Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label pas kelantan. Show all posts
Showing posts with label pas kelantan. Show all posts

Wednesday, February 16, 2011

Ada apa dengan Dali Husin?

Ada apa dengan Dali Husin?
Oleh: yieMEGA

MUNGKIN agak lama juga penulis tidak mengemaskini blog ini memandangkan penulis banyak dengan tugasan-tugasan harian penulis, diharap pembaca setia blog penulis sudi memaafkan, kebetulan pada hari ini penulis ada sedikit masa terluang jadi penulis mengambil keputusan untuk mengemaskini blog penulis ini.

Baru-baru ini di dalam kesibukkan tugas penulis, secara tak sengaja telah terjumpa satu risalah yang ditampal di salah sebuah kedai serbaneka di hadapan JPJ Panji Kota Bharu, Kelantan. Risalah yang bertajuk Dali Husin tidak layak menjadi calon Pilihan Raya Umum itu ternyata menarik minat hati penulis untuk membacanya untuk mengetahui apakah kandungan-kandunganya.

Mengikut dakwaan yang ditulis di dalam risalah tersebut dia mengatakan bahawa Dali Husin merupakan salah seorang penganggur terkaya di Malaysia. Dia dikatakan telah mendapat beberapa komisyen daripada projek-projek Kerajaan Persekutuan, selain itu kehidupan beliau sangat mewah dan tidak mesra rakyat.

Perlu diingatkan dakwaan tersebut bukan penulis buat, tetapi apa yang penulis cuba buat adalah untuk mencari kebenaran dan untuk mengetahui siapakah yang di pihak yang benar dan siapakah berada di pihak yang salah.

Penulis sebagai seorang individu yang pendokong kepada politik pro kebenaran bertanggungjawab untuk mengetahui adakah dakwaan-dakwaan yang dilemparkan terhadap Dali Husin itu benar-benar berasas atau ia sekadar fitnah untuk menjatuhkan Dali Husin semata-mata.

Penulis merayu mana-mana individu yang mempunyai maklumat yang sahih dan tepat mengenai isu ini, tampilah bersuara, bagi penulis sekiranya Dali Husin benar bagai dikata, orang seperti ini kita tidak boleh angkat beliau menjadi pemimpin, kalau ia sekadar fitnah untuk menjatuhkan Dali Husin penulis akan menjadi orang pertama yang akan membenci orang yang membuat fitnah tersebut.

Janganlah disaatkan kedudukan UMNO yang masih belum pulih sepenuhnya ini dirosakkan oleh ahli dan pemimpin yang hanya mementingkan diri demi harta dan wang ringgit, pangkat dan kedudukan.

Jangan menjadi liabiliti kepada parti pada waktu ini, berusahalah untuk menjadi sebuah aset kepada parti kerana inilah waktunya untuk kita membuktikan kepada parti yang kita sentiasa bersama parti walaupun kita berada di dalam kesenangan mahupun berada di dalam kesusahan. Inilah baru dinamakan satu perjuangan yang tulen.

Baca Lagi!

Saturday, February 27, 2010

PAS Jangan Terlalu Selesa Dengan Royalti

PAS Jangan Terlalu Selesa Dengan Royalti
Oleh: yieMEGA

SETELAH sekian lama penulis menyepi, tetapi bukanlah kerana penulis tidak mahu menulis oleh kerana kesibukkan tugas penulis terpaksa memberhentinkan penulisan artikel di blog ini kerana tugas-tugas penulis perlulah diutamakan.

Hari ini penulis memilih tajuk "PAS Jangan Terlalu Selesa dengan Royalti" untuk mengisi artikel terbaru untuk blog ini. Kalau kita lihat semenjak dua menjak ini semakin galak PAS 'menjaja isu royalti' namun bukan bermakna penulis menentang tindakan PAS itu, kerana apa salahnya sambil menyelam kita minum air.

Penulis merasa terpanggil untuk memberikan sedikit pandangan kepada mereka, penulis tahu yang penulis ini bukanlah pemimpin-pemimpin mereka, bukan juga ulama dan juga bukan umara' namun tidak salahkan kalau kita sampaikan pendapat kita, terpulang kepada mereka nak terima atau tak nak terima pendapat penulis ini.

Penulis ingin bertanya kepada pembaca adakah pembaca masih ingat di mana Kerajaan PAS Terengganu satu masa dulu pun pernah menjaja isu royalti untuk negeri Terengganu, oleh kerana mereka terlalu yakin bahawa dengan isu royalti itu mereka dapat mempertahankan pemerintahan mereka di Terengganu, akhirnya membawa padah apabila Kerajaan PAS Terengganu telah ditumbangkan oleh Barisan Nasional pada tahun 2004.

Begitulah kisahnya, hari ini kalau kita lihat seakan-akan pemimpin-pemimpin begitu selesa dengan menjaja isu royalti, mungkin baginya boleh mendatangkan satu kelebihan untuk mempertahankan Kerajaan PAS Kelantan, namun sepatutnya mereka tidak boleh begitu cepat untuk selesa kerana mereka perlu juga belajar daripada kejatuhan Empayar PAS Terengganu.

Mungkin PAS sudah boleh dijenamakan semula, di mana pemimpin-pemimpinya yang bertaraf 'kereta buruk' perlu direhatkan. Pemimpin-pemimpin yang ingin menjadi pemimpin seumur hidup juga perlu diundurkan untuk beri laluan kepada golongan muda mengambil alih teraju kepimpinan PAS.

Penulis berharap agar 'isu royalti' tidak menjadi senjata makan tuan bagi PAS, sepertimana sebelum ini media alternatif juga sudah menjadi senjata makan tuan bagi PAS.

Akhir kalam, artikel penulis pada kali ini berakhir di sini, mungkin di artikel yang akan datang penulis akan membincangkan berhubung iklan isu tuntutan royalti Kerajaan Kelantan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin