Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Ladang Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Ladang Rakyat. Show all posts

Monday, October 11, 2010

Ladang Rakyat Mungkin Menjadi Isu di Galas


Ladang Rakyat Mungkin Menjadi Isu di Galas
Oleh: yieMEGA

PROJEK Ladang Rakyat mungkin menjadi satu isu besar di PRK DUN Galas semasa kempen nanti. Ini sedikit sebanyak akan menyukarkan PAS untuk berkempen di Galas kerana Ladang Rakyat adalah di dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri dan mungkin mereka terpaksa menyelesaikan segera beberapa isu yang berbangkit di Galas.

Sebelum ini, penulis menjangkakan PAS mungkin akan menggunakan tanah sebagai senjata untuk menghadapi PRK DUN Galas. Berkemungkinan besar PAS akan menyelesaikan dengan segera isu ini dengan menggunakan jabatan di bawah Kerajaan Negeri Kelantan iaitu Pejabat Tanah dan Jajahan. Bagus benar sekiranya isu ini dapat diselesaikan oleh PAS dengan seberapa segera, tapi yang tak bagusnya PAS yang sebelum ini melarang BN daripada menggunakan agensi kerajaan untuk berkempen, akhirnya PAS sendiri menggunakan Agensi/Jabatan Kerajaan di dalam bidang kuasa mereka untuk berkempen.

Jangkaan penulis sebelum ini nampaknya sudah menjadi kenyataan, malah Hussam Musa dalam kenyataanya sebelum ini seperti mengesahkan kenyataan ini, apabila beliau berkata Kerajaan Negeri akan menyegerakan pemberian tanah-tanah di Galas. Untuk rekod kenyataan itu dikeluarkan semasa merasmikan program Dewan Pemuda PAS di Gua Musang.

Mungkin mereka-mereka yang mendengar ucapan Hussam yang kecewa dengan janji Kerajaan Negeri sebelum ini akan 'lembut hati' dan apa lagi bulan lah menjadi pilihan mereka. Mungkin juga ada yang sudah tak sanggup untuk ditipu untuk kali kedua, jadi pada mereka 'janji' Hussam ini sekadar bertanam tebu di pinggir bibir sahaja.

Isu Ladang Rakyat ini telah lama penulis dengar, namun sampai sekarang masih belum selesai. Kalau Kerajaan PAS Kelantan dapat menyelesaikanya semasa PRK Galas nanti sudah tentu ia bermakna PAS parti yang akan menyelesaikan masalah rakyat apabila pilihan raya tiba.

Sebenarnya, PAS tidak perlu menunggu pilihan raya sekiranya mereka benar-benar ingin membantu dan menolong rakyat marhaen. Sepatutnya isu ini telah lama diselesaikan oleh Kerajaan Negeri dan bukanya menjadi bahan k.i.v untuk diselesaikan menjelang pilihan raya.

Dengan hanya menyelesaikan permasalahan rakyat menjelang pilihan raya, sudah pasti rakyat akan ragu-ragu mengenai keikhlasan PAS di dalam membantu rakyat dalam segala segi. Mari bersama-sama kita saksikan bagaimana suasana kempen semasa PRK DUN Galas nanti adakah isu Ladang Rakyat ini akan menjadi isu hangat di sana, sama-samalah kita nantikanya.

Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin