Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label pkm. Show all posts
Showing posts with label pkm. Show all posts

Wednesday, November 25, 2009

Ching Peng - MAAF ATAU TIADA MAAF?

Ching Peng - MAAF ATAU TIADA MAAF?
Oleh: yieMEGA

PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM) merupakan parti yang memperjuangkan ideologi komunis yang pernah bertapak di Malaysia (Ketika itu Malaya). Ching Peng adalah salah seorang pendokong perjuangan komunis yang di bawa oleh PKM, ketika ini beliau hidup di dalam buangan kerana PKM telah meninggalkan satu sejarah hitam buat penduduk Malaya (sekarang Malaysia).

Beberapa hari lalu diberitakan bahawa Ching Peng memohon maaf. Ada juga sebilangan rakyat Malaysia yang bersedia untuk maafkan Ching Peng atas alasan usia Ching Peng sudah tua, dan ada juga yang tidak boleh memaafkan Ching Peng kerana kekejaman PKM di masa lalu. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin juga berkata tiada maaf untuk Ching Peng.

Memang adat manusia yang melakukan kesalahan akan memohon keampunan, dan lazimnya manusia akan memaafkan kesilapan manusia tersebut kerana manusia sememangnya tidak lekang daripada melakukan kesilapan. Namun, penulis melihat dalam isu permohonan Ching Peng ini kita perlu berfikir sedalam-dalamnya untuk memaafkan beliau.

Sebagai warga emas, penulis hormati dia, namun apa yang penulis bimbangkan sekiranya beliau dimaafkan dan pulang ke Malaysia walaupun beliau adalah warga emas, kemungkinan besar ideologi komunis akan balik ke Malaysia dan anak-anak muda kita akan terpengaruh dengan ideologi berhaluan kiri itu.

Pada pandangan penulis sekiranya Chin Peng hendak dimaafkan, tidak salah memaafkanya dengan syarat Ching Peng tetap tidak dibenarkan pulang ke Malaysia. Namun, jauh di sudut hati penulis amat sukar untuk penulis memaafkan Ching Peng kerana mengingatkan penderitaan yang terpaksa dilalui oleh nenek moyang kita di zaman kekejaman komunis.

Ada juga pemimpin sesetengah parti politik yang menggesa Ching Peng dimaafkan, mungkin mereka telah lupakan apakah yang telah dilakukan oleh Ching Peng sebelum ini ataupun mungkin mereka ada agenda tersembunyi demi kepentingan politik mereka, maklumlah zaman sekarang ni manusia sanggup berbuat apa sahaja asal dapat kuasa dan menduduki kerusi kepimpinan negara.

Penulis tidak nafikan yang ada juga blogger yang menggesa Ching Peng diberikan keampunan, namun mungkin mereka tidak dapat merasakan bahawa PKM adalah satu pertubuhan kejam. Satu soalan untuk blogger yang menyokong Ching Peng "Andai kata ibu atau ayah anda di bunuh oleh seseorang, dan ketika seseorang itu lanjut usianya dan memohon maaf di atas perbuatanya adakah anda sanggup memaafkanya? Fikir-fikirkanlah....


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin