Pages

Showing posts with label kambing. Show all posts
Showing posts with label kambing. Show all posts

Wednesday, June 5, 2013

Polis India tahan tiga kambing


Polis India tahan tiga kambing

Tiga ekor kambing di daerah Kilpauk, Chennai yang didakwa sering merosakkan kenderaan awam.
CHENNAI - Polis India menahan tiga ekor kambing yang didakwa melakukan kerosakan ke atas sebuah kereta peronda baru, di sini.

Lapor akhbar Times of India, trio itu adalah 'kambing hitam' bagi jenayah yang dilaporkan membabitkan kumpulan haiwan ternakan itu yang merosakkan puluhan kenderaan polis serta dilabelkan sebagai tindakan antisosial di daerah Kilpauk.

Menurut polis, pihaknya turut memiliki senarai rekod kereta penduduk setempat yang dirosakkan oleh kumpulan kambing itu.

Sebelum ini, kami sering menerima laporan berhubung sekumpulan kambing yang didakwa merosakkan kereta awam  hingga meninggalkan kesan kemik, bercalar, kerosakan cermin dan pengelap.

"Kami terpaksa menahan tiga ekor kambing di balai polis dan akan melakukan siasatan ke atas pemiliknya.

Ia sememangnya tidak boleh diterima kerana kereta peronda itu baru dikeluarkan beberapa hari lalu," kata pegawai terbabit.

Sementara itu, pemilik kambing tersebut, Mary Arogynathan, 37, didakwa cuai menjaga ternakan dan berkemungkinan terpaksa menyerahkan tiga ekor kambingnya itu kepada Pertubuhan Perlindungan Haiwan. - Al-Jazeera

Monday, October 29, 2012

Kambing ‘suci’ RM640,000

JAIPUR: Seekor kambing ditawar untuk dijual pada harga RM640,000.
Islam Bhati, 37, dari Rajasthan berusaha menjual kambing ajaib dengan harga itu kepada keluarga Islam yang menyambut Aidiladha.

Haiwan berusia dua tahun itu mempunyai perkataan ‘Allah’ tertera pada sebelah badannya.

Pada sebelah lagi, terpampang pula imej bulan sabit dan bintang.

“Ia haiwan ajaib dan saya beruntung memilikinya. Kami menjaga kambing ini seperti anak kami dan ia yang terbaik di kawasan ini.

“Kami dengan senang boleh menjual haiwan ‘suci’ ini dengan 11 juta rupi (RM640,000). Harga itu agak berpatutan,” kata Islam.


Dia yang menguruskan perdagangan batu marmar milik keluarganya membeli kambing itu di kawasan ternakan berdekatan.

“Saya menyedari mengenai perkataan Allah dan imej bintang dan bulan itu sebaik membelinya. “Sejak membawanya pulang ke rumah, kami menjaganya dan memberinya makan kekacang, daun pokok segar dan buah-buahan kering. “Dagingnya sudah pasti enak,” kata lelaki itu.

Islam ditawarkan dengan harga yang tinggi untuk kambing berkenaan sejak mengiklankannya di Internet minggu lalu.

Bagaimanapun, belum ada sesiapa mahu membelinya.

Menurutnya: “Tawaran paling tinggi yang saya terima ialah 2.5 juta rupi (RM150,000) tetapi saya menolak.

“Kambing ini tidak ternilai. Saya hanya ingin menjualnya dengan harga yang saya tawarkan. Dan jika berjaya menjualnya, saya akan mendermakan 50 peratus wang berkenaan kepada sebuah rumah anak yatim tempatan.” kata Islam. - TS

Saturday, July 28, 2012

kambing lebih berani dari manusia!

Kambing Gunung (Oreamnos americanus) :-

Kambing gunung merupakan pendaki yang hebat. Ia yang berasal dari Amerika utara ini menunjukkan kebolehan mendaki yang sangat cekap, mengalahkan pendaki- pendaki gunung terhandal. Hidup pada ketinggian 4000 m, berjanggut baik jantan dan betinanya dan mampu melompat sehingga 4 meter jauhnya..

sumber - pokcik google

MM : Oh My Goat! Lu panjat macam Spedermen!

Lagi Berita Pelik--->http://goo.gl/sHWBZ
 —

Sunday, June 3, 2012

Budak tinggal dengan kambing

myMetroBudak tinggal dengan kambing:
[Image: Shasa-T-dibesarkan-oleh-kambing-300x224.jpg]
SHAKHTI (Russia): Pekerja kebajikan masyarakat terkejut apabila menemui kanak-kanak berusia dua tahun tinggal dalam bilik yang penuh dengan kambing.
Kanak-kanak liar itu yang dikenali sebagai Sasha T, dibiarkan tinggal bersama-sama haiwan itu oleh ibunya.

Menurut sumber, dia bermain dan tidur dengan kambing berkenaan, tidak pandai bercakap atau makan seperti manusia,.
Timbalan Ketua Kebajikan Masyarakat di Rostov, sebuah wilayah di Russia berkata: “Ketika kami tiba, Sa- sha duduk di bilik yang sejuk itu, tanpa pakaian. Ibunya tiada di rumah. “Dia sentiasa berdepan dengan maut. Rumah itu terlalu kotor dan busuk. Kami mengambil kanak-kanak itu dan membawanya ke hospital.

“Doktor berkata, kerana cara hidupnya itu menyebabkan otaknya tidak berkembang.” Doktor Natalya Simonina berkata: “Sasha enggan tidur di atas katil. Dia cuba tidur di bawahnya. Dia terlalu takut dengan orang ramai.

“Dia cuba memecahkan apa saja yang dilihatnya. Dia tidak boleh bercakap atau memegang sudu.” - Agensi

'via Blog this'

Tuesday, June 14, 2011

Kambing wajah filem animasi


PELIK...Zakaria menatang  anak kambing kesayangannya yang dilahirkan tiga hari lalu menampilkan keunikan pada wajahnya.
PELIK...Zakaria menatang anak kambing kesayangannya yang dilahirkan tiga hari lalu menampilkan keunikan pada wajahnya.


ALOR GAJAH: Seekor anak kambing yang baru tiga hari dilahirkan di Kampung Baru (2) Gadek berwajah pelik menyerupai watak makhluk asing ‘Sully’ dalam filem animasi ‘Monster Inc’ dan didakwa mengeluarkan suara seperti bayi.
Anak kambing diberi nama ‘Mewa’ sempena singkatan ‘Istimewa’ oleh pemiliknya, Zakaria Husin, 70, yang mula menyedari keanehan pada haiwan ternakannya itu yang dilahirkan kembar di kandang miliknya.

“Ibu kambing itu melahirkan anak kembar dan ketika hendak membersihkan bendalir pada tubuh seekor anak kambing itu, saya terkejut melihat wajahnya yang pelik tidak seperti kebanyakan kambing lain dengan matanya tersembul keluar. Seekor lagi anak kambing itu dilahirkan normal,” katanya.

Lebih mengejutkan, Zakaria mendakwa anak kambing itu tidak mengembek kerana bunyinya seakan-akan bayi menangis dan ada ketikanya dia mendengar ia seolah-olah menjerit perkataan ‘mak’.

“Saya kasihan melihat keadaan fizikalnya dan disebabkan wajahnya yang unik itu menyebabkan dia sukar berdiri dengan betul dan kepalanya bergoyang ke kiri dan juga ke kanan serta tidak stabil, selain lidahnya terjelir sejak lahir,” katanya.


Menurut Zakaria, ‘Mewa’ tidak boleh menyusu ibunya sendiri kerana lidahnya sentiasa terjelir dan dibantu dan jika tidak ia tidak duduk diam, malah akan mula merengek seperti bayi.

myMetro | Kambing wajah filem animasi

Wednesday, September 15, 2010

Harga kambing korban RM872 seekor




2010/09/15

SINGAPURA: Harga kambing untuk ibadat korban di Singapura ditetapkan pada S$375 (RM872.12) bagi tempoh tiga tahun akan datang. 

Namun harga itu mungkin berubah mengikut keadaan pasaran. Sebuah syarikat berjaya mendapat tender membekalkan kambing korban ke Singapura untuk tiga tahun akan datang.Ketika dihubungi melalui e-mel, Pengurus Umum (Perkhidmatan Korporat) syarikat itu, Feisal J Marican, berkata walaupun harga sudah ditetapkan, kontrak yang ditandatangani syarikatnya mempunyai syarat tertentu.
Katanya, syarikatnya membenarkan harga yang ditetapkan dinaikkan atau diturunkan jika harga pasaran turun atau naik lebih daripada lima peratus. 

“'Ini memberikan keyakinan dan kemantapan dari segi harga kepada orang ramai.” 

Ketika ditanya mengapa harga kambing lebih tinggi daripada tahun sebelumnya, dia berkata, ia disebabkan beberapa faktor ekonomi, seperti nilai mata wang, bekalan haiwan korban dan kos penerbangan serta logistik. 

Beliau memberitahu Berita Harian Singapura bahawa syarikatnya akan membawa masuk sekurang-kurangnya 5,500 ekor kambing dari Australia. 
Feisal berkata syarikatnya yakin dapat menerima tempahan antara 5,500 dengan 6,000 kambing pada musim korban ini. – Agensi 

Saturday, September 4, 2010

Dua kambing di birai jambatan




GAMBAR menunjukkan dua ekor kambing betina yang terperangkap itu.


HELENA, MONTANA - Dua ekor kambing betina muda seberat 13.6 kilogram terperangkap di birai sebuah jambatan kereta api setinggi 18 meter selama dua hari di Roundup, Montana.
Operasi menyelamat dilakukan pada Rabu lalu dengan menggunakan kren selepas seorang individu menghubungi Persatuan Berperikemanusiaan RimRock bagi memberitahu mengenai nasib dua ekor kambing itu.
Menurut Presiden Persatuan Berperikemanusiaan Rimrock, Sandy Church, kedua-dua haiwan itu mungkin berkeliaran di jambatan tersebut pada waktu malam.
Operasi menyelamat itu diadakan dengan menggunakan sebuah kren milik seorang bos lombong, John DeMichiei yang menghulurkan bantuan secara sukarela. - AP

Friday, July 9, 2010

Daging kambing tak bahaya kepada kesihatan



Posted on the July 9th, 2010 under BeritaHealthTempatan by Syedz
15/7

PERSEPSI negatif terhadap daging kambing perlu diubah. – Gambar hiasan
KUALA LUMPUR – Tanggapan bahawa orang yang menghidap penyakit seperti darah tinggi dan sakit jantung tidak dibenarkan memakan daging kambing adalah kurang tepat.
Pakar Makanan dari Program Dietetik, Universiti Sains Malaysia (USM), Shariza Abd Razak berkata, kandungan kolesterol dalam daging kambing adalah hampir sama dengan daging lain.
“Daging kambing tergolong dalam kumpulan daging merah seperti lembu, kerbau serta biri-biri dan boleh dikatakan kesemua jenis daging ini tidak banyak perbezaan kandungan kolesterol.
“Apa yang paling penting ialah pengambilan daging perlu dikawal dan dimakan dalam kuantiti yang sederhana mengikut keperluan dan tahap kesihatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Menurut Shahriza, pandangan bahawa daging kambing tidak sesuai diambil oleh penghidap penyakit darah tinggi atau jantung hanya merupakan satu persepsi sehingga menyebabkan orang ramai takut untuk makan daging tersebut.
Katanya, tahap kesihatan seseorang individu itu boleh terjejas sekiranya daging yang dimakan tanpa mengira jenis diambil tanpa kawalan atau mengikut keperluan yang sepatutnya.
Sementara itu, Pensyarah Pemakanan dan Dietetik Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof. Fatimah Arshad berkata, kandungan kolesterol dalam daging akan menjadi rendah setelah dibuang lemaknya.
Katanya, kandungan kolestrol dalam daging binatang terletak di dalam lemak dan sebab itu lemak yang terdapat pada daging perlu dibuang sebelum dimasak dan dimakan.
kredit : kosmo.com.my