Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Maps and Views. Show all posts
Showing posts with label Maps and Views. Show all posts

Saturday, August 22, 2009

Projek Jambatan Sultan Yahya Petra Ke 2 Jadi Projek Gajah Putih?


Projek Jambatan Sultan Yahya Petra Ke 2 Jadi Projek Gajah Putih?
oleh: yieMEGA
PROJEK Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua merupakan salah satu projek Kerajaan Persekutuan atau orang Kelantan selesa dengan "Projek Rimau Kurus" yang diluluskan semasa Pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi beberapa tahun yang lalu.

Persoalanya sekarang adakah projek jambatan kedua ini telah menjadi projek gajah putih? Persoalan ini timbul setelah melihat sendiri pergerakkan projek ini sewaktu penulis berkunjung ke sebuah pasaraya yang berdekatan dengan projek jambatan ini.

Banyak juga cerita yang berlegar-legar di kalangan rakyat setempat berkenaan perjalanan projek kedua ini yang agak lambat pergerakkan pembinaanya. Antara yang penulis dapat dengar projek katanya telah di ali baba kan, dan kini projek ini dijalankan oleh kontraktor berbangsa cina tetapi penulis tidak pasti sejauh mana kebenaran cerita ini.

Tetapi yang penulis pasti adalah pergerakkan dalam pembinaan jambatan ini agak lembab, sedangkan tujuan membina jambatan kedua ini adalah untuk memberi kesenangan kepada rakyat, berdasarkan slogan rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan kenapa projek ini perjalananya agak lembab? Adakah sesuatu telah berlaku terhadap projek ini?

Kalau begini caranya macamana rakyat nak sokong? Jambatan kedua ini amat penting demi memberikan kemudahan kepada rakyat dan juga mengatasi kesesakan lalu lintas di jambatan pertama yang semakin kritikal pada waktu puncak dan juga hari-hari perayaan.

Penulis dengan tegasnya mendesak YAB Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia dengan segera turun menyiasat perjalanan projek ini demi kepentingan rakyat. Penulis tidak menyalahkan DS Najib dalam hal ini, kerana ianya diluluskan di era Tun Abdullah tetapi sebagai Perdana Menteri yang berjiwa rakyat beliau hendaklah segera memantau perjalanan projek ini.

Semasa tinjauan penulis mendapati, cuma beberapa orang pekerja sahaja yang bekerja di dalam menyiapkan projek ini, berapa lama mahu siap projek ini kalau dengan cara ini mereka bekerja. Penulis merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan projek ini.

Penulis mengeluarkan artikel ini bukanlah untuk menjatuhkan mana-mana pihak, ataupun membuat serangan peribadi, tetapi penulis merasa menjadi tanggungjawab penulis untuk menyedarkan kerajaan 'rimau kurus' supaya tidak alpa dengan setiap projek yang diluluskan kerana kelak mereka akan dipersalahkan oleh rakyat.

Bagi mereka kurang senang dengan artikel ini, penulis memohon maaf tetapi ianya untuk kebaikkan rakyat dan kerajaan, dan sekarang ini projek ini sudah menjadi 'buah mulut' rakyat Kelantan terutamanya di sekitar Kota Bharu.

Untuk pengetahuan pembaca gambar yang disertakan adalah gambar terkini di sekitar tapak projek Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua. Daripada gambar itu jelas sekali, agak mustahil untuk disiapkan dalam masa yang terdekat.


Starflower


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Friday, March 13, 2009

Raja-raja Melayu Perlu Dipertahankan!!!

Terlebih dahulu penulis ingin memohon maaf kerana buat masa ini penulis hanya mampu mengemaskini blog ini sekali seminggu tidak seperti dulu yang mana blog ini dikemaskini setiap hari, oleh kerana masa tidak mengizinkan penulis mengemaskini blog ini setiap hari di samping tugas penulis yang banyak perlu dibereskan di hari-hari bekerja, pada kesempatan cuti hari Jumaat ini penulis memilih tajuk "Raja-raja Melayu perlu dipertahankan".

Raja merupakan pemerintah tertinggi di sesebuah negeri yang lazimnya digelar Sultan. Raja di Malaysia bermula sejak dari zaman Kesultanan Melaka lagi. Pada masa Kesultanan Melaka Sultan berkuasa penuh dan mempunyai imunitinya sendiri. Pada masa itu rakyat jelata takut untuk menderhaka kerana bimbang terkena tulah. Dalam erti kata lain r rakyat lebih menghormati raja pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Hari ini kita lihat, raja-raja Melayu sudah mula tidak dihormati oleh rakyat jelata ada yang mencemuh ada juga yang mengherdik serta ada yang sanggup melakukan tingkah laku biadap seperti menahan kenderaan raja. Seolah-olah tingkah laku bilazim ini yang bercorak penderhakaan cuba dilazimkan oleh rakyat jelata semuanya kerana politik. Lebih memalukan tindakan bilazim tersebut dilakukan oleh orang Melayu sendiri. Sedangkan raja-raja Melayu berperanan untuk mempertahankan hak-hak orang Melayu.

Raja-raja Melayu mempunyai peranan yang besar di dalam menjaga hak-hak orang Melayu dan membela orang Melayu sebab itulah raja-raja Melayu mempunyai kuasa mutlak dan kuasa mutlak raja-raja Melayu sepatutnya tidak dipertikai oleh orang Melayu sendiri. Namun dewasa ii kita lihat ramai orang Melayu sudah berani mempertikaikan kuasa mutlak yang ada pada raja-raja Melayu.

Raja-raja Melayu akan bertindak sebagai pembela kita sewaktu masa nanti, jadi marilah bersama-sama kita melindungi hak orang yang akan membela kita sewaktu kita perlukanya kelak.



Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin