Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label harga minyak. Show all posts
Showing posts with label harga minyak. Show all posts

Thursday, June 19, 2008

Ku Li: Saya ada resipi selesai masalah kenaikan harga minyak

Mantan Naib Presiden UMNO Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah malam ini menegaskan bahawa beliau mempunyai ‘resipi’ untuk menyelesaikan masalah rakyat, jangkamasa pendek ke serdehana akibat kenaikan harga runcit petrol dan diesel dua minggu lepas diumumkan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau menyifatkan kenaikan harga runcit petrol sebanyak RM 0.78 dan diesel RM 1.00 seliter mendadak merupakan amat membebankan rakyat. “Apakah Kerajaan bersedia sekiranya harga minyak naik lagi? Apa persediaan seterusnya apabila harga minyak naik lagi?”.

“Buruknya ekonomi kita kalau kita tidak merancang kerana kenaikan harga pasaran minyak peringkat antarabangsa”, sambil menjelaskan keperluan untuk merancang secara teliti kesan kenaikan minyak yang dijangkakan akan berterusan.

“Keadaan politik tidak boleh distabilkan kerana keyakinan rakyat kepada Kepimpinan amat rendah”, dalam ulasan mengenai masalah ‘Tsunami Politik’ yang melanda UMNO dan BN, yang PM ‘Flip-Flop’ Abdullah masih berdegil untuk mengaku kekalahan dan rakyat sebenarnya menolak Kepimpinan dan bukan parti. Beliau juga mengulas tindakan SAPP untuk menunjukan ketidak keyakinan kepada Kepimpinan dengan cadangan membawa usul undi tidak percaya kepada PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dan bukan BN, Isnin ini di Dewan Rakyat.

Beliau berucap dalam satu majlis makan malam anjuran UMNO sekitar Titiwangsa dan Ampang. Beliau mengesa agar calon calon UMNO akan datang dipilih dan ditentukan oleh Jawatankuasa Bahagian, “Mereka ini yang memahami keperluan masyarakat setempat dan bukan diputuskan di Putrajaya”.

dipetik dari:
http://bigdogdotcom.wordpress.com

Baca Lagi!

Thursday, June 12, 2008

Ringgit Malaysia Perlu Ditambat Kembali

Ringgit Malaysia yang sebelum ini ditambat dengan harga RM 3.80 Bagi Satu Dollar Amerika semasa Era Kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohammad selepas berlakunya kegawatan ekonomi negara pada tahun 1998 dan kemudianya diapungkan semula sema era Kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pengapungan matawang Ringgit Malaysia sudah tentunya mempunyai risiko yang amat tinggi lebih-lebih lagi semasa prestasi matawang Ringgit Malaysia berbanding Dollar Amerika yang semakin meningkat sekarang ini. Pengapungan ini dibimbangi akan ada satu lagi spekulasi oleh penyangak matawang barat seperti mana yang telah dilakukan oleh George Soros dahulu.

Besar kemungkinan Penyangak Mata Wang Barat sekarang ini sudah bersedia untuk melakukan sesuatu agar matawang Ringgit Malaysia terjejas teruk dan secara tidak langsung akan memberi kesan kepada ekonomi Malaysia malah boleh mengundang kegawatan ekonomi yang akan melahirkan lebih ramai orang yang bankrap terutamanya Melayu.

Sebenarnya kesan negatif pengapungan matawang Ringgit Malaysia sudah mula dirasai oleh rakyat Malaysia. Pertamanya ialah Kenaikkan Harga Minyak dalam masa yang sama pendapatan rakyat adalah sama sebelum kenaikkan harga minyak yang boleh disifatkan sebagai tertinggi di dalam sejarah Harga Minyak Negara.

Kenaikkan barang keperluan lain juga merupakan kesan negatif daripada pengapungan matawang Ringgit Malaysia yang juga memberi bebanan yang tinggi kepada rakyat. Sebelumnya dua kesan negatif ini hanyalah bunga yang baru berputik dan tidak berbuah lagi. Namun, seperti kata pepatah Melayu "Sediakan Payung Sebelum Hujan" dan juga "Mencegah lebih baik daripada mengubati" jadi Kerajaan Malaysia Pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hendaklah segera bertindak dengan menambat matawang Ringgit Malaysia dengan seberapa segera bagi melindungi kepentingan rakyat.

Tambatan Nilai Ringgit pada masa ini sememangnya amat diperlukan kerana ada kemungkinan penyangak matawang akan menyerang matawang Ringgit Malaysia sekali lagi, kerana umum mengetahui barat sudah tentunya tidak pernah puas mengenakan orang Islam. Jadi bagi mengelakkan "Pisang berbuah dua kali" kerajaan hendaklah bertindak segera membuat tambatan nilai ringgit, jangan nanti "sudah terhantuk baru nak tergadah"

Baca Lagi!

Sunday, June 8, 2008

Penganjuran GangStarz Satu Pembaziran

Penulis sebenarnya sudah lama merasakan Pengajuran Rancangan Realiti TV Antarabangsa yang dianjurkan oleh Media Prima melalui stesyen tvnya iaitu TV3. Sebenarnya banyak rancangan realiti tv yang muncul sejak akhir-akhir ini seperti cendawan tumbuh selepas hujan namun, oleh kerana Gangstarz merupakan pertandingan peringkat antarabangsa dan mempertaruhkan hadiah yang begitu tinggi iaitu USD 100,000 jika di nilaikan mengikut matawang Malaysia, jumlah hadiah tersebut adalah RM 326,999.9981.

Di dalam Suasana ekonomi negara yang tidak menentu ini mengapa ada lagi penganjuran yang mengalirkan keluar wang kepada negara luar. RM 326,999.9981 bukanlah satu jumlah yang sedikit, sekiranya diberikan kepada Kerajaan boleh juga menampung subsidi minyak di dalam keadaan harga minyak pasaran dunia yang melambung di waktu ini.

Benar ada peserta Malaysia yang turut sama bertanding di dalam rancangan realiti hiburan antarabangsa ini, kalau mereka menang sudah tentu wang negara ini tidak mengalir kepada negara luar, tetapi apakah akibatnya sekiranya peserta dari negara ini tidak berjaya memenanginya seperti mana yang berlaku semasa penganjuran Gangstarz tahun lalu, apa akibatnya sekiranya peserta negara kita kalah dengan peserta negara lain? Sudah tentu akan berlaku pembaziran.

Berbaloikah Pembaziran seperti ini berlaku di mana rakyat terpaksa berjuang untuk hidup dengan kos sara hidup yang meningkat dan teramatlah menyusahkan rakyat jelata ini. Sepatutnya Media Prima sama-samalah membantu kerajaan dan rakyat kerana mereka saling berkaitan. Media Prima Perlu Ingat tiada Kerajaan tiadalah Media Prima, tiada rakyat tiadalah penonton Media Prima, jadi pembaziran seperti ini tidak harus dilakukan.

Baca Lagi!

Saturday, June 7, 2008

Melayu Marah PM

Melayu Marah PM itulah tajuk artikel penulis pada kali ini, penulis percaya tentu pembaca blog ini masih ingat dengan tajuk besar Utusan Malaysia selepas insiden Karpal Singh mempertikaikan keputusan Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak tidak berapa lama dahulu yang berbunyi PM: Melayu Marah itu memang benar pada masa itu Melayu memang marah Karpal Singh tetapi penulis bukanya ingi membicarakan Tentang Karpal Singh si peguam belit ini tetapi membicarakan tajuk "Melayu Marah PM"

Tentu ramai yang tertanya-tanya kenapa penulis menggunakan tajuk ini yang mungkin bakal mencetuskan kontroversi. Terlebih dahulu inspirasi mengenai tajuk artikel ini penulis dapat apabila melihat blog rakan Blogger Penulis iaitu Husin Lempoyang, Di sini penulis melihat Husin Lempoyang telah menyunting Keratan Akhbar Utusan yang bertajuk "PM: Melayu Marah" kepada "Melayu Marah PM". Namun itu bukanya sebab utama penulis menggunakan tajuk ini tetapi sebab utamanya sememangnya Melayu marah PM pada masa ini selepas pengumuman tidak popular yang sering kali dilakukanya dilakukan sekali lagi iaitu menaikkan harga minyak dengan harga terlampau.

Kenaikkan harga minyak terlampau ini telah membuatkan orang Melayu mula berang dan marah-marah bukan sahaja orang Melayu daripada Pembangkang atau nama glamournya Pakatan Rakyat tetapi juga dari dalam UMNO sendiri. Cuma bezanya Pembangkang menyalahkan rakyat kerana masih memilih Barisan Nasional, tetapi di dalam UMNO ini lain sedikit kerana mereka marahkan PM kerana liat nak letak jawatan kerana sudah jelas terbukti PM Tiada Kepintaran Ekonomi yang boleh digunakan untuk menstabilkan ekonomi negara.

Penulis sememangnya bersetuju bahawa PM sekarang iaitu Abdullah Haji Ahmad Badawi tidak ada kepandaian ekonomi dan gagal membuat perancangan ekonomi negara sehinggakan beban kerajaan itu dipindahkan kepada rakyat dan mengikut rekod sebelum pada ini PM Abdullah Haji Ahmad Badawi tidak berjaya menghabiskan pengajian ekonomi semasa menuntut pelajaran di Universiti Malaya satu masa dahulu sekali lagi PM Abdullah Ahmad Badawi gagal di dalam Kertas Ekonomi semasa menjadi Pemimpin Tertinggi di Malaysia sehinggakan rakyat juga turut menerima akibat daripada kegagalan PM Abdullah Ahmad Badawi.

Kenaikkan harga minyak sememangnya menyebabkan orang Melayu 'naik minyak' dan ada yang sudah mula berkata "Apa guna Pertahan Ketuanan Melayu Jika Hidup Sengsara" pandangan ini amatlah dipersetujui penulis tetapi sebenarnya apa yang lebih betul ialah "Apa guna Pertahan PM Abdullah Ahmad Badawi Kalau Kita Sengsara" kerana UMNO yang wujud pada hari ini adalah UMNO yang hanya untuk mempertahankan PM Abdullah Ahmad Badawi yang menjadikan UMNO sebagai PAHAB. Apa itu PAHAB? Ianya adalah Parti Abdullah Haji Ahmad Badawi.

Pada pandangan penulis jika terus dibiarkan PM Abdullah Haji Ahmad Badawi yang juga ada "PM" menerajui Malaysia dan UMNO, sudah tentu lebih banyak lagi tindakan tidak popular yang bakal dilakukanya dan sudah tentu pada Pilihan Raya Umum 13 UMNO akan dikuburkan kerana tindakan tidak popular PM yang ada 'PM' atau "Perintah Menantu' ini.

Baca Lagi!

Kenyataan Media Dato' Mukhriz Mahathir Mengenai Pengumuman Kenaikan Harga Petrol

KENYATAAN MEDIA AHLI PARLIMEN JERLUN DAN EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA YB DATO’ MUKHRIZ MAHATHIR

Saya rasa terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai kenaikan harga minyak mendadak dan tanpa amaran semalam, sedangkan kenyataan yang dibuat di dalam media massa hanya pada pagi kelmarin memberi amaran bahawa kenaikan tersebut hanya akan berlaku pada bulan Ogos.

Pada pendapat saya, kita mesti mengambil tindakan yang bijak dalam mengimbangi keperluan rakyat dan kos harga minyak yang semakin naik. Kita perlulah mengambil kira pandangan semua pihak dalam mencapai satu formula perlaksanaan yang sesuai buat semua orang; dan bukan secara terburu-buru.

Pada hemat saya, masanya amatlah tidak sesuai untuk tindakan ini diambil dengan cara ini, walaupun kita sedar masalah minyak global harus ditangani diperingkat negara juga..

Saya kira, lebih wajar kenaikan ini dibuat secara berperingkat mengikut jadual yang diumumkan terlebih dahulu, untuk mengelakan ketidak tentuan dan keresahan, seperti mana yang berlaku sekarang ini. Rakyat perlu masa dan peluang untuk menyesuaikan diri dengan kenaikan yang begitu tinggi. Seperti yang kita lihat, keputusan ini telah memberikan kesan yang negatif kepada rakyat. Golongan peniaga dan pedagang pula mengalami ketidak ketentuan yang merumitkan perancangan untuk perbelanjaan perniagaan mereka.

Kerajaan tidak harus mengunakan alasan masalah ini ialah masalah global kerana setiap negara mempunyai situasi dan keadaan berbeza. Apa yang berjaya ditempat lain, tidak semestinya berjaya untuk sistem kita. Kita mempunyai masalah dan cara penyelesaian kita sendiri. Sebagai contohnya, sewaktu Malaysia mengumumkan kawalan matawang dan modal serta Ringgit Malaysia ditetapkan nilai (peg) kepada US Dollar pada 3 September 1998, tindakan itu dikecam pelbagai pihak diperingkat dalam negara dan antarabangsa kerana dianggap tidak konvensyenal. Akhirnya, ianya terbukti berjaya menyelesaikan masalah krisis ekonomi negara, dan Malaysia sebaliknya menerima pelbagai pujian dan pengiktirafan kepada tindakan di’luar kotak’ tersebut.

Saya juga terkilan dengan kenyataan YAB Perdana Menteri sebelum ini menggesa rakyat untuk menyesuaikan diri dengan cara hidup berbeza sebagai reaksi kepada kenaikan harga minyak dan kos sara hidup yang meningkat. Rata rata, rakyat dipendalaman, termasuk kawasan Jerlun yang saya wakili, menyara hidup secara ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Sejauh mana lagi mereka perlu menyesuaikan diri, setelah meningkatnya kos sara hidup pada tahap terlalu membebankan kepada golongan ini.

dipetik dari:
http://www.mykmu.net

Baca Lagi!

Kewibawaan Pak Lah Tercabar & Teori Spekulator Minyak Mentah.

Dr Novandri Hasan Basri

Di dalam kancah kehidupan ini, setiap tindakan yang dilakukan akan mempunyai tindakbalasnya yang tersendiri. Jika tindakannya positif maka tindakbalasnya juga positif. Jika tindakannya negatif maka tindakbalasnya juga negatif.

Tindakan (Menaikkan Harga Petrol)

(Graf 1)

Setiap kali kerajaan melakukan suatu tindakan yang tidak mesra rakyat, mendadak dan tidak melambangkan kehendak rakyat seperti kenaikan harga petrol (graf 1), tindakbalasnya akan menyebabkan kewibawaan kerajaan akan merudum (graf 2)






Tindakbalas (Kewibawaan Pemimpin)

(Graf 2)

Mungkin graf di sebelah ini boleh dijadikan anggaran kepada kewibawaan kerajaan. Yang pastinya, kewibawaan Pak Lah sebagai Perdana Menteri pasti tercabar dan mengundang pelbagai persepsi negatif.






Rakyat tidak boleh disalahkan jika mereka bersuara dan mengkritik keras kerana pada pendapat rakyat, pemimpin dipilih untuk menyelesaikan masaalah rakyat dan bukannya menambah lagi beban rakyat.

Bagi mereka, pemimpin yang tidak boleh menyelesaikan isu-isu yang bersangkut paut dengan kehidupan rakyat merupakan pemimpin yang tidak bijak, tidak cekap dan tidak sensitif kepada keresahan serta suara rakyat.

Jawapan Pak Lah ialah, Ini bukan soal untuk popular, ini adalah langkah serius untuk keperluan rakyat. Kita tidak boleh puaskan hati semua pihak tetapi memastikan ‘situasi menang-menang’ untuk semua.''

Penulis ingin mengatakan bahawa ayat 'kita tidak boleh puaskan hati semua pihak' pasti akan mengguris hati orang ramai. Hakikinya, mereka yang ditafsirkan tidak puas hati itulah yang memberi undi mereka kepada kerajaan pusat hari ini.

Penulis bukannya tidak faham bidang ekonomi yang menceritakan subsidi harga petrol yang mencecah berbilion-bilion ringgit yang ditanggung oleh kerajaan.

Akan tetapi, anggapan bahawa rakyat akan sendiri tahu tanpa penjelasan yang tidak mengambil berat hati rakyat itu membuatkan usaha kerajaan menjadi satu provokasi negatif kepada rakyat jelata.

Pemimpin sepatutnya lebih sensitif untuk menyusun kata-kata agar ianya dapat diterima dengan baik, biar pun ianya membebankan rakyat. Malah, rakyat tentu dapat berasional jika penjelasannya tepat, senang dan jelas.

Seperkara lagi, kenaikan harga petrol dan diesel akan mengakibatkan chain reaction yang bakal menimbulkan rasa 'panik' dan boleh mengkucar-kacirkan pelbagai bentuk kehidupan rakyat, seperti harga keperluan asas termasuk juga kenaikan elektrik.

Apakah chain reaction ini bakal menimbulkan krisis inflasi?

Penulis berharap ianya tidak akan berlaku tetapi jika pemimpin dan penguatkuasa tidak bertindak cepat, persisten dan tegas, inflasi bakal mencekik leher rakyat.

Seperkara lagi, di sini penulis sertakan satu artikel yang menarik mengenai krisis kenaikan minyak dunia serta kewujudan spekulator-spekulator dan hedge funds.

Perkataan spekulator ini mengingatkan penulis kepada krisis matawang Asia pada bulan Julai 1997 di mana ianya digunakan oleh Tun Dr Mahathir. Di dalam bukunya 'A New Deal For Asia' kejatuhan teruk ekonomi dan penularannya ke negara-negara Asia yang lain merupakan contagion theory yang merupakan sebahagian daripada theology of currency trading

Di masa krisis Matawang Asia inilah, Dr Mahathir mengumumkan kewujudan spekulator wang yang bertanggungjawab meruntuhkan ekonomi negara-negara Asia dengan sekelip mata.

Kita tentu masih ingat dengan kaedah ekstrem yang digunapakai oleh Malaysia ketika itu sehinggakan Malaysia tidak jatuh tersungkur seperti negara-negara Asia yang lain.

Walau pun sudah 11 tahun lamanya, masih banyak lagi negara-negara Asia yang sedang mengalami krisis ekonomi serta politik dan masih tidak dapat keluar lagi daripada dilema tahun 1997 itu.

Persoalannya,
. Apakah benar-benar wujud spekulator-spekulator pengaut untung di sebalik krisis harga minyak mentah sekarang ini?

. Apakah pemimpin-pemimpin di dunia ini tidak tahu atau pun mereka perlu mengadakan siasatan lebih mendalam mengenai serangan licik oleh spekulator-spekulator tersebut?

Ikutilah artikel dibawah dan berikan pendapat anda !

There’s No Global Fuel Shortage
5th June 2008

ISTANBUL: There is no shortage of oil in the world and its present price level was driven up by unreal speculation, said Malaysia Airlines managing director and chief executive Datuk Seri Idris Jala.

He said the present oil price at over US$135 was unrealistic and based on certain global events that might have caused a shortage of supply.

“These people (speculators and hedge funds) buy oil futures and say that this or that event may cause an oil shortage.

“Not very long after this, people react to this and by then the message would be ‘there is a shortage of supply’ even though there is none,” Idris told the international media here at the close of the 64th International Air Transport Association annual general meeting.

IATA, which is an association of legacy full service airlines with over 200 members, had issued a statement at the end of its meeting that the industry was now in a state of an emergency because of the fuel price crisis.

Idris was a former senior executive with Shell Plc based in London and the Hague for almost 20 years. While there, he had headed various departments, including business development.

Speaking as a former oilman, Idris said there were two ways to see whether there was an oil shortage.

“First, look at the oil tankers at sea. If they are not moving and just floating out at sea, that means they have no crude or processed oil to transport. That is not happening and that means there is no shortage.

“Second, go to the petrol stations. If there are long queues, that means there is a shortage. Again, this is not happening and this can only mean there is more than enough supply.

“As an ex-oilman, I tell you there is no shortage.”

Idris pointed out that certain analysts and financial companies that produced reports about the shortage were also oil futures traders.

Asked what he thought was the fair value of crude oil at present, Idris replied: “US$40.”

He also criticised speculators and hedge funds, saying that he did not trust anything that he could not touch.

“I always believe in the brick and mortar – something I can touch. These people are trading with nothing.

“Many years ago, we at Shell had wanted to buy Enron. I was leading the team then and we hired over 60 consultants to study how a company with no oil fields, refineries or gas stations could make so much money.
“One of the consultants tried to convince me to recommend to the Shell bosses to buy Enron but I said no because I could not touch what they were trading in,” Idris said in the one-hour briefing for the media about MAS’ performance and future.

He only expressed his opinion on the oil crisis after being asked by several journalists.

Idris was proven right on Enron because the so-called energy company collapsed four years ago under massive accounting fraud. - Wong Sai Wan, The Star

dipetik dari:
http://novandri.blogspot.com

Baca Lagi!

Friday, June 6, 2008

Tindakan Tidak Popular Pak Lah Menjahanamkan Populariti UMNO/BN

Datuk Seri Yang Sudah Tiada Seri Abdullah Ahmad Badawi yang selalu sangat membuat tindakan tidak popular, adakah beliau tidak sedar lagi kerana tindakan tidak popularnya itu telah menghakiskan kepercayaan rakyat terhadap UMNO khasnya dan Barisan Nasional Amnya.

Kalau kita pergi balik tindakan DSYSTS Abdullah Ahmad Badawi sebelum Pilihan Raya Umum 12, kita mendapati bahawa Pentadbiran Kerajaan di bawah kepimpinan beliau sering kali mengambil tindakan tidak popular. Pertama sekali membatalkan Projek Jambatan Indah yang sekaligus membuatkan seolah-olah tunduk dengan Singapura.

Yang Keduanya ialah Kenaikkan minyak yang boleh disifat melampau pada sebelum Pilihan Raya Umum yang lalu. Yang Ketiganya ialah Menaikkan harga barang yang juga boleh dianggap tindakan tidak popular. Di tambah lagi dengan kenaikkan harga beras pada bulan ini, yang mana boleh juga tindakan tidak popular. Terbaru sekali Pak Lah juga telah mengambil tindakan tidak popular dengan membuat pengumuman mengejut kenaikkan harga minyak yang terlampau.

Penulis melihat tindakan tidak popular Pak Lah ini lebih kepada tindakan yang bakal menjahanamkan UMNO. Entah apa yang jadi pada Pak Lah di dalam keadaan BN menang dengan hanya majoriti mudah, beliau dengan mudah membuat pengumuman tidak popular, sedangkan di dalam politik Tindakan Popular amatlah penting, apa gunanya telus dan terbuka jika tidak disusuri dengan tindakan.

UMNO sememangnya tidak memerlukan pemimpin yang suka mengambil tindakan tidak popular untuk menjahanamkan populariti UMNO yang kian menyusut sejak kebelakangan ini, sudahlah Pak Lah kami semua sudah bosan dengan anda, muak dan mual apabila mendengar anda berucap di kaca tv yang mengampu anda yang juga merupakan anak seorang ulama, Anak Ulama apakah ini itulah kata "Iman tak dapat diwarisi oleh seorang ayah yang bertaqwa" sememangnya benar.

Baca Lagi!

Lagu Harga Minyak Naik Lagi

Harga Minyak Naik Lagi

Lirik: yiemega
Penyanyi: Zailani MD



Harga Minyak Naik Lagi
Itulah akibat Pilih Pak Lah Lagi
Harga Minyak Naik Lagi
Rakyat Pun Marah Lagi

Harga Minyak Naik Lagi
Pak Lah Buat Hal Lagi
Harga Minyak Naik Lagi
Pak Lah buat UMNO Parah Lagi

Harga Minyak Naik Lagi
Pak Lah dapat 'title' Lagi
Harga Minyak Naik Lagi
Tak payahlah pilih pak lah lagi

Harga Minyak Naik Lagi
Peniaga Pening Lagi
Harga Minyak Naik Lagi
Tak ada orang kat Kedai Lagi

Harga Minyak Naik Lagi
Harga Barang Pun Naik Lagi
Harga Minyak Naik Lagi
Rakyat pun 'naik minyak' Lagi

Harga Minyak Naik Lagi
Tak usahlah pilih Pak Lah Lagi
Harga Minyak Naik Lagi
Pak Lah tak pandai ekonomi lagi

Harga Minyak Naik Lagi
Pilihlah Ku li apa tunggu lagi
Harga minyak naik lagi
Ku Li pandai ekonomi

Harga Minyak Naik Lagi
Jangan Harap Pak Lah Lagi
Harga Minyak Naik Lagi
Pak Lah sudah kita tak nak lagi.

Download Lagu Ni DI SINI

Baca Lagi!

Thursday, June 5, 2008

Gambar Sekitar Sanbutan Kenaikan Harga Minyak










Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin