Lebuh Raya Bebas Tol, Adakah Orang Sabah dan Sarawak sahaja Rakyat Malaysia
Oleh: yieMEGA
PENULIS percaya bahawa umum sudah mengetahui bahawa Orang Sabah dan Sarawak telah disogokkan dengan Lebuh Raya Bebas Tol yang dikenali dengan nama Lebuh Raya Pan Borneo. Di sini membuktikan Kerajaan Persekutuan telah mengambil pendekatan 'berat sebelah' di mana Lebuh Raya yang begitu panjang di Sabah dan Sarawak ini dibina dan apabila siap kelak tiada sebarang tol yang dikenakan terhadap pengguna lebuh raya tersebut.
Ini berbeza pula dengan Rakyat Malaysia yang berada di semenanjung mereka dipaksa membayar tol di kebanyakkan lebuh raya. Memang ada lebuh raya yang sudah dikecualikan tol tetapi ia 'berapa kerat' sangat yang tak mengenakan tol tapi yang kena tol tu banyak, malah rakyat Malaysia yang tinggal di Semenanjung sememangnya terbeban dengan bayaran tol tersebut.
Timbul persoalan di sini, mengapa lebuh raya yang begitu panjang tidak dikenakan tol tetapi kalau lebuh raya di semanjung lebuh raya yang pendek pun dikenakan tol. Ini salah satu bentuk ketidakadilan yang berlaku dan ianya bertentangan dengan konsep 'federalisme' yang sepatutnya bersikap adil dengan semua negeri tanpa perlu 'pilih bulu'. Adakah lebuh raya tersebut di bina hanya untuk mencemarkan 'maruah' orang Sabah dan Sarawak. Mungkin Yang Amat Berkuasa Najib Razak ingin memperdaya orang Sabah dan Sarawak agar terus memberi sokongan kepada beliau dan juga parti yang kini sudah menjadi 'milik beliau' kerana mungkin dia ingat orang Sabah dan Sarawak ini tidak bermaruah.
Baca Lagi!