Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label ADUN Kelantan. Show all posts
Showing posts with label ADUN Kelantan. Show all posts

Monday, October 11, 2010

Ladang Rakyat Mungkin Menjadi Isu di Galas


Ladang Rakyat Mungkin Menjadi Isu di Galas
Oleh: yieMEGA

PROJEK Ladang Rakyat mungkin menjadi satu isu besar di PRK DUN Galas semasa kempen nanti. Ini sedikit sebanyak akan menyukarkan PAS untuk berkempen di Galas kerana Ladang Rakyat adalah di dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri dan mungkin mereka terpaksa menyelesaikan segera beberapa isu yang berbangkit di Galas.

Sebelum ini, penulis menjangkakan PAS mungkin akan menggunakan tanah sebagai senjata untuk menghadapi PRK DUN Galas. Berkemungkinan besar PAS akan menyelesaikan dengan segera isu ini dengan menggunakan jabatan di bawah Kerajaan Negeri Kelantan iaitu Pejabat Tanah dan Jajahan. Bagus benar sekiranya isu ini dapat diselesaikan oleh PAS dengan seberapa segera, tapi yang tak bagusnya PAS yang sebelum ini melarang BN daripada menggunakan agensi kerajaan untuk berkempen, akhirnya PAS sendiri menggunakan Agensi/Jabatan Kerajaan di dalam bidang kuasa mereka untuk berkempen.

Jangkaan penulis sebelum ini nampaknya sudah menjadi kenyataan, malah Hussam Musa dalam kenyataanya sebelum ini seperti mengesahkan kenyataan ini, apabila beliau berkata Kerajaan Negeri akan menyegerakan pemberian tanah-tanah di Galas. Untuk rekod kenyataan itu dikeluarkan semasa merasmikan program Dewan Pemuda PAS di Gua Musang.

Mungkin mereka-mereka yang mendengar ucapan Hussam yang kecewa dengan janji Kerajaan Negeri sebelum ini akan 'lembut hati' dan apa lagi bulan lah menjadi pilihan mereka. Mungkin juga ada yang sudah tak sanggup untuk ditipu untuk kali kedua, jadi pada mereka 'janji' Hussam ini sekadar bertanam tebu di pinggir bibir sahaja.

Isu Ladang Rakyat ini telah lama penulis dengar, namun sampai sekarang masih belum selesai. Kalau Kerajaan PAS Kelantan dapat menyelesaikanya semasa PRK Galas nanti sudah tentu ia bermakna PAS parti yang akan menyelesaikan masalah rakyat apabila pilihan raya tiba.

Sebenarnya, PAS tidak perlu menunggu pilihan raya sekiranya mereka benar-benar ingin membantu dan menolong rakyat marhaen. Sepatutnya isu ini telah lama diselesaikan oleh Kerajaan Negeri dan bukanya menjadi bahan k.i.v untuk diselesaikan menjelang pilihan raya.

Dengan hanya menyelesaikan permasalahan rakyat menjelang pilihan raya, sudah pasti rakyat akan ragu-ragu mengenai keikhlasan PAS di dalam membantu rakyat dalam segala segi. Mari bersama-sama kita saksikan bagaimana suasana kempen semasa PRK DUN Galas nanti adakah isu Ladang Rakyat ini akan menjadi isu hangat di sana, sama-samalah kita nantikanya.

Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Tuesday, May 27, 2008

Pengelola Istana Diraja Kelantan Nafi

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, Ahmad mengalami tanda-tanda menda pat serangan itu selepas menghadiri satu majlis di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa pada tarikh tersebut.

"Ingin saya jelaskan Datuk Ahmad bukan mendapat serangan itu selepas menghadap Al-Sultan seperti yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan pada Ahad lalu,” katanya pada sidang akhbar di Istana Balai Besar di sini.

Ahad lepas, akhbar tempatan melaporkan Ahmad dima sukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Univer siti Sains Malaysia (HUSM) pada pukul 1 pagi selepas menghadap Sultan Kelantan untuk memaklum menjalan kan tugas-tugas Menteri Besar berikutan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bercuti menunaikan umrah selama dua minggu bermula Sabtu lepas.

Berikutan itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri Datuk Husam Musa akan menjalankan tugas sebagai Menteri Besar Kelantan sehingga 9 Jun ini.

Abdul Halim menjelaskan Ahmad tidak pernah meng hadap Sultan Kelantan bagi tujuan pemakluman itu kerana Nik Aziz sebelum itu telah menyembah surat untuk mendapat perkenan Sultan.

"Al-Sultan telah ampuni perkenan dengan hasrat tersebut dan telah dijawab pada 13 Mei lalu kepada Datuk Menteri Besar,” katanya.

Beliau berkata semalam, pejabat Sultan Kelantan telah menerima surat daripada Nik Aziz bagi mendapat perkenan agar Husam menjalankan tugas Menteri Besar.

Abdul Halim berkata, surat tersebut akan dipersembahkan kepada Sultan Kelantan hari ini untuk mendapat perkenan.

Beliau berkata, Ahmad kini sedang berehat dan masih menjalani rawatan di HUSM.

"Raja Perempuan Kelantan juga amat prihatin dengan masalah kesihatan Timbalan Menteri Besar dan telah berangkat melawat Datuk Ahmad pada Sabtu lalu,” katanya. — Bernama


Baca Lagi!

Seorang lagi ADUN Kelantan bakal dipanggil mengadap oleh Tuanku Sultan?

Ada seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan yang bertaraf Exco akan dipanggil oleh Tuanku Sultan Kelantan. Difahamkan ADUN itu dipanggil mengadap berhubung ada satu lagi penyelewengan tanah kerajaan negeri yang diluluskan ke atas nama adik ADUN tersebut bernilai RM 40 Juta ringgit sebelum Pilihan Raya Umum baru-baru ini.

Penyelewengan itu akhirnya dapat diketahui oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan dan bakal memanggil mengadap ADUN tersebut untuk mempersembahkan tunjuk sebab kepada baginda kenapa tanah tersebut diluluskan. Namun, nama ADUN tersebut masih lagi dirahsiakan kerana masih dalam siasatan Pejabat Sultan Kelantan.

Difahamkan beberapa hari lagi ADUN tersebut bakal dipanggil mengadap oleh Tuanku Sultan Kelantan. Adalah di harap rakyat negeri Kelantan bersabar menunggu siapakah yang bakal dipanggil mengadap Sultan Kelantan itu.

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin