Rahmatan Alamin Atau Islam Liberal yang sebenarnya?
Oleh: yieMEGA
KERAJAAN Pakatan Harapan kini giat melakukan kempen kononya untuk menerapkan Rahmatul Alamin ke dalam Pemerintahan negara Malaysia. Imam Besar Mazhab Rahmatul Alamin yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr. Mujahid Yusof rawa begitu giat menjalankan kempen agar rakyat Malaysia boleh menerima Rahmatul Alamin.
Parti Amanah Negara (PAN) merupakan parti yang bertanggungjawab untuk memastikan Rahmatul Alamin di terima oleh umat Islam di Malaysia. Persoalan yang timbul sekarang adakah Kerajaan Pakatan Harapan cuba membawa konsep Rahmatan Alamin yang sebenar atau lebih kepada membawa Fahaman Islam Liberal yang kini begitu popular di sesetengah negara di timur tengah.
Makna Rahmatan Lil Alamin
Beberapa ulama telah mentafsir Surah Al-Anbiya Ayat 107 tersebut dan menyimpulkan bahawa Islam Agama Rahmatan Lil Alamin:
- Di utusnya Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wa sallam sebagai Rasul Allah adalah bentuk kasih sayang Allah kepada seluruh manusia.
- Hukum-hukum syariat dan aturan-aturan dalam Islam adalah bentuk kasih sayang Allah Ta’ala kepada makhluk-Nya.
- Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wa sallam dan hukum-hukum syariat islam yang dibawa oleh beliau adalah rahmat bagi alam semesta. Seluruh manusia mendapat manfaat dengan diutusnya Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wa sallam.
Baca Lagi!