Pages

Showing posts with label cacing. Show all posts
Showing posts with label cacing. Show all posts

Saturday, September 22, 2012

Cacing tanah 'berkahwin'

Cacing tanah 'berkahwin'
Cacing diasingkan sebelum upacara 'perkahwinan'.

TAIWAN - Tujuh ‘cacing tanah bertuah’ dipilih melangsungkan ‘perkahwinan’ sebagai usaha membendung masalah hakisan tanah di selatan Taiwan.

Ketua Persatuan Pembangunan Masyarakat Huang Sen-nan berkata, semua cacing itu tiba di Takang Park, Tainan, dalam bungkusan kain merah sebelum ‘dikahwinkan’ dengan tanah di taman itu.

“Majlis dilangsungkan mengikut adat perkahwinan tradisional Taiwan,” katanya.

Menurutnya, majlis itu dilakukan berikutan masalah hakisan tanah yang semakin meruncing di Taiwan sejak kekerapan taufan.

“Kehadiran cacing boleh membantu pencegahan hakisan tanah dengan memperbaiki struktur tanah dan saliran,” katanya.-AFP

Sunday, July 1, 2012

Cacing berukuran lima inci hidup dalam mata


MUMBAI - Kesakitan ditanggung seorang lelaki selama dua minggu, berakhir selepas doktor mengeluarkan seekor cacing berukuran lima inci daripada matanya, semalam.

Doktor Hospital Fortis Mumbai, Dr V Seetharaman berkata, ketika melakukan pemeriksaan di bawah mikroskop dia mendapati wujud objek seperti benang."Kami membuat bukaan kecil pada konjunktiva mata untuk mengeluarkan cacing itu," katanya.

Beliau berkata, selepas pembedahan, cacing itu masih hidup dan dihantar ke pusat mikrobiologi untuk kajian.

"Selama 30 tahun menjadi doktor ini adalah kes pertama ditemui," katanya.

Menurutnya, kewujudan cacing itu dipercayai berpunca daripada pengambilan makanan mentah atau yang tidak dimasak sepenuhnya dan luka dari anggota badan.

Cacing itu menyusuri salur darah sebelum memasuki kawasan mata pesakit.


sumber

Sunday, January 2, 2011

Telan telur cacing untuk kurus


CACING gelang hidup di dalam perut manusia dan boleh memudaratkan kesihatan.


XIAMEN - Ramai mahasiswi di China sanggup menelan telur cacing gelang supaya mereka kelihatan langsing ketika sesi temuduga, lapor sebuah akhbar semalam.
Tindakan ekstrem itu dilakukan berikutan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan bagi golongan wanita di bandar raya ini, wilayah Fujian, tenggara China.
Telur-telur itu menetas di dalam perut dengan cacing-cacing gelang memakan zat makanan di dalam perut sekali gus menjadikan mereka kurus tanpa senaman atau diet.
Namun, pakar-pakar kesihatan memberi amaran cara tersebut boleh memudaratkan kesihatan.
Di China, wanita yang langsing memiliki lebih peluang untuk mendapatkan pekerjaan terutamanya di bandar-bandar besar di negara itu. - Agensi

Wednesday, August 11, 2010

Usus disumbat cacing





BERCAKAP mengenai jangkitan parasit pada usus, walaupun tidak serius diperkatakan seperti beberapa dekad lalu, ia terus menjadi isu dalam kesihatan orang ramai.
Menurut Pakar Parasitologi dan Kesihatan Masyarakat, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Datin Dr. Norhayati Moktar, serangan cacing seperti cacing gelang dan cacing kerawit masih wujud.
Tegasnya, bukan sahaja kanak-kanak, ia turut menyerang orang dewasa terutama dalam kalangan mereka yang tinggal di kawasan setinggan dan perkampungan Orang Asli yang mempunyai masalah pembentungan dan saliran serta air bersih.
Menurut Norhayati, masalah cacing boleh menyebabkan anemia yang serius dan kegagalan jantung yang teruk jika tidak dirawat.
“Dengan adanya cacing tertentu di dalam tubuh seseorang, ia mengurangkan selera makan, mengganggu sistem penghadaman dan penyerapan makanan, kehilangan makanan melalui cirit-birit dan muntah serta gangguan metabolisma.
Masalah jangkitan cacing bagaimanapun tidak terhad pada sejenis cacing sahaja. Jangkitan cacing lain yang sering berlaku adalah cacing gelang dan cacing cemeti.

MESKIPUN saiz cacing kerawit kecil, kemampuannya untuk menjejaskan kesihatan tidak boleh dipandang ringan.


“Cacing kerawit misalnya, paling kerap menyebabkan kekurangan darah kerana ia boleh menghisap darah di dalam usus.
Justeru, masalah kurang darah yang kronik boleh mengganggu tumbesaran dan pembelajaran malah pada tahap lebih serius berupaya menyebabkan kegagalan jantung," katanya.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan, jangkitan cacing gelang (ascaris lumbricoides) adalah yang paling kerap berlaku iaitu membabitkan 1.22 bilion jangkitan, cacing cemeti (triciuris trichiura) 795 juta jangkitan manakala cacing kerawit (amcylostoma duodenale, necator americanus dan ancylostoma ceylanicum) 740 juta jangkitan.
Daripada jumlah itu, 400 juta kes membabitkan kanak-kanak yang mengalami masalah tumbesaran, aktiviti fizikal yang kurang cergas, lemah daya pemikiran dan mengalami masalah pembelajaran.
Serangan cacing di dalam usus ini juga antara penyebab utama sakit abdomen akut di kalangan kanak-kanak di kawasan endemik di negara tropika.

NORHAYATI MOKTAR...infeksi usus dan cacing amat berkait rapat.


“Kajian status pemakanan di kalangan kanak-kanak berumur satu hingga tujuh tahun mendapati pengambilan zat besi adalah rendah dan ia berkait dengan jangkitan cacing,” tambah Norhayati.
Di samping itu, cacing yang dipindahkan melalui tanah seperti ascariasis dan trichuriasis, bukan sahaja terjadi pada kanak-kanak sekolah malah jangkitan cacing kerawit juga kerap terjadi pada orang dewasa.
“Ia turut berkait rapat dengan masalah buta malam sekiranya kanak-kanak tersebut mengalami infeksi parasit usus,” maklum Norhayati.

KEADAAN cacing gelang yang menyumbat saluran usus seorang pesakit.


Norhayati berkata, larva cacing kerawit juga boleh menembusi kulit dan masuk ke dalam saluran darah dan seterusnya masuk ke dalam usus dan meneruskan kitar hidup yang sama.
“Sudah sampai masanya kita mengubah tanggapan bahawa cacing adalah masalah kecil.
“Tanpa pencegahan dan amalan kebersihan, cacing boleh menyebabkan maut jika terjadi masalah usus tersumbat dan tidak dirawat dengan segera,” tegas Norhayati.