Pages

Showing posts with label syaitan. Show all posts
Showing posts with label syaitan. Show all posts

Monday, September 3, 2012

Pintu masuk bagi syaitan ke dalam Hati anak Adam itu ada Tiga.


Syaitan tidak akan masuk padamu melainkan dengan 3 pintu ini.
Sekiranya ketiga-tiga pintu ini ditutup,maka tiadalah bagi syaitan pintu untuk masuk padamu.

1. Pintu Syahwat (Nafsu). 
Ubat dan cara mengatasinya adalah dengan mentarbiyah/mendidik nafsu. 
Mendidik nafsu itu caranya adalah dengan mengingkari dan menyanggah kehendaknya.

2. Pintu Kelalaian (Ghaflah).
Ubat dan cara mengatasinya adalah dengan Berzikir.
Barangsiapa yang Berzikir mengingati Allah dia akan sentiasa berada dalam benteng yang kukuh.

3. Pintu Kejahilan.
Ubat dan cara mengatasinya adalah dengan Ilmu.

[Ini adalah petikan dari Pengajian Syarah Soheh Al-Bukhari oleh Fadhilatus Syaikh Yusri Rusydi As-Sayyid Jabr Al-Hasani.
Fadhilatus Syaikh menamakan nasihat ini dengan "Petikan dari Al-Yusriyat"]

Monday, December 26, 2011

Terowong Syaitan - agenda 2012



The Satanic 9/11 Ritual - ILLUMINATI AGENDA 2012






Perhati dengan teliti apa yang sedang berlaku disekitar anda. Adakah apa yang mereka (Illuminati) rancang itu telah terlaksana? Jawabannya ialah mereka amat berjaya dan cemerlang.



Anda tidak perlu pergi jauh, telitilah agenda mereka dalam negara ini sudah cukup untuk anda menilai tahap keberkesanan perancangan mereka. Sejak kebelakangan ini ia menjadi semakin jelas. Banyak peristiwa yang sebahagiannya masih lagi panas dan hasilnya mampu menggoyah iman. Tujuan mutakhir mereka ialah untuk memadamkan cahaya Islam dari hati kaum Muslimin dalam mana kaum Muslimin tidak mampu berbuat apa-apa.

Illuminati dengan kerjasama secret soceity terutama Jesuits dan Fremasons telah melakukan jenayah terancang di bumi Islam. Kita harus belajar mengenali perancangan mereka agar tidak mudah terjerat. Janganlah kita menjadi ejen mereka secara percuma yang mengundang kemurkaan Allah swt. Setelah kita tahu, pastinya kita dapat segera keluar dari laluan yang mereka aturkan.

Mengucarkacirkan masyarakat Islam dengan menganjurkan kewujudan kelompok elit yang perjuangkan Islam Liberal. Diikuti oleh tuntutan penggunaan nama "Allah" oleh pihak kristian, membuat gimik menjadikan kristian sebagai agama Persekutuan, menghina bendera negara, menghina Agong dan istana, mengajak masyarakat berdemo politik keanakan, memperbanyakkan pusat khidmat seks, mewujudkan kumpulan manusia gilakan hiburan, mencuba murtadkan orang Islam terang-terangan di bulan ramadhan, mempersempit tahap pemikiran politik, menganjurkan seks bebas dan sodom, mempersenda ibadah korban. Bahkan mereka mula menuntut itu dan ini yang semuanya bertentangan dengan Islam. Apa lagi akan mereka lakukan selepas ini sekiranya ejen mereka berjaya memerintah kelak?

Anak muda menjadi sasaran mereka. Bagi yang terpelajar, akan dihasut untuk mengagungkan budaya dan pencapaian Barat yang tentunya menjauhi Islam. Melatih anak muda agar terpesona dengan perjuangan siasah radikal berdasarkan kebebasan bersuara. Demokrasi Liberal dari Sekular menjadi tunjang pegangan kaum muda. Islam selayaknya dipelajari ala kadar dan amat serasi dengan bawaan Islam Liberal.

Mereka yang kurang terpelajar pula di pecahkan kepada beberapa kelompok yang sering mensia-siakan hidup mereka. Mereka dilekakan dengan hiburan dan ada diantaranya telah ditakluk oleh budaya liar. Gulungan yang radikal dan rendah akal diusul untuk melakukan aksi gila yang sukar diterima seperti merempit, berdisco/dadah dan mat metal.


Memandangkan golongan muda merupakan kumpulan rakyat terbanyak, sementara demokrasi sekular pula memenangkan mereka yang memperolehi undi terbanyak, golongan muda ini tentunya akan memberi undi kepada mereka yang memperjuangkan kebebasan duniawi dan keseronokan bukannya kepada yang memperjuangkan akhlak dan agama.

Anda boleh nampak dari sini ke mana demokrasi ini akan membawa kita. Masyarakat yang rosak akan dipimpin oleh mereka yang juga rosak moralnya. Pastinya kejahatan akan terus memuncak sehingga saat huru hara yang amat kita bencikan.

Janganlah anda harapkan Islam dapat diangkat sebagai pemerintah melalui sistem demokrasi sekular ini.

Selamatkan diri dan keluarga anda dari kemelut yang amat menjijikkan ini. Carilah mereka yang dapat membantu anda menghindarkan jerat musuh yang amat jahat ini.

Genggamlah syahadah sekuat mungkin sekiranya anda sudah mendapatnya dari orang yang diamanahkan mentalkinkannya. Jika belum, dapatkanlah bimbingan, berusahalah segera sebelum terlambat.

Dengan syahadah yang murni bersalsilah dari Rasulullah, insyaAllah kita akan selamat.

Saya imbas kembali perancangan mereka dan anda bandingkan dengan pelbagai peristiwa dalam negara kita sejak akhir-akhir ini.


"Behold a Pale Horse" and the Illuminati agenda.

Here is also a list of the 25 Illuminati princples/goals that Adam Weishaupt set up after the Rothschilds started financing the Illuminati conspiracy.

The following 25 goals apply to America and the rest of the world, this is pretty much a step by step manual on how the Illuminati conspiracy works, basically explains all the long term plans they had back at the Illuminati's founding in 1776.


The Illuminati Goals

1. All men are more easily inclined towards evil than good.

2. Preach Liberalism

3. Use the idea of freedom to bring about class wars

4. Any and all means should be used to reach the Illuminati Goals as they are justified.

5. The right to lie in force.

6. The power of our resources must remain invisible until the very moment it has gained the strength that no cunning or force can undermine it.

7. Avocation of mob psychology to control the masses.

8. Use alcohol, drugs, corruption and all forms of vice to systematically corrupt the youth of the nation.

9. Seize property by any means

10. Use of slogans such as equity, liberty, fraternity delivered into the mouths of the masses in psychological warfare

11. War should be directed so that the nations on both sides are placed further in debt and peace conferences conducted so that neither combatant obtains territory rights.

12. Members must use their wealth to have candidates chosen and placed in public office who will be obedient to their demands and will be used as pawns in the game by those behind the scenes. Their advisors will have been reared and trained from childhood to rule the affairs of the world.

13. Control the press.

14. Agents will come forward after fermenting traumatic situations and appear to be the saviors of the masses.

15. Create industrial depression and financial panic, unemployment, hunger, shortage of food and use this to control the masses or mob and then use the mob to wipe out all those who stand in the way.

16. Infiltrate into the secret Freemasons to use them for Illuminati purposes.

17. Expound the value of systematic deception, use high sounding slogans and phrases and advocate lavish promises to the masses even though they cannot be kept.

18. Detail plans for resolutions, discuss the art of street fighting which is necessary to bring the population into speedy subjection.

19. Use agents as advisors behind the scenes after wars and use secret diplomacy to gain control.

20. Establish huge monopolies that lean toward world government control.

21. Use high taxes and unfair competition to bring about economic ruin by control of raw materials. Organize agitation among the workers and subsidize their competitors.

22. Build up armaments with Police forces and Soldiers sufficient to protect our needs.

23. Members and leaders of the one world government would be appointed by the directors.

24. Infiltrate into all classes and levels of society and government for the purpose of fooling, bemusing and corrupting the youthful members of society by teaching them theories and principles that we know to be false.

25. National and International laws should be used to destroy civilization and enslave and control the people.




"Lihatlah Kuda Pale - Behold a Pale Horse" dan agenda Illuminati.

Berikut adalah daftar 25 prinsip / tujuan Illuminati yang telah Adam Weishaupt tetapkan selepas Rothschild mula membiayai konspirasi Illuminati.

25 matlamat berikut akan di laksana oleh Amerika dan seluruh dunia, susunan langkah demi langkah, panduan (manual) bagaimana konspirasi Illuminati akan dilaksanakan, pada dasarnya ia memperlihatkan semua rancangan jangka panjang mereka, berdasarkan arahan pengasas Illuminati pada tahun 1776.

25 Objektif Illuminati

1. Aturkan semua manusia supaya lebih mudah cenderung ke arah kejahatan berbanding kebaikan.

2. Anjurkan gerakan Liberalisme (keluar dari dogma keagamaan)

3. Gunakan idea "kebebasan" untuk melahirkan pertentangan atau krisis antara kelas masyarakat

4. Gunakan segala cara untuk mencapai Tujuan Illuminati seperti yang ditetapkan.

5. Perolehi "Hak" untuk berbohong ke atas setiap perkara yang berlaku.

6. Kekuatan sumber dan keupayaan kita harus tidak kelihatan sehingga saat benar-benar telah bersedia dan memperoleh kekuatan yang tidak boleh di permainkan atau kekuatan yang tidak boleh dirosakkan.

7.Galakkan kecenderungan untuk merusuh (secara psikologi) sebagai cara menguasai masyarakat.

8. Pergunakan alkohol, dadah, rasuah dan segala bentuk maksiat secara sistematik untuk merosakkan golongan belia.

9. Miliki harta atau aset dengan apa cara pun

10. Gunakan slogan-slogan seperti hak, kebebasan, persaudaraan sebagai pegangan rakyat jelata dalam peperangan psikologi

11. Peperangan harus diatur, sehinggalah kedua-dua pihak yang bertentangan mengalami masalah hutang yang berat kemudian dianjurkan perdamaian setelah mereka menjadi lemah (tidak lagi berupaya) untuk mengawal kedaulatan wilayah masing-masing

12. Setiap ahli perlu menggunakan kekayaan yang ada untuk menentukan "calon" yang dipilih dan ditempatkan di pejabat awam. Taat kepada tuntutan mereka dan akan digunakan sebagai bidak dalam percaturan orang-orang di belakang layar. Penasihat mereka harus dipelihara dan dilatih sejak kecil untuk menguasai urusan dunia.

13. Mengawal akhbar atau media.

14. Agen akan muncul ke depan selepas mencetus kacau bilau dan berlagak sebagai penyelamat orang awam.

15. Wujudkan kemelesetan industri dan kepanikan/kegawatan kewangan, pengangguran, kelaparan, kekurangan makanan dan menggunakannya sebagai alat untuk mengawal orang ramai ataupun perusuh dan kemudian gunakan perusuh untuk menghapuskan semua penghalang.

16. Menyusup ke dalam pertubuhan rahsia Freemason dan gunakannya bagi keperluan Illuminati.

17. Kendalikan nilai penipuan secara sistematik, dengan menggunakan "slogan" secara lantang dan ungkapan dan taburkan janji hidup mewah kepada masyarakat walaupun semua itu palsu

18. Rancang dengan teliti untuk sesuatu resolusi, membahas halacara pertempuran jalanan, mana-mana yang perlu untuk menyegerakan penguasaan terhadap penduduk.

19. Gunakan agen sebagai penasihat di belakang tabir selepas perang dan gunakan diplomasi secara rahsia untuk mengawal keadaan.

20. Bangunkan monopoli berskala gergasi menuju ke arah penguasaan kerajaan dunia .

21. Gunakan cukai yang tinggi dan wujudkan persaingan yang tidak sihat untuk membawa kehancuran ekonomi dengan menguasai bahan mentah. Aturkan pergerakan para pekerja dan biayai pesaing mereka.

22. Membina kekuatan persenjataan melalui pasukan Polis dan Tentera untuk melindungi kepentingan kita.

23. Ahli dan pemimpin-pemimpin kerajaan sedunia (OWG) akan dilantik oleh para pengarah.

24. Menyusup ke semua kelas dan tahap masyarakat dan kerajaan untuk tujuan menipu, mempermain dan merosakkan golongan muda dengan mengajar teori dan prinsip-prinsip yang kita tahu adalah palsu.

25. Undang-undang Nasional dan Antarabangsa perlu digunakan untuk menghancurkan peradaban, memperhamba dan mengawal orang ramai.



kredit untuk SufiSense
King of the East: bani JAWI yang hilang "misteri": Terowong Syaitan - agenda 2012:

'via Blog this'

Monday, January 31, 2011

Rahsia Syaitan


Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanya an iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.

1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: ” Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanl ah kepadaku tempat kediamanku.” Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas). “

2. Iblis berkata:”Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau) , dimanakah tempat bagiku berkumpul?.” Firman Allah s.w.t yg bermaksud: “Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membelibelah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya.”


3. Iblis berkata lagi:”Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?” Firman Allah s.w.t yang bermaksud:” Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak/lagu/ puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).

4. Iblis berkata:”Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?”. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: ” cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta ( bohong atau yng berkaitan dengannya)”

5. Iblis bertanya lagi: “Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?”. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling.”

6. Tanya iblis lagi:”Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?”. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:” Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebihkurang sama dengannya.”

7. Kata iblis:”Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisanbagiku? .” Firman Allah s.w.t yang bermaksud:”wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu,tatu, tahilalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)

8. kata iblis:”Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikankepada anak Adam itu perangkap-perangkap . Apakah perangkap bagiku?.” Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:”wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita. “

9. Kata iblis:”Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?.”Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebutnama Allah.”

10. Kata iblis:”Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku?” Firman Allah s.w.t yang bermaksud:” Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan denhan nama Allah.”

Wednesday, January 26, 2011

Sifat sifat Syaitan

Beberapa ayat al-Quran telah menjelaskan sifat-sifat syaitan yang tercela, di antaranya;
1-”Takabbur“
Allah s.w.t menyifatkan iblis laknatullah dengan sifat ini kerana iblis menganggap dirinya lebih baik daripada Adam a.s. Dia enggan dan takabbur apabila diperintah oleh Allah s.w.t supaya sujud kepada Adam a.s. Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud:
“Allah s.w.t berfirman;Apakah yang menghalangi engkau (sehingga)kamu tidak bersujud (kepada Adam) ketika Aku menyuruhmu?”(iblis) menjawab”Aku lebih baik daripada dia.Engkau ciptakan aku daripada api dan sedangkan dia Engkau ciptakan daripada tanah“(surah al-A’raf:ayat 12)
2-”Sombong dan keras kepala“
Kedua-duanya merupakan sifat iblis sebagaimana Yang Allah s.w.t berfirman yang bermaksud;
“(Iblis) menjawab, Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku selalu menghalangi mereka daripada jalanMu yang lurus. Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur”(Surah al-A’raf: ayat 16-17)
Ini menunjukkan bahawa kekufuran iblis bukanlah kerana kejahilan bahkan kekufurannya kerana keras kepala dan sombong.
3-“Laknat”
Dilaknat lagi tersingkir dan jauh dari kebaikan, dan iblis juga merupakan yang pertama dilaknat dan disingkir dari rahmat Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t;
“(Allah) berfirman,”Keluarlah kamu dari sana (syurga) dalam keadaan terhina dan terusir”(Surah al-A’raf: ayat 18)
4-“Menggoda(al-Waswasah)) dan memperdaya”
Al-Waswasah ialah percakapan hati yang dibisikkan oleh syaitan yang tidak ada kebaikan dan manfaat. Firman Allah s.w.t yang bermaksud;
“Kemudian syaitan membisikkan fikiran jahat kepada mereka agar menampakkan aurat mereka (yang selama ini) tertutup.Dan (syaitan) berkata,”Tuhanmu hanya melarang kamu berdua mendekati pohon ini, agar kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang yang kekal(dalam syurga)”(Surah al-A’raf: ayat 20)
Ayat di atas menjelaskan sifat iblis dan hasad dengki terhadap Adam dan Siti Hawa a.s, dan juga bagaimana iblis berusaha memperdaya, menggoda dan menipu sehingga kenikmatan dan pakaian yang baik dirampas daripada kedua-duanya dan dikeluarkan dari syurga.
5-“Mungkir janji”
Firman Allah s.w.t yang bermaksud;
”Tidak ada (orang) yang dapat mengalahkan kamu hari ini, dan sesungguhnya aku adalah penolongmu”. Maka ketika kedua-dua pasukan itu telah saling melihat (berhadapan), syaitan balik ke belakang sambil berkata,”Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu”(Surah al-Anfal: ayat 48)
Ahli tafsir menjelaskan bahawa ayat ini diturunkan ketika peperangan badar, di mana iblis berjanji kepada orang musyrikin untuk menolong mereka menentang orang islam, maka tatkala puak islam bersama rasulullah s.a.w berhadapan dengan puak musyrikin, maka iblis pun menyamar sebagai seorang lelaki dan bersamanya tentera, lalu berkata iblis kepada orang musyrikin: Kamu tidak akan kalah hari ini dan aku adalah penolong kamu. Apabila iblis melihat tentera malaikat dia pun berundur dan tidak memberi pertolongan kepada tentera musyrikin, dan juga telah memungkiri janjinya untuk menolong mereka. Allah s.w.t telah memberi kemenangan kepada tentera islam di dalam peperangan tersebut. Di sini jelaslah bahawa iblis adalah pembohong dan pemungkir janji.
6-“menghasut”(Nazgh)
Dalam kamus menyatakan bahawa “Nazgh” ialah mencerca atau menfitnah. Ia juga membawa makna menghasut, membujuk dan membisik(percakapan hati yang tiada manfaat dan kebaikan). Sifat-sifat ini merupakan sifat iblis laknatullah. Firman Allah s.w.t yang bermaksud;
“Setelah Syaitan merosakkan(hubungan) antara aku dan saudara-saudaraku”(Surah Yusuf: ayat 100)
7-“Menjauhkan dan mengakhirkan”(al-Khanas)
Firman Allah yang bermaksud;
“(Aku bermohon dengan Allah) daripada kejahatan bisikan syaitan al-Khannas”(Surah al-Nas: ayat 4)
8-“Memperdaya”(al-Gharur)
Kamus ada menyatakan bahawa tipudaya syaitan membawa maksud menipu, menggoda dan membujuk. Firman Allah s.w.t;
“maka janganlah kamu sekali-kali terpedaya oleh kehidupan dunia, dan jangan sampai kamu terpedaya oleh penipu dalam (mentaati) Allah”(Surah Luqman: ayat 33)
9-“Tipudaya”(al-Kayd)
Ia membawa maksud tipu dan jahat seperti melakukan pembohongan dan membuat helah. Firman Allah s.w.t yang bermaksud;
“maka perangilah penolong-penolong syaitan (kerana) sesungguhnya tipudaya syaitan adalah lemah”(Surah al-Nisa’: ayat 76)
10-“Memukul dengan kuat(merasuk) dan menyentuh(menggilakan)-(al-Khabt dan al-Mass)
Ia bermaksud menyentuh manusia dan menyakitinya(merasuk). Allah s.w.t menyifatkan pemakan riba seperti orang yang dirasuk syaitan apabila bangkit dari kubur. Firman Allah s.w.t yang bermaksud;
“Pemakan-pemakan riba itu tidaklah mereka itu bangkit(dari kubur) melainkan seperti bangkitnya orang-orang yang dirasuk syaitan”(Surah al-Baqarah: ayat 275)
11-“Sihir dengan meniup(al-Nafth)
Firman Allah s.w.t berfirman yang bermaksud;
“(Aku berlindung dengan Allah) daripada tukang-tukang sihir yang meniup pada ikatan-ikatan”(Surah al-Falaq: ayat 4)
Dalam satu doa yang ma’thur diajar kepada kita membaca doa ini yang bermaksud;
“Ya Allah…Aku berlindung dengan Engkau daripada godaan syaitan, tiupan dan ludahannya”
12-“Syaitan laki-laki dan perempuan”(al-Khubth dan al-Khabaaith)
Dalam kamus menjelaskan jahat(al-Khubth) lawannya baik(al-Toyyib). Satu doa yang ma’thur mengajar kita membacanya ketika memasuki tempat buang air(kecil ataupun besar) iaitu yang bermaksud;
“Aku berlindung dengan Engkau ya Allah…dari kejahatan syaitan betina dan jantan”
Disifatkan dengan yang demikian kerana syaitan mengintai untuk memudaratkan manusia di tempat-tempat yang kotor.
13-“Menggoda”(al-Hamz)
Nabi s.a.w menjelaskan bahawa makna godaan syaitan dengan kematian iaitu menggoda manusia sehingga menjadi gila kerana terhasil daripada godaannnya. Dalam al-Quran ada menyebut yang bermaksud;
“Dan katakanlah, Ya Tuhanku…Aku berlindung dengan Engkau daripada godaan syaitan-syaitan”(Surah al-Mukminun: ayat 97)

Maknanya Aku berlindung dengan Engkau daripada bisikan syaitan dan godaannya daripada mengingati Allah s.w.t. Dalam suatu hadis menceritakan bahawa rasulullah s.a.w memohon perlindungan dengan Allah s.w.t daripada godaan syaitan, fitnah dan bisikannya.
sumber http://jalanakhirat.wordpress.com

Sunday, January 9, 2011

Jangan terperdaya dengan kemewahan dunia

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَلَا يَغُرَّنَّكُم بِاللَّهِ الْغَرُورُ
 Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka).
 Surah Faatir, Ayat 5

Orang kafir dikumpulkan bersama syaitan dipadang mahsyar

فَوَرَبِّكَ لَنَحْشُرَنَّهُمْ وَالشَّيَاطِينَ ثُمَّ لَنُحْضِرَنَّهُمْ حَوْلَ جَهَنَّمَ جِثِيّاً
 Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka yang kafir itu beserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar, kemudian Kami akan bawa mereka duduk berlutut di keliling neraka Jahannam.
 Surah Maryam, Ayat 68

Orang boros saudara syaitan

انَ الشَّيَاطِإِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُواْ إِخْوَينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُوراً
Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-

saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk

yang sangat kufur kepada Tuhannya.

Surah Al-Israa', Ayat 27

Wednesday, January 5, 2011

3 Benteng penghalang daripada syaitan


www.news-all.com (450).JPG


Ka`ab Al-Ahbar berkata :
"Benteng kaum mukiminin dari godaan setan ada tiga, yaitu mesjid, dzikir kepada Allah dan membaca Alqur`an."
  • Mesjid menjadi benteng kerana disitu terdapat para malaikat dan orang-orang yang beribadah.
  • Dzikrullah (menyebut Asma Allah) juga menjadi benteng pertahanan, terutama dengan membaca Hauqalah:
"La haula wala quwwata illa billahil `aliyil adzim"
"Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung"
  • Membaca Al-Qur`an juga benteng, terutama membaca ayat Kursy (surah Al-Baqarah ayat 255), sebagaimana yang telah nyata mujarabnya.
Ka`ab Al-Ahbar masuk islam di masa pemerintahan sahabat Umar. Dia adalah seorang ulama tempat mengadu orang Yahudi (yang beragama islam).
-----------------------------------------------------------
Sumber : Terjemahan Kitab Nashaihul ’Ibaad – Menjadi Santun dan Bijak

Friday, December 31, 2010

Muncung/Paruh Syaitan membuatkan manusia lupa

 Sabda Muhammad Rasullullah:
"Sesungguhnya syaitan itu meletakkan muncungnya diatas hati anak Adam,maka jika manusia ingat kepada Allah,maka mundurlah ia dan jika manusia itu lupa kepada Allah,dipatuklah hatinya"
(Hadis Riwayat Ibnu Jauzi)

syaitan akan mengetuk para pendengar ceramah dengan tongkatnya

syaitan akan mengetuk para pendengar ceramah dengan tongkatnya agar dapat membuat bising dan tidak akan duduk diam,disamping membuat kacau dan kekalutan.

Thursday, December 30, 2010

syaitan mengincu bibir

syaitan akan mengicu bibir para pendengar ceramah supaya dapat berbual-bual dengan temannya dan dapat mengeluar kata-kata kesat.

syaitan mencelak mata

syaitan akan mencelak mata para pendengar ceramah agama atau khutbah supaya para pendengar akan tertidur dan leka tidak menghayati apa-apa yang dikatakan oleh penceramah.

syaitan membuat mimpi buruk


Muhammad Rasullullah SAW bersada yang bermaksud:
"Apabila seseorang kamu bermimpi yang tidak disukai(mimpi buruk),maka hendaklan ia meludah kesebelah kiri tga kali dan hendaklah membaca:
A'uzubillah hi minasyaitan nir rajim maksudnya:"Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam".
Dan hendaklah ia pindah dari lambungnya ketika hendak tidur yang ia sedang ada diatasnya".

(Hadis Riwayat Muslim,Abu Daud,An-Nasai dan Ibnu Majah).

syaitan menghalangi khusyuk solat(menyempurnakan sembahyangnya)

"Dari Aisyah berkata:
Aku pernah bertanya kepada Rasullullah SAW tentang menengok dalam solat(melihat-lihat kemana-mana arah tanpa perlu)maka sabda Nabi Muhammad SAW:
"Itu adalah curian cepat yang dicuri syaitan dari hambaNya(Allah)"


(Hadis Riwayat Bukhari,Ahmad,An-Nasai dan Abu Daud)(Hadis Sahih)


Sabda Rasullullah lagi yang bermaksud:
"Akan datang syaitan pada seseorang kamu dalam solatnya,lalu syaitan mengingatkan kepadanya,keperluan begini dan begitu. Maka janganlah ia menurutinya. Dan syaitan datang pula pada waktu tidurnya,maka syaitan memberikan berita mimpi buruk padanya,maka janganlah diikutinya(mempercayainya)".


(Hadir Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

syaitan menyelit disaf solat yang renggang

Sabda Muhammad Rasullullah:
"Luruskan saf-safmu,rapatkan bahu-bahumu(dalam solat) dan berlaku lembutlah terhadap tangan-tangan saudaramu dan tutuplah tempat-tempat renggang kerana seungguhnya syaitan masuk(menyelitkan diri)pada celah-celahmu,bagaikan anak kambing yang menyelit di celah-celah induknya."


(Hadis Riwayat Ahmad dan Thabrany)

syaitan kentut

"Apabila diseru untuk melakukan solat(laungan azan),maka mundurlah syaitan sampai terkentut sehingga ia tidak mendengarkan azan,maka selesai azan ia kembali lagi. Dan apabila akan berdiri solat(laungan iqamah),ia mundur lagi dan apabila selesai iqamah,ia datang kembali"


(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(as-Syaikhan).

Rasullullah SAW menangkap dan mencekik syaitan

"Ketika Nabi SAW akan melakukan solat,lalu datang kepadanya syaitan hendak memutuskan solatnya. Maka Nabi Muhammad SAW menangkapnya(syaitan itu)lalu mencekiknya sehingga keluar air liurnya diatas tangannya(Nabi)."
(Diceritakan oleh Ibnu Qoyyim)

syaitan menghadang di saf solat

Sabda Rasullullah:
"Apabila salah seorang kamu solat(sembahyang dengan memakai batas(Sutroh)(penghadang),lalu ada orang yang melintas dhadapannya(dalam kawasan solat,dibawah penghadang)maka hendaklah ia menghalanginya. Tetapi jika orang itu enggan(dalam keadaan curiga,melintasi dengan sengaja berulang kali)maka boleh orang itu diperangi(usir atau dibunuh),kerana dia itu tidak lain adalah syaitan".
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(As-Syaikhan)

Hentakan kaki syaitan menyebabkan wanita istihadhah(mengeluarkan darah haid secara berlebihan walaupun dalam keadaan sihat).

Dari Amnah binti Jahsy bahawa ia keluar darah banyak dan deras(mengalir-ngalir) dari kemaluannya(darah istihadhah),lalu ditutup dengan kapas masih juga keluar dan ditutup dengan kain masih juga keluar. Rasullullah bersabda:
"Sesungguhnya darah yang keluar deras itu adalah salah satu hentakan kaki dari hentakan-hentakan kaki syaitan."
(Hadis Riwayat Ahmad,Abi Daud dan Tirmidzi)

syaitan takut orang yang solat berjemaah

Sabda Nabi Muhammad yang bermaksud:
"Jika ada tiga orang di desa atau digunung yang tidak menunaikan solat berjamaah,nescaya mereka dikuasai oleh syaitan. Oleh sebab itu,hendaklah kamu solat berjamaah kerana sesungguhnya serigala tidak akan memakan kambing melainkan yang terpisah sendiri dari rombongan"
(Hadis Riwayat Abu Daud).