Ibrahim Ali Akan Berhijrah Ke Rantau Panjang?
Oleh: yieMEGA
PRESIDEN Perkasa Datuk Dr Ibrahim Ali atau lebih dikenali dengan jolokan "Donald Trump Malaysia" dijangka akan berhijrah ke Parlimen Rantau Panjang sepertimana yang didedahkan oleh penulis politik terkenal Mohd Sayuti Omar (MSO) di dalam blognya yang bernama Merah Tinta MSO. Kalau pendedahan MSO ini menjadi kenyataan ini bermakna satu berita baik buat rakyat-rakyat di dalam Parlimen Rantau Panjang, dan satu berita buruk buat pengundi di Parlimen Pasir Mas.
Setelah sekian lama Ibrahim Ali bertapak di Pasir Mas sebagai kubu kuat politik beliau, mungkin kini sudah tiba masanya untuk beliau berhijrah tambahan pula rakyat Pasir Mas telah menzahirkan bahawa mereka sudah tidak menyanyangi Ibrahim Ali lagi apabila dalam PRU13 yang lalu, pengundi-pengundi di parlimen ini sudah tidak lagi memilihnya sebagai wakil rakyat untuk Parlimen Pasir Mas sebaliknya mereka telah memberi undi yang tinggi kepada anak Allahyarham Tok Guru Nik Aziz.
Mungkin mereka yang berada di luar Pasir Mas tidak mengetahui bahawa kebanyakkan kemajuan-kemajuan yang ada di Pasir Mas hari ini adalah hasil daripada usaha-usaha dan titik peluh Ibrahim Ali antaranya ialah Jambatan Tendong, Jambatan Pasir Mas Salor, Bandar Baru Lubuk Jong, Kolej Kemahiran Tinggi Mara Lubuk Jong dan Bangunan Mara di Pasir Mas.
Baca Lagi!