Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Dewan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Dewan Rakyat. Show all posts

Tuesday, January 31, 2012

Kesejahteraan dan Kemakmuran Rakyat

Kesejahteraan dan Kemakmuran Rakyat
Oleh: yieMEGA

RAKYAT merupakan satu yang terpenting bagi sesebuah negara, tidak akan bermakna sebuah negara kalau ianya tidak di diami rakyat. Begitu juga dengan kerajaan, tidak ada gunanya kerajaan sekiranya tiada rakyat tambahan pula rakyat yang memilih kerajaan.

Dewasa ini, rakyat memainkan peranan penting di dalam pembentukkan kerajaan, rakyat jugalah yang akan menentukan masa depan sesebuah parti politik. Rakyat Marhaen juga akan memilih kerajaan yang menepati 'selera dan citarasa mereka' dan pastinya parti politik yang tidak menepati selera mereka akan ditolak ketepi oleh mereka.

Kerajaan perlu prihatin dengan 'selera dan citarasa' di dalam menentukan kesinambungan kuasa kerajaan yang berkuasa. Kegagalan kerajaan memenuhi 'selera dan citarasa' rakyat sudah pastinya ia akan secara 'mandatori' akan dihukum rakyat di dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Inilah yang dikatakan 'suara rakyat suara keramat'.

Kesejahteraan dan kemakmuran rakyat dipilih menjadi tajuk artikel penulis pada kali ini. Di dalam artikel ini kita akan membincangkan sejauh mana pentingnya kesejahteraan dan kemakmuran rakyat. Sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar Kerajaan sering mengumumkan perkara-perkara yang berkaitan dengan "kesejahteraan dan kemakmuran rakyat".

Kebelakangan ini kita sering mendengar mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dan yang terbaru Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1M) itulah sebahagian program-program yang ada kena mengena dengan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

Sejak akhir-akhir ini kita dapat lihat bahawa kerajaan begitu aktif dan bersungguh-sungguh di dalam memberikan kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat. Persoalanya cukupkan program-program yang bakal memberikan kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat? Adakah ianya benar-benar sampai ke semua rakyat marhaen atau beberapa kerat sahaja yang mendapat kemakmuran dan kesejahteraan daripada program-program tersebut.

Bagi penulis program-program yang direncanakan oleh kerajaan untuk kesejahteraan dan kemakmuran rakyat tetapi keberkesanan program itu perlulah dipertingkatkan lagi. Penulis kerap kali mendengar rungutan daripada rakyat marhaen yang banyak bantuan-bantuan kerajaan yang tidak sampai kepada rakyat ini adalah kerana wujudnya Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKK) yang mengagihkan bantuan tersebut secara 'pilih bulu' dan juga 'pilih parti'.

Perkara-perkara yang seumpama inilah yang perlu dielakkan oleh kerajaan kerana perkara sebeginilah yang akan menjadi liabiliti kepada kerajaan yang berkuasa. Ketirisan bantuan kerajaan ini bakal mendatangkan kemarahan rakyat. Oleh yang demikian, Kerajaan perlu memantau semua Pengerusi JKK dan pastikan JKK yang gagal menjalankan tugas dengan baik diberhentikan dan digantikan dengan JKK yang bertangungjawab.

Cara lain yang mungkin boleh digunakan kerajaan ialah cuba adakan satu program memberi kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat yang tidak memerlukan ia disalurkan melalui JKK mahupun mendapat pengesahan JKK biarlah ia dibuat menerusi agensi-agensi kerajaan yang sedia ada kerana buat masa ini merupakan cara yang terbaik.

Kepada semua Pengerusi JKK di seluruh negara janganlah menjadi JKK yang memilih bulu kerana ia akan memberi reputasi yang buruk kepada kerajaan. Jangan sampai anda menjadi penyebab kenapa rakyat membenci kerajaan. Fikir-fikirkanlah....

Baca Lagi!

Monday, March 16, 2009

Bukit Gantang dalam Penantian !!!!

Hari ini penulis meluangkan sedikit masa untuk mengemaskini blog ini secara kebetulan Pilihan Raya Kecil bukit gantang sudah semakin hampir. Bercakap mengenai PRK sudah tentu ada ramalan siapa yang menang dan kalah nanti.

Ramalan sudah menjadi kelaziman untuk artikel yang bercakap mengenai pilihan raya. Penulis juga akan membuat ramalan dalam artikel penulis pada kali ini. Setiap pilihan raya tentu ada pemenangnya, di mana pemenangnya akan dihadiahkan kerusi, kerusi yang dimaksudkan bukan kerusi biasa tetapi kerusi yang berkuasa dan boleh menyampaikan 'suara rakyat' di Dewan Rakyat.

Jatuh bangun ahli Politik sudah menjadi kelaziman bagi manusia yang bergelar "Ahli Politik", mungkin hari ini seorang ahli politik tiada kuasa, mungkin pada masa depan ahli politik itu berkuasa. Ahli Politik biasanya tidak serik-serik mengharungi 'sepak terajang politik'.

Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang merupakan medan pertempuran kecil antara parti-parti politik yang ada di tanah air kita. Pada waktu itu, seluruh Malaysia akan tertumpu di Bukit Gantang, pada masa itu peniaga-peniaga di sekitarnya akan mendapat 'durian runtuh' tak kurang pula peniaga yang tamak haloba akan 'cekik darah' dalam perniagaan mereka atau lebih tepat sekiranya kita katakan "menangguk di air yang keruh".

Ramalan penulis pada Pilihan Raya Kecil tersebut mungkin Barisan Nasional menghadapi kesukaran untuk memenangi kerusi tersebut tambahan pula pelbagai masalah dalaman yang timbul sejak kebelakangan ini. Sekiranya nasib menyebelahi BN sekalipun kemungkinan kemenanganya hanyalah kemenangan yang tipis. Marilah kita menantinya dengan penuh kesabaran.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin