Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label PBSNT. Show all posts
Showing posts with label PBSNT. Show all posts

Saturday, November 12, 2011

Kemelut PBSNT

Kemelut PBSNT
Oleh: yieMEGA

PENULIS percaya umum sudah mengetahui mengenai isu terbaru yang timbul di dalam arena bola sepak tanah air. Isu yang penulis maksudkan ialah isu kemelut yang melanda Naib Juara Piala Malaysia 2011 iaitu Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Isu berkenaan ini sedikit panas apabila ada kumpulan penyokong membuat satu protes umum menuntut Presiden PBSNT meletak jawatan dan meminta campur tangan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said supaya mendesak Datuk Che Mat Jusoh meletak jawatan.

Kebetulan pula, penulis mendapat satu email bertanyakan hal yang sama oleh yang demikian, pada hari ini penulis memilih untuk membincangkan hal tersebut dengan semua pembaca setia blog Suara Generasi Muda Malaysia.

Pada pandangan penulis, sememangnya Datuk Che Mat Jusoh perlu meletakkan jawatanya sebagai  Presiden PBSNT berkuatkuasa serta merta kerana kepimpinan beliau sudah tidak lagi membantu meningkatkan prestasi skuad penyu dan sepatutnya sudah tiba masanya PBSNT diterajui oleh orang lain.

Mengenai, campur tangan Menteri Besar, sepertimana umum mengetahui yang Datuk Ahmad Said enggan campur tangan pada pandangan penulis sememangnya ia tidak memerlukan campur tangan Menteri Besar kerana dalam hal ini campur tangan MB sekalipun tidak akan membantu tambahan pula beliau merupakan seorang Menteri Besar yang paling tidak berprestasi dalam sejarah Menteri Besar Terengganu.

Lupakan saja mengenai campur tangan Menteri Besar itu, berbalik kepada isu utama iaitu kemelut yang melanda PBSNT. Khabar sudah bertiup kencang bahawa bahawa beberapa kepincangan yang timbul di dalam PBSNT ada kaitan dengan Datuk Che Mat Jusoh jika benar tindakan paling relevan yang perlu di ambil oleh Datuk Che Mat Jusoh ialah meletakkan jawatanya sebagai Presiden PBSNT.

Beliau perlu sedar bahawa beliau tidak boleh menjadi Presiden PBSNT seumur hidup, berilah peluang kepada orang lain pula untuk menjadi peneraju baru PBSNT. Perlu diingatkan bahawa kemelut dalaman boleh mempengaruhi prestasi yang ditunjukkan oleh pemain skuad penyu.

Mengenai calon yang terbaik bagi menggantikan Datuk Che Mat Jusoh, penulis merasakan yang paling layak menggantikan Datuk Che Mat Jusoh adalah Datuk Seri Idris Jusoh. Idea dan kepakaran yang ada pada beliau memang berguna dalam membangunkan semula prestasi PBSNT.

Kesimpulan yang boleh dibuat di sini, kemelut ini tidak akan selesai selagi Datuk Che Mat Jusoh tidak melepaskan jawatanya. Oleh yang demikian, jalan terbaik buat Datuk Che Mat Jusoh ialah meletakkan jawatanya sebagai Presiden PBSNT.

Baca Lagi!

Wednesday, November 2, 2011

PBSNT Bermasaalah?

PBSNT Bermasaalah?
Oleh: yieMEGA

PERSATUAN Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bermasaalah? menjadi tajuk artikel penulis pada kali ini bersesuaian dengan beberapa hari lalu Piala Malaysia baru sahaja menutup tirainya dengan menyaksikan Negeri Sembilan atau Skuad Rusa berjaya menjulang Piala Malaysia setelah menewaskan Terengganu 2-1.

Apa yang kita dapat lihat pada perlawanan akhir Piala Malaysia, prestasi yang ditunjukkan oleh Skuad Penyu ternyata mengecewakan. Bagaikan ada sesuatu yang cuba di sampaikan oleh para pemain skuad Turtle Warrior.

Begitu juga dengan kenyataan Jurulatih Terengganu Irfan Bakti yang berbunyi ""Pemain mempunyai masaalah dari segi mental mereka kerana mungkin emosi mereka terganggu". Kenyataan sebegini juga boleh membayangkan bahawa PBSNT bermasaalah.

Ditambah pula beberapa hari lalu kita dikejutkan dengan berita Jurulatih Terengganu yang mahu 'tukar angin' dan memilih Selangor untuk musim hadapan. Walaupun Irfan menafikan bahawa pemergian beliau ke Selangor atas sebab diri sendiri, namun penulis merasakan tidak dan mungkin ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh Irfan.

Ditambah pula. menurut 'sumber dalaman' PBSNT pemergian Irfan sebenarnya ada kaitan dengan PBSNT yang melibatkan beberapa 'orang dalam' PBSNT dengan Irfan. Jika benar dakwaan yang diberikan oleh 'sumber dalaman' PBSNT ternyatalah bahawa PBSNT sememangnya bermasaalah.

Masaalah dalaman PBSNT ini boleh mempengaruhi prestasi yang ditujukkan oleh pemain. Oleh yang demikian masaalah dalaman ini perlu diatasi segera kerana dibimbangi sekiranya tidak dapat diatasi ia dikhuatiri akan mempengaruhi prestasi pemain-pemain Skuad Penyu.

Jika perlu, rombakan besar-besaran ke atas PBSNT perlu dilakukan dengan segera. Rombakan besar-besaran itu juga perlulah membabitkan jawatan Presiden. Di mana, penulis merasakan calon terbaik untuk menjadi presiden PBSNT yang baru ialah Datuk Seri Idris Jusoh menggantikan presiden masa ini.

Pada pandangan penulis sudah tiba masanya kerusi Presiden PBSNT diduduki oleh orang lain pula terutamanya Datuk Seri Idris Jusoh kerana akal fikiran DSIJ sememangnya amat berguna untuk PBSNT dalam meneruskan misinya untuk menjulang Piala Malaysia di dalam edisi yang akan datang.

Kesimpulanya PBSNT perlu melakukan sesuatu untuk memastikan skuad Penyu akan terus berprestasi di masa-masa yang akan datang.

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin