Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label AMANAH. Show all posts
Showing posts with label AMANAH. Show all posts

Sunday, May 19, 2019

Rahmatan Alamin Atau Islam Liberal yang sebenarnya?

Rahmatan Alamin Atau Islam Liberal yang sebenarnya?
Oleh: yieMEGA

KERAJAAN Pakatan Harapan kini giat melakukan kempen kononya untuk menerapkan Rahmatul Alamin ke dalam Pemerintahan negara Malaysia. Imam Besar Mazhab Rahmatul Alamin yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr. Mujahid Yusof rawa begitu giat menjalankan kempen agar rakyat Malaysia boleh menerima Rahmatul Alamin.

Parti Amanah Negara (PAN) merupakan parti yang bertanggungjawab untuk memastikan Rahmatul Alamin di terima oleh umat Islam di Malaysia. Persoalan yang timbul sekarang adakah Kerajaan Pakatan Harapan cuba membawa konsep Rahmatan Alamin yang sebenar atau lebih kepada membawa Fahaman Islam Liberal yang kini begitu popular di sesetengah negara di timur tengah. 

Makna Rahmatan Lil Alamin

Beberapa ulama telah mentafsir Surah Al-Anbiya Ayat  107 tersebut dan menyimpulkan bahawa Islam Agama Rahmatan Lil Alamin: 

  • Di utusnya Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wa sallam sebagai Rasul Allah adalah bentuk kasih sayang Allah kepada seluruh manusia.
  • Hukum-hukum syariat dan aturan-aturan dalam Islam adalah bentuk kasih sayang Allah Ta’ala kepada makhluk-Nya.
  • Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wa sallam dan hukum-hukum syariat islam yang dibawa oleh beliau adalah rahmat bagi alam semesta. Seluruh manusia mendapat manfaat dengan diutusnya Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wa sallam.

Baca Lagi!

Sunday, October 28, 2018

Misi Rahsia Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Misi Rahsia Parti Pribumi Bersatu Malaysia 
Oleh: yieMEGA

AGAK lama juga penulis tidak mengemaskini blog milik penulis yang tak seberapa ini. Mungkin kerana kesibukkan tugas penulis menyebabkan penulis kesuntukkan masa dan tidak mempunyai masa untuk menulis, akhirnya hari ini Allah tuhan seru sekian alam memberi sedikit masa terluang pada penulis bagi membolehkan penulis mengemaskinikan entri terbaru blog penulis ini. 

Hari ini penulis memilih untuk membicarakan "Misi Rahsia Parti Pribumi Bersatu Malaysia".  Umum sudah mengetahui salah seorang pemimpin UMNO dari Kelantan telah belot dan pengkhianat kepada parti dan akar umbi. Orang itu adalah Datuk Seri Mustapha Mohamed atau lebih dikenali dengan nama Tok Pa. Dimulakan dengan pengumuman Tok Pa untuk keluar UMNO menjadi Ahli Parlimen Bebas dan tak berapa lama selepas itu beliau mengumumkan untuk menyertai Bersatu kerana katanya pada masa ini Bersatu lebih relevan berbanding UMNO. Maklum sahaja Bersatukan salah satu parti komponen Pakatan Harapan yang berjaya menjajah Malaysia pada PRU14 yang berlalu pergi. Dengan erti kata lain, peluang untuk menjadi Menteri Kabinet yang sebelum ini terhenti seketika memandangkan UMNO khasnya dan BN amnya sudah bertukar posisi menjadi pembangkang dan tidak mungkin seorang ahli Parlimen Pembangkang akan dipilih menjadi Menteri Kabinet. Pelahap jawatan macam Tok Pa harus ada di dalam Bersatu bagi merealisasikan Impian Utama Mahafiraun eh silap Mahathir.

Penyertaan Tok Pa ke dalam Bersatu membuatkan kerusi Parlimen Bersatu bertambah lagi satu, dan sekaligus membuatkan Pakatan Harapan mendapat kerusi sulung Dewan Undangan Negeri Kelantan. Mungkin selepas ini semakin ramai "Pelahap Kuasa"di dalam UMNO akan murtad menjadi Ahli Bersatu. Dengan semakin meningkatnya bilangan kerusi Bersatu di Parlimen akan menjadikan Bersatu semakin lebih berkuasa di dalam KERAjaan Malaysia, pada waktu itu kemungkinan telah terlambat bagi Parti komponen PH yang lain seperti PKR, DAP untuk menangani apakah kemungkinan yang akan timbul sekiranya Bersatu makin kuat, PKR boleh lupakan impianya untuk menobatkan Anwar Ibrahim dan DAP pula boleh lupakan hasratnya untuk membina Malaysia untuk Malaysia kerana apabila Bersatu sudah kuat, berkemungkinan kedua-dua parti ini akan ditendang keluar sepertimana BN menendang Keluar PAS suatu ketika dulu.

Baca Lagi!

Friday, April 13, 2018

Ayuh Siswazah Menganggur Zahirkan Sokongan Anda Pada Pakatan Harapan

Ayuh Siswazah Menganggur Zahirkan Sokongan Anda Pada Pakatan Harapan
Oleh: yieMEGA

SISWAZAH menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah orang lulusan universiti. Manakala Menganggur pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah tidak mempunyai pekerjaan. Hari ini penulis ingin menyeru agar semua siswazah-siswazah menganggur yang berada di luar sana menzahirkan sokongan yang tak berbelah bahagi kepada Pakatan Harapan. 

Kenapa Siswazah menganggur perlu memberi sokongan yang tak berbelah bahagi kepada Pakatan Harapan??? Mudah sahaja jawapanya. Penulis ingin buka minda para siswazah yang sampai sekarang masih menganggur. Penulis percaya bukan mereka tidak berusaha untuk mendapatkan pekerjaan, mungkin beribu-ribu interview mereka sudah hadiri tapi sampai sekarang nasib tidak menyebelahi mereka. 

Penulis juga percaya bahawa mereka juga sudah banyak kali menghadiri temuduga untuk jawatan-jawatan di jabatan-jabatan kerajaan tidak kiralah Kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri, asalkan ianya dinamakan sebagai kerajaan. Bayangkan sudah berpuluh-puluh malah ada yang sudah beratus-ratus menghadiri temuduga untuk kerja kerajaan tetapi satu pun tidak dapat, ini bermakna kesimpulan yang kita boleh buat kerajaan tidak mahukan anda sebab itulah mereka tidak mengambil anda bekerja. Soalnya kenapa kita masih nak menyokong kerajaan sedangkan kerajaan pun tak inginkan kita jadi lebih baik kita bersatu dan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Pakatan Harapan.

Baca Lagi!

Monday, April 9, 2018

PRU14: RAKYAT MALAYSIA PILIH 'DEDAK' ATAU MARUAH?

PRU14: RAKYAT MALAYSIA PILIH 'DEDAK' ATAU MARUAH?
Oleh: yieMEGA

PARLIMEN baru sahaja dibubarkan pada Sabtu lalu (7 April 2018), ini menandakan bahawa bahang Pilihan Raya Umum Ke 14 semakin 'panas' dan kini hanya membilang hari untuk ke hari yang penuh bersejarah itu. PRU14 yang disifatkan Perdana Menteri Kerajaan Sementara Barisan Najib sebagai 'Bapa segala Pilihan Raya' manakala ada juga yang menyifatkan pilihan raya ini sebagai 'Ibu segala Pilihan Raya'. Di mana diramalkan berlakunya 'pertandingan sengit' di antara Barisan Najib yang menaungi Kerajaan Sementara dan Pembangkang terutamanya Pakatan Harapan yang dikatakan mampu memberi saingan sengit kepada Barisan Najib.

Barisan Najib dengan angkuhnya mereka berkata "Mereka boleh menang Besar kali ini, Pakatan Harapan tidak akan mampu menawan Putrajaya". Semasa Melancarkan Manifesto Barisan Najib baru-baru ini beberapa jenis 'dedak' ditawarkan kepada rakyat yang sanggup menjadi 'pemakan dedak' hingga sanggup mengabaikan maruah diri sendiri.

Persoalan pada PRU kali ini yang belum terungkai adalah "Adakah rakyat Malaysia Pilih 'Dedak' ataupun 'Maruah Diri". Sekiranya rakyat Malaysia yang sanggup korbankan 'maruah diri' demi sesuap 'dedak' ternyata itu adalah Kejayaan terbesar Kerajaan Barisan Najib ialah Berjaya menjadikan rakyat Malaysia sebagai rakyat tidak bermaruah dan hanya setia pada yang satu iaitu 'dedak'. 

Ayuh rakyat Malaysia bangkitlah kita menentang orang yang memperkenalkan GST, usah terpedaya dengan janji kenaikan BR1M kerana BR1M walau naik sekalipun duit tu cepat je habis digunakan. Sedangkan bertahun-tahun kita terpaksa membayar GST, Adakah kita hendak pilih Kerajaan yang menyusahkan rakyat seperti ini? Tidak cukupkah kita merana hampir lima tahun kita terpaksa menangung beban GST, sanggupkan kita membenarkan Kleptokrasi terus bermahajaralela. Adakah kita nak wariskan kepada anak cucu kita Kerajaan yang dibebani hutang yang bertimbun-timbun. 


Baca Lagi!

Friday, July 28, 2017

ROS Perlu Luluskan Pendaftaran Pakatan Harapan

ROS Perlu Luluskan Pendaftaran Pakatan Harapan
Oleh: yieMEGA

JABATAN PENDAFTAR PERTUBUHAN (ROS) boleh dikatakan perlu meluluskan permohonan pendaftaran parti Pakatan Harapan bagi menyuburkan lagi demokrasi di negara kita ini. ROS perlu lebih profesional di dalam menjalankan tugas mereka demi memastikan keadilan dapat diwujudkan dengan memberi peluang kepada Pakatan Harapan dengan meluluskan pendaftaran parti ini. 

Untuk rekod, Pakatan Harapan telahpun menghantar permohonan rasmi kepada ROS untuk mendaftarkan Pakatan Harapan sebagai satu gabungan parti politik sepertimana diumumkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr. Mahathir Mohd di dalam sidang medianya baru-baru ini. Permohonan itu telah dibuat melalui talian sepertimana yang diminta oleh pihak ROS. 

Bagaimanapun sampai sekarang ia masih menjadi persoalan ialah adakah ROS akan meluluskan pendaftaran Pakatan Harapan atau sebaliknya. Malah penulis politik terkenal Mohd Sayuti Omar atau lebih dikenali dengan nama MSO juga ragu-ragu adakah ROS akan meluluskan Pakatan Harapan atau tidak sepertimana yang diperkatakan oleh beliau di blog milik beliau Merah Tinta MSO di dalam artikel yang bertajuk "Sukar Untuk ROS luluskan Harapan sebagai sebuah gabungan politik". 


Baca Lagi!

Saturday, July 15, 2017

MAMPUKAH GABUNGAN TUN MAHATHIR-ANWAR MEMBENTUK KERAJAAN?

MAMPUKAH GABUNGAN TUN MAHATHIR-ANWAR MEMBENTUK KERAJAAN?
Oleh: yieMEGA

SEPERTIMANA yang kita ketahui bahawa Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim kini sudah menjadi rakan seperjuangan, siapa sangka jika dahulu mereka berdua bermusuh kini mereka bersatu dengan matlamat yang satu menumbangkan rejim Barisan Najib di dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Ini menjadikan PRU14 nanti sudah tentu menjadi semakin menarik. 

Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim pernah bergandingan semasa kedua-duanya berada di dalam Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. di mana Tun Mahathir adalah Perdana Menteri dan Anwar Ibrahim pula selaku Timbalan Perdana Menteri. Siapa sangka mereka sebelum ini umpama musuh ketat tetapi akhirnya melupakan persengketaan lama meneruskan hidup baru dalam perjuangan di dalam membebaskan Malaysia daripada cengkaman Rejim Barisan Najib. 

Persoalan yang timbul di sini adakah mampu Gabungan Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim ini membawa kepada pembentukkan Kerajaan Persekutuan yang baru, yang bersih dan yang selamat serta progresif. Mungkin dengan pembentukkan kerajaan baru era Kerajaan sentiasa betul akan tamat , pendekatan yang lebih mesra rakyat 

Kalau kita mendengar statement yang dikeluarkan oleh para pengikut setia rejim Barisan Najib sudah tentu mereka mencemuh gabungan ini dengan kata-kata nista sebagai 'perang saraf' yang terbaik untuk menghadapi PRU yang akan berlangsung dalam tempoh terdekat. 

Baca Lagi!

Friday, July 7, 2017

Ibrahim Ali Akan Berhijrah Ke Rantau Panjang?

Ibrahim Ali Akan Berhijrah Ke Rantau Panjang?
Oleh: yieMEGA

PRESIDEN Perkasa Datuk Dr Ibrahim Ali atau lebih dikenali dengan jolokan "Donald Trump Malaysia" dijangka akan berhijrah ke Parlimen Rantau Panjang sepertimana yang didedahkan oleh penulis politik terkenal Mohd Sayuti Omar (MSO) di dalam blognya yang bernama Merah Tinta MSO. Kalau pendedahan MSO ini menjadi kenyataan ini bermakna satu berita baik buat rakyat-rakyat di dalam Parlimen Rantau Panjang, dan satu berita buruk buat pengundi di Parlimen Pasir Mas.

Setelah sekian lama Ibrahim Ali bertapak di Pasir Mas sebagai kubu kuat politik beliau, mungkin kini sudah tiba masanya untuk beliau berhijrah tambahan pula rakyat Pasir Mas telah menzahirkan bahawa mereka sudah tidak menyanyangi Ibrahim Ali lagi apabila dalam PRU13 yang lalu, pengundi-pengundi di parlimen ini sudah tidak lagi memilihnya sebagai wakil rakyat untuk Parlimen Pasir Mas sebaliknya mereka telah memberi undi yang tinggi kepada anak Allahyarham Tok Guru Nik Aziz.

Mungkin mereka yang berada di luar Pasir Mas tidak mengetahui bahawa kebanyakkan kemajuan-kemajuan yang ada di Pasir Mas hari ini adalah hasil daripada usaha-usaha dan titik peluh Ibrahim Ali antaranya ialah Jambatan Tendong, Jambatan Pasir Mas Salor, Bandar Baru Lubuk Jong, Kolej Kemahiran Tinggi Mara Lubuk Jong dan Bangunan Mara di Pasir Mas. 

Baca Lagi!

Sunday, February 12, 2017

MEMBEBASKAN MALAYSIA DARI CENGKAMAN BARISAN NAJIB

MEMBEBASKAN MALAYSIA DARI CENGKAMAN BARISAN NAJIB
Oleh: yieMEGA

SUDAH agak lama juga penulis tidak mengemaskini blog ini kerana terlalu sibuk dengan tugasan harian penulis dan juga sepanjang penulis tidak mengemaskini blog ini penulis memilih untuk hanya menjadi pemerhati kepada arena politik tanah air kita buat sementara. Kini, penulis merasakan sudah tiba masanya untuk penulis bergiat aktif kembali di dalam arena penulis blog politik ini.

Terlebih dahulu penulis ingin ucapkan terima kasih kepada pembaca setia blog ini yang masih setia menjadi pembaca blog ini walaupun blog ini sudah lama tidak dikemaskini. "Membebaskan Malaysia Dari Cengkaman Barisan Najib menjadi tajuk artikel penulis pada kali ini. Umum mengetahui pada masa ini Malaysia dikuasai oleh Barisan Najib di mana Najib adalah seorang Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden UMNO yang berkuasa. 

Sudah bermacam-macam isu timbul sejak pemerintahan Najib Razak. Namun, dia masih dibela oleh pembodek-pembodek yang setia kerana 'dedak'. Inilah realiti kita perlu akui sekarang ini di dalam Barisan Najib, pembesar-pembesarnya dipenuhi dengan pemakan dedak. Oleh yang demikian, selagi mereka dapat dedak yang cukup sepertimana lembu yang dipelihara pengembalanya dia tidak akan ingkar atau melawan kehendak tuanya.

Baca Lagi!

Sunday, August 7, 2011

Ku Li dan Angkatan Amanah Merdeka


Ku Li dan Angkatan Amanah Merdeka
Oleh: yieMEGA

ANGKATAN Amanah Merdeka, sekali dengar ia sudah hampir dengan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang ditubuhkan Ku Li sewaktu berada di dalam Parti Melayu Semangat 46 tidak beberapa lama dahulu. Lama juga nama Ku Li tenggelam daripada arena politik tanah air, tup-tup hari ni timbul pula namanya dan ia ada kaitan dengan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali dengan nama Angkatan Amanah Merdeka atau ringkasnya AMANAH.

Dengan timbulnya NGO bernama AMANAH ini timbullah pula dakwaan bahawa NGO ini digerakkan untuk menjatuhkan Kerajaan Pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, namun perkara ini telah dinafikan oleh Ku Li sendiri. Kemudian timbul pula dakwaan bahawa Ku Li akan dicaturkan untuk menjadi Ketua Pembangkang mengantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Memang di dalam politik tiada yang mustahil akan terjadi, namun penulis percaya yang YBM Tengku Razaleigh Hamzah akan terus mengekalkan kesetiaanya terhadap UMNO, tambahan pula tanah di mana Bangunan UMNO tersergam indah selama ini adalah milik beliau. Bagi penulis beliau akan terus setia bersama UMNO.

NGO yang bernama AMANAH ini mungkin mempunyai matlamat lain yang lebih relevan contohnya seperti menyatupadukan kaum-kaum yang ada di Malaysia sepertimana yang cuba diterapkan oleh DS Najib Tun Razak dalam gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh beliau.

Bagi penulis UMNO masih memerlukan khidmat Ku Li, tambahan pula beliau seorang negarawan dan berpengalaman luas di dalam bidang politik dan juga mempunyai kepakaran ekonomi. Hairan juga penulis kenapa UMNO tidak memberi peranan penting kepada Ku Li agar ia akan mendatangkan kebaikkan untuk UMNO juga.

Perlu ditegaskan bahawa kepakaran negarawan seperti Ku Li memang amat diperlukan bagi menghadapi iklim politik yang tidak menentu yang melanda kebanyakkan negara selama ini. Krisis-krisis politik di luar negara telah membuktikanya.

Mengapa kita masih mahu sisihkan orang yang boleh menjadi senjata mahupun perisai untuk kita. Oleh yang demikian, janganlah kita sia-siakan kewujudan Ku Li di dalam UMNO. Di dalam politik kita perlu mengenepikan matlamat diri dan mengutamakan matlamat dan visi parti.

Apakah kesudahan isu KU LI dan AMANAH ini sama-samalah kita nantikan kesudahanya, adakah Ku Li akan bertindak sebagaimana yang di dakwa atau sebaliknya. Bersabarlah kita menantikan kesudahanya dan sama-samalah kita nantikan apa lagi yang akan mewarnai dunia politik tanah air kita.

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin