Pages

Showing posts with label rambut. Show all posts
Showing posts with label rambut. Show all posts

Friday, October 5, 2012

2kg rambut, kapur dalam perut

GUMPALAN rambut yang menyelaputi kapur tulis dikeluarkan dari perut seorang remaja.
GUMPALAN rambut yang menyelaputi kapur tulis dikeluarkan dari perut seorang remaja.
NEW DELHI: Apabila seorang remaja mengadu tidak boleh makan atau minum selama beberapa hari, sekumpulan doktor memutuskan untuk mencari puncanya.
Tidak seperti dijangka, apa yang mereka temui sangat luar biasa.
Di dalam perut remaja perempuan itu ialah gumpalan rambut seberat hampir dua kilogram yang tersangkut di antara perut dan usus kecilnya.

Pakar perubatan India mendapati, remaja berusia 19 tahun itu mempunyai tabiat suka memakan rambut sendiri, selain kapur tulis jika dia berada di sekolah.


Gabungan ‘makanan’ aneh itu kemudian berkumpul dalam tubuh remaja terbabit sebelum lama-kelamaan menjadi besar.

Sepasukan pakar bedah dimaklumkan mengenai penemuan itu selepas remaja terbabit - dari Rajgarh dan Madhya Pradesh - berkunjung ke Hospital the Maharaja Yeshwantrao di Indore bulan lalu.

Diketuai Dr Parvinder Singh Lubana, mereka akhirnya berjaya mengeluarkan gumpalan rambut yang ‘membungkus’ kapur berkenaan.

Seorang daripada pakar bedah itu, Dr Amit Agarwal, berkata saluran usus remaja terbabit tersumbat menyebabkan dia tidak boleh mengambil makanan atau minuman selama beberapa hari.

Bagaimanapun, gumpalan rambut itu bukanlah yang terbesar pernah dikeluarkan dari tubuh seseorang dalam tempoh beberapa tahun lalu.

Pada November 2007, doktor di Amerika Syarikat (AS) menemui gumpalan rambut seberat hampir lima kilogram dalam perut seorang remaja perempuan.

Berusia 18 tahun ketika itu, remaja terbabit mendapatkan bantuan doktor selepas mengalami kesakitan dan bengkak perut selama lima bulan.

Imbasan menunjukkan ada gumpalan besar di bahagian perut remaja terbabit.

Lima hari selepas dikeluarkan, pesakit kembali makan secara normal dan dibenarkan pulang. - DM

Thu jadi jutawan kerana eksport rambut manusia ke luar negara

DUA wanita bekerja di sebuah bengkel yang mengumpulkan
rambut manusia di Kampung Binh An pada 15 Jun lalu. - AFP
BINH AN, Vietnam - Seorang penduduk kampung di sini, Do Van Thu menjadi kaya selepas dia menjual rambut manusia.
Thu menjadi jutawan dalam tempoh 13 tahun selepas dia memulakan perniagaan menjual rambut manusia sehingga dieksport ke luar negara.
"Pada setiap tahun, keluarga saya mengeksport 50 tan hingga 60 tan rambut ke China.
"Kami membeli rambut di seluruh Vietnam termasuk dari Laos dan Kemboja," katanya yang berusia 50 tahun.
Permintaan untuk mendapatkan rambut itu telah meningkat sejak sepuluh tahun lalu terutamanya daripada golongan wanita muda.
Thu mempunyai sebuah bengkel yang digunakan untuk membersih dan mengumpulkan rambut itu di sini sekali gus memberi peluang pekerjaan kepada penduduk kampung.
"Setiap pekerja saya memperoleh pendapatan AS$140 (RM427) sebulan," katanya.
Jumlah itu tiga kali ganda daripada purata pendapatan penduduk luar bandar di negara ini.
Menurut seorang penduduk kampung ini, Nguyen Van Tam, harga rambut itu adalah antara AS$45 (RM137) hingga AS$250 (RM763) bagi setiap satu kilogram.
Menurutnya, harga tersebut adalah bergantung kepada kualiti rambut. - AFP

Thursday, March 22, 2012

Gadis setinggan jual rambut RM17,000


BRASILIA: Seorang gadis yang hidup di kawasan setinggan di Rio de Janeiro sanggup membelanjakan RM2,000 setahun untuk membeli syampu bagi merawat rambutnya yang tidak pernah dipotong sejak lahir.
Natasha Moraes de Andrade juga menghabiskan masa satu setengah jam sehari untuk menyikat rambutnya.

Ia adalah antara pelbagai kerumitan dilalui Natasha, 12, yang menguruskan rambutnya sepanjang 157.6 sentimeter, atau 2.5 sentimeter lebih pendek berbanding ketinggian fizikalnya.

Media semalam melaporkan, Natasha perlu menjinjing rambutnya jika bergerak ke mana-mana, selain kipas angin di rumahnya tidak boleh dipasang bagi mengelakkan ia kusut.

Kini, Natasha berharap rambut itu membawa laba apabila dia bercadang untuk menjualnya pada harga kira-kira RM17,100.

Kata Natasha, dia sedih apabila rambut itu akhirnya dipotong walaupun dia mengaku berdepan pelbagai kesukaran menjaganya dan hidup terbatas.

Jika berjaya, wang jualan rambut itu akan digunakan Natasha untuk menghias bilik tidurnya.

Sementara itu, ibu Natasha, Catarina, 42, berkata kadang-kadang anaknya itu seperti hidup dalam penjara.

Katanya, Natasha selalu membandingkan dirinya dengan watak cerita rakyat zaman silam, Rapunzel.

Mengikut rekod dunia Guinness, wanita China, Xie Qiuping, menjadi pemilik rambut terpanjang dengan ukuran 5.6 meter. - TS

Wednesday, April 6, 2011

Bintang sukan dedah rahsia rambut unik


TROY POLAMALU memiliki rambut yang unik.


PITTSBURG, Amerika Syarikat - Seorang pemain bola sepak Amerika, Troy Polamalu berusia 29 tahun mendedahkan rahsia rambut uniknya yang memiliki nilai insurans sebanyak AS$1 juta (RM3.02 juta), lapor sebuah akhbar semalam.
Menurutnya, dia mula menyimpan rambut unik itu semasa di zaman pembelajarannya di kolej dan ia kini menjadi sebahagian daripada identitinya.
Polamalu berkata, semasa musim sukan bola sepak, dia syampu rambutnya selang sehari.
"Namun, semasa musim sukan itu berakhir, saya hanya membasuh rambut saya sekali seminggu tetapi saya menggunakan perapi rambut pada setiap hari," katanya.
Menurutnya, dia mempunyai rambut yang lebih panjang daripada isterinya.
"Isteri saya tidak terlalu gembira dengan rambut ini," katanya. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia