Terima Kasih Najib Kerana Naikkan Harga Petrol dan Diesel
Oleh: yieMEGA
UMUM sudah mengetahui bahawa pada minggu ini sekali lagi harga Petrol dan Diesel naik harga. Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pemerintah Agung Malaysia Yang Amat Berkuasa Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menghadiahkan rakyat dengan hadiah yang akan meringankan beban rakyat ini. Mungkin ini menepati slogan yang kerap kali dilaunkang-laungkan beliau "1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
Rakyat tidak marah dengan kenaikkan ini malah rakyat suka sangat dengan kenaikkan ini. Jangan bimbang Yang Amat Berkuasa, rakyat sentiasa berada di belakang anda walau apa jua keadaan pun. Mereka sanggup berkorban wang ringgit mereka demi mempertahankan kepimpinan Yang Amat Berkuasa. Hebat bukan, rakyat merelakan sahaja apa yang Yang Amat Berkuasa buat walaupun ia akan membebankan rakyat.
Mungkin ada juga rakyat yang marah, tapi sebenarnya rakyat tak perlu marah kerana dinasti Kerajaan Barisan Najib inilah yang menjadi pilihan saudara dan saudari di luar sana. Malah saudara-saudari jugalah yang tetap mempertahankan kepimpinan beliau walau apa pun isu yang timbul. Solidariti saudara-saudari dalam mempertahankan kempimpinan manusia bernama Najib Bin Razak akhir dibalas dengan hadiah yang membebankan ini. Walaupun saudara-saudari memberi susu tetapi ianya dibalas tuba, tak mengapalah redha ajelah dengan pilihan anda. Teruskanlah mempertahankan kepimpinan Ayahnda Najib Bin Razak demi kesinabungan pemerintahan dinastinya.
Baca Lagi!