, June 11, 2009

Mencari Kelebihan Lebih Baik Dari Mencari Kelemahan...


Artikel penulis kali ini bertajuk "Mencari Kelebihan Lebih Baik Dari Mencari Kelemahan". Lazimnya dalam arena politik tahun-tahun sebelum ini kebanyakkan parti politik akan mencari kelemahan parti lawan dan cuba menonjolkan kelebihan dan menutup kelemahan parti masing-masing. Itulah antara cara berpolitik konvesional yang digunakan oleh parti-parti politik di Malaysia.

Hari ini waktu sudah merentas masa, zaman pun sudah berubah, duniapun sudah maju penulis merasakan strategi "Mencari Kelemahan Lawan, Menonjolkan Kelebihan Sesebuah parti" sudah tidak lagi sesuai digunakan untuk zaman sekarang ini.

Parti-parti politik di Malaysia perlu berubah daripada strategi tersebut kepada strategi "Mencari Kelebihan Lawan, Memperbaiki Kelemahan Parti berdasarkan kelebihan lawan". Sebagai sebuah parti politik kita tidak boleh terlalu angkuh dengan kelebihan yang ada pada parti kita dan kelemahan yang ada pada parti lawan.

Sebagai contoh Pilihan Raya Kecil DUN Manik Urai akan dijalankan tak lama lagi, berkemungkinan akan berlaku pertandingan dua penjuru antara Barisan Nasional (BN) dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS), BN boleh menggunakan pendekatan mencari kelebihan PAS dan mempelajari daripada kelebihan-kelebihan yang ada pada PAS untuk memantapkan BN di Manik Urai, usahlah mencari kelemahan PAS dan diheboh-hebohkan kelemahan PAS di samping menutup kelemahan BN untuk memenangi hati rakyat kerana perbuatan ini umpama menyembunyikan sampah di bawah karpet, walaupun tak nampak tetapi orang akan menjumpai juga secara tidak sengaja. Jadi fikir-fikirkanlah.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, May 19, 2009

BN Konsisten dengan Pendirian Tidak Bertanding di Penanti !

Malaysian Minister of Defense, Najib Razak, pi...Image via Wikipedia

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Penanti, Pulau Pinang akan diadakan tidak lama lagi. Barisan Nasional sebelum mengandaikan mereka tidak mahu bertanding di "Penanti", semalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional memutuskan "BN Tidak Akan Bertanding di PRK DUN Penanti".

Selepas beberapa pihak di dalam BN yang memberikan pandangan berhubung cadangan supaya BN tidak bertanding di PRK DUN Penanti, akhirnya pendirian BN tetap konsisten dengan tidak bertanding di Penanti.

Sebelum ini Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad menentang cadangan tidak bertanding di Penanti kerana katanya nanti pihak pembangkang akan mengatakan BN "Penakut", "Dayus" dan bermacam-macam lagi. Namun pandangan Tun Dr. Mahathir itu sedikitpun tidak dipedulikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan tetap dengan pendirian beliau tidak bertanding di Penanti.

Selain itu, UMNO Pulau Pinang sebelum ini turut menentang cadangan tidak bertanding di PRK DUN Penanti, namun ianya juga tidak diendahkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau masih konsisten dengan keputusanya untuk tidak bertanding di Penanti.

Bagi Penulis keputusan BN tidak bertanding di PRK DUN Penanti ini adalah satu tindakan bijak kerana pada masa ini masa tidak sesuai untuk BN menyertai sebarang pilihan raya kerana pada masa ini ialah masa untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada di dalam BN untuk melakukan penambahbaikan demi kesinambungan kepimpinan BN di Malaysia.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Friday, May 15, 2009

Politik Wang Mula Berputik Di Dalam PAS?

Bendera PAS, Kemaman, TerengganuImage by onggon ~ [ outstation ] via Flickr

"Politik Wang" satu kaedah sonsang untuk mendapat kekuasaan politik di dalam Parti tertentu. Istilah "Politik Wang" digunakan bagi mengantikan istilah "Rasuah Politik", sebenarnya "Politik Wang" dan "Rasuah Politik" adalah perkara yang sama.

Bercakap mengenai "Politik Wang" sudah tentu orang akan menunding jari ke arah UMNO, kerana banyak pemimpinya yang begitu sinonim dengan "Politik Wang". Tetapi kali ini penulis bukan ingin bercakap mengenai "Politik Wang" di dalam UMNO tetapi lebih kepada "Politik Wang" yang mula berputik di dalam PAS.

Penulis percaya penyokong-penyokong PAS sudah tentu merasa aneh dan janggal dengan "Politik Wang", kerana mereka begitu mentah denganya tidak seperti UMNO yang begitu sinonim dengan "Politik Wang".

Perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS sedikit tercalar dengan isu "Politik Wang" yang berlaku di dalam PAS. Persoalanya kenapa sejak kebelakangan ini "Politik Wang" mula wujud di dalam PAS?

Penulis masih ingat lagi cerita orang Politik dulu-dulu yang sealiran dengan Allahyarham Tun Ghafar Baba, penulis ingin ceritakan balik apa yang diceritakan oleh beliau kepada penulis, katanya "Orang yang memperkenalkan "Politik Wang" di dalam UMNO adalah Anwar Ibrahim dan kekalahan Tun Ghafar Baba adalah disebabkan strategi "Politik Wang" yang digunakan oleh Anwar Ibrahim". Itulah sahaja yang dapat penulis ceritakan kepada pembaca blog ini.

Penulis juga sempat berbual dengan seorang ahli PAS yang beraliran "Kepimpinan Ulama'", beliau mendakwa sejak ahli PAS beraliran "Profesional" semakin ramai di dalam PAS dan ada yang jadi pemimpin, sejak itulah "Politik Wang" mula menular di dalam PAS.

Penulis percaya ramai yang mengetahui ahli PAS beraliran "Profesional" di dalam PAS adalah"Orang Anwar Ibrahim" atau apa yang penulis gelarkan "Stealth Soldier Anwar Ibrahim" dalam artikel penulis sebelum ini. Berbalik kepada teori "Anwar Ibrahim Pelopor Politik Wang Di dalam UMNO", berdasarkan teori ini dan apa yang terjadi pada PAS sekarang seolah-olah ia saling berhubungan.

NASIHAT KEPADA AHLI PAS

Penulis ingin menasihati kepada ahli-ahli PAS, ingatlah "Politik Wang" hampir-hampir menguburkan UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke 12 baru-baru ini, jika anda sayangkan PAS janganlah terlibat dengan "Politik Wang", bantulah pucuk pimpinan membanteras "politik wang" di dalam PAS, jika tidak PAS juga akan menerima nasib yang sama seperti UMNO.

Beringatlah sebelum kena, jangan nanti sudah terhantuk, baru nak tergadah. Jika anda benar-benar sayangkan PAS berjuanglah tanpa kepentingan kewangan, jangan jadikan PAS sebagai Parti Korporat agar Perjuangan Asal PAS tidak terpesong.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, May 10, 2009

Cubaan Menjadikan Malaysia Negara Republik?

Dewasa ini kita dapati sudah ada tanda-tanda, atau orang-orang yang tertentu cuba menjadikan Malaysia sebagai negara republik. Apabila sesebuah negara menjadi negara republik sudah tentu kedudukan raja-raja akan terjejas.

Di Malaysia raja-raja Melayu berperanan sebagai "Penyelamat" sekiranya berlaku sebarang musibah yang boleh memusnahkan khasnya umat Melayu. Singapura adalah salah satu contoh negara republik.

Sekiranya Malaysia dijadikan negara republik, secara tidak langsung kedudukan raja-raja Melayu di Malaysia juga dihapuskan, dan hak-hak mereka juga dinafikan serta mereka akan dibuang begitu sahaja seperti kain buruk.

SIAPA YANG MENJADI DALANG?

Siapa yang menjadi dalang di dalam misi untuk menjadikan Malaysia negara Republik? Sudah tentulah orang yang sejak dulu lagi membenci raja-raja Melayu walaupun dia adalah orang Melayu. Jika pembaca masih ingat tidak berapa lama dulu mengenai isu "Diablo" yang melibatkan Sultan dan Pemimpin Pusat Pada Masa itu yang bertanggungjawab dalam hal ehwal kewangan.

Dari dulu lagi pemimpin ini tidak suka dengan raja-raja Melayu tambahan pula dia bercita-cita untuk menjadi Presiden bukanya Perdana Menteri kerana jika beliau menjadi Presiden tidak perlu lagi mendapatkan perkenan raja-raja Melayu atau YDP Agung dan apabila negara kita dijadikan negara republik Jawatan Yang Dipertuan Agung pun akan dihapuskan dan digantikan dengan jawatan Presiden.

Pemimpin ini tidak ubah seperti "Dajjal" demi mencapai cita-cita sanggup berbuat apa sahaja, kehadiran pemimpin ini telah banyak memporak-peranda persada politik tanah air. Orang seperti ini sepatutnya dari dulu lagi dihukum mati kerana dengan adanya dia politik tanah air menjadi kelam kabut.



Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, April 25, 2009

Nilai 1 Malaysia Bahagian 1: Budaya Kecermelangan...

Pada artikel penulis pada kali ini bersesuaian dengan Visi Perdana Menteri Malaysia yang keenam iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dengan berlandaskan Moto "One Malaysia", ia adalah satu visi baru yang dicanangkan oleh Perdana Menteri Kita yang baru beberapa bulan menerajui Malaysia itu.

Pada Kali ini penulis ingin membincangkan Bahagian 1 didalam Visi "One Malaysia" yang menekankan tentang "Budaya Kecermelangan". "Budaya Kecermelangan" ini bermaksud menjadi kecermelangan, peningkatan prestasi, dan prinsip ketepatan atau dengan kata lain menjadikan kecermelangan sebagai budaya setiap Rakyat Malaysia.

Ketepatan dari segi pengukuran, dari segi menguruskan masa, dari segi jadual penyampaian, dari segi kualiti. Jika Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang menekankan kualiti dan kecemerlangan, maka setiap produk yang datang dari Malaysia, setiap perkhidmatan yang berasal dari Malaysia akan dilihat seperti mempunyai kualiti dan nilai cemerlang yang diinginkan oleh dunia.

Patuh Ketepatan dari segi pengukuran, dari segi menguruskan masa, dari segi jadual penyampaian, dari segi kualiti. Jika Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang menekankan kualiti dan kecemerlangan, maka setiap produk yang datang dari Malaysia, setiap perkhidmatan yang berasal dari Malaysia akan dilihat seperti mempunyai kualiti dan nilai cemerlang yang diinginkan oleh dunia.

Patuh Pada Masa

Rakyat Malaysia juga perlu mengubah cara hidup, dan menukar daripada budaya "Tidak Tepati Masa" kepada Budaya orang yang sering menghargai masa dan menganggap masa itu lebih mahal daripada emas atau logam-logam bernilai yang lain.

"Masa itu Emas" ataupun "Masa Itu Wang" hendaklah digunapakai oleh setiap rakyat Malaysia, tidak patut lagi ada rakyat Malaysia yang menganggap kehilangan masa itu sebagai kehilangan yang remeh temeh, sikap suka menangguh hendaklah dielakkan kerana budaya itu telah membuatkan kita jauh ketinggalan di belakang.

Budaya "Esok Masih Ada" hendaklah dibuang daripada diri seorang insan yang bergelar rakyat Malaysia dalam mengejar kecermelangan diri serta kecermelangan negara. Kakitangan Kerajaan juga hendaklah mempertingkatkan prestasi kerjanya dan mengurangkan "Masa Minum Kopinya" kerana kebanyakkan kakitangan kerajaan menghabiskan banyak masanya di Kedai Kopi dan ini adalah salah satu punca mengapa banyak kerja-kerja yang berkaitan dengan Kerajaan tertangguh.

Penulis berharap Rakyat Malaysia berusaha untuk merubah diri ke arah kebaikkan, mempertingkatkan prestasi dan sentiasa mengejar kecermelangan demi Agama, Bangsa dan Negara. Penulis akan menyambung artikel ini dengan Bahagian 2 di dalam Visi "One Malaysia" pada artikel penulis yang akan datang.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, April 7, 2009

Batang Ai Kekal Milik Barisan Nasional

Keputusan Pilihan Raya Kecil Batang Ai telah diketahui ia menyaksikan calon Barisan Nasional berjaya memenangi Kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak Batang Ai dengan undian sebanyak 3,907 Undi dan Undi Majoriti sebanyak 1,854 undi. Ini bermakna Calon Barisan Nasional yakni Malcom Mussem Lamoh dengan menewaskan calon daripada PKR yakni Jawah Gerang yang hanya mendapat 2,053 Undi.

Keputusan ini bermakna Barisan Nasional berjaya mengekalkan kedudukanya di kerusi Dewan Undangan Negeri Ini. Sementara itu, beberapa penganalisis politik meramalkan ia adalah kemenangan tunggal bagi Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil 2 Bukit 1 Batang ini.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, April 5, 2009

Selamat Jalan Pak Lah, Selamat Bertugas Najib

Malaysian Minister of Defense, Najib Razak, pi...Image via Wikipedia

Penulis percaya ramai di kalangan rakyat Malaysia yang sudah mengetahui bahawa Perdana Menteri Malaysia yang Kelima telah meletak jawatan atau dengan kata lain bersara daripada menjadi ketua bagi sebuah negara yang bernama Malaysia.

Pak Lah yang kini bergelar Tun Abdullah setelah berkhidmat selama sepenggal lebih sebagai Perdana Menteri Malaysia an kini tugasnya diambil alih dan bertukar tangan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Legasi Kepimpinan negara kini sudah bertukar tangan, rata-rata rakyat Malaysia amat berharap agar Perdana Menteri Yang Keenam itu membuat perubahan demi perubahan untuk kepentingan rakyat dari rakyat untuk rakyat.

Terbaru setelah "Peralihan Kuasa" berjalan dengan licin, dan Datuk Seri Najib Tun Razak pun sudah bergelar Perdana Menteri, akhirnya UMNO menerima berita baik apabila Mantan Perdana Menteri yang juga mantan Presiden UMNO iaitu Ayahnda Tun Dr. Mahathir mengistiharkan hasratnya untuk kembali ke pangkuan UMNO.


Ada juga yang akan mengikuti jejak langkah Tun Dr. Mahathir untuk masuk ke UMNO namun setakat ini tidak dipastikan siapa yang akan menjejak langkah Tun Dr. Mahathir dengan kembali ke dalam UMNO. Sama-samalah kita nantikanya dengan penuh sabar.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, November 9, 2008

Rombakan Kabinet Dalam Masa Terdekat?

Umum telah mengetahui bahawa DS Najib Tun Razak telah diistiharkan menang tanpa bertanding sebagai Presiden UMNO yang baru menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang lebih dikenali dengan nama 'Pak Lah' atau penulis lebih gemar memanggilnya 'Presiden AAB'.

Pasti ramai orang mengandaikan bahawa Mac 2009 ini merupakan 'hari-hari terakhir seorang PM Bernama 'Pak Lah' atau Presiden AAB itu, walaubagaimanapun kita tidak boleh terlalu yakin terhadapnya kerana 'manusia hanya mampu merancang tuhan sahaja yang menentukanya.'

Kita tinggalkan isu Pemilihan UMNO kita kembali semula kepada topik utama yang penulis ingin bincangkan di dalam artikel penulis kali ini iaitu 'Rombakan Kabinet', bercakap mengenai kabinet, bukan kabinet dapur yang penulis maksudkan tetapi kabinet di sini ialah Menteri-Menteri yang menerajui Kementerian dengan khabarnya dalam masa terdekat ini akan ada satu rombakan kabinet besar-besaran tetapi setakat ini ianya baru boleh disifat 'khabar angin' dan tidak boleh lagi disahkan, namun bak kata pepatah " Kalau tak ada angin masakkan pokok bergoyang"

Jadi kita nantikan kesudahan khabar angin ini adakah ia hanyalah sekadar angin yang dibawa oleh bayu dan hanya untuk menghembus hawa dingin kepada diri kita sahaja ataupun ianya adalah angin yang bakal membakar kemarahan kita, kita tunggu dan lihat sahaja.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, October 26, 2008

Deklarasi Janda Baik Para Blogger

DEKLARASI JANDA BAIK

Memandangkan keadaan politik negara yang gawat, cabaran dan gugatan terhadap kepimpinan Melayu yang lemah oleh pihak-pihak tertentu, dari dalam dan luar negara serta keadaan ekonomi dunia yang kucar kacir dewasa ini, maka KAMI, para penulis, wartawan dan blogger yang prihatin terhadap nasib Bangsa, Agama dan Tanah Air, yang bersidang di Janda Baik, Pahang mengambil sikap dan pendirian seperti berikut:-

1. KAMI mendesak dan menuntut agar para pemimpin Melayu dari berbagai fahaman politik mengembelengkan tenaga, kerjasama dan buah fikiran demi mempertahankan keluhuran dan kekeramatan PERLEMBAGAAN MALAYSIA TANPA KOMPROMI
.
2. KAMI memberi amaran kepada para pemimpin politik Melayu dari semua fahaman ideologi agar jangan menjadi pemimpin Pak Pandir yang hanya menang sorak tetapi kampung halaman dan negara terjual kepada pihak asing.

3. KAMI juga memberi amaran keras kepada pihak-pihak tertentu yang memainkan sentimen perkauman dan mempertikaikan HAK ISTIMEWA MELAYU sepertimana yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN NEGARA agar jangan mencetuskan permusuhan antara kaum, antara agama dan antara budaya oleh kerana mereka menganggap kepimpinan Melayu lemah dan boleh diperdagangkan untuk memenuhi agenda perkauman mereka.

4. KAMI juga memberi amaran keras kepada para pemimpin Melayu, khasnya UMNO, agar mereka jangan menjadi pengkhianat BANGSA, AGAMA DAN TANAH AIR hanya kerana didorong oleh nafsu kekayaan kebendaan, kuasa yang dipinjamkan Allah, hingga melupai tanggungjawab mereka terhadap generasi Melayu akan datang.

5. KAMI menggesa seluruh umat Melayu yang menjadi para pejuang BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR tanpa mengira aliran politik agar memilih barisan pemimpin mereka yang terbaik dan bersih dari korupsi, berbagai skandal yang memalukan, yang berwibawa, berilmu dan berjiwa dinamik untuk menerajui kerajaan dan badan-badan amanah lainnya.

6. KAMI memberi peringatan dan teguran ikhlas bahawa UMNO mesti melakukan revolusi mental dan perombakan pemikiran yang dekaden, konservatif, materialistik yang melampau, anti ilmu, berpuak-puak, mementingkan diri, kaum keluarga dan para kroni hingga sanggup memperjudikan nasib BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR
.
7. KAMI memberi amaran keras dan peringatan yang tulus ikhlas bahawa kepimpinan UMNO yang lemah, korup, rakus dan gila kuasa boleh menggerhanakan masa depan generasi muda Melayu dan rakyat yang telah memberikan sokongan mereka sejak 51 tahun UMNO memimpin kerajaan Malaysia.

8. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa agar jangan terlalu banyak berkompromi dengan golongan-golongan tertentu yang mempunyai agenda tertentu untuk melemahkan kepimpinan Melayu.

9. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa bahawa kelemahan kekuasaan politik Melayu akan membawa kehancuran dan penghapusan kuasa orang Melayu di bumi Malaysia yang bertuah ini.

10. KAMI menyeru dan menggesa rakyat Melayu bertindak proaktif dalam berbagai bidang kehidupan untuk menjamin kekuasaan politik Melayu tidak terhakis dan ketuanan Melayu dan Islam kekal subur selagi ada matahari dan bulan

11. KAMI merafak sembah memohon agar Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu mempertahankan kedaulatan baginda seperti mana yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA dengan memberi sokongan moral kepada perjuangan umat Melayu dan Islam dalam berbagai lapangan hidup. Perlulah dihayati kedaulatan dan kedudukan Raja-Raja Melayu akan berterusan sekiranya rakyat Melayu dan umat Islam memperjuang dan mempertahankan institusi Raja tersebut.

12. KAMI dengan penuh takzimnya memohon Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan kaum kerabat baginda agar jangan mengkhianati dan melakukan sesuatu tindakan yang boleh menjejaskan institusi Raja dan melukai perasaan umat Melayu yang mempertahankan institusi Raja selama ini.

13. KAMI juga menyeru kepada kerajaan agar melaksanakan KEADILAN dan TANGGUNGJAWAB sebagai pemerintah kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum memandangkan Malaysia negara majmuk.

14. KAMI ingin memberi peringatan kepada bukan Melayu agar berpegang teguh pada kontrak sosial dan PERLEMBAGAAN NEGARA demi menjaga keharmonian hubungan antara kaum serta kesejahteraan dan keamanan yang kita sama-sama mempertahankannya.

15. KAMI yakin dan percaya bahawa Kebebasan suara Rakyat dan amalan Demokrasi mestilah dipertahankan oleh kerana rakyat yang memberi mandat dan amanah kepada parti-parti politik tertentu untuk berkuasa. Oleh hal demikian KAMI akan bekerjasama dengan siapa saja, dan dari golongan mana sekali pun, demi memperjuangkan hak dan kebebasan Rakyat serta amalan Demokrasi di bumi Malaysia yang bertuah ini.

Inilah deklarasi yang tulus ikhlas yang KAMI abadikan sebagai cetusan rasa dari buah fikiran KAMI demi memperjuangkan hak dan kepentingan Rakyat, Keamanan dan Kesejahteraan Negara Malaysia.

KAMI rakamkan cetusan hati nurani Rakyat yang bernama DEKLARASI JANDA BAIK, bertempat di kediaman Sdr Syed Hussein Al-Attas, bertarikh 26 Oktober 2008.{Wadi Hussein (Kediaman Pak Habib), Janda Baik, Pahang)

Buat pertama kalinya di Malaysia blogger mengeluarkan deklarasi khas berkenaan dengan isu-isu semasa yang berlaku di tanah air. Dekralasi ini adalah bertujuan untuk mendesak pihak-pihak tertentu yang telah menghuru-harakan politik Malaysia dengan pelbagai isu tanpa menyedari bahaya dan bahana yang akan tiba sekiranya permainan isu itu terus menjadi ikut-ikutan.

Dikisahkan deklarasi tersebut bermula apabila seorang ahli perniagaan iaitu Abdul Aziz Chemor yang mengadakan perjumpaan dengan beberapa blogger tanah air yang mana pertemuan tersebut dipanggil pertemuan Ceise Fire.

Deklarasi Janda Baik ini adalah lanjutan daripada Majlis Ceise Fire yang dianjurkan oleh ahli perniagaan tersebut. Deklarasi ini juga disempurnakan dan dizahirkan oleh Sdr Yassin Salleh mewakili kumpulan mereka itu.

Penulis tidak berkesempatan untuk menghadiri kedua-dua majlis yang bersejarah buat blogger itu kerana kesibukkan tugas, namun terima kasih kepada rakan blogger penulis iaitu Tuan MSO kerana telah memaklumkan perkembangan terkini berkenaan kedua-dua majlis tersebut di dalam blog beliau.

Sokongan Deklarasi Janda Baik

Penulis dengan sepenuh hati tanpa dipengaruhi oleh mana pihak-pihak baik di pihak kerajaan atau di pihak pembangkang menyokong penuh deklarasi Janda Baik ini kerana ia akan membantu meredakan keadaan politik tanah air yang sedikit tegang pada masa ini.

Penulis juga merasakan Deklarasi Janda Baik ini adalah salah satu cara untuk mempertahankan Perlembagaan Negara lebih-lebih lagi yang melibatkan Islam dan hak serta keistimewaan Melayu sebagai Pribumi.

Para blogger yang masih belum menyatakan sokongan terhadap Deklarasi Janda Baik ini bolehlah berbuat demikian dengan memuatkan Deklarasi Janda Baik di dalam blog masing-masing demi Agama, Bangsa dan Negara dan ingatlah panas tidak selalu ke petang. Fikir-fikirkanlah.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin