Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label isa. Show all posts
Showing posts with label isa. Show all posts

Sunday, September 18, 2011

HARI MALAYSIA


HARI MALAYSIA
oleh: yieMEGA

TANGGAL 16 September merupakan detik bersejarah bagi negara kita Malaysia. Pada tarikh keramat itulah negara bernama Malaysia ditubuhkan, kini Hari Malaysia telah diisytiharkan sebagai cuti umum.

16 September 2011 sekali lagi sejarah diukir apabila sambutan hari kemerdekaan dan Hari Malaysia disambut serentak ini menjadikan sambutan Hari Malaysia lebih meriah berbanding tahun-tahun yang lalu.

Di kesempatan ini penulis ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia, dalam pada itu marilah kita bersama-sama bersatu untuk merealisasikan hasrat transformasi berjaya, rakyat sejahtera.
Penulis berharap sempena Hari Malaysia ini semua pemimpin-pemimpin tak kiralah daripada pihak kerajaan mahupun oposisi hendaklah bekerja dengan lebih keras lagi dan janganlah mereka kerja secara main-main lagi.

ISA DIMANSUHKAN

SEPERTIMANA yang anda semua tahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat satu pengumuman yang boleh dikatakan berani iaitu mengenai pemansuhan undang-undang yang tidak disenangi oleh oposisi iaitu ISA atau Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Mungkin pihak oposisi akan mendakwa perjuangan mereka selama ini telah berjaya apabila DS Najib mengisytiharkan demikian rupa, namun mereka silap kerana pemansuhan tersebut dibuat ialah lanjutan daripada program-program transformasi yang sedang dilakukan oleh kerajaan pada masa ini.

Pihak oposisi tidak boleh mendabik dada mengatakan perjuangan mereka selama ini berhasil kerana pemansuhan ini dibuat adalah sebahagian daripada plan transformasi Kerajaan Malaysia.

Bercakap mengenai pemansuhan ISA, penulis merasakan adalah lebih baik undang-undang baru yang digubal oleh kerajaan untuk menggantikan ISA hendaklah lebih baik daripada ISA. Penulis percaya sudah tentu PM sudah ada cara yang terbaik untuk menggubal undang-undang untuk menggantikan ISA.


Baca Lagi!

Sunday, August 2, 2009

Himpunan Anti ISA: Jelas Kami Diperbodohkan - Ahli Pas

Himpunan Anti ISA: Jelas Kami Diperbodohkan - Ahli Pas
Oleh: yieMEGA

HIMPUNAN Mansuhkan ISA yang berlangsung di ibu negara pada tanggal 1 Ogos baru-baru ini memang mendapat sambutan di kalangan penyokong-penyokong PAS. Angka yang dikeluarkan oleh Utusan ialah 10,000 - 20,000, manakala angka yang dinyatakan Anwar Ibrahim ialah 1000,00, penulis sempat menjenguk blog MSO yang memberikan angka 80,000 tak tahulah penulis pengiraan matematik mana yang betul apa yang boleh penulis boleh cakap ialah hanya Allah tuhan seru sekian alam sahaja yang mengetahui.

Petang tadi penulis secara tak sengaja terjumpa dengan ahli PAS yang menyertai himpunan mansuhkan ISA di ibu negara. Beliau tiba di Kota Bharu pada pukul 5.30 pagi tadi katanya. Beliau melahirkan rasa kesal terhadap sambutan terhadap himpunan anti Isa tersebut.

Kekesalan itu menyebabkan hati penulis tertanya "nak kesal sambutan himpunan tersebut sebab apa, sedangkan Anwar pun kata 1000,00 pengunjung". Rupa-rupanya beliau melahirkan rasa kesal tersebut kerana majoriti yang menyertai perhimpunan itu adalah Melayu PAS dan PKR sahaja, sedangkan hanya beberapa kerat sahaja yang datang dari bukan Melayu PKR dan Juga DAP yang lain semuanya sedap tidur di rumah.

Tambahnya lagi "seolah-olah kudrat kami dipergunakan bagai askar gurka demi kepentingan politik bukan Melayu PKR dan DAP atau dengan bahasa lebih senang ialah kami telah diperbodohkan dan diperkudakan oleh bangsa bukan Melayu di dalam PKR dan DAP.

Kalau melihat di dalam perhimpunan itu, memang benar majoritinya adalah di kalangan ahli PAS, kalau mereka kata mereka mahu ISA dimansuhkan kenapa mereka tidak turun bersama kami, sedang mereka lena tidur di rumah kami pula terpaksa memedihkan mata, menyakitkan badan dan mempertaruhkan nyawa hanya untuk minta ISA dimansuh sedangkan mereka tidak buat apa-apa".

Ahli Pas tersebut juga menuntut agar pimpinan PAS pusat supaya mengkaji semula persepakatan PAS+DAP+PKR di dalam Pakatan Rakyat, kerana tidak ada gunanya sekiranya kita berada di dalam Pakatan Rakyat tetapi hanya tenaga kita dikerahkan sedangkan mereka mendapat keuntungan daripada tenaga yang kita kerahkan.

Bagi penulis, ada betulnya juga pandangan ahli PAS ini kerana kebanyakkanya di dalam perkara-perkara yang terjadi sebelum ini, PAS lebih banyak berkerja keras berbanding parti lain dan tidak keterlaluan jika penulis katakan kemenangan Pakatan Rakyat dibeberapa negeri hasil daripada kerja kuat PAS sebelum ini jadi mereka sepatutnya menjadi Parti Tonggak di dalam Pakatan Rakyat.

Pada masa perhimpunan itu berjalan, perniagaan di sekitar perhimpunan itu berlangsung dikatakan lumpuh. Ramai peniaga yang terpaksa menanggung kerugian. Pada pandangan penulis peniaga-peniaga tersebut boleh menuntut ganti rugi daripada Gerakan Mansuh Isa (GMI) kerana mereka harus bertanggungjawab terhadap kerugian yang dialami mereka.

Peniaga-peniaga bolehlah pergi menuntut di pejabat GMI kalau tak jumpa pejabat GMI, mereka juga boleh menuntut di Pejabat PAS, Pejabat PKR ataupun Pejabat DAP dan desak mereka sampai mereka membayar gantirugi akibat insiden tersebut. Peniaga berhak mendapat hak mereka yang telah dirampas dengan insiden itu, sebagai seorang yang pernah bergelar peniaga penulis faham situasi yang di alami peniaga di kawasan tersebut jadi jangan berdiam diri buat tuntutan kepada pihak-pihak yang terbabit dalam menganjurkan perhimpunan tersebut.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, May 21, 2009

HINDRAF yang tak sudah!!!

U.S. Secretary of Defense William S. Cohen (ri...Image via Wikipedia

Penulis percaya ramai pembaca yang meminati lagu "Mimpi yang tak Sudah" nyanyian Ibnor Rizar, lagu itu memang hits satu ketika dulu dan bukan sahaja diminati oleh orang dulu tetapi juga orang zaman sekarang pun masih meminati lagu itu yang sudah boleh digelar "Lagu Evergreen" itu.

Pada kali ini bukan penulis bermaksud untuk berbicara mengenai lagu itu, apa yang penulis ingin bincangkan di sini ialah "Hidraf yang tak sudah" mengisahkan sebuah pertubuhan haram yang tak sudah-sudah mencabar kewibaan kerajaan iaitu HINDRAF. Kebetulan pula penulis mendapat inspirasi untuk membuat tajuk artikel ini semasa mendengar lagu "Mimpi yang tak sudah" nyanyian Ibnor Riza itu di laman web video atas talian youtube.

Baru sahaja beberapa hari lalu pemimpin pertubuhan haram ini yang ditahan di bawah Akta Keselematan Dalam Negeri (ISA) dibebaskan dah mula nak buat hal balik dengan merancang mengadakan Perhimpunan Haram sekali lagi.

Penulis ingin menyamakan HIDRAF dengan LTTE kerana corak perjuangan mereka hampir sama cuma pendekatan mereka berbeza iaitu LTTE menggunakan senjata manakala HINDRAF pula lebih kepada menganjurkan perhimpunan-perhimpunan haram walaupun tindakan tersebut boleh dikira membuang masa, mungkin "Orang-Orang Kuat HINDRAF" ini memang suka membuang masa.

HINDRAF memang mengancam keselamatan negara kerajaan perlu berbuat sesuatu agar HINDRAF ini tidak naik lemak, kerajaan boleh isytiharkan HINDRAF sebagai musuh nombor satu negara sepertimana Parti Komunis Malaya (PKM) dahulu.

Penulis pun hairan dengan HINDRAF ini apa tujuan perjuanganya pun kurang jelas ataupun ia sekadar sandiwara Politik yang dicipta oleh Anwar Ibrahim untuk mendatangkan kemarahan kaum India kepada Kerajaan Malaysia.

Cuba kita simpulkan apakah makna sebenar disebalik perkataan HINDRAF, Hidup Ikut Naluri Raja Anwar Fulus mungkin ini salah satu kita boleh tafsirkan daripada akronim HINDRAF. Persoalanya kenapa baru sekarang timbul HINDRAF tidak dari dulu lagi, apa yang menarik selepas Anwar Ibrahim dibebaskan maka timbullah HINDRAF seolah-olah ia berkaitan.

Teringat penulis kepada Pemimpin Kerajaan Langit iaitu Ayah Pin yang mendakwa beliau ketua semua agama, memang tidak bezanya dengan Anwar Ibrahim. Mereka berdua ini memang serupa. Cuma orang yang mudah terpedaya dengan "jelmaan" yang ditunjukkan oleh beliau.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, September 20, 2008

Teresa Kok dan Makanan Anjingnya

Seputeh.Image via Wikipedia
Teresa Kok yang merupakan Ahli Parlimen Seputeh yang ditahan di bawah akta ISA baru-baru ini (Penulis lebih suka menggunakan istilah Ikut Suka Abdullah) mendakwa bahawa makanan yang diberikan kepadanya sepanjang berada di dalam tahanan sama seperti makanan anjing.

Telur separuh masak rupanya makanan anjing, wah sebelum ni penulis tak tahulah pula telur separuh masak adalah makanan anjing, setahu penulis anjing sukakan tulang dan pernah dengar pula anjing makan telur separuh masak. Mungkin anjing teresa kok ni suka makan telur, nasib baik dia tidak makan telur suaminya kalau tak frust lah Teresa Kok terpaksa cari lelaki lain di dalam Pakatan Rakyat.

Nampaknya, mulai sekarang orang tak boleh dah makan telur separuh masak, maklum sahajalah ia makanan anjing, tengok anjing pun dah rasa geli geleman inikan pula makan makanan anjing. Secara tidak langsung, Teresa Kok sebenarnya telah menghina golongan miskin kerana telur separuh masak adalah makanan yang begitu mewah di kalangan golongan miskin.

Teresa Kok kalaupun ghairah mahu menjadi MP Yang Berkhidmat janganlah jadi MP Yang Berbohong kerana buruk akibatnya. Orang dulu-dulu pernah berkata " siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri".

Kenapa Penulis Suka Menggunakan Istilah Ikut Suka Abdullah (ISA)?

Mungkin ramai tertanya-tanya kenapalah penulis lebih suka mentafsirkan ISA sebagai Ikut Suka Abdullah. Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri, sebenarnya penulis lebih berminat memanggil ISA sebagai Ikut Suka Abdullah adalah kerana, penahanan dibuat ikut suka Abdullah sahaja bukan sahaja setakat penahanan tetapi pembebasan juga dibuat Ikut Suka Abdullah sebab itu lah selepas beberapa hari mereka ditangkap di bawah akta tersebut, beberapa hari kemudian mereka dibebaskan atau dengan kata lain "Flip-Flop".

DILEMA UMAT ISLAM DAN MELAYU DI MALAYSIA 2008

Umat Islam di Malaysia kini sudah menjadi semakin tertekan, mereka tidak lagi boleh mempertahankan hak mereka, mereka juga terpaksa mengorbankan hak mereka untuk pengganut agama lain. Azan tidak boleh dilaungkan dengan kuat untuk mengelakkan pengganut agama lain terganggu. Nampaknya, pengganut Agama Islam di Malaysia sudah mula merasai apa yang dirasai oleh saudara seagama mereka di Singapura dan Afrika.

Umat Melayu di Malaysia pada masa ini tidak boleh menceritakan sejarah Melayu dan perkara-perkara yang membabitkan asal usul kaum lain di Malaysia kerana tindakan ini akan dikatakan tindakan perkauman. Mereka juga tidak boleh bercakap Bahasa Melayu kerana ia turut akan dilabel perkauman. Tulisan jawi yang merupakan khazanah peninggalan nenek moyang bagi mereka yang berbangsa Melayu juga sudah mula dinafikan haknya. Kewujudan seorang pemimpin Melayu yang bertindak sebagai 'batu api' kepada kaum-kaum lain yang sebelum ini tidak pernah mempersoalkan tentang Hak Istimewa Melayu sudah berubah dan mereka mula mempersoalkanya. Tindakan mereka ini tidak pula mereka anggap perkauman.

Menambah lagi keburukkan ialah cita-cita negara Uncle Sam yang bermotokan "Let's rule the world" menambah lagi senarai dilema yang dialami oleh umat Melayu di Malaysia. Mereka sanggup berbuat apa sahaja asalkan mereka dapat "Rules the world" termasuklah menghuru-hurakan semangat persepakatan kaum yang berbilang bangsa di Malaysia ini.

Marilah bersama kita bersatu hati untuk memperbaiki dilema yang di alami oleh Umat Islam dan Umat Melayu di Malaysia. Sudah tiba masanya untuk kita berubah, rapatkan sah tambahkan kekuatan mari kita buktikan kepada dunia kita boleh melakukanya. Marilah bersama mengubah dunia! (Let's change the world). Berjuanglah selagi hidup.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, September 14, 2008

Ikut Suka Abdullah (ISA)

ISA, kebelakangan ini kita selalu mendengar mengenai tiga perkataan yang mungkin keramat bagi ahli politik ini. Tambahan pula, beberapa hari yang lalu ada beberapa orang yang ditahan dibawah akta ISA. Penulis Blog Malaysia Today iaitu Raja Petra Kamaruddin, Wartawan Sin Chew Daily, Exco Kerajaan Negeri Selangor dari DAP iaitu Teresa Kok. Kesemua mereka adalah di antara mereka-mereka yang ditangkap di bawah akta ISA.

Cakap-cakap ISA kini sudah menjadi tajuk perbualan hangat bukan sahaja di kalangan rakyat Malaysia, ahli-ahli politik tetapi turut memenuhi media-media tanah air tidak kira Media Arus Perdana ataupun Media Alternatif. Ada yang menuntut ISA yang diibaratkan sesetengah pihak sebagai 'undang-undang rimba' ini perlu dimansuhkan dan ada setengah pihak yang menuntut ISA yang diibaratkan sebagai 'penyelamat keadaan' bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Akhir kalam, penulis ingin jelaskan bahawa pandangan ini adalah pandangan peribadi penulis terpulanglah kepada pembaca hendak bersetuju atau tidak kerana penulis tidak minta pembaca untuk bersetuju dengan penulis kerana penulis faham perselihan pendapat adalah lumrah dunia. Jadi fikir-fikirkanlah.

ISA atau penulis lebih suka menggunakan istilah Ikut Suka Abdullah ini terus menjadi perdebatan hangat, malah paling menarik sekali ialah pandangan seorang Menteri yang bertanggungjawab di dalam hal ehwal undang-undang yang berdiam diri berhubung isu Forum Memeluk Islam Majlis Peguam tetapi mula 'bingkas bangun' mengenai apa yang dikatakan ISA yang katanya ianya tidak adil dan sanggup melepaskan jawatanya sekiranya pendapat beliau tidak disukai oleh para 'pak menteri dan pak Perdana Menteri' berhubung isu tersebut.

Mungkin ada yang menganggap tindakan yang diambil oleh YB Zaid Ibrahim ini sebagai tindakan 'berani' untuk mempertahankan kebenaran. Namun, penulis lebih suka melihatnya dari konteks yang berlainan. Adakah rakyat sudah lupa mengenai janji yang dibuatnya sebelum ini mengenai 'kebebasan media' sehingga beliau sanggup mengeluarkan kenyataan bahawa sanggup melepaskan jawatan sekiranya 'kebebasan media' tidak dijalankan. Sampai hari ini, penulis belum nampak 'apa yang dikatakan kebebasan media' tetapi beliau tetap memegang jawatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Memang benar kata orang tua penulis, "janji orang politik tidak boleh dipercayai"

Bagi penulis, tindakan Zaid Ibrahim adalah lebih kepada tindakan untuk mempopularkan dirinya agar ianya dilihat sebagai ahli politik yang berjiwa rakyat, di dalam masa yang sama beliau juga cuba mempromosikan dirinya untuk diangkat menjadi 'ahli politik yang disukai ramai' walaupun ianya adalah sekadar 'gimik politik'.

Mengenai ISA, penulis berpendapat ia wajar diteruskan namun penggunaanya harus diminimumkan dan kalau boleh ISA hanya dilakukan secara 'last resort' bukanya Ikut Suka Abdullah sahaja. Namun, penulis tidak menghalang jika ISA hendak dihapuskan dan lihatlah apa yang kesanya kepada negara dan berilah tempoh percubaan tanpa ISA dan saksikanlah apa kesanya kepada negara dan rakyat dan sekiranya ia memberi kesan negatif mungkin ia akan membuatkan rakyat 'bermuhasabah diri balik' kerana rata-rata rakyat Malaysia ni sudah terhantuk baru nak tergadah, jadi biarkanlah dia terhantuk dulu.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, September 13, 2008

Zaid Ibrahim Tidak Layak Jadi Ketua Bahagian UMNO KB

Zaid desak Muhyiddin dipecat

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar meletakkan jawatan sebagai Menteri Kabinet jika beliau tidak berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, jika Muhyiddin enggan berbuat demikian, Abdullah pula mempunyai kuasa untuk memecat beliau.

''Perkara ini cukup mudah, jika Muhyiddin tak puas hati dan tidak yakin dengan Abdullah, beliau harus meletakkan jawatan sebagai menteri,'' katanya.

Zaid bercakap kepada pemberita selepas merasmikan pameran bertajuk Wallscapes: Catan Merdeka oleh Wang Lan, Wang Xu dan Shen Jiawei dan Dunia Ketiga oleh Shen Jiawei di Galeri Petronas di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Naib Presiden UMNO itu yang mempersoalkan tarikh peralihan kuasa pucuk pimpinan tertinggi negara yang telah dipersetujui akan diadakan pada 2010.

Kelmarin, Muhyiddin dilaporkan menggesa Abdullah supaya memikirkan semula tarikh peralihan kuasa yang dijadualkan pada 2010 kerana tempoh tersebut terlalu lama.

Muhyiddin mendakwa, pelan peralihan yang telah diumumkan dua bulan lalu itu kini telah 'tenggelam' dan rakyat tidak lagi memikirkan mengenainya.

Zaid menegaskan Abdullah tidak wajar memiliki menteri seperti Muhyiddin yang cuba mempertikaikan kepimpinannya.

''Jika saya tidak berpuas hati dengan Abdullah tindakan yang akan saya ambil adalah meletakkan jawatan,'' katanya.

Sementara itu Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menyelar mana-mana pemimpin tertinggi UMNO yang mempersoalkan kepimpinan Perdana Menteri.

Kata beliau, perbuatan itu tidak bertanggungjawab dan amat mendukacitakan seolah-olah satu sokongan yang membawa rebah.

''Saya amat sakit hati, dukacita dan kecewa kerana orang yang dipercayai oleh Abdullah semakin hari semakin menuding jari kepada Perdana Menteri,'' katanya.{http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0913&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm}

KOMEN SGMM

Terlebih dahulu penulis ingin soalkan apakah hak Zaid Ibrahim yang meminta Tan Sri Muhyidin Yasin dipecat. Adakah beliau sedar sebagai seorang Menteri yang dilantik melalui 'pintu belakang' meminta 'seorang menteri kabinet yang sememangnya layak' untuk dipecat.

Tidak sedarkah beliau bahawa tindakan beliau bakal membuat ahli akar umbi UMNO Kota Bharu 'tersentak' dan boleh tawar hati denganya sebagai calon Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu. Sebelum ini, ahli akar umbi UMNO Kota Bharu begitu simpati dengan Zaid Ibrahim ini kerana dikenakan tindakan oleh Presiden AAB, tetapi hari ini dia tampil dengan pembela Presiden AAB pula.

Dalam beberapa artikel penulis sebelum ini penulis telah beberapa kali mengulangi kenyataan bahawa sebagai ahli politik sepatutnya beliau (Zaid Ibrahim) berfikir sebelum bercakap bukanya bercakap sebelum berfikir. Ingat kata-kata orang politik kadang-kadang membawa kepada kejayaan dan kadang-kadang ia membawa kepada kegagalan.

Bercakap mengenai UMNO Kota Bharu, penulis sempat bertanyakan beberapa orang ahli UMNO mengenai kenyataan yang dinyatakan oleh Zaid Ibrahim ini. Boleh dikatakan 99% yang penulis temui melahirkan rasa kesal di atas perbuatan Zaid Ibrahim ini.

Mereka juga menuntut agar Zaid Ibrahim membuat permohonan maaf secara terbuka di atas kenyataan yang boleh dimaksudkan dengan berunsur 'ugutan' ini. Mereka juga berharap di masa-masa akan datang Zaid perlu rasional di dalam membuat kenyataan.

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin