50 Ikatan Aqidah Yang Wajib Kita Percayai Ialah ;
1-20 Sifat Wajib Bagi Allah SWT.
2- 20 Sifat Mustahil Bagi Allah SWT.
3- 1 Sifat Harus Bagi Allah SWT.
4- 4 Sifat Wajib Bagi Rasulullah SAW.
5- 4 Sifat Mustahil Bagi Rasulullah SAW.
6- 1 Sifat Harus Bagi Rasulullah SAW.
Satu sifat yang jaiz atau sifat yang harus bagi Rasul/Nabi ialah Aradhul Basyariyah iatu untuk bersifat dengan sifat-sifat yang dipunyai oleh manusia-manusia biasa. Seperti ingin makan, berkahwin, mempunyai zuriat dan sebagainya.
Sifat-sifat Rasul dan Nabi
Ada 4 sifat yang Wajib bagi Rasul/Nabi. Ada 4 sifat yang Mustahil bagi Rasul/Nabi. Ada satu sifat yang Harus bagi Rasul/Nabi.
1. Siddiq maknanya Benar. Apa yang disabdakan oleh Rasul/Nabi adalah benar dan dibenarkan kata-katanya. Siddiq dan sadiqul masduq. Rasul/Nabi tidak berkata-kata melainkan apa yang telah diwahyukan oleh Allah SWT. Mustahil Rasul/Nabi bersifat dengan sifat KIZZIB (Dusta ). Mustahil Rasul/Nabi mengatakan sesuatu yang tidak dia ketahui dan tidak diwahyukan Allah kepadanya. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia (Rasulullah SAW) mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).
2. Sifat yang wajib bagi Rasul/Nabi adalah AMANAH. Amanah ialah Rasul/Nabi akan melakukan sesuatu serta melaksanakan hokum-hukum Allah dengan benar dan tepat sebagaimana yang diwahyukan Allah SWT. Dan juga Rasul/Nabi tidak memungkiri janji.
“Barangsiapa yang berdusta atas nama ku, siapkanlah tempatnya di dalam api neraka “ (Bukhari, Muslim )
Maka mustahil Rasul/Nabi bersifat KHIANAT iaitu tidak amanah dan mungkir janji.
3. Wajib bagi Rasul/Nabi bersifat dengan sifat TABLIGH iaitu menyampaikan. Rasul/Nabi menyampaikan kepada umatnya apa yang Allah wahyukan kepadanya. Mustahil Rasul/Nabi bersifat dengan sifat KITMAN iaitu menyembunyikan.
4- Wajib bagi Rasul/Nabi bersifat dengan sifat FATANAH iaitu bijaksana. Rasul/Nabi mampu memahami perintah-perintah Allah dengan betul dan tepat. Mampu pula berhadapan dengan penentang-epnentangnya dengan bijaksana dengan bukti-bukti yang kukuh . Mustahil Rasul/Nabi bersifat dengan sifat Jahlun iaitu bebal.
Dan satu sifat yang jaiz atau sifat yang harus bagi Rasul/Nabi ialah Aradhul Basyariyah iatu untuk bersifat dengan sifat-sifat yang dipunyai oleh manusia-manusia biasa. Seperti ingin makan, berkahwin, mempunyai zuriat dan sebagainya.
Sifat harus atau sifat jaiz juga dimiliki oleh Allah.
Harus bagi Allah memperbuatkan sesuatu yang harus ada atau tiada atau meninggalkannya. Contohnya, harus bagi Allah menciptakan langit, bumi, matahari dan yang lain dan harus juga bagi Allah untuk tidak menciptakannya. Tidak wajib bagi Allah membuat sesuatu seperti menghidupkan atau mematikan bahkan itu harus pada hak Allah.
Sifat 20 Wajib Dan Mustahil Bagi Allah SWT
Sifat Wajib | Tulisan Arab | Maksud | Sifat | Sifat Mustahil | Tulisan Arab | Maksud |
---|---|---|---|---|---|---|
Wujud | ﻭﺟﻮﺩ | Ada | Nafsiah | Adam | ﻋﺪﻡ | Tiada |
Qidam | ﻗﺪﻡ | Sedia | Salbiah | Haduth | ﺣﺪﻭﺙ | Baharu |
Baqa | ﺑﻘﺎﺀ | Kekal | Salbiah | Fana | ﻓﻨﺎﺀ | Akan binasa |
Mukhalafatuhu lilhawadith | ﻣﺨﺎﻟﻔﺘﻪ ﻟﻠﺤﻮﺍﺩﺙ | Bersalahan Allah Ta'ala dengan segala yang baharu | Salbiah | Mumathalatuhu lilhawadith | ﻣﻤﺎﺛﻠﺘﻪ ﻟﻠﺤﻮﺍﺩﺙ | Menyamai atau bersamaan bagi-Nya dengan suatu yang baru |
Qiamuhu binafsih | ﻗﻴﺎﻣﻪ ﺑﻨﻔﺴﻪ | Berdiri-Nya dengan sendiri | Salbiah | Qiamuhu bighairih | ﻗﻴﺎﻣﻪ ﺑﻐﻴﺮﻩ | Berdiri-Nya dengan yang lain |
Wahdaniat | ﻭﺣﺪﺍﻧﻴﺔ | Esa Allah Ta'ala pada dzat,pada sifat dan pada perbuatan | Salbiah | Ta'addud | ﺗﻌﺪﺩ | Berbilang-bilang |
Qudrat | ﻗﺪﺭﺓ | Berkuasa | Ma'ani | Ajzun | ﻋﺟﺰ | Lemah |
Iradat | ﺇﺭﺍﺩﺓ | Berkehendak menentukan | Ma'ani | Karahah | ﻛﺮﺍﻫﻪ | Benci iaitu tidak menentukan |
Ilmu | ﻋﻠﻢ | Mengetahui | Ma'ani | Jahlun | ﺟﻬﻞ | Bodoh |
Hayat | ﺣﻴﺎﺓ | Hidup | Ma'ani | Al-Maut | ﺍﻟﻤﻮﺕ | Mati |
Sama' | ﺳﻤﻊ | Mendengar | Ma'ani | As-Summu | ﺍﻟﺻﻢ | Pekak |
Basar | ﺑﺼﺮ | Melihat | Ma'ani | Al-Umyu | ﺍﻟﻌﻤﻲ | Buta |
Kalam | ﻛﻼ ﻡ | Berkata-kata | Ma'ani | Al-Bukmu | ﺍﻟﺑﻜﻢ | Bisu |
Kaunuhu qaadiran | ﻛﻮﻧﻪ ﻗﺎﺩﺭﺍ | Keadaan-Nya yang berkuasa | Ma'nawiyah | Kaunuhu ajizan | ﻛﻮﻧﻪ ﻋﺎﺟﺰﺍ | Keadaan-Nya yang lemah |
Kaunuhu muriidan | ﻛﻮﻧﻪ ﻣﺮﻳﺪﺍ | Keadaan-Nya yang berkehendak menentukan | Ma'nawiyah | Kaunuhu kaarihan | ﻛﻮﻧﻪ ﻛﺎﺭﻫﺎ | Keadaan-Nya yang benci iaitu tidak menentukan |
Kaunuhu 'aliman | ﻛﻮﻧﻪ ﻋﺎﻟﻤﺎ | Keadaan-Nya yang mengetahui | Ma'nawiyah | Kaunuhu jahilan | ﻛﻮﻧﻪ ﺟﺎﻫﻼ | Keadaan-Nya yang bodoh |
Kaunuhu hayyan | ﻛﻮﻧﻪ ﺣﻴﺎ | Keadaan-Nya yang hidup | Ma'nawiyah | Kaunuhu mayitan | ﻛﻮﻧﻪ ﻣﻴﺘﺎ | Keadaan-Nya yang mati |
Kaunuhu sami'an | ﻛﻮﻧﻪ ﺳﻤﻴﻌﺎ | Keadaan-Nya yang mendengar | Ma'nawiyah | Kaunuhu asamma | ﻛﻮﻧﻪ ﺃﺻﻢ | Keadaan-Nya yang pekak |
Kaunuhu basiiran | ﻛﻮﻧﻪ ﺑﺼﻴﺭﺍ | Keadaan-Nya yang melihat | Ma'nawiyah | Kaunuhu a'maa | ﻛﻮﻧﻪ ﺃﻋﻤﻰ | Keadaan-Nya yang buta |
Kaunuhu mutakalliman | ﻛﻮﻧﻪ ﻣﺘﻜﻠﻤﺎ | Keadaan-Nya yang berkata-kata | Ma'nawiyah | Kaunuhu abkam | ﻛﻮﻧﻪ ﺃﺑﻜﻢ | Keadaan-Nya yang kelu |