Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label prk dun tenang. Show all posts
Showing posts with label prk dun tenang. Show all posts

Sunday, January 30, 2011

Hari Penentuan Di Tenang Hari Ini

Hari Penentuan Di Tenang Hari Ini
Oleh: yieMEGA

TELAH lama juga penulis tidak membingkiskan sesuatu di blog milik penulis ini, perkara ini terjadi bukan kerana disengajakan kerana disebabkan penulis kesuntukkan masa untuk menulis maklum sahajalah tugas dan rutin harian penulis sejak dua menjak ini semakin hari semakin sibuk. Harap dimaafkan.

Hari ini penulis memilih untuk membincangkan berkenaan Hari Penentuan Di Pilihan Raya Kecil DUN Tenang hari ini, sepertimana pembaca yang telah sedia maklum hari ini rakyat di sekitar DUN Tenang keluar beramai-ramai untuk membuang undi bagi memilih siapakah yang bakal menjadi pemimpin dan mewakili suara rakyat DUN Tenang.

Hari ini adalah merupakan hari untuk kita menjawab persoalan yang sebelum ini timbul di dalam benak fikiran kita iaitu Siapakah yang menang dan siapakah yang bakalan tertewas. Semua jawapan kepada persoalan-persoalan itu akan terjawab hari ini. Hari ini juga bakal menyaksikan strategi kempen dari parti mana yang berkesan atau yang tidak berkesan.

Begitulah lumrah dalam dunia politik, siapa yang bijak memilih strategi merekalah yang bakal bergelar pemenang, dunia politik ini ibarat bermain catur, tersilap langkah orang boleh 'check mate'. Begitulah hakikatnya.

Semalam banyak blogawan yang meramalkan mengenai PRK Tenang, antaranya ialah MSO Melayu dan Harian Mega. Masing-masing meramalkan mengikut versi mereka yang tersendiri. Namun itulah dikatakan kebebasan bersuara, masing-masing berhak bersuara.

Apa kesudahan PRK Tenang? sama-samalah kita nantikanya dengan penuh kesabaran kerana sabar itu adalah separuh daripada iman. Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana pula dengan ramalan penulis berhubung PRK Tenang? Pada mulanya penulis tidak berminat untuk meramalkan tetapi setelah difikirkan untuk kali kedua, penulis mengambil keputusan untuk meramalkanya secara kasar dan bukanya 'detail'.

Penulis meramalkan BN menang tetapi dengan majoriti yang merosot terutamanya BN akan kehilangan undi daripada kaum Cina dan India. Ini adalah berdasarkan maklumat yang penulis terima daripada ejen-ejen penulis yang mengatakan ceramah BN di kawasan yang mempunyai kaum sepertimana tersebut adalah amat tidak memuaskan.

Walaubagaimanapun, ramalan ini tidak semestinya tepat terutamanya sekiranya pengundi di kawasan tersebut memilih untuk tidak melihatkan mereka menyokong mana-mana dan mengambil keputusan untuk tidak melibatkan di mana-mana ceramah politik.

Walau apa pun, sama-samalah kita menanti keputusanya kelak. Samaada PAS atau BN yang memenangi PRK tersebut, bersabarlah menanti.


Baca Lagi!

Tuesday, December 21, 2010

Adakah AKIM atau KITA berminat dengan TENANG?

Adakah AKIM atau KITA berminat dengan TENANG?
Oleh: yieMEGA

BARU-BARU ini kita sudah kendengaran bahawa Zaid Ibrahim baru sahaja mengambil alih Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia dan menukarkan nama parti tersebut dari AKIM kepada KITA. Di dalam keadaan DUN Tenang yang masih tenang setakat ini sudah tentu kita cuba pula membayangkan adakah KITA akan menyertai PRK DUN Tenang atau tidak?

Setakat ini tidak nampak pembayang yang diberikan oleh KITA, adakah mereka berminat atau tidak untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri Tenang. Bagaimanapun, bagi penulis adalah elok KITA mengambil bahagian bagi menguji sokongan rakyat terhadap mereka.

Adakah sokongan rakyat terhadap KITA yang dahulunya dikenali dengan nama AKIM akan bertambah selepas kemasukkan Zaid ke dalam parti tersebut. Paling menarik lagi sekiranya Presiden KITA sendiri yang menjadi calon untuk PRK DUN Tenang. Mungkin kita dapat lihat adakah rakyat masih menyokong Zaid atau ada tak rakyat yang bersimpati dengan Zaid.

Walaubagaimanapun, kehadiran KITA di dalam PRK DUN Tenang sedikit sebanyak akan memecahkan undi rakat DUN Tenang terutamanya golongan atas pagar. Namun, belum cuba belum tau.

Bagi penulis, DUN Tenang adalah pentas terbaik bagi KITA untuk menguji kekuatan mereka walaupun mereka masih baru tetapi AKIM sudah lama wujud di muka bumi Malaysia ini. Inilah masanya yang terbaik buat mereka menguji keupayaan mereka.


Baca Lagi!

Monday, December 20, 2010

DUN TENANG YANG MASIH TENANG

DUN TENANG YANG MASIH TENANG
Oleh: yieMEGA

SEPERTIMANA yang telah diketahui umum, satu lagi pilihan raya kecil untuk DUN Tenang, Johor bakal diadakan, apabila penyandangnya telah kembali ke Rahmatullah. Walaubagaimanapun, setakat ini perbincangan mengenai PRK tersebut boleh dikategorikan sebagai tenang. Kalau di tempat lain sudah lama kita kendengaran keriuhan orang ramai membicarakan mengenainya.

Dewan Undangan Negeri Tenang letaknya di dalam negeri Johor, banyak pihak menyifatkan bahawa kedudukan UMNO di DUN tersebut sukar digugat memandangkan Johor adalah kubu kuat UMNO. Walaubagaimanapun pada pandangan penulis, tidak semestinya UMNO boleh menarik nafas lega walaupun ianya terletak di dalam negeri yang dikenali sebagai kubu kuat UMNO. Ingat dalam politik tiada yang mustahil.

Sebagai contoh, cuba kita lihat Kelantan adalah kubu kuat PAS, tetapi apabila kita melihat keputusan PRK DUN Galas baru-baru ini ternyata ia tidak berpihak kepada PAS walaupun PAS adalah Kerajaan Negeri Kelantan dan Kelantan pula adalah kubu kuat PAS. Jadi tidak mustahil sekiranya UMNO atau Barisan Nasional akan kehilangan kerusi DUN Tenang kerana sememangnya di dalam politik tiada yang mustahil.

Penulis ingin membuat sedikit ramalan politik berkenaan PRK DUN Tenang, walaubagaimanapun ini hanyalah ramalan dan belum tentu lagi ketepatan ramalanya. Berdasarkan beberapa isu sekiranya gagal ditangani oleh BN besar kemungkinan BN akan kehilangan kerusi DUN Tenang.

Penulis gariskan beberapa isu yang timbul dan harus ditangani dengan segera oleh BN:

1) Isu Kenaikkan harga minyak petrol
2)Isu Kenaikkan harga barangan keperluan
3) Isu kenaikkan kos sara hidup rakyat.

Ketiga-tiga isu yang penulis gariskan tersebut akan memainkan peranan yang besar di PRK DUN Tenang. Pendek kata sekiranya pihak jentera pilihanraya BN gagal mengulas dan menjelaskan isu ini dengan baik kepada rakyat besar kemungkinan BN akan tewas di Tenang, ingat jangan disangka air yang tenang tiada buaya.

Ketiga-tiga isu yang digariskan tersebut juga ada kena mengena dengan kehidupan rakyat, ia melibatkan apa yang rakyat rasa, tempuhi dan harungi dan kemungkinan juga isu ini akan dijadikan modal serta dimanipulasi oleh parti lawan tidak kira apa sahaja parti yang nak lawan cap bulan ke, cap mata ke, cap roket ke semuanya tidak kira ia pasti akan menjadi isu yang akan diperbesarkan lagi.

Oleh yang demikian, jentera pilihan raya BN haruslah mencari ruang dan peluang bagi menangani dan menjawap isu-isu ini dengan kadar seberapa segera bagi membentung isu ini dijadikan modal oleh pihak pembangkang.


Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin