Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Articles. Show all posts
Showing posts with label Articles. Show all posts

Thursday, July 30, 2009

Bilakah Mentaliti Bangsaku Nak Berubah?

Bilakah Mentaliti Bangsaku Nak Berubah?
Oleh: yieMEGA

MENTALITI bangsaku masih tak berubah dari hari ke hari. Nak pastikan tandas awas bersih dan kebersihan tandas terjaga terpaksa pula diadakan kempen Tandas Bersih. Nak memulakan perniagaan pula tak ada modal lepas tu buat pinjaman dengan TEKUN dan Amanah Ikhtiar, dapat pula bukan guna untuk memajukan perniagaan sebaliknya buat bergaya akhir sekali mereka tak mampu bangsaku tak mampu bayar pinjaman tersebut.

Bila tak mampu bayar pinjaman, mulalah cari jalan yang singkat buat pulak pinjaman dengan along, dapat duit bukan buat bayar pinjaman TEKUN atau Amanah Ikhtiar sebaliknya terus bergaya dengan membeli kereta-kereta dan macam barang-barang peribadi. Akhir sekali, tak dapat bayar pinjaman Along, Along pun cari nak potong kepala pasal tak bayar pinjaman. Bilakah mentaliti ini nak berubah.

Bab pergaulan sesama bangsapun bangsaku masih di takuk lama, dan seringkali bergaduh sesama bangsa, kalau nak ikutkan pergaduhan sesama bangsa ni berlaku sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, empayar Melaka jatuh disebabkan pertelingkahan sesama bangsa. Zaman Dato Onn' pun masih ada pergaduhan sesama bangsa, kini walaupun zaman Dato Onn' dan Kejatuhan Empayar Melaka sudah lama berlalu pun masih ada pergaduhan sesama bangsa.

Bangsaku sepatunya mencontohi bangsa lain, walaupun mereka berbeza fahaman politik zahirnya, namun dari segi batinya merek bersatu, dan penyatuan mereka kukuh disebalik 'Persatuan-Persatuan Bangsa Bukan Politik' tapi ia tidak berlaku pada bangsaku masing-masing berkeras untuk mempertahankan ideologi politik masing-masing sehinggakan mengabaikan penyatuan bangsa dan mungkin satu hari nanti bangsaku ini akan kehilangan negara Malaysia yang tercinta ini sepertimana nasib bangsaku di Singapura.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Rakyat Didahulukan: Kerajaan Perlu Kaji Semula Bayaran Insurans Kenderaan Motor

Rakyat Didahulukan: Kerajaan Perlu Kaji Semula Bayaran Insurans Kenderaan Motor
Oleh: yieMEGA

MENJADI kebiasaan bagi penulis selepas Solat Asar Berjemaah penulis akan singgah di kedai kopi untuk mendengar apa isu-isu semasa yang dibincangkan oleh 'jemaah kedai kopi' kerana penulis berpandangan dengan berkunjung ke kedai kopi penulis akan dapat gambaran sebenar permasalahan yang dialami rakyat.

Kelmarin kebetulan rata-rata 'jemaah Kedai Kopi' berbincang mengenai isu Insurans Kenderaan Motor. Izinkan penulis menggunakan istilah 'Wakil Rakyat Kedai Kopi' menjadi istilah pengganti kepada 'Jemaah Kedai Kopi'.

Kebanyakkan daripada mereka melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan kadar bayaran baru insurans kenderaan motor yang dikatakan terlalu membebankan. Ada yang mendakwa insurans motosikalnya naik sehingga empat kali ganda. Sebagai contoh jika insurans motornya sebelum ini 100 jadi beliau terpaksa membayar RM100x4 bersamaan dengan RM400. Secara tidak langsung ia memang membebankan.

Bagaimana pula yang mereka hanya membayar sahaja insurans tersebut tetapi tidak pernah membuat sebarang tuntutan(Claim). Jadi mereka seolah-olah memberikan duit semata-mata padahal pada masa yang sama Syarikat Insurans mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Bertahun-tahun mereka membayar insurans tetapi mereka tidak ada apa-apa keuntungan buat mereka, Adakah adil ini?

Memang penulis tidak dinafikan mereka diberikan potongan NCD, namun ia tidak mampu meringankan beban mereka. Perlu diingatkan di sini, motosikal dimiliki oleh semua golongan termasuk golongan bawahan yang berpendapatan rendah jadi secara tidak langsung rakyat marhaen ini akan terbeban denganya ataupun mereka memilih dengan cara tidak memperbaharui Insurans dan juga Lesen Kenderaan Motor mereka.

Penulis merayu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil pusing di dalam hal ini selaras dengan slogan rakyat didahulukan yang dilaung-laungkan beliau demi kepentingan rakyat dan juga untuk kelebihan beliau sendiri selaku Perdana Menteri.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, July 27, 2009

Mengimbau Kenangan Padang Bas Lama (Pasar Malam Parit Dalam)

Mengimbau Kenangan Padang Bas Lama (Pasar Malam Parit Dalam)
Oleh: yieMEGA

PADANG Bas mungkin orang yang berada di luar kawasan Kelantan tidak kenal di mana Padang BAS sebenarnya ia turut dikenali dengan Pasar Malam Parit Dalam. Tapak Asal Padang Bas ialah tapak yang dijadikan Bangunan MPKB-BRI dan memuatkan pasaraya Parkson sekarang (masih belum dibuka).

Kini sudah sekian lama Padang Bas telah dipindahkan ke Medan Selera Buluh Kubu (Berdekatan dengan Flat Buluh Kubu). Mungkin peniaga-peniaga Padang Bas tidak dapat melupakan memori semasa mereka menjalankan perniagaan di tapak asal Padang BAS itu.

Kebetulan kelmarin penulis sempat berjumpa dengan bekas peniaga Padang BAS yang kini berniaga di Pasar Malam Wakaf Che Yeh. Beliau meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya sebelum ini. Katanya selepas Padang Bas dipindahkan daripada tapak asal ke Tapak berdekatan Flat Buluh Kubu (yang katanya dulu tempat itu asalnya tempat perlupusan sampah) perniagaan beliau dan rakan-rakan niaga yang lain terus merosot sehinggakan selepas satu-satu terpaksa gulung tikar sehingga tinggalah peniaga yang ada sekarang.

Memang beliau tidak menafikan memori di tapak asal Padang Bas memang tidak dapat dilupakan tambahan pula di tapak asal mereka mempunyai ramai pengungjung tidak seperti di tapak baru berdekatan dengan Flat Buluh Kubu.

Penulis juga cuba mendapatkan respons dari peniaga sekarang di Padang Bas (Medan Selera Buluh Kubu) berhubung jualan mereka, nyata sekali dakwaan bekas peniaga Padang Bas itu benar apabila mereka berkata pendapatan daripada jualan mereka agak kurang jika dibandingkan semasa mereka berniaga di tapak asal terlebih dahulu.

Mereka juga turut mendengar khabar yang katanya Tapak Padang Bas sekarang (Medan Selera Buluh Kubu) bakal dipindahkan untuk kali ketiga tetapi lokasi perpindahan masih menjadi tanda tanya, ada yang mengatakan di Pengkalan Chepa, ada juga yang mengatakan berdekatan Tesco dan tidak kurang yang mengatakan mereka akan ditempatkan di tingkat atas bangunan MPKB-BRI (Parkson) namun ia terus menjadi tanda tanya.

Padang Bas yang dahulunya menjadi tempat persinggahan pelancong kini sudah kelihatan kelihatan pudar dan bilangan pengunjungnya terus berkurang dari hari ke hari. Itulah nasib yang terpaksa ditanggung oleh peniaga Padang Bas hasil dari tindakan 'tidak cerdik' MPKB-BRI.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, July 22, 2009

Peniaga Persoal Tindakan MPKB-BRI!!

Peniaga Persoal Tindakan MPKB-BRI
Oleh: yieMEGA

TINDAKAN Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dipertikai oleh seorang peniaga di premis milik MPKB-BRI berdekatan dengan Kampung Kraftangan Kota Bharu dan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan. Peniaga mempersoalkan kenapa hanya kedainya sahaja yang disita oleh MPKB-BRI kerana kelewatan membayar sewa premis berkenaan sedangkan kebanyakkan pemilik premis itu juga rata-rata tidak membayar sewa ataupun lewat membayar sewa.

Beliau mempersoalkan tindakan itu kerana ada yang tidak membayar sewa tidak pula dikenakan tindakan yang sama sedangkan kesalahan mereka adalah sama. Seolah-olah mereka yang tidak dikenakan tindakan itu berlindung di bawah orang yang mempunyai 'kuasa' di MPKB-BRI ataupun mungkin juga peniaga-peniaga lain mengamalkan 'bawah meja' untuk meneruskan perniagaan mereka.

Dalam pada itu, beliau menuntut MPKB-BRI mengambil tindakan yang sama ke atas peniaga-peniaga yang lain. Tambahnya lagi, ada juga dia mendengar khabar kebanyakkan peniaga-peniaga lain itu diselamatkan dengan menggunakan 'kabel politik' tetapi beliau tidak tahu sejauh mana benarnya dakwaan itu.

Beliau juga menuntut agar MPKB-BRI agar berlaku lebih adil, jangan pilih bulu dalam membuat tindakan kerana tindakan itu boleh dianggap satu kezaliman yang akan menjadi kelaziman. Lagipun beliau pun adalah rakyat Kelantan juga, bukan pendatang siam, bukan pendatang haram dan juga bukan peniaga haram.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, July 6, 2009

Merisik Khabar Di Manek Urai...

Merisik Khabar Di Manek Urai....
Oleh: yieMEGA
Penyatuan Islam

Terlebih dahulu penulis ingin memohon maaf kerana kelewatan menyiarkan artikel berkenaan dengan Penamaan Calon Untuk Pilihan Raya Kecil Manek Urai, sebenarnya penulis merancang untuk menerbitkan pada petang tadi sekitar pada pukul enam petang, namun setelah penulis mendapat komen daripada PKR Bahagian Seremban jadi penulis memberi laluan untuk menjawab komen PKR Bahagian Seremban tersebut untuk mengelakkan penulis terlupa untuk menjawab komen tersebut nanti apa pula kata mereka, manalah tahu mereka akan kata penulis 'tong sampahkan' komen mereka.

Oleh yang demikian penulis telah menggunakan peluang yang ada pada petang tadi untuk menjawab komen PKR Bahagian Seremban itu, sekali lagi penulis mengucapkan Terima Kasih kepada PKR Bahagian Seremban kerana tidak memberi komen yang bersifat emosional dan subversif. Cara mereka komen wajar dicontohi oleh 'jurukomen' lain blog ini tidak kiralah mereka bernaung di bawah bendera mana sekalipun tetapi jagalah budi bahasa dalam memberikan komen dan janganlah menjadikan komen anda yang boleh dikategorikan sebagai 18SG ataupun 18SX.

Setakat itu sahaja penulis akan menyentuh mengenai kenapa penulis lewat menerbitkan artikel berkenaan dengan Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai. Penulis ingin terus bercerita mengenai Penamaan Calon di Manek Urai. Alhamdulillah tiada 'pergeseran' yang berlaku di Manek Urai, penulis amat gembira dengan situasi ini. Mungkin ini adalah kerana 'pengaruh Kerajaan Perpaduan' masih melekat di kalangan penyokong parti walaupun ianya telah 'ditalkinkan' baru-baru ini.

Kegembiraan penulis makin jelas terpancar apabila melihat gambar detik penamaan calon di umumkan yang menunjukkan kedua-dua calon dan 'orang penting' bagi parti yang diwakili calon berdiri bersama-sama sambil mengangkat tangan sama-sama. Ini menandakan satu revolusi telah berlaku di dalam arena politik tanah air. Inilah yang penulis mahukan dan penulis juga percaya ramai dari rakyat Malaysia yang mahu keadaan seperti ini.

Penulis boleh sifatkan satu Pilihan Raya Kecil yang aman (buat masa ini) dan penulis berharap ianya terus menjadi 'pilihan raya kecil' yang aman selepas ini sehingga Pilihan Raya ini melabuhkan tirainya.

Penulis akui kehadiran penyokong BN di Manek Urai untuk mengiringgi calon BN tidaklah seramai penyokong yang mengiringi calon PAS. Ini bermakna BN perlu melalui 'jalan yang sukar' untuk memenangi DUN Manek Urai tambahan pula penulis yakin bahawa calon PAS iaitu Fauzi Abdullah walaupun beliau hanyalah seorang pemborong ikan tetapi tentu beliau ada kelebihanya sendiri 'satu perkara yang pelayar/pembaca perlu ingat pemborong ikan ada kelebihanya sendiri' tak perlulah penulis menceritakan 'kelebihan' tersebut dengan lebih mendalam.

Dalam pada itu, izinkan penulis 'menegur' sedikit MSO (Mohd Sayuti Omar) mengenai artikelnya yang bertajuk "Pusingan Pertama PAS Telah Menang". Ya penulis akui beliau seorang penulis berpengalaman luas dalam bidang politik, penulis memang 'tak setaraf' denganya tetapi tidak salah kalau penulis memberi teguran. Penulis berharap MSO dapat menerima teguran ini. Memang benar kehadiran penyokong BN mengiringi calon partinya tidak seramai penyokong PAS yang mengiringi calonya ini memang penulis tidak nafikan.

Mungkin ada sebab tertentu bilangan penyokong BN mengiringi calon BN tidak seramai PAS, penulis masih ingat pesan Pengerusi SPR yang meminta agar parti yang bertanding tidak membawa begitu ramai penyokong semasa proses penamaan calon, jadi ada juga kebarangkalian ketidakhadiran mereka adalah disebabkan mereka 'taat' kepada arahan SPR.

Apa yang penulis bimbangi ialah serangan 'virus senyap' yang pernah menyerang PAS pada 2004 dan juga BN pada 2008 di Kelantan. Sepertimana yang penulis kata dalam artikel penulis sebelum ini, orang kelantan ada keunikan mereka sendiri, mereka marah dalam senyap tetapi tidak menzahirkan 'marah' mereka di dalam keadaan bentuk tindakan fizikal. Jadi MSO tidaklah boleh terlalu yakin membuat tafsiran berdasarkan 'bilangan penyokong' yang mengiringi calon kerana apa sahaja boleh terjadi di dalam 'politik'.

Memang kalah dan menang adat pertandingan, penulis juga tidak memperlekehkan kebolehan 'calon PAS', namun apa yang perlu ingat ialah mengenai 'virus senyap' kerana susah untuk kita mengesanya, mungkin jika mereka marah kepada PAS dan kemarahan mereka pada BN sudah reda mereka akan mentafsirkan dalam bentuk 'pangkah dacing', namun jika mereka masih tidak dapat 'memadamkan' kemarahan mereka kepada BN mereka pasti akan 'memangkah bulan'.

Penulis masih ingat dengan satu mutiara kata yang berbunyi "Meninggi diri mengundang kegagalan, merendah diri mengundang kejayaan" jadi fikir-fikirkanlah dengan akal yang dikurniakan Allah tuhan seru sekian alam.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Friday, May 8, 2009

Lagi-lagi REMPIT@Mat Rempit

"Mat Rempit" istilah yang begitu popular sejak akhir-akhir ini, kalau kita perhatikan dada-dada akhbar tempatan banyak berita mengenai mat rempit dikeluarkan dari hari ke hari. Terbaru mengenai kumpulan mat rempit yang bertindak liar dengan meragut seorang wanita di Kota Bharu, Kelantan.

Isu melibatkan mat rempit ini bukanlah satu isu yang lapuk, malah penulis melihat seolah-olah isu ini tidak ada jalan penyudahnya, ia akan terus kekal begini buat selamanya sekira langkah-langkah drastik tidak di ambil oleh kerajaan untuk menanganinya.

Cadangan Buat Kerajaan

Kerajaan perlu menambah baik undang-undang sedia ada, mana yang kurang kerajaan perlu mengkajinya semula. Perlaksanaan undang-undang hendaklah tegas dan tiada rayuan atau "Surat-Surat Sokongan YB" diterima pakai. Hukuman ke atas mat rempit hendaklah mandatori bukanya nak cakap "sorry, sorry".

YB yang mengeluarkan surat sokongan untuk membantu pesalah-pesalah yang dikaitkan dengan rempit adalah sama seperti mereka memberi sokongan kepada mat-mat rempit ini, mulai dari hari ini YB-YB hendaklah berhenti dari mengeluarkan surat-surat yang menyokong insan yang digelar "mat rempit" tersebut.

Kerajaan juga perlu bertungkus lumus untuk membebaskan agensi-agensi di bawah seliaanya seperti Polis, SPRM dan JPJ daripada sebarang anasir-anasir rasuah. sudah tiba masanya kerajaan perlu bertindak dengan lebih tegas lagi.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, March 16, 2009

Bukit Gantang dalam Penantian !!!!

Hari ini penulis meluangkan sedikit masa untuk mengemaskini blog ini secara kebetulan Pilihan Raya Kecil bukit gantang sudah semakin hampir. Bercakap mengenai PRK sudah tentu ada ramalan siapa yang menang dan kalah nanti.

Ramalan sudah menjadi kelaziman untuk artikel yang bercakap mengenai pilihan raya. Penulis juga akan membuat ramalan dalam artikel penulis pada kali ini. Setiap pilihan raya tentu ada pemenangnya, di mana pemenangnya akan dihadiahkan kerusi, kerusi yang dimaksudkan bukan kerusi biasa tetapi kerusi yang berkuasa dan boleh menyampaikan 'suara rakyat' di Dewan Rakyat.

Jatuh bangun ahli Politik sudah menjadi kelaziman bagi manusia yang bergelar "Ahli Politik", mungkin hari ini seorang ahli politik tiada kuasa, mungkin pada masa depan ahli politik itu berkuasa. Ahli Politik biasanya tidak serik-serik mengharungi 'sepak terajang politik'.

Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang merupakan medan pertempuran kecil antara parti-parti politik yang ada di tanah air kita. Pada waktu itu, seluruh Malaysia akan tertumpu di Bukit Gantang, pada masa itu peniaga-peniaga di sekitarnya akan mendapat 'durian runtuh' tak kurang pula peniaga yang tamak haloba akan 'cekik darah' dalam perniagaan mereka atau lebih tepat sekiranya kita katakan "menangguk di air yang keruh".

Ramalan penulis pada Pilihan Raya Kecil tersebut mungkin Barisan Nasional menghadapi kesukaran untuk memenangi kerusi tersebut tambahan pula pelbagai masalah dalaman yang timbul sejak kebelakangan ini. Sekiranya nasib menyebelahi BN sekalipun kemungkinan kemenanganya hanyalah kemenangan yang tipis. Marilah kita menantinya dengan penuh kesabaran.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin