Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label program bakti remaja. Show all posts
Showing posts with label program bakti remaja. Show all posts

Monday, November 9, 2009

Cabaran Baru Dalam Melahirkan Modal Insan Bermoral...

Cabaran Baru Dalam Melahirkan Modal Insan Bermoral...
Oleh: yieMEGA

CABARAN baru dalam melahirkan modal insan yang bermoral menjadi tajuk artikel penulis pada hari ini. Penulis sengaja memilih artikel yang keluar sedikit daripada kepompong politik dengan harapan artikel ini dapat membuka mata sesiapa sahaja yang membacanya terutamanya pembaca setia blog ini.

Wawasan 2020 cuma tinggal lebih kurang sepuluh tahun lagi, melihat anak-anak bangsa kita pada hari ini, penulis merasakan anak bangsa kita masih belum cukup kuat untuk mewarisi kepimpinan negara yang sudah 52 tahun mengecapi nikmat merdeka. Cuba kita lihat anak-anak bangsa kita di bangku sekolah, yang tidak berdisiplin bukan sahaja tidak berkurangan malahan bertambah pula bilangan salah laku disiplin di kalangan anak bangsa kita.

Penulis sendiri cuba mencari apakah puncanya yang menyebabkan disiplin anak bangsa kita merosot, setakat ini penulis masih tercari-cari belum ada satu pun yang boleh menjelaskan dengan tepat kenapa perkara seumpama ini berlaku.

Hari ini kalau kita lihat kes-kes jenayah juvana terus meningkat dari hari ke hari, begitu juga dengan kes hamil luar nikah juga seolah-olah sudah menjadi normal dan langsung tidak membezakan negara kita dengan negara barat.

Pada penulis sekiranya kita terus mencari salah siapa? permasalahan ini tidak akan selesai malah ia akan bertambah parah lagi, adalah lebih baik kita mencari apakah puncanya yang menyebabkan kerosakkan moral anak bangsa kita yang semakin kritikal dari hari ke hari.

Pada pandangan penulis sekiranya tahap disiplin anak bangsa kita masih seperti hari ini mahupun lebih teruk pada hari ini, ia akan meninggalkan kesan yang buruk terhadap negara kita yang sudah 52 tahun merdeka ini.

Kita perlu ingat perjuangan mengekalkan kemerdekaan adalah lebih susah daripada perjuangan menuntut kemerdekaanm, kerana banyak duri dan ranjau yang perlu kita lalui di dalam mengharungi dan mengejar impian wawasan 2020 tersebut.

Pengalaman penulis melihat beberapa pelajar anak bangsa kita di sekolah menengah mungkin boleh dijadikan sedikit rujukan untuk sama-sama kita memperbaiki kelemahan masing-masing. Berdasarkan pengalaman penulis, banyak yang menjadi punca kepada keruntuhan moral anak bangsa kita.

Faktor paling utama ialah faktor keluarga atau lebih tepat lagi jika penulis katakan faktor ibu bapa, kerana ibu-bapa adalah role model bagi anak-anak. Bagi ibu-bapa yang beragama Islam kadang-kadang kurang menitik beratkan hal ehwal Islam terutamanya Solat, ada ibu bapa yang hanya mementingkan kerjaya daripada Solat.

Solat itu tiang agama, namun ada ibu-bapa yang memperlekehkan tiang agama ini, demi kerjaya dan rezeki sedangkan rezeki itu datangnya daripada Allah tuhan seru sekian alam. Ini menyebabkan rezeki yang diperoleh tidak diberkati Allah dan secara automatisnya ia telah menyebabkan anak-anak mereka terpesong, ditambah pula mereka mengabaikan anak-anak mereka demi kerjaya.

Paling sedih sekali ada ibu-bapa yang beragama Islam tidak pernah pun sembahyang daripada anaknya kecil hinggalah anaknya meningkat remaja. Tidak hairanlah ramai pelajar di sekolah tempat penulis bertugas tidak tahu cara untuk sembahyang, malah seumur hidup mereka tak pernah sembahyang.

Cabarang Baru dalam melahirkan Modal Insan Bermoral juga semakin mencabar apabila ada unsur-unsur baru yang timbul dalam hidup manusia contohnya teknologi. Sebelum penulis pergi lebih jauh, izinkan penulis jelaskan bahawa penulis bukan seorang anti teknologi tetapi penulis berpendapat dengan timbulnya teknologi cabaran untuk melahirkan modal insan bermoral juga menjadi semakin susah, namun kita boleh mengatasinya dengan kita perlu lebih tahu daripada anak-anak kita, jangan jadi ibu-bapa yang hanya tahu tekan suis on/off komputer sahaja dan tidak tahu apa-apa selain itu.

Ini memudahkan anak kita menipu kita, maklumlah anak bangsa kita pada zaman sekarang ini lebih cerdik daripada kita, malah mereka lebih tahu daripada kita, pastikan kita tidak ketinggalan dengan mereka ini adalah satu cara untuk melahirkan modal insan yang bermoral dan berakhlak tinggi.

Penulis akan sambung dalam artikel penulis yang akan datang, insyaAllah dalam masa yang terdekat ini jika tidak ada aral melintang. Selagi nyawa dikandung badan. Selagi jasad wujud di alam maya dan tidak berhijrah ke Alam Barzakh.


Baca Lagi!

Saturday, August 8, 2009

1Malaysia di Terengganu...

1Malaysia di Terengganu
Oleh: yieMEGA

HARI ini berlansung Program Bakti Remaja anjuran Kerajaan Negeri Terengganu di kawasan DUN Kota Putra, Besut, Terengganu. Kali pertama penulis dapat lihat bangsa selain Melayu menyertai Program Bakti Remaja. Sebelum ini penulis belum pernah melihatnya tetapi ketahui pula penulis adakah Program Bakti Remaja sebelum ini mensyaratkan hanya untuk bumiputera atau tidak itu kena tanya Ahmad Said Selaku Menteri Besar Kaduk Naik Junjung.

Penulis sempat melihat satu baju T yang diberikan secara percuma yang diberikan kepada peserta Program Bakti Remaja pada hari ini, di belakangnya tertulis perkataan "1Terengganu", di mana pada Program Bakti Remaja sebelum ini Baju T yang diberi tertulis perkataan 'Islam Hadhari Terengganu Bestari' diberikan percuma kepada peserta.

Bercakap mengenai Baju T ini penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk menegur sedikit, Baju T yang diberikan hanya satu saiz dan tidak sesuai untuk mereka yang berbadan besar dan mungkin yang berbadan besar akan membuatnya sebagai 'Kain Buruk' kerana tidak muat baju T tersebut, cuba bayangkan baju T yang berlambangkan Terengganu dijadikan kain buruk dan dipijak-pijak oleh mereka yang membuatnya sebagai alas kaki. Tidakkah ini satu pembaziran dan satu penghinaan terhadap jata negeri Terengganu. Adalah lebih elok pemberian T Shirt untuk Program Bakti Remaja akan datang hendaklah pelbagai saiz diberikan supaya ianya dapat dipakai oleh semua.

Tulisan 1Terengganu dibelakang T Shirt itu jelas sekali, konsep 1Malaysia juga cuba diserap dan di adaptasikan kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Mungkin juga sebelum ini hanya satu bangsa sahaja yang dapat menyertai Program Bakti Remaja ini. Jika salah tolong betulkan sebab sebelum ini penulis belum pernah melihat Bangsa lain di Program Bakti Remaja ini, kehadiran penulis ke tempat program ini bukanlah sebagai peserta tetapi sebagai pemerhati untuk mencari bahan untuk dimuatkan ke dalam blog ini.

Penulis sempat mendengar amanat oleh ADUN Kota Putra, YB Pehimi Yusof yang memperuntukkan masa lebih kurang 5 minit di tempat program itu berlangsung kerana ada banyak lagi program seumpamanya yang perlu dihadiri beliau. Jelas sekali cara beliau bermesra dengan rakyat seolah-olah tiada 'jarak' dengan statusnya sebagai ADUN dengan rakyat. Senyuman sentiasa terukir di bibir beliau. Selain itu ceramah yang disampaikan
walaupun pendek dan ringkas tetapi isinya padat dan tidak membuat orang mengantuk. Namun, apa yang mengecewakan penulis apabila Ucapan Ketua Pemuda Bahagian yang begitu meembosankan dan ada yang tertidur semasa beliau berceramah, tambah merumitkan keadaan ialah beliau syok sendiri semasa berceramah.

Program Bakti Remaja pada hari ini berjalan lancar walaupun pada awalnya ada terdapat sedikit kekalutan iaitu kelewatan kaunter pendaftaran dibuka dan juga semasa pendaftaran berlaku sedikit salah faham apabila peserta mendaftar di lorong yang salah, masalah ini penulis jelas ianya berpunca daripada kelemahan urusetia program dan juga kelemahan kerajaan pimpinan Ahmad Said kerana tidak membuat papan tanda lorong berdasarkan angka giliran peserta, pihak urusetia hanya sekadar membuat pengumuman, bagi penulis ianya belum cukup untuk memuaskan hati semua pihak dan ada peserta yang terpaksa beratur di barisan yang panjang bagi kali kedua. Permasalahan ini haruslah diperbaiki pada masa depan.

Sebelum penulis terlupa, penulis memohon maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini kerana penulis menghadiri satu kursus yang baru aje tamat pada khamis yang lepas, semasa berkursus penulis bukan sahaja tidak dibenarkan menggunakan Peralatan ICT, malah telefon penulis juga tidak dibenarkan guna dan diserahkan kepada penganjur. Manakala selepas kursus itu tamat penulis begitu letih tambahan pula banyak aktiviti lasak yang ada dalam kursus tersebut hari ini sahaja letih penulis hilang dan dapatlah penulis mengemaskini blog ini.

Akhirkalam tahniah kepada semua peserta Program Bakti Remaja, walaupun ada yang mendapat RM500 sedangkan anda mendapat RM200 sahaja jangan cemburu kerana yang dapat RM500 kena kursus 3 hari 2 Malam jadi adilah mereka mendapat daripada anda sedangkan anda hanya mengambil masa tak sampai pun sekerat hari. Semoga anda semua menggunakan dana yang diperolehi untuk jalan kebaikkan elakkan daripada menggunakanya untuk perkara-perkara negatif. 1Malaysia 1Terengganu dan 1Besut.....
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin