Pages

Showing posts with label pelik. Show all posts
Showing posts with label pelik. Show all posts

Saturday, January 19, 2013

Tertidur Selama 2 Bulan

Seorang gadis berusia 17 tahun tidur selama 64 hari kerana mengalami gangguan tidur yang sangat luarbiasa.


Nicole Delien mengalami gangguan tidur luarbiasa yang juga dikenali dengan “Sleeping Beauty Syndrome” atau sindrom “Puteri Tidur”. Remaja berusia 17 tahun itu akan tidur 18 hingga 19 jam sehari.

Ditemani ibunya, Vicki, keluarga Delien muncul di kaca tv yang dihoskan oleh Jeff Probst. Mereka menceritakan gangguan tidur yang dideritai oleh Nicole.


Vicki Delien mengatakan dirinya sangat kecewa ketika berusaha mendapatkan diagnosis penyakit yang dideritai puterinya itu. Akhirnya, seorang doktor di Allegheny General Hospital di Pittsburgh, Pennsylvania, berjaya menemui punca gangguan dan menawarkan beberapa nasihat dan panduan bagaimana untuk mengatasi masalah tidur yang pelik itu.

Selain tidur berlebihan, gejala disorientasi, halusinasi dan hiper-seksualiti adalah gejala-gejala yang ditunjukkan oleh orang-orang yang menderita gangguan tidur luarbiasa ini, menurut laporan Jurnal Oxford.

Dan sehingga kini, penyebab 'Kleine-Levin Syndrome' tidak diketahui.
http://sentiasapanas.blogspot.com/

Tuesday, January 8, 2013

Penduduk pakai kostum pelik di Silio


SEORANG lelaki memakai kostum seperti pokok pada Festival Vijanera di Silio kelmarin.


SILIO, Sepanyol - Beberapa orang lelaki memakai kostum pelik yang menyebabkan sebahagian mereka kelihatan seperti pokok pada Festival Vijanera di Silio, utara negara ini kelmarin.
Terdapat juga penduduk yang memakai topeng muka, kulit haiwan dan pakaian yang berwarna cerah pada festival itu.
Ia merupakan festival pertama diadakan di Eropah pada awal tahun ini.
Festival tersebut berasal dari era empayar Rom.
Muka penduduk yang menyertai festival itu diwarnakan hitam dengan kepercayaan ia akan dapat mengelak kedatangan roh jahat. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0108&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2HKpbAwLm 
Hakcipta terpelihara 

Monday, January 23, 2012

Serangga pelik serupa daun

Serangga pelik
SETIU – Jika akhbar ini semalam menyiarkan seorang penoreh di Hulu Terengganu mendapat seekor ikan pelik masuk ke dalam bubunya, hari ini, seorang mekanik juga berhadapan senario sama apabila rumahnya tidak putus dikunjungi setelah dia memelihara seekor serangga pelik. 
Penemuan seekor serangga yang tidak dikenali me­nyerupai sehelai daun limau purut menimbulkan tanda tanya kepada Norasmadi Nordin, 45, dan keluarganya.
Serangga berkenaan turut mempunyai urat daun, berwarna hijau pekat dan berlilin di lapisan permukaannya.
Seperti juga saiz daun limau purut, serangga ini mem­punyai ukuran lebar 2.5 sm dan panjang 5 sm.
Norasmadi berkata, dia tidak tahu makanan yang diambil serangga itu kerana rumput yang diletakkan dalam sangkarnya tidak berubah seakan tidak pernah dimakan.
Menceritakan penemuan spesies pelik itu, Norasmadi berkata, semasa dia mencuci kereta di rumahnya, tiba-tiba dia terlihat seperti sehelai daun berterbangan atas meja.
“Namun setelah diamati, sangkaan saya meleset apabila bukan daun berterbangan, tetapi serangga menyerupai sehelai daun sedang bergerak,” katanya.
Menurut Norasmadi, serangga ini istimewa kerana sesekali ia mengeluarkan bau wangi seperti limau purut manakala bahagian belakang serangga itu terangkat apabila ia bergerak seperti sehelai daun yang bergulung di hujungnya.

Wednesday, November 16, 2011

Peralatan pelik musim banjir laris di Bangkok

Kosmo! Online - Dunia:



DUA remaja menjual but dan seluar kalis air di Bangkok pada 2 November lalu.



BANGKOK - Banjir yang melanda ibu kota Thailand di sini memberi durian runtuh kepada peniaga-peniaga kecil yang menjual pelbagai barang yang digunakan semasa banjir.
Antara barangan tersebut termasuk but getah beraneka warna, jet ski, pam air, kipas bot dan pembalut plastik.
Malah, mekanik-mekanik di sini menawarkan perkhidmatan mengapungkan kenderaan yang ditenggelami air dengan menggunakan bahan styrofoam.
Mereka juga melakukan modifikasi khas dengan memasang snorkel enjin dan ekzos yang diubah suai bagi membolehkan kereta, trak dan motosikal meredah jalan raya yang ditenggelami air.
Mekanik-mekanik itu di bandar raya ini sibuk dengan peralatan khas yang diubah suai bagi membolehkan kereta, trak dan motosikal melalui kawasan yang dilanda banjir.
Seorang mekanik berusia 24 tahun, Thong Dechapak berkata, bengkel kereta keluarganya mengenakan caj AS$333 (RM1,049) untuk memasang dua alat berkenaan.
Gajet enjin itu dipacak tegak melepasi bumbung kereta seperti snorkel selaman.
Ia berfungsi untuk menyedut udara bagi membolehkan pembakaran enjin terus berlaku ketika kenderaan melalui air banjir.
"Permintaan untuk alat ini tinggi. Kami menerima tempahan pelanggan sekitar dua bulan lalu apabila wilayah-wilayah di utara bandar raya ini mula ditenggelami air banjir," kata Thong.


Gambar yang dirakamkan pada 7 November lalu menunjukkan sebuah jet ski diletakkan di atas sebuah trak untuk dijual di Bangkok.



Seorang peniaga lain, Wiweena Boonsanong, 27, pula menjual beraneka but getah yang didatangkan dalam pelbagai warna.
"Wanita mahu gemar berfesyen walaupun dalam suasana banjir, kami mahu sentiasa kelihatan comel," kata Boonsanong.
Dalam tempoh sejam, peniaga wanita itu berupaya menjual enam pasang but getah pada harga AS$12 (RM37) sepasang.
Selain but getah, mesin kipas yang boleh digunakan sebagai kipas untuk menggerakkan rakit buluh turut mendapat permintaan menggalakkan.
Sebuah mesin berkenaan dijual pada harga sekitar AS$315 (RM993).
Wichra Lertrasamee yang menjual peralatan itu menyatakan, seorang pembeli membelinya untuk menggerakkan rakit buluh.
Keluarganya mula menjual peralatan untuk musim banjir itu di rumahnya di wilayah Chachergsao, timur Bangkok.
Apabila banjir itu melanda dari utara, dia mendirikan kedai sementara di kawasan berdekatan dengan Pathum Thani.
Apabila wilayah itu juga dilanda banjir, dia memindahkan perniagaannya ke Bangkok.
Menurutnya, dia bangun daripada tidur pada pukul 3 pagi supaya dapat tiba di bandar raya ini menjelang pukul 5 pagi bagi mendapatkan tempat strategik di pasar. Beberapa kawasan di Bangkok kini masih dilanda banjir. - Agensi

'via Blog this'

Sunday, April 10, 2011

NAFSU MAKAN GANJIL





SETIAP 30 MINIT MENGIDAM: Cik Adele Edwards mengunyah sepan kusyen yang terasa manis bak gula-gula. - Foto TLC



Ada yang melahap batang-batang besi, tanah liat, pasir, tahi, kapur, pena, kertas, sudu, bateri, sabun, syampu, poliester dan sepan.

APABILA perut Cik Adele Edwards mulai berkeroncong dan kelaparan, beliau tidak akan bergegas menuju ke dapur untuk mencari cemil-cemilan.Sebaliknya, beliau hanya duduk di ruang tamu dan menyiat cebisan sepan dari kerusi malasnya sebelum mengunyah sepan tersebut ibarat keropok atau manisan candy!Cik Edwards, seorang warga Amerika berusia 30 tahun, juga ketagih makan getah walaupun beliau sedar, tabiat pemakanannya itu boleh meragut nyawanya.'Rasanya, sepan dan poliester itu jauh lebih sedap berbanding biskut atau kek! Saya tak mampu berhenti menelannya! Saya ketagihan dan sejauh ini, lapan kusyen sofa dan lima kusyen kerusi di rumah saya 'jahanam' gara-gara si raksasa buas... sayalah tu... menelannya sehingga kenyang! Agaknya, lebih 100 kilogram bahan sintetik telah saya telan!' ceritanya kepada tabloid The Mirror.Tabiat pemakanannya yang menggila dan menjejas mutu kesihatan itu merupakan gangguan pemakanan dan penyakit yang dipanggil pica.Ia diambil sempena perkataan Latin bagi burung murai (magpie), burung yang dikenali dengan tabiatnya yang memakan apa sahaja.Kebanyakan pesakit pica adalah wanita dan kanak- kanak. Mereka yang menghidap pica mempunyai nafsu makan yang ganjil untuk tempoh lebih sebulan lamanya. Ada pesakit yang makan besi, tanah liat, pasir, tahi, kapur, pena, kertas, sudu, bateri, sabun, syampu, poliester dan sepan.Cik Edwards bagaimanapun mengakui dirinya merintih kerana terasa tabiat tersebut boleh membawanya di ambang maut.Beliau sering keluar masuk hospital dan baru-baru ini, beliau terpaksa dikejarkan ke unit kecemasan kerana ususnya tersumbat dek memakan sepan kusyen berlebihan.Para doktor yang prihatin dengan keadaannya turut memberi amaran, jika perbuatan itu tidak dihentikan, alamat anak-anaknya itu akan menjadi anak yatim tidak lama lagi.'Saya ingin berhenti makan sepan, tetapi saya tak mampu dan tiada daya upaya berbuat demikian.'Pada usia 10 tahun, saya sudah mula makan sepan kusyen selepas melihat sepupu saya menyiat sarung kusyen dan memakan sepan, semudah dia mengunyah singgam!'Memang perbuatan itu aneh, tetapi selepas mencubanya dan membiarkan rasa sepan itu melekat di lidah saya, seronok pula rasanya. Saya sukakan tekstur sepan itu dan mengunyahnya selalu. Kadangkala, saya menelan cebisan sepan itu seakan-akan ia manisan candy! Rasanya manis macam gula-gula!' ujar Cik Edwards, tersenyum girang, seakan-akan kanak-kanak yang mengidam coklat.Ditanya tidakkah ibu bapanya bimbang dengan selera makannya yang pelik itu, Cik Edwards berkata, perkara itu pada awalnya dirahsiakan daripada pengetahuan ibu bapanya.'Saya stres apabila ibu bapa saya bercerai. Secara tidak langsung, saya menjadi penagih sepan kusyen! Saya tidak bersikap terbuka terhadap ketagihan saya ini kerana bimbang ada yang menyangka saya pelik. Justeru, setiap kali kelaparan, saya akan perlahan-lahan menuju ke sofa, membuka sarungnya dan menyiat sepan di dalam kusyen itu. Saya hanya senyap-senyap makan di dalam bilik atau bilik air!' ujarnya.Ibunya, bagaimanapun, mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Si ibu akan bertanyakan tentang sofa yang tampak berbonjol-bonjol atau senget sebelah dan tidak rata. Namun, beliau tidak sangka anaknya itulah yang menjahanamkan kusyen tersebut dengan memakan sepannya!SAKIT KRONIK'Rahsia saya itu tidak dapat disimpan lama. Selepas lima tahun, saya mula kerap sakit perut yang tidak tertanggung lagi! Saya meraung-raung di bilik. Nak buang air besar, sembelit pula!' jelasnya mengenai pengalaman perit itu.Beliau kemudian dihantar ke hospital dan dikesan menghidap masalah pembuangan najis kronik.Pemeriksaan x-ray menunjukkan cebisan sepan dan bahan poliester menyekat usus kecilnya dan menghambat penghadaman makanan.'Doktor tanya sama ada saya termakan sepan. Saya buat-buat tak tahu apa-apa tapi akhirnya, saya menangis kerana terlalu takut!' katanya lagi.Saluran najis yang sumbat itu kemudian diredakan apabila doktor memberinya julap untuk memudahkannya membuang air besar.Kajian menunjukkan bahawa pica berpunca daripada kekurangan zat besi.Pelbagai sesi terapi disarankan untuk Cik Edwards. Sayangnya, sesi tersebut tidak membawa sebarang kesan kerana beliau mencari sumber sepan gantian jika ibunya melarangnya mendekati sofa di ruang tamu.'Saya menggeledah almari ibu dan terjumpa sepan pada blausnya. Saya juga temui bahan gabus pada berus cat. Saya mula menjilatnya seakan ia lolipop!'Memanglah sepan blaus ibu lebih bersih daripada sepan sofa yang berhabuk! Sungguhpun begitu, saya tetap rindukan bau hapak kusyen kerusi malas! Saya akan mengambil sepan blaus ibu dan mengesatnya atas lantai berdebu sebelum memakannya! Kotor tetapi saya suka!' katanya, tanpa sedikit pun mengerutkan wajahnya.Chansey, teman lelakinya yang berusia 26 tahun, berkali-kali memujuknya supaya menghentikan perbuatan itu.'Ia ibarat meminta orang kaki botol berhenti minum arak. Saya cuba juga berhenti tetapi air liur saya pula meleleh tanpa henti! Apabila doktor memberitahu saya sepan itu meracuni tubuh saya, saya terasa gementar dan tidak dapat bayangkan kehidupan anak-anak saya. Kalau saya mati dan orang tanya mereka sebabnya, bayangkan kalau jawapannya... ibu mati kerana banyak makan kusyen!' Cyberita Online Ekstra!

Sunday, February 13, 2011

Rama-rama pelik


PELIK... gambar rama-rama bercorak kepala ular pada sayap yang sempat dirakam Siti Asian.
PELIK... gambar rama-rama bercorak kepala ular pada sayap yang sempat dirakam Siti Asian.

KOTA KINABALU: Seorang wanita yang nyenyak tidur terjaga selepas mendengar bunyi pelik di ruang tamu rumahnya di Kampung Suasa Beaufort, di sini, sebelum dikejutkan dengan kehadiran ‘ular berkepala dua’ berlingkar di lantai, menyebabkan dia menjerit ketakutan dan hampir pengsan.
Bagaimanapun, ketakutan dialami wanita terbabit hanya seketika selepas haiwan dikatakan ‘ular berkepala dua’ adalah rama-rama bersaiz gergasi yang memiliki corak sayap seperti kepala ular.

Detik mencemaskan dialami Siti Asian Ibrahim, 42, kira-kira 5.30 pagi kelmarin menyebabkan dia terjaga apabila terdengar bunyi dengusan seperti ular dalam rumahnya.
“Saya lena tidur bersama tiga anak terjaga sebaik mendengar bunyi bising di ruang tamu dan menyangka rumah kami dimasuki pencuri,” katanya.

“Saya terdengar bunyi dengusan namun tidak mengesyaki sesuatu kerana ketika membuat tinjauan, saya tidak menemui sesuatu yang pelik,” katanya.

Katanya, ketika melangkah semula ke bilik, dia terkejut apabila terpandang ‘ular’ terbabit dan menjerit ketakutan hingga anak lelakinya berusia 14 tahun terjaga.
“Anak saya lantas menangkap rama-rama berkenaan dan selepas diamati, memang ia bercorak seakan-akan kepala ular.

“Lebih memeranjatkan, haiwan ini mengeluarkan bunyi sama seperti dengusan ular,” katanya.
Menurut Siti Asian, ketika dia cuba mengurung rama-rama, haiwan terbabit terbang melalui tingkap.myMetroRama-rama pelik

Monday, November 22, 2010

Polis tangkap suspek berkepala unik




GAMBAR menunjukkan lelaki yang dikenali sebagai Carlos Rodriguez memiliki bentuk kepala yang ganjil.


MIAMI, Florida - Polis menangkap seorang lelaki yang didakwa melanggan pelacur di sini pada awal bulan ini yang mempunyai bentuk kepala yang ganjil, lapor sebuah akhbar semalam.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Carlos Rodriguez berusia 25 tahun kemudiannya dibebaskan oleh polis selepas disoal siasat.
Menurut laporan polis, seperti disiarkan dalam laman Miami New Times, polis mengklasifikasikan dia mempunyai separuh kepala dalam ruangan ciri-ciri fizikal suspek yang unik.
Seorang kakitangan wanita di Pusat Pratahanan Daerah Miami-Dade mengesahkan bentuk kepala lelaki itu dengan menyatakan dia melihat suspek tersebut kira-kira seminggu lalu. - Agensi

Kambing pelik berwajah kucing



Anak kambing yang berwajah seakan-akan kucing mati selepas dilahirkan di Kampung Tualang, Bukit Besar, Kota sarang Semut, Kedah, semalam.


ALOR SETAR 21 Nov. - Seorang warga emas, Minah Hassan, 60, dari Kampung Tualang, Bukit Besar di sini terkejut apabila mendapati seekor kambing betina peliharaannya melahirkan seekor anak yang mempunyai muka yang pelik dan bersaiz luar biasa.
Kambing peliharaannya itu melahirkan dua ekor anak kira-kira pukul 2 pagi ini yang mana salah seekor daripadanya kelihatan seakan-akan kucing dengan berat kira-kira empat kilogram manakala seekor lagi dilahirkan dalam keadaan normal.
Menurut Minah, selepas menunaikan solat subuh hari ini, dia ke kandang kambing di belakang rumahnya kerana telah menjangkakan haiwan itu akan beranak.
"Berdasarkan pengalaman menternak kambing sejak 20 tahun lalu, saya menjangkakan kambing ini akan beranak pagi ini.
"Saya amat terkejut kerana tidak pernah melihat keadaan anak kambing yang pelik seperti ini. Ia amat berbeza jika dibandingkan dengan kambing yang diternak di sini," katanya di sini hari ini.
Sementara itu, menantunya, Mohd. Amin Md. Taib, 31, berkata, keadaan anak kambing itu amat berbeza kerana mukanya seakan-akan kucing selain mempunyai badan agak besar.
Malah, katanya, badan dan kakinya juga kelihatan seakan-akan bentuk khinzir.
Kedua-dua anak kambing berkenaan bagaimanapun mati, dipercayai sejurus selepas dilahirkan.
Ekoran kelahiran anak kambing yang pelik itu, rumah Minah tidak putus-putus dikunjungi oleh orang kampung dan penduduk sekitar sehingga petang ini bagi melihat sendiri kejadian tersebut.

Thursday, October 28, 2010

Cari haiwan mati dilanggar untuk dipanggang



GAMBAR menunjukkan seorang pelajar universiti menikmati hidangan daging daripada haiwan yang mati dilanggar kereta di Bournemouth.


BOURNEMOUTH, England - Sekumpulan pelajar Universiti Bournemouth di sini mempunyai satu cara pelik untuk mendapatkan makanan secara percuma ekoran harga makanan yang tinggi dan masalah kewangan, lapor sebuah akhbar semalam.
Pelajar-pelajar itu mencari bangkai arnab, burung kuang bayas dan jika bertuah akan mendapat rusa yang baru dilanggar oleh kereta di sebuah sebuah jalan raya.
Seorang kakitangan universiti itu yang sudah bertugas hampir sepuluh tahun berkata: "Kumpulan itu akan mencari pelbagai jenis haiwan di tepi jalan.
"Mereka sebelum ini menggunakan haiwan itu untuk sesi pengajaran bagi menunjukkan sejarah perkembangan kaedah penyembelihan haiwan.
"Namun, selepas kelas itu, kami mendapat banyak timbunan daging (selepas belajar menyembelihnya). Justeru, kami kemudian memanggang daging itu."
Para pelajar di universiti itu menyatakan pengajaran dalam kelas itu menyebabkan mereka mencari lebih banyak haiwan yang mati mengikut masa kelapangan masing-masing.
Seorang pelajar arkeologi forensik berumur 23 tahun berkata: "Selepas menggunyah beberapa kali, saya terlupa saya memakan daging haiwan yang kepalanya dilanggar sebuah kereta."
Bagaimanapun, seorang pegawai kesihatan Majlis Daerah New Forest berkata, seseorang yang makan haiwan yang dilanggar kereta perlu berjaga-jaga dengan tahap kesihatan haiwan berkenaan yang mungkin membawa penyakit. - Agensi

Tuesday, June 22, 2010

Ikan pelik



PORT DICKSON: Dua lelaki bersaudara yang memancing ikan pada waktu malam di Pantai Batu 12, Telok Kemang, dekat sini, terkejut apabila seorang daripada mereka berjaya mendapat seekor ikan sembilang berwajah pelik, malam Rabu lalu.

PELIK...sembilang berkepala besar memiliki hidung.
PELIK…sembilang berkepala besar memiliki hidung.
Lebih mengejutkan lagi, ikan sembilang yang berukuran 35 sentimeter panjang itu yang dipancing Ali Mohamad, 37, mirip wajah seekor burung hantu dengan memiliki sepasang mata menghala ke hadapan dan bentuk hidungnya mirip hidung manusia.
Sebelum itu, Ali bersama sepupunya Ibrahim Jalil, 42, yang menetap di Kampung Tanjung Agas, dekat sini, merancang memancing pada sebelah pagi namun berubah fikiran dan mengambil keputusan memancing pada sebelah malam.
Ali berkata, kira-kira jam 8 malam hari kejadian, mereka berdua pergi ke lokasi biasa untuk memancing, tetapi tersilap jangkaan kerana air baru hendak pasang penuh ketika itu dan terpaksa menunggu seketika.
Biasanya kami pancing di lubuk yang sudah biasa kami pergi, tapi hari itu kami terpaksa mencari tempat lain yang berdekatan kerana tempat itu sudah diambil oleh pemancing lain. Kami tiada pilihan dan beredar di sebelah hujung sedikit.
Ketika itu ikan galak menyambar umpan dan saya mendapat beberapa ekor ikan termasuk gelama, senangin dan ikan kerapu sebesar tapak tangan. Ketika hendak balik, pancing saya seperti disentap-sentap dengan kuat.
Saya biarkan seketika sebelum menggulung tali perlahan-lahan, tetapi sentapan ikan itu semakin kuat dan menguatkan adaian saya.
Selepas beberapa minit bertarung saya berjaya mendaratkan ikan dan selepas diperiksa didapati ia seekor ikan sembilang, katanya.
Ali berkata, ketika hendak membuka mata kail pada mulut ikan sembilang dia terkejut melihat ia memiliki kepala yang besar dan selepas diukur panjangnya hampir 35 sm.
Sumber : Harian Metro

Tuesday, April 20, 2010

Suami saya lelaki pelik




TENGKU Abdullah bertanya sesuatu kepada Zarina di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan baru-baru ini.


KES mencederakan individu dengan menyimbah asid kembali menjadi-jadi mutakhir ini. Antara kes yang mendapat perhatian banyak pihak membabitkan seorang isteri, Zarina Wahab, 44 yang disimbah asid oleh suaminya semata-mata setelah mangsa menolak ajakan melakukan seks.
Malang sungguh apabila alasan keengganannya melakukan hubungan kelamin kerana tidak sihat dan sakit kepala dibalas dengan simbahan cuka getah. Akibatnya, muka dan tubuh wanita itu cedera parah kerana melecur.
Ekoran insiden itu, suaminya, Supian Hani Ismail, 47, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan dan mahkamah memutuskan hukuman penjara enam tahun serta sebatan dua kali.
Banyak pihak yang prihatin terhadap nasib Zarina yang kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan. Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Ketua Wanita UMNO Pahang, Datuk Rosni Zahari antara yang tampil menziarahinya.
Ikuti temu bual Jurnal dengan Zarina ketika ditemui baru-baru ini. Wartawan KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM melaporkan.
JURNAL: Boleh puan ceritakan apa yang sebenarnya terjadi pada malam kejadian itu?
ZARINA: Pada hari tersebut, saya berasa kurang sihat dan tidak sedap badan. Selepas habis waktu bekerja, saya terus pulang ke rumah lebih kurang pada pukul 7 malam. Sampai di rumah, saya terus makan ubat, rehat lalu masuk tidur. Entah kenapa hari itu kepala saya berasa sangat sakit dan anggota badan menjadi lemah. Kebetulan suami, Supian tiada di rumah ketika itu. Kira-kira pukul 2 pagi, tiba-tiba saya dikejutkan suami yang baru pulang sambil marah-marah, (dia) mengajak melakukan hubungan kelamin. Saya menolak kehendaknya secara baik dengan alasan kurang sihat. Mendengar jawapan itu suami yang memang panas baran tiba-tiba naik angin dan maki hamun saya. Tidak lama selepas itu, tanpa saya sedar, dia datang semula lalu menyimbah sesuatu berupa cecair ke muka saya. Sebaik terkena simbahan itu muka dan tubuh saya menjadi panas dan (rasa) terbakar. Saya menjerit kesakitan dan berlari mendapatkan air bagi membasuh bahagian yang sakit berulang-ulang sebelum bergegas ke rumah jiran meminta pertolongan. Saya ralat sangat kerana anak yang berusia tujuh tahun turut terkena percikan (yang dipercayai) cuka getah ketika cuba membantu saya. Mujur keadaannya tidak kritikal, kalau tidak musnahlah masa depan anak saya itu.
Malam itu puan betul-betul sakit?
Ya, pada malam tersebut saya memang betul-betul tidak sihat. Sejak siang lagi saya rasa tidak sedap badan. Kepala saya sakit sangat. Seingat saya, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada suami.

KETUA Wanita UMNO Paya Besar, Kuantan, Datuk Seri Dr. Siti Zaharah Sulaiman (kiri) turut meluangkan masa melawat Zarina.


Adakah suami puan seorang yang panas baran?
Ya, suami saya seorang yang sangat panas baran. Malah, tidak keterlaluan kalau saya katakan dia seorang lelaki yang pelik kerana cara dia mendidik anak-anak tidak seperti bapa lain. Dia sanggup menambat kaki anak saya kononnya tidak mahu anak menjadi liar dan tidak mendengar kata. Dia juga pernah mengugut untuk mencederakan saya sekiranya tidak menurut kehendaknya. Bukan sekali, tetapi sudah berkali-kali. Pendek kata, kehidupan selama 15 tahun bersamanya saya sentiasa dihantui perasaan takut dan diselubungi kesedihan. Sebelum ini saya pernah berniat untuk menuntut cerai daripadanya kerana tidak tahan dengan sikap barannya yang tidak menentu. Tetapi, apabila mengenangkan anak-anak, saya terpaksa akur serta bersabar dengan tingkah lakunya itu.
Sudah berapa lama puan berkahwin? Berapa ramai anak yang lahir dari perkongsian hidup bersamanya?
Hampir 15 tahun saya hidup melayari perkahwinan bersamanya. Itu pun kami dikenalkan oleh sahabatnya, bukan atas sebab perasaan cinta. Kebetulan ketika itu saya (berstatus) janda anak tiga. Tanpa berfikir panjang dan demi masa depan anak-anak (bersama bekas suami terdahulu), saya akhirnya terima lamaran itu. Saya mendapat tiga cahaya mata hasil perkongsian hidup bersamanya, masing-masing berumur 14, 8 dan 7 tahun.
Bagaimana perasaan puan terhadap suami sekarang? Marah, kecewa atau sudah boleh memaafkan suami?
Sudah hilang semua perasaan sayang walau sebesar kuman. Saya tidak pernah menyimpan dendam terhadap suami dan reda dengan ketentuan Ilahi. Mungkin sudah suratan nasib saya begini. Apa pun selepas ini, saya tidak mahu hidup bersamanya lagi. Saya nekad dan ingin melupakan terus segala kenangan ketika hidup di sampingnya. Namun begitu, saya tetap maafkan akan segala perbuatan kejamnya terhadap saya selama ini. Selepas ini, saya tidak mahu ada apa-apa kaitan lagi dengan lelaki itu. Cukuplah apa yang dilakukannya dan jangan harap saya akan kembali ke pangkuannya.
Jika ditakdirkan masih bersama, adakah puan berani untuk menolak ajakan seks selepas ini?
Tidak akan ada takdir lagi (untuk terus) bersamanya. Saya sudah buang semua kenangan bersamanya. Walaupun ada perasaan marah dan benci, saya tetap simpati terhadapnya. Biarlah dia dihukum kalau itu sahaja yang boleh buat dia sedar. Saya bersyukur kalau sudah ditetapkan Allah yang hukuman itu sahaja yang boleh buat dia insaf. Selepas ini, saya akan terus bekerja di tempat lama untuk menyara kehidupan kami sekeluarga. Saya tidak mahu lagi mengenang kisah sedih serta mahu memulakan hidup baru demi untuk membesarkan tiga orang anak yang masih bersekolah.

Monday, March 15, 2010

DALAM LAUT ADA SUNGAI..SUBHANALLAH






ALLAH IS GREAT !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Kisah Air Masin & Air Tawar

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak
kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan
(surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan..."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih
untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat
sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.








sumber;http://hotkaskus.blogspot.com/2010/02/foto-sungai-di-bawah-laut.html

Thursday, March 11, 2010

Nenek bertanduk

Nenek bertanduk



2010/03/10
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
HENAN (China): Seorang wanita tua mengejutkan rakan dan anggota keluarganya apabila ketumbuhan menyerupai tanduk tumbuh di dahinya.
KEADAAN tanduk yang tumbuh pada dahi Zhang.
KEADAAN tanduk yang tumbuh pada dahi Zhang.
pix_topright
Tanduk itu mula tumbuh di dahi Zhang Ruifang, 101, tahun lalu.
Ketumbuhan itu kini sudah enam sentimeter panjang dan pada masa sama, satu lagi ketumbuhan serupa kelihatan di sebelah kanan dahinya.

Keadaan nenek itu menyebabkan keluarganya di Kampung Linlou, wilayah Henan, bimbang dan hairan.

Anak bongsunya, Zhang Guohzheng, 60 berkata, keluarganya tidak memberi tumpuan apabila setompok kulit kasar muncul pada dahi ibunya tahun lalu.

Menurut Zhang yang abang sulungnya berusia 82 tahun, tanduk berkenaan semakin panjang dari semasa ke semasa. “Ia sudah enam sentimeter. Dan kini, ketumbuhan yang sama muncul pada sebelah kanan dahinya. Ia mungkin satu lagi tanduk.” Walaupun tidak diketahui ketumbuhan itu, ia menyerupai tanduk.

Biasanya, ketumbuhan seumpama itu hanya tumbuh pada manusia sepanjang beberapa milimeter tetapi ada yang boleh tumbuh hingga beberapa sentimeter.

Ketumbuhan itu biasanya dialami oleh golongan tua berusia antara 60 hingga 70 tahun. - Agensi

Tuesday, March 2, 2010

Ada Yang Lebih Malang Daripada Anda

Pelik Tapi Benar

Pihak bomba di California menemui mayat seorang lelaki yang rentung jauh di dalam hutan semasa melakukan penilaian kesan kebakaran hutan yang telah berjaya dipadamkan. Anehnya, si mati berpakaian sut renang lengkap dengan sirip kaki, tong oksigen di belakangnya dan topeng pernafasan skuba. Bedah siasat yang dijalankan kemudian mendapati kematian mangsa bukan disebabkan kebakaran, tetapi berpunca daripada kecederaan dalaman yang teruk. Siasatan penuh yang dijalankan akhirnya menjelaskan punca kejadian aneh ini.
Sebenarnya semasa hari kejadian, mangsa sedang menikmati percutian aktiviti skuba di pantai yang terletak kira-kira 20 batu dari tempat kebakaran hutan berlaku. Dalam usaha pantas pihak bomba memadamkan kebakaran, helikopter digunakan untuk mengangkut air menggunakan bucket yang besar dari punca yang paling hampir. Dapat teka apa yang terjadi kepada mangsa? Dalam masa seminit, mangsa yang sedang menyelam di laut tiba-tiba menjunam jatuh 300 kaki dari udara ke dalam api…….Kesian !!!
MASIH MERASAKAN INILAH HARI MALANG ANDA?
Seorang suami di halaman depan rumah sedang membaiki motosikal dan isterinya pula di dapur. Sedang dia memulas enjin, dengan tak sengaja dia terpijak gear lalu menyebabkan motosikal itu meluncur bersama dengan tuannya merempuh pintu kaca, terus ke ruang tamu rumah. Mendengar bunyi dentuman, si isteri meluru ke ruang tamu dan terkejut beruk! Suaminya terlantar luka dan berdarah di sisi motosikalnya. Setelah paramedik dihubungi dan tiba tak lama kemudian, suaminya di bawa keluar dengan berhati-hati ke dalam ambulans kerana kebetulan kedudukan rumah mereka agak tinggi dengan beberapa langkah anak tangga. Laluan sisi tangga yang licin adalah laluan sempit motosikal.
Kecederaan suaminya tidaklah begitu parah dan si isteri pun tidak mengikutnya ke hospital. Dia mengalihkan semula motosikal ke tempatnya. Didapati minyak yang tertumpah di atas lantai, dia mengelapnya dengan kain lembap dan kemudian membuang kain itu ke dalam mangkuk tandas (bengong tak? Takde tong sampah ke..) Si suami pula yang telah dirawat terus balik sendiri ke rumah (naik aper taktaula), melihat pintu rumah yang pecah terkopak dan sedikit kerosakan pada motosikalnya. Dengan rasa kecewa dan pening lalat, si suami ke tandas, duduk di atas mangkuk dan menyalakan rokoknya. Selesai merokok, dibuangnya sisa puntung ke dalam mangkuk menerusi celah kelangkang dan…….Anda bayangkanlah sendiri apa yang berlaku seterusnya !! :P
Si isteri yang mendengar jeritan suaminya dan sayup bunyi letupan kecil berlari lagi, kali ini ke dalam tandas… Suaminya terbaring di atas lantai dengan seluar yang terbakar dan melecur di punggung, lipatan peha dan belakang kaki… Dengan panggilan kecemasan, paramedik yang sama sekali lagi bergegas ke rumah mangsa. Dengan pengusung mangsa di bawa turun melalui tangga laman. Paramedik yang kehairanan bertanyakan kepada si isteri hal malang ditimpa tangga yang terjadi. Selepas menceritakan hal tersebut, paramedik yang mendengarnya tertawa dengan kuat. Malangnye… (sekali lagi…) Salah seorang daripada mereka kemudian tergelincir dan berguling-gulinglah mangsa di tangga tersebut hingga ke kaki jalan. Sekarang, rawatan akibat melecur ditambah dengan rawatan menyimen tangan yang patah…
MERASAKAN ANDA LEBIH MALANG DARIPADA MEREKA DI ATAS?
Ingat! Mungkin ini lebih buruk…
1. Kos purata untuk rawatan dan pemuliharaan seekor anjing laut akibat tumpahan minyak Exxon Valdez* (untuk maklumat, rujuk pada hujung artikel) adalah sebanyak USD$80 000. Dalam satu majlis khas, dua daripada anjing laut tersebut dilepaskan semula ke habitatnya dengan tepukan gemuruh dan sorakan gembira hadirin. Tak sampai 2 minit kemudian, orang ramai ‘menonton thiller’…. Kedua-duanya dibaham, NGAP! oleh seekor paus pembunuh.
2. Seorang isteri yang baru balik ke rumah, tergamam melihat lilitan wayar dari pinggang suaminya yang kebetulan berdiri berhampiran cerek elektrik.
“Suamiku terkena kejutan elektrik!!!”
Dengan refleks spontan secepat kilat, dia memukul (dah tentu dengan sekuat atinye..) suaminya dengan kayu (penyapu kot) yang dicapainya di belakang pintu. Akibatnya, si suami yang sebenarnya sedang bergumbira sambil mendengar Walkman… patah dua tulang tangan.
3. Dua orang aktivis haiwan sedang membuat bantahan terhadap kerja-kerja penghantaran khinzir yang mereka anggap tak berperikehaiwanan di sebuah pusat penyembelihan khinzir di Bonn, Jerman. Tiba-tiba dua ribu khinzir tadi meluru dengan satu rempuhan ke arah pagar yang patah, menyebabkan kedua-dua aktivis tadi mati serta-merta dipijak oleh ribuan kerbau pendek tu..
AKHIR SEKALI…
4. Khay Rahnajet, seorang penentang di Iraq, tidak melekatkan setem yang cukup untuk letter bomb yang dihantarnya. Surat itu dikembalikan dengan return to sender dinyatakan padanya. Akibat terlupa, letter bomb yang di set meletup apabila dibuka…. menjadikan pengirimnya bercerai kepada kepingan-kepingan badan yang berasingan…

Lima sekeluarga di Johor di ancam ‘Benda Pelik’

Lima sekeluarga di Felda Bukit Waha,JOHOR dihantui oleh ‘Benda Aneh’ dirumah mereka sejak hujung tahun lalu.Lebih menyayat hati, mereka yang mempunyai rumah empat bilik, dapur dan bilik air kini tidak boleh menggunakan semua kemudahan itu kerana jika berdegil, mereka akan dilempar dengan pelbagai barangan.
Berikut adalah kejadian aneh tersebut.
1.Seorang daripada enam anak pasangan peneroka itu pernah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengatakan si bapa terbabit dalam kemalangan, sedangkan peneroka itu sibuk di kebun.
2.Mula diganggu ‘benda asing’ hujung tahun lalu apabila terdengar bunyi sekumpulan kucing berlari di atas atap rumah.Menurutnya, kejadian itu agak pelik kerana dia sudah menghalang semua laluan ke atap, namun tidak menolak kemungkinan ada kucing yang bermain di atap rumahnya itu.
3.Peneroka tersebut hairan apabila kucing itu melompat ke tanah, tetapi tidak mengeluarkan sebarang bunyi.
4.Semasa Kota Tinggi dilanda banjir besar pada pertengahan Januari lalu, semua enam pintu rumah mereka tidak boleh ditutup seolah-olah ada orang bergayut atau menghalangnya.
5.Suis utama di rumah mereka tiba-tiba rosak sedangkan ketika itu tidak hujan dan tiada apa-apa berlaku.Seorang juruelektrik di panggil untuk menukar suis baru, malangnya masalah sama berulang.
6.Pelbagai barangan di dalam rumah mereka berterbangan sendiri, hingga mengenai kepala dan badan lima penghuni rumahnya.Bermula dari barangan kecil, hinggalah tong gas, dapur dan peti sejuk semuanya pernah dialihkan. Malah, kunci dalam kocek seluar boleh disembunyikan selain kipas di dapur menjadi bengkok.
7.Dapur tidak boleh lagi digunakan untuk memasak.Sekiranya digunakan , dapur akan dialih atau makanan yang dimasak itu akan ditambah gula, garam mahupun barangan lain hingga tidak boleh dimakan.
8.Keadaan berlarutan apabila ‘benda pelik’ itu mula merenjis najis di dinding dan permaidani rumah ketika tidur dan permaidani terpaksa dibuang kerana tidak sanggup lagi untuk membasuhnya.
9.Kejadian membaling barangan bermula selepas Maghrib dan berakhir kira-kira jam 4 pagi  dan mereka kini hanya boleh tidur selepas ‘benda pelik’ itu menghentikan serangannya pada waktu siang.
10.Anak bongsunya, Ahmad Zaid Jamian, 16, kini hanya ke sekolah tiga kali dalam dua bulan apabila bajunya dilarikan dan ditemui diconteng menggunakan cat dan najis.Kesemua barang yang disembunyikan akan ditemui di sekitar kawasan rumahnya sama ada di dalam mahupun di atas atap.
11.Sejak beberapa hari lalu ‘benda pelik’ itu mula bertindak membakar pakaian dan terbaru pada selasa yang lalu ,tong gas rumahnya terbakar.
12.Sejak diganggu ‘benda pelik’ , RM8,000 telah dibelanjakan untuk membaiki setiap kerosakan dan kini, terpaksa berhutang RM2,500 daripada saudaranya.
Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Fairul Hassan di talian 017-7140758.