Pages

Showing posts with label Shah Rukh Khan. Show all posts
Showing posts with label Shah Rukh Khan. Show all posts

Saturday, April 14, 2012

AS tahan Shah Rukh Khan, India marah

shah rukh khan
NEW YORK - India melahirkan rasa marah dengan tindakan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menahan aktor popular Bollywood, Shah Rukh Khan kira-kira 90 minit di lapangan terbang White Plains dekat sini, hari ini.
Menteri Hal Ehwal Luar India, SM Krishna berkata, dasar menahan dan kemudian meminta maaf di pihak berkuasa AS tidak harus berterusan.
Aktor itu tiba di lapangan terbang White Plains dengan menaiki pesawat peribadi untuk menghadiri satu majlis di Universiti Yale.\
Pihak berkuasa kastam dan perlindungan sempadan memohon maaf atas insiden itu.
Jurucakap Kedutaan AS di Delhi, Peter Vrooman juga memohon maaf "jika Shah Rukh Khan berhadapan dengan situasi yang tidak selesa atau sebarang kelewatan."
Tidak jelas sebab aktor itu ditahan di lapangan itu.
Pada 2009, Shah Rukh Khan ditahan selama dua jam di lapangan terbang Newark dan kemudian dibebaskan selepas campur tangan India di AS.
Ketika itu, Shah Rukh Khan berkata dia ditahan sebab membawa nama Islam.
Pegawai-pegawai AS menafikan Shah Rukh Khan ditahan, tetapi menekankan bahawa dia hanya disoal siasat.
"Permohonan maaf Amerika menjadi sesuatu yang mekanikal," kata Krishna hari ini.
Krishna juga telah meminta Duta India di AS, Nirupama Rao mengemukakan protes kepada kerajaan negara itu.

Friday, September 2, 2011

Shah Rukhkhan anjur rumah terbuka


SHAH RUKHKHAN berdiri di balkoni rumahnya semasa para peminatnya berhimpun untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri di Mumbai kelmarin.



MUMBAI – Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukhkhan menganjurkan rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di sini kelmarin.
Rumah terbuka itu turut dihadiri oleh bintang-bintang Bollywood seperti Karan Johar, Farhan Akhtar dan Hrithik Roshan.
Antara senarai tetamu di rumah Shah Rukhkhan itu ialah Ashutosh Gowarikar dan isterinya Sunita, Dino Morea, Arjun Rampal, Chunky Pandey, Priyanka Chopra, Raveena Tandon, Anushka Sharma, Preity Zinta serta Sonali Bendre.
Pelakon Sunjay Dutt dan isterinya, Manyata turut hadir.
Wartawan-wartawan akhbar turut menunggu di luar kediaman pelakon terkenal itu untuk membuat liputan.
Polis terpaksa berkawal di luar rumah pelakon terkenal itu selepas sejumlah peminat mengerumuni kereta-kereta bintang Bollywood sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya.
“Anak-anak saya sudah membesar. Kami meraikan setiap perayaan seperti Deepavali dan Krismas,” kata Shah Rukhkhan. – Agensi, kosmo

Wednesday, February 16, 2011

Datuk Shah Rukh Khan kembali ke Melaka




MOHD. ALI (kanan) dan Shah Rukh Khan menunjukkan aksi istimewa ketika bertemu di Sungai Udang, Melaka semalam.


MELAKA – Datuk Shah Rukh Khan muncul lagi di Melaka.
Kali ini, bintang Bollywood terkenal itu berada di negeri tersebut bagi penggambaran filem terbarunya Don 2.
Turut berlakon dalam filem tersebut adalah dua pelakon cantik dan seksi iaitu Priyanka Chopra dan Lara Dutta.
Filem terbitan dua penerbit iaitu Ritesh Sidwani dan Farhan Akhtar dan diarahkan oleh Farhan itu menjadikan tiga tempat di negara ini iaitu Kuala Lumpur, Melaka dan Pulau Langkawi sebagai lokasi penggambaran yang akan memakan masa hampir sebulan.
Bagaimanapun di negeri ini, hanya lima hari sahaja bintang itu terlibat dengan penggambaran filem tersebut di sebuah kawasan di Sungai Udang dekat sini.
Ketika ditemui pemberita selepas berhenti rehat, pelakon berusia 46 tahun itu memberitahu, Melaka lebih sesuai untuk penggambaran filem romantik.
“Kebanyakan kawasan di tepi sungai di negeri ini sangat cantik, alangkah sesuai jika sebuah filem romantik dibuat di sini,” katanya yang gemar membuat lawak.
Dalam filem Don 2, seramai 140 krew terlibat termasuk pelakon filem tersebut.
Apa yang mengejutkan filem itu turut menampilkan pelakon lelaki kacak tempatan Ady Putra.
Turut meninjau tempat penggambaran filem itu iaitu Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang meluangkan masa kira-kira tiga jam beramah mesra dengan Shah Rukh Khan yang popular dengan filem Kuch Kuch Hota Hai.
Shah Rukh Khan yang dilahirkan di New Delhi merupakan aktor pertama dari industri filem India yang dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.
Majlis anugerah tersebut disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob pukul 10 pagi pada 10 Oktober 2008.
Anugerah tersebut adalah sebagai menghargai sumbangan beliau yang memaparkan kawasan menarik di Malaysia termasuk A’Famosa Resort di Alor Gajar bagi filem One 2 Ka 4 pada tahun 2001.
Kosmo! Online - Negara