Pages

Showing posts with label koma. Show all posts
Showing posts with label koma. Show all posts

Monday, May 14, 2012

Seorang mati, 2 koma selepas langgan pelacur




       
BANGKOK: Seorang lelaki warga Bangladesh ditemui mati dan dua lagi tidak sedarkan diri, di sebuah bilik hotel di Pattaya, semalam.

Mangsa yang mati dikenali sebagai Business Chan, 57 manakala dua lagi Sanjib Saha, 54 dan Rashid Harunur, 58 yang koma, dibawa ke Hospital Memorial Pattaya.
Saksi berkata, mereka nampak ketiga-tiga lelaki itu membawa pelacur ke bilik mereka di Hotel Bella Express.

Polis percaya, pelacur itu memberi dadah kepada lelaki terbabit dan kemudian mencuri barang milik mereka memandangkan tiada tanda pergelutan.



Dadah dijumpai dan kesan barang kepunyaan tiga warga Bangladesh itu didapati diselongkar dan beberapa barang berharga hilang. - Bangkok Post

Saturday, June 18, 2011

Kisah Benar – Sedar Setelah Koma..Hasil doa 50 orang ikhlas.

Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati… Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team (ERT) di kilangnya.
Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.
Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalan raya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.
Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.
Cerita Ketika Beliau Koma. Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan daripada isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar daripada koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.
Sewaktu Beliau Koma
Beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.
Walaubagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebingungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.
Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. Ibu bapanya, ibu bapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.
Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawab Malaikat “Ya”
Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya
mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan dzhor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.
Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menanggis selepas sedar dari komanya.
Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda sekelian.
Pengakuan dan pengajaran :
1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.
2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada saya kalaupun saya mati
3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas.. termasuk dengan saya.
4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan
5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.
6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.
7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.
8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.
9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar
10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.
Sahabat:
Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.
Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan.
Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi.
Tulisan asal oleh
Azahari Bin Mohd
Engineering (Piping)
♥♥from here to eternity♥♥*_*hadanisyahadah*_*: Kisah Benar – Sedar Setelah Koma..Hasil doa 50 orang ikhlas.

Monday, May 30, 2011

Koma, buta


KOMA...Khairul Zaman melecur teruk hingga paras pinggang.
KOMA...Khairul Zaman melecur teruk hingga paras pinggang.


JOHOR BAHRU: “Mereka yang melakukan ini dayus. Akibatnya suami saya bukan saja melecur hampir keseluruhan muka dan badan hingga ke paras pinggang, malah cacat penglihatan seumur hidup,” kata isteri kepada mangsa simbahan asid, Zaiton Aris, 50, semalam.
Ibu kepada empat cahaya mata itu berkata, akibat perbuatan itu suaminya, seorang pemandu teksi, Khairul Zaman Jaiman, 47, bertarung nyawa di Wad Rawatan Kebakaran di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.

Menceritakan insiden menyayatkan hati itu, Zaiton berkata, kejadian pada jam kira-kira 12 tengah hari, 5 Mei lalu apabila teksi suaminya ditahan dua lelaki menaiki Proton Saga warna putih di Jalan Sena di Taman Rinting, di sini, iaitu satu kilometer dari kediaman mereka.

“Saya difahamkan, dia memberhentikan kenderaan apabila dua lelaki mahu bertanya arah. Apabila suami menurunkan cermin kenderaan, seorang daripada mereka menyimbah asid ke muka suami.


“Suami meraung kesakitan sambil meminta tolong sebelum orang awam yang berada di lokasi menyiram air dan menghantarnya ke hospital,” katanya.
myMetro | Koma, buta

Friday, April 16, 2010

Koma ditanah suci ( mesti baca )

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.
Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal
dengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah
itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.
Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke
hospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang,
wanita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan
lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata
doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan.. kakak taubat dah
Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.

Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang kakak pergi haji ini?"

"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha Besar, Maha
Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.

"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik
dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa
seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan." sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar.

Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan pula
dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak
akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,
akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat
kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.

"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.

"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula
sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Mazlan. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.
Kakak betul- betul bertaubat."

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang
sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."

"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..."

"Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah
bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia
berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,
syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah
diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..." itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Saturday, April 10, 2010

Kisah Benar Seorang Wanita Yang Koma di Mekah - dipetik dari Majalah Mastika keluaran Januari '98.






Assalamualaikum muslimin/muslimat,
Secebis kisah untuk sama-sama kita buat pedoman dan panduan dalam menjalani kehidupan kita sehari-hari. Cerita ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh Haji Mazlan Nasron(salah
seorang yang selalu menguruskan jemaah haji ditanah suci Mekah).
      Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.  Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.  Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.

   Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji.  Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah.  Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.  Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di sekolah agama gunung semanggol, Perak.  keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak.
Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji  Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya  adalah anak sulung dalam keluarga.
Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan  rombongan haji di lapangan terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas.  semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.  Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah.  Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah.
Setiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit dimana tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.
      Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan.  "kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.  Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.  Semua jemaah nampak panik dengan apa yang
sedang berlaku.
      "badan dia panas dan menggigil.  kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya.  Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ.  Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.
      Sampai di hospital madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri.  berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.
      Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan.  saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar dihospital berkenaan. namun dalam kesibukan menguruskan jemaah,
saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.  Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak  sedarkan diri.  Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri.  Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapat kan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah.  Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.
      Jadual haji mesti diteruskan. kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji.  Selesai haji, sekali lagi saya  pergi ke Jeddah.  Malangnya, bila sampai di hospital King Abdul  Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih  koma.  Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil.  Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di  hospital.
      Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya.  Sari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya, tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita  tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak-esak.  Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya.  Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?
      Saya bertanya kepada wanita tersebut, "kenapa kakak menangis?  "Mazlan ...kakak taubat dah lan.  kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik.  Kakak bertaubat,  betul-betul taubat."
     "kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?"  tanya  saya masih terpinga-pinga.  Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua.
      Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih.  Tapi kakak silap.  Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja.  Ibadat satu apa pun kakak tak buat.  Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat  kakak dan suami kakak tak buat.  Rumah kakak penuh dengan botol  arak.  Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul  saja," katanya tersedu-sedan.
      "habis yang kakak pergi haji ini?"
      "yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun  teringin juga nak pergi."
      "jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.
      Dengan suara tersekat-sekat,wanita itu menceritakan,  "Mazlan...Allah itu maha besar, maha agung, maha kaya.  Semasa  koma itu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.
    "betul ke kak?" tanya saya, terkejut.
    "betul Mazlan. semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak.  Balasan azab  Lan, bukan balasan syurga.  kakak rasa seperti diazab di neraka.
      "kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung.  sebagai  balasan, rambut kakak di tarik dengan bara api.  sakitnya tak  boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya.  menjerit-jerit  kakak minta ampun minta maaf kepada Allah.
      "bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat drp bara api, kemudian ditarik ke  sana-sini...putus, jatuh ke dalam api neraka.  buah dada kakak  rentung terbakar, panasnya bukan main.  kakak menjerit,  menangis kesakitan.  kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan  kakak ambil buah dada tu balik."
Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita. menurutnya lagi.  Setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.
      Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya. "hari-hari kakak diseksa. bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.  panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak.  Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan."
      Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak.  nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.  Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya.  begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.
      "Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar.  kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah. Semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja.  Tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar.
    "bila ditelan saja buah-buah itu,  duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut  kakak.  Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya,  inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita  "habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api.  bila kakak masukkan saja bara api itu  ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.  Panasnya cuma Allah saja yang tahu.  Api yang ada di dunia ini  tidak akan sama dengan kepanasannya.
      "selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah.  baunya cukup busuk.tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga.  semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."
      Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun.  terasa sungguh kebesaran Allah.
      "masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. tak berhenti-henti kakak memohon. kakak kata
kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu.
Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah akan jadi umat yg soleh.  kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan  mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."
      Saya termenung mendengar cerita wanita itu.  benarlah, Allah itu maha agung dan maha berkuasa.  Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya.  Kalau baik amalan kita maka
baiklah balasan yang akan kita terima. Kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.  Alhamdulillah, wanita itu  telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.
     "ini bukan mimpi mazlan.  kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali.  kakak bertaubat mazlan, kakak tak akan  ulangi lagi kesilapan kakak dahulu.  kakak bertaubat...kakak
taubat nasuha,"katanya sambil menangis-nangis.
      Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah.  Bila saya  membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. amal ibadahnya tak henti-henti.  Contohnya, kalau wanita itu  pergi ke masjid pada waktu Maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang Subuh.
     "kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa.  kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak.  Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah,  makan nasi, berehat..." tegur saya.
      "tak apalah Mazlan. kakak ada bawa buah kurma. bolehlah  kakak makan semasa kakak lapar."  menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.  selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.
      Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula.  Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan  hingga mengabaikan kesihatannya.
      "tak boleh Mazlan.  kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan.  Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau.  kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.  kakak betul-betul bertaubat."
      Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak.
     
"semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa.  Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakai ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa.
      "tapi mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. ... kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat.  kalau 10 orang tengok, macam mana?  kalau 100 orang tengok?  itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni?  Allah...
      "kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa,  mengaji, buat ibadat.  akak nak ajak suami pergi haji.  Seperti  mana kakak, suami kakak tu islam pada nama saja.  tapi itu semua kesilapan kakak.  Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia.  bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang  bukan islam."
      Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut.  bagaimanapun, saya percaya dia  sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah.  adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? tidak.  saya percaya dia bercakap benar.  jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?  Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan nabi dalam Al-Quran dan Hadis.  Adakah ia bercanggah?

Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib?  Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan.  aku menyesal"... itu dah terlambat.