Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Hari Raya Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya Aidilfitri. Show all posts

Wednesday, June 28, 2017

Aidilfitri Hari Kemenangan Umat Islam

Aidilfitri Hari Kemenangan Umat Islam
Oleh: yieMEGA

SETELAH hampir sebulan umat Islam mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak, kini tiba masanya umat Islam di seantero dunia menyambut hari kemenangan yakni Hari Raya Aidilfitri pada bulan Syawal. Pada hari kemenangan ini ianya disambut meriah tidak kira tua ataupun muda malah kanak-kanak adalah orang yang paling gembira dalam menyambut kedatangan syawal. 

Bersama-samalah kita menyambut hari kemenangan yang penuh bermakna ini dengan bersederhana dan janganlah berlebih-lebihan. Belanjalah ikut kemampuan sepertimana kata pepatah Melayu "Ukurlah baju di badan sendiri" janganlah kita berbelanja di luar kemampuan kita di dalam keghairahan menyambut ketibaan Syawal. Ingat kalau kita terlalu berlebih-lebihan menyambut Syawal ia dikhuatiri akan menyalahi syarak, selain itu ia bakal juga masalah lain kepada kita tanpa disangka-sangka.

Dalam keghairahan kita menyambut Syawal, jangan pula kita lupa pada yang tiada kerana mereka juga berhak merasai kenikmatan menyambut hari kemenangan ini, jika kita berkemampuan dari segi kewangan bantulah mereka sedaya yang anda mampu. Bermacam cara boleh anda gunakan untuk membantu yang tiada mungkin anda boleh belikan mereka baju raya, memberi duit raya dan bermacam-macam cara lagi anda boleh gunakan untuk membantu mereka yang tiada.

Aidilfitri juga merupakan apa yang kita panggil kembali kepada fitrah, apabila umat Islam yang berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, kini sudah kembali mengikut fitrah semula jadi manusia iaitu makan mengikut waktu, melayan serakah dengan cara yang sah disisi syarak. Namun, walaupun kita sudah kembali kepada fitrah jangan lupa pula ibadat wajib yang lain dan juga kalau boleh kita cuba terus bawa budaya di bulan Ramadhan kepada bulan-bulan yang lain.

Baca Lagi!

Friday, August 9, 2013

Salam Aidilfitri 1434

Salam Aidilfitri 1434
Oleh: yieMEGA

KELMARIN 8 Ogos 2013 bersamaan dengan 1 Syawal 1434 umat Islam di negara kita menyambut hari raya kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri selepas sebulan kita menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak. Sempena dengan bulan yang mulia ini penulis ingin mengambil kesempatan untuk menyusun sepuluh jari memohon sejuta kemaafan kepada semua pembaca-pembaca setia blog penulis tidak kiralah yang menyukai artikel penulis ataupun yang sebaliknya. Selamat Hari Raya Aidilfitri penulis ucapkan kepada semua umat-umat Islam di Malaysia.

Penulis hanyalah manusia biasa yang tak lekang melakukan kesalahan moga kalau ada silap dan salah harap dimaafkan dan diampunkan dosa semoga tali silaturrahim kita terus berkekalan hingga ke anak cucu. Bercakap mengenai raya ni pasti kita bayangkan makanan-makanan yang ada kaitan dengan raya, ye lah lemang, ketupat, dodol, kuih semprit, Biskut Almond London, lontong dan bermacam-macam lagilah makanan yang boleh kita jumpa sewaktu kita menyambut hari raya.

Kelmarin penulis dapat makan tapai, sate, nasi minyak dan paling istimewa untuk raya kali ini penulis dapat makan spagheti. Mungkin pada tahun ini rumah yang penulis kunjungi ingin membuat kelainan apabila menyediakan spagheti untuk menjadi menu raya kali ini, walaupun penulis tidak menyukai spagheti sekurang-kurangya dapat juga rasa bagaimana rasa spagheti yang sebelum ini penulis hanya dengar namanya dan belum pernah makan tetapi semalam dapatlah juga penulis merasainya. 

Baca Lagi!

Monday, August 6, 2012

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan
Oleh:  yieMEGA

SUDAH masuk tujuh belas hari umat Islam telah menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, di kesempatan ini juga penulis ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca setia blog Suara Generasi Muda Malaysia yang beragama Islam.

Begitu pantas masa berlalu, itulah yang dinamakan masa kita tidak akan mampu mengejarnya kerana ia akan berlalu pergi tanpa kita sedari. Begitulah hukum alam yang perlu kita akui, namun kita sebagai manusia harus berusaha untuk mengejarnya.

Tambahan pula bulan Ramadhan ini kan bulan untuk menggandakan ibadat kita hendaklah berusaha untuk membuat ibadat sebanyak mungkin yang termampu oleh batang tubuh diri sendiri. Sebelum penulis terlupa izinkan penulis memohon maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini ekoran daripada penulis terlalu sibuk dengan tugas yang menjadi rutin harian penulis sehinggakan tiada masa untuk mengemaskini blog ini.

Kebetulan pada hari ini penulis mempunyai sedikit kelapangan, jadi penulis tidak mensia-siakanya untuk mengemaskini blog milik penulis yang tak seberapa ini. Mungkin banyak juga isu-isu yang penulis terlepas untuk mengulasnya sepanjang bulan Ramadhan Al Mubarak ini kerana terlalu sibuk, tapi mungkin di lain masa dan ketika penulis akan mengulasnya.

Terus terang penulis katakan yang penulis amat merindui untuk mengulas isu-isu semasa sepertimana yang dibuat oleh penulis sebelum ini, tetapi apakan daya masa tak akan dapat kembali. Bercakap mengenai puasa, tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan selepas itu kita akan menyambut Hari Kebangsaaan atau kata lain Merdeka.


Pendek kata tahun ni kita RayaMerdeka, bukan lagi merdeka raya sebab kita raya dulu baru merdeka. Penulis percaya mereka yang berada di luar sana sudah tentu sibuk mempersiapkan persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pesan penulis pada mereka sambutlah raya tahun ini dengan penuh bersederhana, jangan nanti lepas raya hutang keliling pinggang. Raya tu raya juga tetapi biarlah berpada-pada.

Oh ya, kelmarin baru sahaja kita dapat lihat misi skuad badminton negara kita mendapat pingat emas ternyata gagal apabila pemain negara kita Datuk Lee Chong Way gagal menumbangkan pemain daripada China iaitu Lin Dan. Nampaknya kita perlu akur bahawa kita perlu terima kekalahan tersebut dengan hati yang terbuka, mungkin nasib masih menyebelahi Lin Dan dan tidak menyebelahi Lee Chong Way. Tak dapatlah kita makan aiskrim free tapi tak mengapa cuba lagi di lain hari.

Bercakap mengenai Olimpik London ni, terfikir juga penulis mampukah negara kita mencapai matlamat untuk mendapat sebutir pingat emas sebagai ole-ole untuk rakyat Malaysia yang dibawa pulang oleh atlit negara kita di london?

Baca Lagi!

Thursday, September 1, 2011

Selamat Hari Raya Dan Merdeka....

Selamat Hari Raya Dan Merdeka....
Oleh: yieMEGA

SELAMAT hari raya Aidilfitri penulis ucapkan terutamanya kepada pembaca setia blog Suara Generasi Muda Malaysia dan di kesempatan ini juga penulis ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ulang tahun kemerdekaan Malaysia kepada semua rakyat Malaysia.

Uniknya raya pada kali ini adalah kerana ia hampir dengan tarikh keramat bagi rakyat Malaysia menyambut hari negara kita dibebaskan daripada cengkaman penjajah atau dalam erti kata lain Merdeka.

Alhamdulillah tahun ini kita menyambut dua hari kemenangan, semoga tahun ini merupakan tahun yang berkat. Sebelum penulis terlupa, adalah elok penulis menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf di atas sebarang salah silap penulis sepanjang bergelar blogawan.

Berbalik kita kepada hari Kemerdekaan Malaysia, apa yang penulis ingin ucapkan di sini adalah agar sama-samalah kita cuba memahami apakah erti kemerdekaan dalam ertikata yang sebenarnya. Hari ini kita lihat semakin ramai rakyat Malaysia yang tidak memahami erti kemerdekaan dalam ertikata yang sebenarnya.

Apa yang penulis harapkan selepas ini Malaysia akan menjadi negara yang lebih maju daripada sekarang dan apa yang paling penting menjadi negara yang tinggi dari segi integritinya. Itulah yang kita harapkan sesuai pula tema sambutan hari kemerdekaan pada tahun ini ialah Transformasi berjaya, rakyat sejahtera.

Penulis doakan agar transformasi negara akan berjaya agar rakyat akan mendapat kesejahteraan daripadanya. Dalam masa yang sama, kerajaan perlulah meneruskan usaha-usaha untuk membantu rakyat kerana tanpa rakyat siapalah kerajaan.

Dalam masa yang sama, penulis berharap bebanan rakyat yang terus meningkat dari hari ke sehari agar dapat dikurangkan oleh kerajaan kerana rakyat tidak sepatutnya dibebankan oleh bebanan yang demikian.



Baca Lagi!

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Oleh: yieMEGA



MALAM tadi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengumumkan bahawa tarikh Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1431H ialah pada hari Jumaat 10 September 2010. Ini maknanya hari ini adalah hari terakhir bagi umat Islam di Malaysia bersahur.

Dalam kesempatan ini juga penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf, Zahir dan batin terutamanya kepada pembaca-pembaca setia blog Suara Generasi Muda Malaysia dan juga semua ahli-ahli Politik tanah air tidak kiralah parti mana yang mereka wakili dan juga kepada semua rakyat Malaysia.

Kepada yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman masing, penulis ucapkan semoga selamat tiba ke destinasi yang dituju, berhati-hatilah di jalan raya dan ingatlah orang yang tersayang.

Di kesempatan ini juga penulis ingin memohon maaf kepada semua rakan-rakan di dunia blogawan ini iaitu MSO, Husin Lempoyang, Dr Novandri, Meli Kapak Jangak, Kickdefella, DIY-Dunia Tiger, Panglima Perang, dan semua rakan-rakan seperjuangan di dalam arena blogger ini.

Terima kasih semua diatas kesungguhan anda memperjuangkan apa yang diperjuangkan oleh seorang yang bernama blogger. Semoga Aidilfitri kali ini memberi sejuta makna kepada anda semua.
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Monday, August 2, 2010

Pengumuman:- Penukaran Domain Suara Generasi Muda Malaysia


Penukaran Domain Suara Generasi Muda Malaysia

TERLEBIH dahulu penulis ingin memohon maaf kepada para pembaca setia blog Suara Generasi Muda Malaysia kerana sejak dua hari lepas berlaku kesukaran untuk mengakses blog ini yang menggunakan domain www.suaragenerasimuda.com kerana berlaku beberapa masalah teknikal.

Oleh yang demikian, penulis mengambil keputusan berkuatkuasa mulai hari ini iaitu Isnin 2 Ogos 2010 blog Suara Generasi Muda Malaysia tidak lagi menggunakan domain www.suaragenerasimuda.com.

Mulai daripada hari ini, blog Suara Generasi Muda kembali menggunakan domain asalnya iaitu http://suaragenerasimuda.blogspot.com/. Sebarang kesulitan yang di alami oleh para pembaca setia blog ini amatlah penulis kesali.

Sebagai makluman kepada para pembaca blog ini, mungkin selepas Hari Raya Aidilfitri blog ini akan menggunakan domain berbayar yang baru. Sekali lagi penulis memohon maaf di atas kesukaran yang di alami.

Walaubagaimanapun artikel-artikel baru akan terus disiarkan di dalam blog ini sebagaimana biasa.
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Monday, October 19, 2009

Exco PAS Tumbuk Tamu Rumah Terbuka?

Exco PAS Tumbuk Tamu Rumah Terbuka?
Oleh: yieMEGA

MEMBACA posting blog Sayuti Omar iaitu Merah Tinta MSO yang bertajuk "Exco Tumbuk Tetamu Raya" pada mulanya penulis agak terkejut juga dan seakan-akan tidak percaya dengan artikel blog berkenaan tetapi setelah penulis mengenali stail penulisan MSO yang biasanya bercorak investigatif jadi penulis cuba menyelidikinya secara invetigatif juga.

Setelah MSO mengeluarkan posting kedua yang mengenai perkara yang sama di dalam posting blognya yang bertajuk "Exco Tumbuk Tamu Raya 2 - Nik Aziz Kenal Exco dan Tamu Berkenaan" penulis semakin pasti bahawa insiden tersebut bukan insiden rekaan ataupun cerita hampeh semata-mata.

Berdasarkan artikel kedua mengenai insiden yang sama ditulis MSO tersebut, insiden itu memang benar-benar terjadi, namun MSO tidak menyatakan dengan terus siapakah Exco yang dimaksudkan dia hanya memberikan klu seorang Exco di sebuah negeri dan Nik Aziz mengenali Exco tersebut, mungkin juga MSO tidak mahu mengaibkan pemangsa dan mangsa tersebut jadi bagi penulis nama siapa pemangsa dan mangsa itu tak begitu penting. Apa yang penting insiden tersebut benar-benar memalukan.

Sepatutnya sebagai seorang yang bergelar pemimpin bertaraf khalifah tidak sepatutnya terlibat dengan insiden bodoh dan agak kebudak-budakkan tersebut. Mereka sepatutnya menjadi role model yang baik untuk rakyat yang dipimpin. Sepertimana dengan orang celik memimpin orang buta melintas jalan, tak kanlah orang buta nak pimpin orang celik lintas jalan? Cuba fikir dengan rasional....

Penulis juga cuba membelek media-media arus perdana kot-kot ada berita insiden ini dilaporkan tetapi setakat artikel ini ditulis tiada lagi ianya dilaporkan oleh media arus perdana, malah Media Alternatif pun tidak menyiarkan insiden ini, baguslah kalau tidak ia pasti menjadi tajuk utama akhbar-akhbar berkenaan dan secara tidak langsung ia seperti menghidangkan harimau dengan daging yang telah siap disiang.

Sebenarnya kejadian pemimpin gedebe bukanlah pertama kali ianya berlaku malah sebelum ini sudah banyak yang berlaku contohnya di Kelantan ada ADUN BN yang menerajang ADUN PAS semasa Sidang DUN, Di Terengganu pula Menteri Besar Terengganu sekarang iaitu Datuk Ahmad Said pernah mengajak ADUN Wakaf Mempelam dan kini merupakan Ahli Parlimen Kuala Terengganu untuk bertumbuk, namun walaupun gedebe ia tetap disokong menjadi Menteri Besar oleh PAS mungkin PAS suka dengan orang yang gedebe ni kot.

Namun apa yang membezakan pemimpin gedebe yang lepas-lepas adalah tempatnya dan waktunya sahaja, apa yang tidak manis kejadian itu berlaku di tempat Rumah Terbuka Hari Raya yang sepatutnya datang untuk bermaaf-maafan bukan untuk berkelahi-lahian. Semangat dan Roh hari raya langsung tiada di dalam roh pemimpin berkenaan mungkin kemenangan besar PRU12 menyebabkan pemimpin ini semakin angkuh walhal Allah tuhan seru sekian alam menguji manusia dengan pelbagai cara termasuklah dengan memberikan seorang yang tiada kuasa, kuasa dan sepertimana pepatah Inggeris "Power Can Change People" inilah jadinya ingatlah tak semua manusia jahat itu jahat, tak semua manusia baik itu baik fikir-fikirkanlah.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, September 27, 2009

Salam Aidilfitri, Isu Selcat dan Rumah Terbuka Nasharuddin Mat Isa

Salam Aidilfitri, Isu Selcat dan Rumah Terbuka Nasharuddin Mat Isa
Oleh: yieMEGA

Salam Aidilfitri Buat Semua Pengunjung Blog SGMM

PEJAM-Pejam Celik Ramadhan telah meninggalkan kita dan kini kita berada di bulan Syawal di mana 'mood' Hari Raya Aidilfitri masih dirasai. Di hari yang baik bulan yang baik ini saya memohon maaf pertamanya kepada semua pengunjung setia blog Suara Generasi Muda Malaysia kerana terlewat sedikit membuat ucapan Aidilfitri kerana penulis sibuk dengan aktiviti-aktiviti ziarah menziarahi dan keduanya sebagai kelaziman apabila menyambut hari kemenangan umat Islam ini.

Aidilfitri kali ini banyak pengalaman yang dapat penulis lalui. Pendek kata penulis mampu bergembira pada Aidilfitri kali ini walaupun sedikit sedih kerana Ayahnda tercinta sudah tiada dan tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama dengan penulis lagi. Namun ia tidak merencatkan sambutan Aidilfitri penulis.

Tak Lupa juga kepada seorang pengunjung yang memberikan komen yang berbunyi "Salam Hari Raya" pengunjung itu yang menggunakan Nama Nik Amir, terima kasih kerana mengucap salam tersebut, penulis menghargainya dan kesempatan ini penulis memohon maaf sekiranya penulis sebelum ini pernah membuatkan Nik Amir terasa hati, almaklum sahajalah penulis ni seorang manusia biasa yang tak lekang dari melakukan kesalahan.

Isu Selcat

PANAS dan hangat isu Selcat sehinggakan ia membawa kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Dr. Hassan Ali 'berperang' dengan Khalid Samad berhubung tindakan Dr. Hassan Ali mengkritik tindakan Selcat sehinggakan dipaksa di ambil tindakan ke atas Dr. Hassan Ali. Malam tadi penulis sempat menonton Buletin Utama TV3, di mana Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa membuat kenyataan bahawa beliau tidak nampak keperluan untuk membuat apa-apa tindakan terhadap Dr. Hassan Ali katanya lagi hanya kerana mengkritik tak kanlah nak dihukum.

Sebenarnya penulis menyokong tindakan Dr. Hassan Ali itu dan juga bersetuju dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS tersebut. Sebagai seorang pemimpin Dr. Hassan Ali memang ada hak untuk mengkritik ataupun menegur, sekiranya mereka tidak mahu dikritik ataupun ditegur makanya mereka seorang yang bodoh sombong, "Cerdik Tak Boleh Tumpang, Bodoh Tak Boleh Nak Di ajar".

Adakah mereka lupa sejarah yang telah tercatat di atas Kesilapan Kerajaan PAS Terengganu dalam beberapa tahun dahulu. Di mana mereka membuat perkara yang hampir sama dengan Selcat ke atas Kakitangan Kerajaan Negeri, contohnya seorang Qadi Daerah yang ditukar ke hulu Terengganu dan dipaksa makan gaji buta hanya kerana tidak meluluskan permohonan seorang ADUN untuk menjadi jurunikah walhal keputusan itu dibuat kerana sememangnya ADUN itu tidak layak menjadi jurunikah. Nak dijadikan cerita akhirnya Qadi tersebut telah masuk bertanding dalam PRU11 melawan ADUN yang menjadi punca beliau ditukar dan berjaya menjadi ADUN dan Kerajaan PAS Terengganu pun tumbang kerana isu tersebut antara isu yang berjaya diekploitasi oleh BN.

Sepatutnya Kerajaan Selangor menjadikan Peristiwa Kejatuhan Kerajaan PAS Terengganu sebagai rujukan untuk mereka agar tidak melakukan kesalahan yang sama, tetapi nampak jelas mereka tidak belajar daripada peristiwa tersebut kerana mungkin menjangkakan mereka akan berkuasa buat selama-lamanya. Tidak Mustahil Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bakal senasib dengan Kerajaan PAS Terengganu satu masa dahulu.

Rumah Terbuka Nasharuddin Mat Isa

TIMBALAN Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa turut tidak melepaskan peluang untuk turut sama mengadakan rumah terbuka Aidilfitri. Khabarnya Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin turut menjadi pengunjung rumahnya selain Lim Kit Siang dan Ketua Pemuda DAP. Jelas semangat Aidilfitri menyatukan mereka. Namun, apa yang mengecewakan rumah terbuka tersebut seakan-akan dipulau oleh beberapa pemimpin PAS yang tidak sehaluan dengan Nasharuddin.

Penulis pun kadang-kadang hairanlah sikit sedangkan kedudukan Nasharuddin dalam Parti dikira setaraf dengan kedudukan Tan Sri Muhyidin Yassin dalam parti. Lebih-lebih lagi dia bakal memangku jawatan Presiden tak lama lagi, namun dia mengalami situasi yang berbeza dengan Muhyidin, di mana rumah terbuka TS Muhyidin Yasin akan dihadiri oleh semua menteri kabinet dengan melupakan persengketaan demi semangat Aidilfitri namun ianya tidak dirasai oleh Nasharuddin apabila rumah terbuka beliau seakan-akan dipulau oleh pemimpin-pemimpin PAS yang tidak sehaluan, adakah ini dinamakan sebuah parti mengamalkan ajaran Islam sebenar dengan bertindak memutuskan hubungan silaturrahim dengan sesama umat Islam dan juga Sesama Ahli Parti yang memperjuangkan Islam.

Cuba kita lihat sedangkan Khairy Jamaluddin dari UMNO merupakan parti lawan bagi PAS sanggup meluangkan masa mengeratkan Silaturrahim dan melupakan seketika persengketaan politik demi menghormati kesucian perayaan kemenangan umat Islam ini, namun pemimpin PAS tidak pula begitu. Sepatutnya mereka perlu hadir ke Rumah Nasharuddin bagi menghormati Aidilfitri, namun mereka tetap memilih untuk terus bermusuhan.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin