Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Religion and Spirituality. Show all posts
Showing posts with label Religion and Spirituality. Show all posts

Saturday, August 21, 2010

Renungan Ramadhan

Renungan Ramadhan: Mencari Siapa Salah Bukan Dapat Menyelesaikan Masalah
Oleh: yieMEGA

SEMPENA bulan Ramadhan bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini, penulis ingin membawa artikel khas yang bertajuk "Renungan Ramadhan: Mencari Siapa Salah Bukan Dapat Menyelesai Masalah". Terlebih dahulu penulis ingatkan di sini penulis bukanlah seorang Ustaz ataupun Tok Guru yang setaraf dengan mana-mana tok guru di negara ini, cuma merasakan tanggungjawab penulis untuk memperbetulkan di mana yang silap dan sama-samalah termasuk penulis sendiri membetulkan kesilapan itu.

Lazimnya sekiranya apa jua masalah yang menimpa ataupun timbul di negara kita, kita selalu mendengar ungkapan "Salah Siapa" ataupun "Siapa Salah" dalam usaha-usaha menyelesaikan masalah tersebut. Namun, adakah masalah akan dapat selesai sekiranya masing-masing sibuk menyalahkan si polan-si polan dan si polan itu pulak menyalahkan si polan yang menyalahkanya.

Habis bila nak selesai masalah tersebut kalau di kalangan kita asyik berdebat mengenai "Siapa Salah" dan "Salah Siapa" tapi masalah tetap tak selesai juga. Penulis beri contoh sekiranya apa jua yang berlaku mesti ia dikaitkan dengan isu politik, sepatutnya isu itu bukan isu politik tapi tak pasal-pasal isu itu menjadi isu politik.

Dibulan yang mulia ini marilah sama-sama kita renungkan, kenapa selama ini kita asyik mencari kesalahan orang lain tetapi tidak kesalahan diri sendiri. Mungkin gunakan kaedah kawan adalah cermin untuk mencari kesalahan sendiri. Di dalam kita menegur kesalahan orang hendaklah juga kita menerima apa orang nak tegur berkenaan dengan kesalahan yang kita buat.

Dalam pada itu, tidak bolehkah kita berhenti untuk terus berpolemik sekiranya timbul apa-apa masalah. Bukankah lebih baik kita berganding bahu untuk menyelesaikanya. Biar apa pun perjuagan kita tapi yang semestinya ia mesti dibuat secara 'Hikmah'.

Tidak kira siapa pun kita, kita hendaklah belajar menerima pendapat orang lain walaupun kita ini seorang pemimpin yang berkuasa, seorang pemimpin yang bakal berkuasa dan juga seorang Tok Guru yang hebat berpolitik.

Berapa lama lagi kita harus berpolemik, berapa lama lagi umat Islam di negara kita perlu terus hidup dengan kabilah-kabilah tertentu. Kita juga perlu ingat Allah tuhan seru sekian alam pemerintah tujuh petala dan tujuh petala bumi sentiasa menguji kita, kadang-kadang kita diuji dengan kenikmatan contohnya kuasa dan kadang-kadang kita diuji dengan keperitan contohnya hilang kuasa. Ingatlah 'kuasa' tidak akan selama-lamanya berada dengan kita.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menyelesaikan masalah yang timbul dengan 'hikmah' dan juga penuh ilmiah. Moga usaha-usaha kita akan diberkati oleh Allah tuhan seru sekian alam.
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Friday, August 13, 2010

Sajak Ramadhan

Sajak Ramadhan

Kedatanganmu dinanti
Kedatanganmu membawa seribu keberkatan
Kedatanganmu mendidik kesabaran kami
Kedatanganmu mengajar erti kehidupan

Ramadhan Al-mubarak nama diberi
Bulan yang penuh dengan ibadat mengejar keberkatan
Disiangnya kami berpuasa, menahan lapar dan dahaga dan juga diri
Ramadhan kali ini kami berdoa agar terus diberi kesempatan

Gandakan amal ibadatmu di bulan ini
Tambahkan pahala mu di bulan penuh keberkatan
Kurangkan dosa mu di bulan ini
Hindarkan perbuatan yang menjadi larangan

Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga
Mulut, Mata, Telingga dan semua anggota badan
Hendaklah dijaga dengan sempurna
Agar tidak puasa hanya untuk meletihkan badan

Moga kedatanganmu kali ini memberi seribu erti kepada kami
Moga kehadiranmu kali ini memberi keberkatan
Moga dosa dapat dihindarkan kami
Moga pahala dapat ditambah demi mengejar keberkatan
[ yieMEGA, D'Lorong Che Mat Baba, Kota Bharu, Kelantan]

Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Friday, February 5, 2010

Selamat Hari Lahir MSO...


Selamat Hari Lahir MSO...
Oleh: yieMEGA

BARU-BARU ini blogawan tersohor yang juga merupakan penulis buku-buku politik yang tersohor Mohd Sayuti Omar atau lebih dikenali dengan nama MSO telah menyambut ulang tahun kelahiranya yang ke 50.

Terlebih dahulu penulis ingin memohon maaf kerana lewat mengucapkan selamat hari lahir semoga panjang umur dan murah rezeki kepada beliau kerana baru-baru ini penulis begitu sibuk dengan tugas rutin penulis.

MSO seorang blogawan yang juga diminati penulis walaupun kadang-kadang kami berbeza pendapat di dalam beberap hal. Namun berbeza pendapat tidak semestinya kita tidak perlu mempedulikanya, kerana penting juga wujud perbezaan pendapat ini, sekurang-kurangnya kita dapat berfikir dan membandingkan pendapat-pendapat yang dilahirkan itu.

Sebenarnya, MSO lah yang banyak memberi sumber inspirasi kepada penulis untuk menulis di blog ini, sebab itu kalau pembaca perasan akan terjumpa artikel yang seakan-akan kesinambungan daripada artikel MSO. Ada setengah artikel yang bersetuju dengan MSO dan ada juga setengah artikel yang tidak bersetuju dengan MSO. Inilah yang dikatakan perbezaan pendapat.

Kalau pembaca tidak tahu siapa MSO jangan lupa taip dekat Google! Merah Tinta MSO ataupun mso melayu daripada itu pembaca boleh mengenali siapakah gerangan orang yang memakai gelaran MSO ini.

Sebelum menutup tirai tulisan penulis pada kali ini, penulis ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke 50 buat MSO. Moga Dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki hendaknya. Penulis juga ingin melafazkan terima kasih kepada MSO kerana banyak memberi sumber inspirasi kepada penulis sebelum ini.

Akhir kalam, semoga MSO akan meneruskan usaha-usaha murni MSO untuk menjadi blogawan pro kebenaran yang betul-betul pro kebenaran yang tidak condong ke kiri atau ke kanan. Penulis juga akan berusaha untuk menjadi blogawan yang pro kebenaran dan tidak condong ke kiri dan juga ke kanan.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, January 7, 2010

Memorandum Sejuta Umat Dan Surat PGSS



Memorandum Sejuta Umat Dan Surat PGSS
Oleh: yieMEGA

ISU kebenarang penggunaan Kalimah Allah semakin hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Penulis telah menulis mengenainya dalam artikel penulis yang terdahulu, pada kali ini penulis tidak akan mengulas lagi berkenaan isu tersebut kerana dikhuatiri akan dituduh 'menghina mahkamah'. Jadi penerangan penulis mengenai isu tersebut penulis telah lakukanya dalam artikel terdahulu jadi kalau yang belum sempat membacanya boleh membacanya sekarang.

Pada kali ini penulis lebih berminat untuk mengulas berkenaan dengan Memorandum Sejuta Umat dan Surat Persatuan Gereja Seluruh Sabah(PGSS). Penulis menyeru umat Islam di seluruh Malaysia untuk menandatangani Memorandum Sejuta Umat yang dikendalikan oleh Majlis Perundangan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia.

Marilah bersama-sama menyuarakan bantahan kita dengan menandatangani Memorandum tersebut. Bersatulah demi keutuhan dan kekukuhan Islam, kita tidak mahu satu hari nanti ada diantara anak-anak kita yang menukar agamanya kerana terpengaruh dengan risalah mereka. Apa Lagi jangan membuang masa TANDATANGI SEKARANG.

Surat Persatuan Gereja Seluruh Sabah (PGSS)

Beberapa hari yang lalu, penulis sempat membaca satu surat yang diedarkan melalui internet. Surat ini katanya dikeluarkan oleh "Persatuan Gereja Seluruh Sabah(PGSS)". Antara isi kandungan tersebut PGSS telah memberikan sokongan padu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada hari ini juga penulis sempat membaca artikel yang ditulis oleh MSO di dalam blognya Merah Tinta MSO dan artikel tersebut bertajuk "Surat Misteri Kaitkan Anwar Sokong Kristian Guna Kalimah Allah".

Pada dasarnya penulis sependapat dengan MSO, di mana Anwar Ibrahim perlulah membuat kenyataan berkenaan surat tersebut, begitu juga pihak yang didakwa mengeluarkan surat tersebut iaitu PGSS supaya tampil memberi penjelasan yang sewajarnya.

Sudah menjadi kebiasaan kalau surat dikeluarkan itu tidak menguntungkan pembangkang maka ia akan dikata palsu, tetapi sekiranya surat dikeluarkan itu menguntungkan pembangkang ia pula dikatakan asli walhal ia sememangnya palsu. Begitulah perangai pembangkang.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, January 2, 2010

Apabila Nama Allah Boleh Digunakan Mereka...

A green version of http://commons.wikimedia.or...Image via Wikipedia

Apabila Nama Allah Boleh Digunakan Mereka...
Oleh: yieMEGA

HANGAT diperkatakan dan dibicarakan apabila Mahkamah memutuskan pendakwah Kristian dibenarkan menggunakan nama Allah sebagai ganti perkataan 'God' dalam risalah dakwah berbahasa Melayu mereka. Seperti biasa ada yang bersetuju dan ada juga yang menentang dengan alasan dan perkiraan mereka sendiri.

Penulis tidak bersetuju dengan kebenaran untuk menggunakan nama Allah untuk risalah-risalah mereka kerana dengan cara itu ia akan timbul kekeliruan terutamanya remaja-remaja Islam kita yang masih mentah pemikiranya. Penulis tak faham kamus apakah yang digunakan yang menafsirkan 'God' itu adalah Allah, setahu penulis "GOD" merujuk kepada Tuhan.

Jika ada Pendakwah Kristian yang menuntut menggunakan nama Allah untuk digantikan dengan 'God' kerana agama itu ialah salah satu Agama dalam tiga Agama terbesar dalam umat terdahulu dan Agama yang datang dari tuhan yang sama yakni Allah. Penulis membangkangnya kerana yang betul-betul Kitab yang sebenar diterima Allah hanya ada empat iaitu Taurat, Injil, Zabul dan Al-Quran. Dimana Kitab 'Bible' adalah hasil daripada penyelewengan dan pengubahsuaian juga ditokok tambah oleh penganut-penganutnya yang menyeleweng selepas kewafatan Nabi Musa a.s. Sekaligus ia telah membuktikan bahawa 'Kristian' adalah agama ciptaan manusia dan mereka tidak berhak untuk 'menuntut' bahawa tuhan mereka adalah sama dengan tuhan Pengganut Agama Islam.

'Bahaya Besar' menanti umat Islam sekiranya kebenaran menggunakan nama Allah oleh Pendakwah Kristian diteruskan. Mungkin akan berlaku 'murtad beramai-ramai' terutamanya anak muda yang mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah mereka. Dalam hal ini semua umat Islam di Malaysia harus bersatu di dalam memastikan 'kebenaran ini ditarik balik'.

Penulis mencadangkan, Kerajaan mengkaji satu akta yang hanya memberikan 'kuasa' kepada hakim-hakim yang beragama Islam di dalam memutuskan sesuatu perkara yang melibatkan Agama Islam kerana "Hanya Kita yang Memahami Diri kita".

Penulis mengutuk sekeras-kerasnya penggunaan nama Allah di dalam risalah dakwah Kristian di negara ini. Kebebasan beragama pun perlu ada hadnya, kesamarataan pun perlu ada hadnya. Tidak mustahil perkara yang lebih teruk daripada berlaku sekiranya Umat Islam di negara ini masih tidak bersatu. Bersatulah demi Islam.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Friday, December 25, 2009

Jangan Politikkan Ulamak....


Jangan Politikkan Ulamak....
Oleh: yieMEGA

KEBELAKANGAN ini ramai juga ulamak-ulamak yang terjun ke dalam arena Politik itu tak mengapa, tapi paling memeranjatkan apabila ulamak ini diperdagangkan oleh pihak tertentu dan menjadikan Ulama' itu sebagai isu politik.

Baru-baru ini keluar berita bahawa Yusof Qardhawi Rujuk Penangguhan Kes Qazaf Anwar Ibrahim ke Perhatian Dunia Islam. Jangan pula artikel penulis ini disalahertikan kononya penulis tidak bersetuju dengan ulama tersohor itu. Sebaliknya, apa yang dibimbangi penulis apabila 'kenyataan seorang ulama' diperdagangkan dan dijaja sesuka hati untuk meraih sokongan itu perkara yang tidak wajar dan bakal membuatkan Ulama' itu akan dihina oleh masyarakat.

Penulis percaya Yusof Qardhawi bukan dengan sendirinya atau automatiknya mengeluarkan kenyataan tersebut, berkemungkinan besar ada orang ketiga yang cuba mempergunakan kedudukanya sebagai ulama' untuk meraih sokongan.

Kalau pembaca tertanya-tanya kenapa penulis tidak bersetuju apabila Ulama' dipolitikkan. Jawapanya ialah apabila sesuatu perkara ada benda hidup dijadikan isu politik, pasti dia akan menjadi bahan cacian dan kutukkan, tahu sajalah ramai yang berada di dalam dunia politik negara kita ni suka membuat kenyataan-kenyataan yang berbaur emosional dan bukanya profesional, jadi macam-macam akan diberikan gelaran atau jolokkan oleh orang yang tidak senang dengan kenyataanya itu, malah penulis percaya orang yang tak senang dengan kenyataanya itu bakal memberikan hujah-hujah yang emosional dan sekaligus berlaku penghinaan terhadap Ulama' di sini. Tidakkah terfikir bahawa kaum kafir akan bertepuk tangan sekiranya umat Islam sendiri yang menghina Ulama' kerana agenda mereka memecah belahkan Islam telah tercapai.

Perlu dijelaskan di sini, kenyataan Yusuf Qardhawi itu tidak sesekali membuat penulis merasa tidak senang, cuma apa yang penulis bimbangkan yang beliau beliau akan menjadi bahan ejekkan, cacian apabila kenyataan beliau dipolitikkan orang-orang yang tertentu. Apa yang penulis kesal ialah 'orang yang mempergunakan beliau dan mempolitikkan kenyataan beliau.

Mungkin ada segelintir pembaca yang memandang remeh hal ini, tapi penulis tidak. Perkara ini bukan boleh dibuat main-main. Janganlah kita memperdagankan dan mempolitikkan ulama untuk kepentingan politik kita, kelak Ulama' kita juga yang disakiti.

Penulis merasakan tidak sesuai kenyataan Ulama' dipolitikkan hanya kerana untuk meraih sokongan politik kelak merana juga Ulama' itu, sedangkan orang yang mempergunakan beliau tersenyum girang dapat meraih sokongan dengan menggunakan kenyataan beliau.

Penulis percaya dengan kenyataan Yusof Qardhawi itu telah berjaya dipolitikkan, maka berlambaklah artikel-artikel yang menghina Yusof Qardhawi itu. Tat kala itu juga kaum kafir berhilai tawa, dan bertepuk tangan kerana telah berjaya melaga-lagakan kita.

"Walau siapa pun kita janganlah sesekali meletakkan Ulama' di tempat yang hina" dan "Seorang orang sesat boleh menyesatkan seribu orang alim" kata-kata ini memang berguna untuk difikirkan oleh semua.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, December 10, 2009

Nga Kor Ming Tidak Patut Persoalkan Pembinaan Masjid

Ubudiah Mosque, Masjid Ubudiah is Perak's roya...Image via Wikipedia

Nga Kor Ming Tidak Patut Persoalkan Pembinaan Masjid
Oleh: yieMEGA

YB Nga Kor Ming merupakan Ahli Parlimen Taiping membuat kenyataan dengan mempersoalkan dan mengungkit perbelanjaan kerajaan membina Masjid di Seluruh negara. penulis melihat tindakan YB tersebut seolah-olah untuk menyemarakkan api permusuhan antara Islam dan Bukan Islam, sebelum ini YB inilah yang menggunakan Ayat Al-Quran semasa berceramah dan di bela oleh segelintir umat Islam yang mengatakan itu tandanya orang bukan Islam telah berminat untuk memeluk Islam.

Ternyata pandangan-pandangan yang keluar daripada mereka yang mendakwa lebih mendalam pengetahuanya tentang agama adalah meleset. Tindakan mempersoalkan pembinaan masjid ini membuktikan bacaan ayat Al-Quran oleh beliau sebelum ini bukan ikhlas tetapi sekadar 'sandiwara politik' untuk memperbodohkan orang yang mendakwa diri lebih cerdik daripada orang lain.

Kalau benar-benar YB tersebut ikhlas ingin memeluk Islam beliau tidak akan bertindak dengan membuat kenyataan mengungkit perbelanjaan yang digunakan oleh Kerajaan untuk membina masjid di seluruh negara. Nah inilah yang dikatakan bahawa Allah tuhan seru sekian alam itu Maha Kaya dan Maha Besar, mungkin inilah cara untuk Allah membuka kesedaran kepada umat Islam di Malaysia.

Jangan pula selepas ini ada umat Islam yang berdiri teguh di belakangnya menyokong beliau dan dalam masa yang sama terus bermusuhan sesama umat Islam. Sepertimana yang dilakukan oleh Blogawan KhairilAzuar yang mempertahankan tindakan YB ini membaca ayat Al-Quran ini ketika berceramah sepertimana yang dikeluarkan di dalam artikel blognya.

Beberapa pihak telah tampil membuat kenyataan media berhubung tindakan Nga Kor Ming itu antaranya ialah Presiden Perkasa yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Paduka Ibrahim Ali dengan menyifatkan tindakan Nga itu seperti menyalakan api dalam sekam sepertimana yang dilaporkan oleh Utusan Online.

Selain itu, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria turut membuat kenyataan bahawa tindakan Nga itu bakal membangkitkan sentimen permusuhan antara orang Islam dengan orang Bukan Islam itu dan juga cuba mengapikan sentimen kebencian antara kaum yang juga dilaporkan oleh Utusan Online.

Manakala pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut membuat kenyataan menerusi Ketua Pengarahnya yang berkata Kor Ming sengaja tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan yang hanya memperuntukkan kepada pembangunan Agama Islam. Katanya lagi sikap ihsan kerajaan sebelum ini (peruntukkan kepada institusi ibadat untuk agama lain) tidak dihargai sepertimana yang dilaporkan oleh Utusan Online.

Penulis dengan ini mendesak YB Nga Kor Ming supaya memohon maaf kepada Umat Islam di Malaysia berhubung kenyataan beliau tersebut dan juga menggesa Kerajaan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap YB ini.

Penulis juga ingin mendesak pemimpin mana-mana parti sekalipun jangan sesekali mempersoalkan hal-hal yang berkaitan dengan Islam dan cuba membeza-bezakanya dari segi peruntukkanya.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, December 5, 2009

Takbir Raya Chan Ming Kai ADUN DAP Simpang Pulai

Takbir Raya Chan Ming Kai ADUN DAP Simpang Pulai
Oleh: yieMEGA



TAKBIR Raya mempunyai pujian-pujian terhadap kebesaran Allah tuhan seru sekian alam. Bercakap mengenai takbir raya baru-baru ini heboh dikatakan seorang ADUN bukan Islam daripada DAP bertakbir raya. ADUN tersebut ialah YB Chan Ming Kai dari DUN Simpang Pulai.

Rakaman takbir raya tersebar telah disebarkan secara meluas dengan menggunakan laman web video dalam talian iaitu youtube. Perbuatan itu telah mendatangkan kemarahan sebahagian umat Islam di negara kita kerana katanya perbuatan itu seolah-olah cuba menghina Islam.

Penulis sendiri sememangnya tidak nampak di manakah tempatnya ADUN tersebut menghina Islam, bukankah takbir itu memuji Allah dan di mana pula unsur penghinaan tersebut. Maaf penulis tidak boleh berpihak kepada mana-mana pihak dalam kes ini.

Penulis hanya membayangkan perbuatan ini boleh dikatakan menghina Islam selagi YB Chan Ming Kai tidak memeluk Islam, penulis meminta umat Islam di Malaysia yang masih berfikiran ortodoks memikirkan dengan cara yang lebih rasional. Namun penulis akan berpendirian YB Chan Ming Kai menghina Islam selagi beliau tidak memeluk Islam.

Dalam masa yang sama, penulis menyeru supaya tuan rumah yang menganjurkan program takbir tersebut berusaha untuk mentarbiahkan YB tersebut agar beliau masuk Islam. Tanggungjawap sepenuhnya diletakkan terhadapnya sebagai orang yang menganjurkan majlis tersebut.

Beralih kepada niat YB itu sendiri, sekiranya niat beliau hanya sekadar ingin meluaskan pengaruh politik semata-mata perbuatan ini tidak boleh dipandang remeh oleh umat Islam kerana dengan perbuatan sedemikian ia bermakna berlakunya 'Memperalatkan Islam untuk Kepentingan Politik" dan perbuatan ini tidaklah ubah seperti mempersendakan kesucian agama Islam itu sendiri. Mungkin kita tidak boleh mempersalahkan 100% terhadap YB ini kerana mungkin dia sudah terbiasa dengan memperalatkan agama untuk kepentingan politik sepertimana yang dilakukan oleh kebanyakkan pemimpin-pemimpin dan penceramah-penceramah PAS.

Dalam pada itu penulis ingin menyatakan pendirian penulis bahawa penulis bersetuju dengan cadangan blogger Mahaguru58 sepertimana artikel blognya yang bertajuk "YB Chan Ming Kai - Sila belajar tentang hak kamu iaitu Ad Deenul Islam dan bersyahadah lah!" penulis bersetuju 100% dengan cadangan blogawan tersebut.



Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, August 24, 2009

Salam Ramadhan......

SALAM RAMADHAN

Oleh: yieMEGA

PENULIS ingin mengucapkan salam Ramadhan kepada semua pembaca blog Suara Generasi Muda Malaysia. Terlebih dahulu penulis ingin memohon maaf di atas kelewatan mengemaskini blog ini kerana talian internet di rumah penulis mengalami gangguan beberapa hari yang lalu. Ini pun penulis menggunakan Celcom Broadband Prepaid kalau tak guna tak dapat lah penulis mengemaskini blog ini.

Pada kesempatan ini penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan blog SGMM ini, Alhamdulilllah bilangan pengunjung blog ini semakin meningkat dari hari ke hari. Tanpa kehadiran pembaca apa maknanya blog ini.

Ramadhan ini banyak memberi makna kepada penulis, penulis berharap Ramadhan kali ini adalah yang terbaik berbanding Ramadhan sebelum ini, penulis akan cuba berusaha agar dapat menjadikan Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan terbaik berbanding dahulu, Penulis pun berharap pembaca-pembaca sekalian dapat juga berusaha untuk menjadikan Ramadhan kali ini yang terbaik bagi diri mereka.

Penulis juga ingin menyarankan agar yang berkemampuan perbanyakkanlah sedekah kerana ia dapat membantu mempertingkatkan ekonomi umat Islam. Sebenarnya puasa adalah satu simulasi di mana kita di bawa merasai keperitan fakir miskin sebelum ini, di waktu enak makan mereka masih tidak menjamah walaupun sesuap nasi.

Walaupun bulan Ramadhan penulis merasakan tidak salah jika penulis ingin membicangkan hal politik, namun mungkin ia akan dibincangkan pada artikel yang akan datang. Cuma penulis berharap sesiapa memberi komen janganlah terlalu emosional hormatilah Bulan Ramadhan, nanti tak pasal-pasal kita hanya dapat lapar dan dahaga sahaja.

Pada kesempatan ini penulis ingin memohon maaf sekali lagi kerana kurang memberi liputan terhadap Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir, bukan kerana penulis tidak mahu memberi liputan tetapi kerana talian internet di rumah penulis mengalami gangguan insyaALLAH kalau kerja-kerja pembaikkan dapat disiapkan hari ini penulis akan cuba membuat liputan mengenainya.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, August 9, 2009

DAP Terus Membiadapkan Diri....

DAP Terus Membiadapkan Diri...

DAP sebuah parti yang dilahirkan daripada serpihan Parti Komunis Malaya (PKM) nampaknya terus membiadapkan dirinya apabila semakin ramai yang menjadi mangsa perlekehan dan kebiadapan mereka terbaru ialah seorang Pendakwah Islam yang cukup terkenal Dr. Ridhuan Tee Abdullah.

Izinkan penulis memetik kandungan sebuah blog beralamat http://sjsandteam.wordpress.com/
"
"Who is this bastard of a Mohd. Ridhuan"
(siapa anak haram Mohd. Ridhuan ini);
"What sort of fucking Dr. r u"
(Dr pu... apa awak ni);
"Has everything be reduced to your fucking religion (iaitu Islam)"
(Apakah semua mesti menurut agama (iaitu Islam) pu... awak itu);
"R your parents still alive mohd ? If they r not, their bones must be rattling in their graves,if they r they must be hiding in shame to know that a son they brought into the world is now considered a bastard by every non muslim n also by real muslims"
(Apakah ibubapa kamu masih hidup Muhammad? Kalau sudah mati, sudah tentu tulang mereka berantakan didalam kubor, kalau masih hidup, tentu mereka bersembunyi dengan penuh malu yang anak lelaki yang mereka lahirkan dianggap anak haram oleh setiap bukan Islam dan Muslim);
"They would b happier now if they had flushed u down the toilet when u were born".
(Sudah tentu mereka (iaitu ibubapa Dr. Ridhuan) akan bergembira kini jika mereka mengepam awak (Dr. Ridhuan) kedalam lubang tandas semasa dilahirkan);
"U have tainted your family with your stupidity for monetary gain. Your conversion was not through conviction, it was with an ulterior motive".
(Awak telah mencemar nama keluarga awak kerana kebodohan mendapatkan habuan duniawi. Kemasukan awak kepada Islam bukan kerana keyakinan, tetapi kerana niat tidak baik);
"As for your children they won’t be carrying your name. They will be ahmad bin abdullah or something akin to that. 2 generations down they will be saying “I don’t know who the fuck my grandfather is. He was an arsehole who brought shame to the family”. They will be like bastards who can’t trace a family history".
(Bagi anak-anak awak pula, mereka tidak akan mewarisi nama awak. Mereka akan menjadi ahmad bin abdullah atau yang sewaktu dengannya. Dua generasi lepas itu mereka akan berkata, "saya tidak tahu siapa pu... datuk saya. Beliau adalah pu... yang telah memalukan keluarga". Mereka akan menjadi saperti anak haram yang tidak dapat mengesan salasilah keluarga mereka).

"If u can be the president of the chinese muslim association I shudder to think what the other chinese muslims r like………? Thieves, robbers, criminals or some other unsavoury characters".
(Kalau awak (Dr. Ridhuan) boleh menjadi presiden Persatuan Muslim Cina, saya tidak tahu apa jenis cina muslim yang ada......?Pencuri, perompak, penjenayah atau penyangak)."

Bagi penulis kenyataan tersebut seolah-olah menghina Islam dan juga memperlekehkan Islam disamping menghina Cina Muslim. Nampak semakin jelas DAP perlu diharamkan di Malaysia kerana kenyataan DAP tersebut boleh menyebabkan berlaku pergeseran di antara kaum di Malaysia dan akan mengagalkan usaha-usaha ke arah gagasan 1Malaysia.

Kenyataan DAP itu jelas menunjukkan bahawa lambang roket pada logo parti itu adalah tanda mereka tidak suka keamanan dan mereka memilih lebih kepada keganasan dan mereka jugalah penganjur keganasan dengan mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

DAP mungkin tidak sedar kemenangan mereka mungkin disumbangkan oleh orang Islam yang terlalu inginkan perubahan demi keadilan kononya, ramai juga orang Islam yang memangkah roket baru-baru ini dan akhirnya DAP secara-cara terang-terangan menentang Islam. Mungkin juga DAP ini Kafir Harbi.

Penulis dengan ini menyokong Dr. Ridhuan Tee Abdullah dan penulis berharap orang Islam di Malaysia turut menyokong Dr. Ridhuan Tee demi maruah Islam bersatulah mempertahankan dan membela Dr. Ridhuan Tee.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, June 10, 2009

Majlis Penindasan Kewangan Bunuh Bangsa dan Rakyat Islam (MPKB-BRI)

Pada awal pagi tadi penulis ada menerima panggilan telefon daripada seorang yang hanya mahu dikenali dengan nama Hassan, marah-marah siap menyumpah-nyumpah lagi (Terkejut juga penulis dan terlintas di dalam benak penulis bahawa apa yang dia marah sangat ni).

Selepas penulis menyelidiki rupa-rupanya saudara Hassan ini melahirkan rasa marah, geram pada Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mengenai parking motosikal, tahap kemarahan Hassan juga agak tinggi sehinggakan beliau melabelkan MPKB-BRI sebagai Majlis Penindasan Kewangan Bunuh Bangsa dan Rakyat Islam (MPKB-BRI).

Penulis sempat juga mencatat isi kandungan perbualan telefon penulis dengan

Hassan:
Saudara penulis saya ingin menyampaikan tak puas hati saya pada MPKB-BRI, saya rasa geram dengan mereka. "Nate betul lah MPKB-BRI ni", kawe nak kato hok kijo denga MPKB-BRI ni make duit hare belako".

Penulis:
Bawa mengucap dan bawa bersabar saudara, "Bakpo demo maroh sangat nih?"

Hassan:
"Dok sir maroh guano, kawe parking muto dekat Mydin, pahtuh tubik-tubik takdok, kawe pun tanyolah oghe hok jual air tuh dio kato oghe MPKB-BRI Angkut doh muto kawe, kawe pun raso waaa nak maroh"

Penulis:
La bakpo pulok demo nak maroh, demo parking kat tak leh parking, meme lah kena akut (angkut).

Hassan:
Doh tok sir wi kawe parking kokse guano kalu parking muto tak cukup, to kan kawe nak gi parking pucuk kedai besar nuh (Pasar Besar Siti Khatijah), baso bengong parking kheto banyok mugo bayar, parking muto dok cukup mugo free, pah tuh kalu oghe parking kokse dia same buleh duit ko dio jugak, banyak lagi pada kheto, RM30 sutir muto.

Penulis:
Meme parking muto di bandar Kota Bharu dok cukup, kawe setuju dengan demo, patut sek MPKB-BRI ni cari dulu bakpo oghe parking muto kokse bukan cari kesalohan oghe. Nik nak make pitih rakyat belako nih, pitih hare.

Hassan:
Hok tamboh kawe nak maroh nyo lagi, maso kawe nak gi ambik muto, kawe gi lah kat setor muto tuh, pahtuh cakap dengan pegawa dio, lepas tu kena gi bayar jauh pulok kawe kena gi jale pah tuh kawe kena ambik muto mula, aritu kawe pade dok mutar dalam MPKB-BRI jah, nyusoh betul lah, ore kijo MPKB-BRI ni pulok eksen-eksen, ikut hati kawe nak timbuk sore-sore, dok apo kawe dok halal dunia akhirat demo make duit kawe, sapo dio hok kijo ngan MPKB-BRI ni Make Duit Hare".

Itulah antara petikan perbulan telefon penulis dengan seorang pemilik motosikal dari Kota Bharu, Kelantan. Jadi Fikir-fikirkanlah....
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, June 6, 2009

Tahniah Ustaz Nasharuddin Mat Isa


Muktamar PAS Pusat yang baru sahaja selesai dilansungkan menyaksikan pertarungan golongan Endorgan dengan Pro Ulama' nampaknya berpihak kepada Pro Ulama' apabila penyandang jawatan Timbalan Presiden PAS iaitu Ustaz Nasharuddin Mat Isa telah berjaya mengekalkan jawatan yang disandangnya sekaligus mengenepikan Hussam Musa (yang dikaitkan dengan Endorgan di dalam PAS) dan Mat Sabu (yang pernah ditangkap khalwat di bilik 121 Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan).

Kumpulan Pro Ulama' di dalam PAS bolehlah menarik nafas lega apabila kumpulan Endorgan tidak berjaya untuk menguasai pucuk pimpinan tertinggi sebuah parti yang berjuangan berlandaskan Islam tersebut. Ternyata pengaruh kepimpinan Ulama' masih utuh di dalam PAS. Kumpulan Endorgan pulak terpaksa menanggung malu akibat kekalahan kumpulan mereka, inilah yang dikatakan politik.

Sebelum penulis berbicara panjang lebar lagi, penulis ingin memberi kalungan tahniah kepada Ustaz Nasharuddin Mat Isa kerana berjaya mempertahankan kedudukan beliau sebagai Timbalan Presiden PAS dan penulis ingin berpesan kepada ustaz jalankanlah tugasan anda dengan penuh hikmah yakni bijaksana dan berlandaskan Siddiq, Amanah, Fatonah dan Tabligh demi menegakkan syiar Islam di Malaysia bumi tercinta.

Kemenangan Ustaz Nasharuddin Mat Isa akan membawa kepada usaha-usaha untuk menyatupadukan umat-umat Islam di Malaysia akan menjadi lebih mudah dan akan melengkapkan usaha-usaha menegakkan syiar Islam di Malaysia. Ustaz Nasharuddin juga perlu menggalas tanggungjawab berat untuk membersihkan "ahli-ahli Pas berfikiran ortodoks" di dalam PAS. Kerana golongan inilah yang paling kuat mengamalkan perpecahan di kalangan umat Islam seperti sembahyang di Masjid Hijau tidak di Masjid kerajaan.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Friday, June 5, 2009

Khutbah Jumaat 05 Jun 2009: Umat Islam Diseru Memperkasakan Perpaduan…

Lokasi: Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

Tajuk Khutbah: Umat Islam Diseru Memperkasakan Perpaduan

Khutbah Jumaat di Masjid Muhammadi, Kota Bharu Kelantan hari ini bertajuk“Umat Islam Diseru Memperkasakan Perpaduan”. Antara intisari khutbah ialah mengajak umat Islam seluruh Malaysia untuk mengerakkan perpaduan di kalangan umat-umat Islam di seluruh Malaysia.

Perpecahan di kalangan umat Islam di Malaysia pada hari ini begitu teruk sekali disebabkan beberapa faktor yang menyumbang ke arah perpecahan Umat Islam di Malaysia. Persengketaan antara umat Islam sering berlaku dewasa ini.

Ketika umat-umat Islam di Malaysia bersengketa sesama mereka, golongan kafir pulak bertepuk tangan riang gembira kerana mereka telah berjaya membuat orang Islam di Malaysia berpecah mengikut kabilah-kabilah tertentu.

Bagi golongan kafir mereka sudah merasai kejayaan misi mereka untuk memecahbelahkan umat Islam di Malaysia untuk memudahkan mereka menyebarkan agama-agama mereka kepada penganut agama Islam.

Khatib turut memberi contoh dengan penggunaan nama Allah untuk Kitab Kristian Versi Melayu dan tidak digunakan di dalam Versi Bahasa Inggeris yang boleh mendatangkan syak turut menjadi punca kepada perpecahan umat Islam dan sebenarnya penggunaan nama Allah tidak boleh sama sekali digunakan di kitab-kitab agama lain sekiranya ia boleh mendatangkan syak wasangka.

Umat Islam seluruh Malaysia diseru merpehebatkan dan menyokong usaha-usaha untuk menyatupadukan semula umat-umat Islam di seluruh Malaysia agar kiambang bertaut kembali. Sama-samalah kita bersatu untuk menegakkan syiar Islam di Malaysia.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, May 16, 2009

Guru Pembina Negara Bangsa



"Guru Pembina Negara Bangsa" itulah tema bagi sambutan hari guru pada tahun ini. Sebenarnya misi "Membina Negara Bangsa" ini terdapat di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

Jasa Guru memang tidak ternilai, mereka ibarat lilin membakar diri untuk menerangi dan kesenangan orang lain. Pada zaman penulis bersekolah dulu pelajar-pelajar sekolah memang menghormati guru dan tidak berani untuk melawan guru.

Namun, itu dulu, sekarang zaman sudah berubah dunia sudah maju. Kalau perhatikan pada hari ini berapa kerat sahaja pelajar-pelajar sekolah yang menghormati gurunya. Pada masa ini lebih ramai pelajar yang suka melawan guru. Kerjaya sebagai seorang guru memang mencabar dewasa ini.

Ditambah pula dengan banyak ibu-bapa yang "Educated" dan juga suka menyebelahi anak-anak mereka membuta tuli tanpa usul periksa. Pendek kata sekiranya guru membuat silap sedikit mereka akan berdepan dengan saman yang akan dikenakan oleh pihak ibu-bapa. Penulis memberi contoh jika dahulu kita dirotan ataupun apa sahaja di sekolah kita balik dan cerita kepada ibu-bapa kita, apa yang kita dapat ialah silap-silap mereka akan menambah rotan kat kita, namun itu dulu, sekarang ibu-bapa lebih mendengar anak daripada guru.

Cabaran sebagai seorang guru dewasa ini memang agak mencabar jika dibandingkan dengan dahulu. Penulis kecewa dengan kebanyakkan ibu bapa yang suka menyebelahi anak mereka, tak hairanlah bilangan Pelajar sekolah yang terlibat dengan jenayah semakin meningkat dari hari ke hari.

Pada masa ini undang-undang melibatkan guru lebih memihak kepada ibu-bapa, guru terlalu terikat dengan undang-undang yang langsung tidak memberi keuntungan kepada guru. Pihak kerajaan sepatutnya menggubal undang-undang yang lebih "pro" kepada guru agar misi membina negara bangsa dapat menjadi realiti.

Di kesempatan ini, penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru yang pernah mengajar penulis dari tadika hinggalah sekolah menengah. Jasamu sentiasa aku kenang sampai bila-bila, terima kasih di atas ilmumu.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin