Perginya Seorang Tokoh 1Malaysia
Oleh: yieMEGA
BEBERAPA hari yang lalu kita dikejutkan dengan pemergian Pengarah Filem yang terkenal iaitu Yasmin Ahmad. Pengarah filem yang pernah mengarah beberapa filem Melayu berkonsepkan 1Malaysia seperti Sepet dan bermacam-macam lagi. Tidak keterlaluan jika penulis katakan beliau seorang tokoh 1Malaysia berdasarkan filem-filem yang diarahkanya.
Pemergian beliau memberi kehilangan besar di dalam industri perfileman Malaysia kerana karya beliau mempunyai mesej yang tersendiri walaupun kadang-kadang dilanda kontroversi. Penulis mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhama Yasmin Ahmad. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.
Selepas ini mungkin sukar kita hendak mencari pengarah filem yang sanggup menerbit dan mengarahkan filem bersesuaian dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang Keenam iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.
Semoga selepas ini Pengarah seperti Allahyarham Yasmin Ahmad dapat dilahirkan di Malaysia bagi meneruskan perjuangan seni Allahyarham. Kata orang 'Patah tumbuh Hilang Berganti' namun ia tidak sama dengan apa yang diberikan oleh Allahyarham Yasmin Ahmad sebelum ini.
Dalam merealisasikan impian 1Malaysia semoga selepas ini banyak pengarah seperti Yasmin Ahmad dengan menghasilkan filem-filem yang menitik beratkan perpaduan kaum di Malaysia sebagai sebuah negara multi-bangsa.

Baca Lagi!