Bersatu Ke Arah Revolusi Malaysia Bersama PBBM
Oleh: yieMEGA
MALAYSIA adalah tanah tumpahnya darahku, tempat lahirnya kita, tempat kita dibesarkan, tempat kita mencari sesuap nasi. Malaysia adalah milik kita. Tak berapa lama lagi kita akan menyambut hari Kemerdekaan negara kita. 31 Ogos 1957 detik bersejarah apabila laungan "Merdeka, Merdeka, Merdeka, Merdeka, Merdeka, Merdeka, Merdeka" menguasai ruang angkasa Tanah Melayu (sekarang Malaysia). Detik-detik indah tersebut terus dirakam dan menjadi sejarah besar buat negara kita. Namun, kini kemerdekaan kita tiada maknanya dek kerana pemimpin yang ada sekarang kita hidup semakin merana.
Dulu kita berbangga dengan ekonomi negara, kini tidak lagi, dulu kita berbangga dengan pencapaian pemimpin nombor wahid negara yakni perdana menteri kini tidak lagi, dulu kita berbangga dengan kedudukan mata wang kita, kini tidak lagi. Dulu kita berbangga dengan kepimpinan melalui tauladan kini tidak lagi, kini cuma tinggal pemimpin yang suka penuhkan poket diri sendiri. Rakyat marhaen yang merana dipeduli jangan. Itulah hakikat yang perlu kita terima kita hanya merdeka di atas kertas tetapi sebenarnya kita masih belum merdeka dari kepimpinan yang zalim dan pentingkan diri.
Ayuh bangsaku, kini sudah tiba masanya untuk kita bangkit menentang kezaliman dan kemungkaran. Malaysia milik kita bukan milik pemimpin tertentu yang hanya tahu memenuhkan kantung kewangan diri mereka sendiri sahaja dan membiarkan rakyat merana dengan pelbagai macam, kenaikkan harga tol, peningkatan kos sara hidup, peningkatan kadar pengangguran, peningkatan kadar jenayah, peningkatan kes rasuah, peningkatan harga tol dan bermacam-macam lagi hadiah yang pemimpin kita sanjungi sekarang bagi dekat kita. Tanya pada diri sendiri adakah patut lagi kita memilih pemimpin seumpama ini. Cukup-cukup sudah kita menjadi makmum kepada imam yang sebenarnya tidak layak menjadi imam.
Ayuh bangkitlah bangsaku menentang kezaliman, mengembalikan hak rakyat bersama kita bersatu merevolusikan Malaysia agar dapat dikembalikan zaman kegemilangan negara kita yang tercinta. Usahlah takut, usahlah malu kita bersama berusaha membuat perubahan demi negara yang tercinta. Jangan kita terus menjadi pemakan dedak, kerana kalau kita kerap memakan dedak akhirnya duit negara kita tinggal keladak.
Baca Lagi!